Anda di halaman 1dari 2

2. Mengapakah jasa ibu bapa perlu dihargai?

Tanpa ibu bapa,siapalah kita? Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap
manusia. Jasa mereka kepada kita tidak dapat diganti atau dibalas menggunakan wang ringgit.
Mereka melahir, mendidik, serta membesarkan kita dengan baik, bagai menatang minyak
yang penuh. Pada asalnya kita adalah insan kerdil yang tidak mengetahui apa-apa mengenai
erti kehidupan. Dengan asuhan dan didikan ibu bapa, maka terlahirlah kita seperti mana hari
ini. Bak kata papatah, anak kecil ibarat kain yang putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.

Setiap anak-anak pasti amat menyayangi ibu bapa masing-masing. Seperti mana yang
dituntut dalam setiap agama, sebagai anak, kita harus mentaati segala arahan dan suruhan ibu
bapa selagi perkara tersebut tidak bertentangan dengan agama yang dianuti oleh keluarga
tersebut. Kita harus mematuhi segala suruhan-Nya dengan menyayangi ibu bapa dengan
sepenuh hati dan cuba sedaya upaya memenuhi permintaan mereka. Mereka juga mungkin
pernah terasa dengan tindakan yang telah kita lakukan secara sengaja mahupun tidak
disengajakan. Namun, tidak kedengaran sebarang rintihan daripada bibir mereka. Ini kerana
mereka amat menyayangi kita. Oleh itu, kita haruslah bersyukur kepada Tuhan yang telah
membawa kedua-dua insan ini dalam kehidupan kita. Sebagai anak, kita perlu mengamalkan
nilai kepercayaan kepada Tuhan agar mampu menjadi panduan yang terbaik bagi membalas
jasa kedua-dua ibu bapa kita.

Ibu bapa telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Sebelum kita diwajibkan
bersekolah, ibu dan bapa telah mengajar kita tentang asas kehidupan seperti berjalan, berlari
dan sebagainya. Setelah kita pandai berfikir, ibu bapa mula menerapkan nilai-nilai murni
dalam diri kita. Bak kata perpatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga
sering kali menasihatkan kita agar pandai membezakan antara baik ataupun buruk setiap
keputusan yang akan kita lakukan demi mewujudkan keluarga bahagia. Oleh itu, sebagai
anak kita hendaklah mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga. Contohnya,
kita haruslah membalas jasa ibu bapa kita dengan memberi layanan bersopan dan menjaga
mereka dengan baik apabila kita dewasa kelak.

Selain itu, kita juga perlulah menerapkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga dalam
diri kita bagi membalas jasa ibu bapa kita. Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup
setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Mereka sanggup
membanting tulang dan bersengkang mata untuk mencari rezeki yang halal bagi
membesarkan kita. Hasil yang diperolehi kemudiannya digunakan untuk membayar yuran
pendidikan kita. Bagi menghargai jasa ibu bapa kita, kita hendaklah belajar bersungguh-
sungguh untuk mencapai kejayaan kerana itulah kewajipan yang harus dilaksanakan terhadap
keluarga. Ibu bapa tidak pernah mengharapkan juaan harta emas untuk membalas jasa mereka
tetapi harapan mereka hanyalah agar anak-anak mereka menjadi insan yang berguna, berjaya
dan mampu menjaga maruah keluarga di dunia mahupun di akhirat.Titisan yang mengalir
tatkala si anak menerima segulung ijazah merupakan kegembiraan sebenar mereka.

Sebagai seorang anak,kita juga boleh menghargai jasa kedua-dua ibu bapa kita dengan
beradap sopan. Hal ini kerana budi bahasa dan sopan santun yang kita pamerkan
melambangkan kedua-dua ibu bapa kita. Bak kata pepatah, bapak borek anak rintik.Segala
ilmu dan tunjuk ajar yang diterapkan oleh ibu bapa kepada kita dianggap seperti bagaimana
acuan, begituhlah kuihnya. Justeru itu, kita hendaklah mengamalkan nilai hemah tinggi agar
masyarakat luar akan berpandangan positif kepada kedua-dua ibu bapa kita. Contohnya, kita
mestilah semtiasa berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

Kesimpulannya, setiap anak perlulah menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa.
Meskipun sekadar ucapan hari ibu atau hari bapa dilafazkan oleh anak-anak, hal ini memadai
buat mereka. Kita perlu tahu, suatu hari nanti kita juga akan menjadi tua dan mengalami apa-
apa yang dirasai oleh ibu bapa kini.

Anda mungkin juga menyukai