Anda di halaman 1dari 1

Ekopelancongan

Kesepaduan antara sektor pelancongan dan alam sekitar melahirkan kegiatan ekopelancongan yang
berasaskan sumber alam semulajadi. Ekopelancongan merujuk kepada lawatan untuk menghayati hubung
kait organisma dengan persekitaran yang masih belum tercemar.Hal ini bertujuan untuk mempelajari,
menikmati atau memberi khidmat sukarela berkaitan dengan flora, fauna, geologi, ekosistem, penduduk dan
budaya

Manfaat aktiviti ekopelancongan


1. Ekopelancongan akan meningkatkan kecekapan pengurusan kawasan yang dilindungi. Ekopelancongan
lebih menitikberatkan pendidikan alam sekitar dan pemuliharaannya. Aktiviti ekopelancongan melibatkan
penggunaan kawasan yang memberi kesan yang paling minimum terhadap alam semulajadi atau penduduk
sekitar.
2. Kegiatan ekopelancongan akan meningkatkan kepekaan dan pemahaman penduduk tempatan tehadap
alam sekitar. Kehadiran pelancong menimbulkan kesedaran penduduk tentang kepentingan menjaga alam
sekitar yang sebelum ini dianggap tidak penting. Mereka juga perlu memulihara alam sekitar dan budaya asal
mereka aggar kehadiran pelancong berterusan.
3. Ekopelancongan juga mewujudkan peluang pekerjaan. Penduduk tempatan mendapat peluang untuk
menjalankan aktiviti ekonomi. Mereka mendapat peluang secara langsung atau tidak langsung melalui
penyediaan keperluan ekopelancong dan perkhidmatan seperti sebagai pemandu pelancong. Di samping itu
kegiatan ekonomi tradisional setempat dapat dikembangkan.
4. Ekopelancongan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Aktiviti ini mampu menjana
kepelbagaian kepelbagaian aktiviti ekonomi yang berkaitan dengannya. Kepelbagaian aktiviti ini berupaya
menjana pendapatan negara.
5 . Ekopelancongan membantu meningkatkan prasarana/infrastruktur. Kemudahan infrastruktur yang
baik memudahkan lawatan pelancong ke sesuatu kawasan ekopelancongan.Kemudahan infrastruktur ini juga
memudahkan orang tempatan melakukan urusan seharian.
6. Ekopelancongan dapat meningkatkan imej negara. Negara akan dipandang tinggi oleh masyarakat
antarabangsa kerana berupaya mengekalkan keseimbangan flora dan fauna.

Langkah-langkah memajukan ekopelancongan


1. Menambah hutan simpan kekal merupakan antara langkah penting memajukan kegiatan ekopelancongan.
Pihak berkuasa hendaklah mewartakan lebih banyak kawasan hutan simpan kekal seperti Taman Negara,
Hutan Simpan Belum dan Hutan Simpan Bako. Pengekalan hutan membolehkan flora dan fauna terus wujud
dan kegiatan ekopelancongan dapat dikekalkan.
2. Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan hutan penting untuk memajukan ekopelancongan. Hutan yang
diteroka perlu ditanam semula untuk mengekalkan jumlah keluasan kawasan hutan di negara ini. Jabatan
Perhutanan Negeri memainkan peranan penting untuk melindungi habitat flora dan fauna ini.
3. Pendidikan dan kempen penting untuk memajukan ekopelancongan negara. Penduduk perlu dididik
tentang kepentingan alam sekitar dan kesan kemusnahan alam sekitar. Kesedaran membuatkan mereka
lebih prihatin terhadap alam sekitar. Sebagai contoh, pendidikan di sekolah, universiti dan penyebaran
maklumat melalui media.
4. Penyelidikan dan pembangunan perlu untuk memajukan ekopelancongan. Penyelidikan tentang hidupan
liar dan kayu kayan bagi memastikan elemen ekopelancongan menarik minat pelancong. Penyelidikan
bertujuan mengenalpasti masalah penyakit flora dan fauna, masalah pembiakan untuk mengelakkan
kepupusan spesis yang menjadi tarikan pelancong.
5. Penguatkuasaan undang-undang juga perlu bagi memastikan medium ekopelancongan tidak diganggu.
Akta dan peraturan yang ada perlu dikuatkuasakan untuk membanteras kegiatan pemburuan haram dan
pembalakan haram. Penguatkuasaan secara tegas dapat memastikan aktiviti yang memberi kesan negatif
kepada flora dan fauna dapat dikurangkan. Ini akan menjamin ekopelancongan dapat berterusan.

Ekopelancongan mampu membantu menangani masalah alam sekitar yang semakin serius. Langkah
pemeliharaan perlu dilaksanakan dengan baik agar kegiatan ini boleh dikembangkan selaras dengan
perkembangan masa.

Anda mungkin juga menyukai