Anda di halaman 1dari 2

Hasnita Bin Hassan

Blok 272 Jalan Cempaka


#03-590
Singapura 230272
28 Mac 2011
Pegawai Penyiastan
Bahagian Jenayah
Pusat Polis Kejiranan Taman Cempaka
25 Jalan Cempaka
Signapura 230225
Tuan
Perkara: Aduan Terhadap Kadar Jenayah di Estet Perumahan yang Semakin Meningkat
Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku penduduk di estet perumahan Taman Cempaka yang ingin
mengadukan kepada pihak tuan tentang kadar jenayah di estet perumahan ini. Sejak kebelakangan ini, saya
mendapati bahawa kadar jenayah ini semakin meningkat, dan ini menimbulkan pelbagai masalah dan kesan
kepada penduduk-penduduk estet perumahan ini. Oleh itu, masalah kadar jenayah ini patut diselesaikan dengan
segera.
Masalah ini membentukkan sebuah isu yang amat serius terhadap keselematan dan kedamaian estet
perumahan ini. Hanya minggu lepasnya, beg jiran saya diragut oleh seorang pencuri yang melarikan diri dengan
sekurang-kurangnya satu ratus dolar. Tambahan pula, ini bukan sesuatu peristiwa yang jarang berlaku; ramai
jiran-jiran saya sudah mengadu tentang kekurangan keselematan dan kadar jenayah yang tinggi di dalam estet
perumahan ini.
Masalah jenayah yang paling kerap berlaku adalah kes kecurian. Keseringan kes kecurian ini amat
mencemaskan kerana kebanyakan penduduk di estet perumahan ini menjadi mangsanya. Ada banyak kes di
mana seseorang pemuda yang biasanya berpakaian gelap meragut beg tangan atau menyeluk saku penduduk
estet perumahan ini, lalu melarikan diri dengan pantas. Mangsa mereka biasanya di dalam golongan umur lima
puluh ke tujuh puluh tahun, kerana penduduk-penduduk ini tua dan tidak boleh mengejar pencuri-pencuri ini.
Pembukaan sekolah menengah baru di estet perumahan ini juga menimbulkan pelbagai masalah. Ramai
pelajar-pelajar nakal suka berhimpun di kolong blok-blok estet perumahan ini untuk merokok, menghisap dadah
dan merokok. Mereka juga suka menganggu penduduk-penduduk yang berlalu di situ, dan jikalau mereka
mabuk, boleh mula perlawanan-perlawanan ganas dengan remaja-remaja lain. Keganasan ini membahayakan
persekitaran estet perumahan ini, kerana kumpulan pelajar-pelajar nakal ini tidak dapat diduga dan muda untuk
membuatkan marah.
Di samping itu, tapak pembinaan yang kedekatan dengan estet perumahan ini juga menimbulkan
pelbagai masalah. Pekerja-pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan itu selalunya berlegar-legar di kawasan
sekolah dan sekelilinginya dan ada kes di mana pekerja-pekerja ini mencabul kehormatan wanita-wanita yang
berjalan kesatuan di sana. Pelajar-pelajar sekolah menengah itu juga mengadu tentang pekerja-pekerja asing ini
yang suka menganggu pelajar-pelajar perempuan apabila mereka berjalan balik ke rumah.
Sebuah lagi masalah yang pihak tuan perlu diberitahu tentang adalah vandalisme di estet perumahan
ini. Di banyak tempat-tempat awam, seperti kolong blok dan taman permainan, pemuda-pemuda menggunakan
cat sembur untuk mengecat kekasaran kepada dinding. Tambahan pula, terdapat kes di mana remaja-remaja

yang nakal pergi mengecat kekasaran kepada pintu rumah penduduk di estet ini. Penjenayah itu juga
memecahkan tingkap-tingkap dan menconteng kereta-kereta yang diletak di estet perumahan ini.
Antara kesan-kesan masalah ini terhadap penduduk-penduduk estet perumahan ini ialah pendudukpenduduk tidak berasa selamat berjalan di kawasan-kawasan tempat rumah mereka, yang juga divandalisme oleh
kumpulan pemuda-pemuda yang suka menganggu mereka. Penduduk-penduduk juga perlu berhati-hati di
mana-mana sahaja, dan selalu tinggal dalam risiko.
Untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin, saya menyiapkan beberapa saranan untuk
membantu pihak tuan dengan masalah ini. Saranan pertama saya adalah untuk menubuhkan kamera kawalan
keselamatan di seluruh kawasan estet perumahan ini. Kamera-kamera ini akan menghalang remaja-remaja nakal
daripada membuat bising atau menganggu penduduk-penduduk dan juga akan membantu pihak tuan
menangkap pencuri-pencuri kerana mereka boleh dikenali oleh gambar.
Saya juga berpendapat bahawa pihak tuan boleh membuat rondaan estet perumahan ini untuk
memastikan kumpulan pemuda-pemuda atau pelajar-pelajar tidak berhimpun dan membuat bising. Dengan
membuat rondaan, saya berharap pihak tuan boleh mengurangkan kes vandalisme di estet perumahan ini juga
kerana pesalahnya boleh ditangkap dengan cepat. Pihak tuan juga boleh mendenda penjenayah-penjenayah ini
yang membuat nakal untuk menghalang mereka daripada membuatnya lagi.
Selain itu, pihak tuan juga boleh berbincang dengan pihak sekolah menengah itu dan penyelia pekerjapekerja asing untuk memastikan sebuah perjanjian tentang hukuman pesalahnya dan langkah-langkah
keselamatan yang boleh diambil.
Di samping itu, pihak tuan juga boleh menganjurkan kursus pendidikan untuk pelajar-pelajar sekolah
itu dan pekerja-pekerja asing tentang salahnya berjenayah. Kursus ini boleh membuat mereka lebih sedar
terhadap bahaya-bahaya dan hukuman-hukuman berjenayah dan mungkin akan mengurangkan kadar jenayah di
estet perumahan ini.
Saya berharap pihak tuan akan mempertimbangkan saranan-saranan yang saya telah dikemukakan dan
menggunakan jikalau perlu. Dengan itu, saya harap pihak tuan akan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya
untuk menyelesaikan masalah kadar jenayah di estet perumahan ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar

Anda mungkin juga menyukai