Anda di halaman 1dari 12

GELOMBANG

Gelombang adalah suatu ganguan yang memindahkan tenaga daripada satu titik ke satu titik yang lain.(pembawa tenaga)
Gelombang dihasilkan oleh sumber yang bergetar dan berayun.
Gelombang memindahkan tenaga tanpa memindahkan jirim.
Contoh :Gelombang air,Gelombang bunyi,Gelombang cahaya.

SITUASI YANG BERKAITAN DENGAN GELOMBANG


Apabila seketul batu dijatuhkan ke dalam kolam yang tenang airnya, batu yang dijatuhkan itu akan menghasilkan suatu
gelombang yang bergerak keluar dari pusat dan mengembang seperti bulatan.
Semasa gelombang bergerak , gelombang memindahkan tenaga dan momentem dari sumber bergetar kepada penerima
tanpa memindahkan jirim.

GELOMBANG

GELOMBANG MEKANIKAL GELOMBANG ELEKTROMAGNET

terhasil dari zarah-zarah terhasil dari ayunan medan


medium yang bergetar magnet dan medan elektrik.
tidak boleh merambat dalam boleh merambat dalam vakuum
vakuum

gelombang melintang gelombang membujur gelombang cahaya

gelombang air gelombang bunyi

GELOMBANG MELINTANG & MEMBUJUR

GELOMBANG MELINTANG GELOMBANG MEMBUJUR


zarah-zarah medium bergetar secara berserenjang dengan zarah-zarah medium bergetar secara selari dengan arah
arah perambatan gelombang. perambatan gelombang.

arah perambatan gelombang


arah perambatan gelombang

contoh : gelombang air contoh : gelombang bunyi


MUKA GELOMBANG
ialah garis atau permukaan satah yang menyambung semua titik yang bergetar pada fasa yang sama dan berada pada jarak
yang sama dari sumber gelombang .
arah perambatan gelombang sentiasa berserenjang dengan muka gelombang.

Fasa adalah kedudukan


semasa dalam suatu kitaran
yang mengubah kitaran itu.
Dua zarah dikatakan bergetar
dalam fasa yang sama jika
sesaran dan arah pergerakan
kedua-dua zarah itu adalah
sama.

(a) muka gelombang satah (b) muka gelombang membulat

TANGKI RIAK
Tangki riak ialah suatu alat yang digunakan dalam kajian sifat-sifat gelombang.
Tangki riak digunakan kerana ia dapat menghasilkan bentuk gelombang yang dapat dapat dilihat dengan jelas dan
penghasilan gelombang yang mudah dikawal.
FUNGSI STROBOSKOP
Stroboskop digunakan untuk memerhatikan corak gelombang
pada skrin .
Dengan memutar stroboskop pada frekuensi yang sama
dengan frekuensi motor tangki tangki riak, gerakan
gelombang itu dapat dibentukan untuk memeboleh kan
pemerhatian yang lebih jitu dibuat.
Frekuensi stroboskop tangan boleh dihitung dengan formula :
Frekuensi = bilangan purata sesaat bilangan celah pada
ceper

(a) muka gelombang satah Gelombang yang terhasil menyebabkan wujud kawasan-kawasan puncak
yang bertindak sebagai kanta penumpu, manakala kawasan-kawasan
lembangan bertindak sebagai kanta pencapah.
Puncak gelombang air yang menumpukan cahaya menghasilkan jalur cerah
pada kertas putih. Lembangan gelombang air pula mencapahkan cahaya dan
menghasilkan satu jalur gelap pada kertas putih, seperti rajah di bawah.

(b) muka gelombang membulat


ISTILAH DALAM KAJIAN GELOMBANG
PERKARA SIMBOL ISTILAH UNIT
Panjang gelombang Jarak di antara dua titik sefasa yang berturutan . cm

Amplitud a Sesaran maksimum zarah dari kedudukan keseimbangan. cm

Tempoh T Masa yang diambil oleh sesebuah sistem ayunan untuk melakukan saat
satu ayunan lengkap.

Frekuensi Bilangan ayunan lengkap dalam satu saat. hertz(Hz)


1
=
Tempoh ,T
Laju gelombang v Jarak yang dilalui oleh suatu gelombang dalam satu tempoh masa ms-1
dalam arah perambatan.

v =


Frekuensi berkadar songsang dengan panjang gelombang.

GRAF SESARAN-JARAK

Maklumat yang diperolehi daripada graf


Sesaran Jarak ialah:
(i) Panjang gelombang,
(ii) Amplitud, a

GRAF SESARAN-MASA

Maklumat yang diperolehi daripada graf


Sesaran Masa ialah:
(i) Frekuensi,
(ii) Amplitud, a
(iii) Tempoh, T
Hubungan Laju Gelombang Dengan Panjang Gelombang,Frekuensi Dan Tempoh.
Semakin besar panjang gelombang , semakin tinggi laju gelombang.
Semakin tinggi frekuensi , semakin tinggi laju gelombang.
Semakin besar tempoh penghasilan gelombang, semakin kecil panjang gelombang.
Semakin besar tempoh , semakin kecil frekuensi gelombang.

PELEMBAPAN(Damping)
Pelembapan ialah pengurangan amplitud suatu ayunan disebabkan oleh kehilangan tenaga.
Pelembapan berpunca daripada :

LUARAN PELEMBAPAN DALAMAN


kehilangan tenaga untuk kehilangan tenaga
mengatasi daya kerana regangan dan
rintangan. mampatan zarah-zarah
(cth:rintangan udara & dalam sistem ayunan.
Kesan pelembapan:
rintangan air )
Amplitud,a Berkurang
Tempoh,T Malar
Frekuensi, Malar

APLIKASI PELEMBAPAN
Pembinaan pencakar langit Dapat mengurangkan ayunan ke tahap minimum ketika berdepan dgn
aingin taufan dan gempa bumi

cth:

sistem pelembapan yg dipasang pada


bangunan Taibei 101.

Sistem penyerapan getaran Dapat mengurangkan gegaran apabila melalui jalan yang tidak sekata.
RESONANS(Resonance)
Resonans berlaku apabila suatu sistem berayun dengan amplitud maksimum apabila dikenakan daya luar
berfrekuensi sama dengan frekuensi aslinya.
Suatu sistem yang berayun dengan resonans akan berayun dengan amplitud maksimum.
Frekuensi asli ialah frekuensi satu sistem yang berayun secara bebas tanpa sebarang daya luar bertindak ke
atasnya.

Bandul Barton

Apabila bandul X berayun, tenaga dipindah sepanjang


benang kepada bandul lain.
Semua bandul lain dipaksa berayun .
Bandul X dan D mempunyai panjang yang sama dan
frekuensi yang sama .
Bandul X menyebabkan bandul D berayun dengan
frekuensi aslinya.
Resonans berlaku, bandul D berayun dengan amplitud
maksimum.

CONTOH SITUASI YANG BERLAKU RESONANS

Apabila seorang penyanyi soprano menyanyi dengan nada yang tinggi, suatu gelas yang
nipis mungkin bergetar pada frekuensi aslinya yang sama dengan frekuensi nada itu.
Resonans berlaku dan gelas bergetar dengan amplitud yang cukup besar sehingga pecah
sendiri.

Jambatan gantung boleh bergetar dalam resonans apabila ditiupkan oleh angin pada
frekuensi yang sama dengan frekuensi asli jambatan itu. Jambatan Gantung Tacoma di
Amerika Syarikat runtuh pada tahun 1940 akibat daripada kesan resonans.

Bahagian tertentu suatu bas akan bergetar dengan kuat apabila bas itu bergerak pada
laju tertentu. Ini berlaku kerana enjin bas sedang bergerak pada frekuensi yang sama
dengan frekuensi asli bahagian bas itu dan resonans berlaku.

APLIKASI RESONANS
1. Askar-askar yang berbaris tidak boleh menghentak kaki secara serentak semasa merentas suatu jambatan. Ini adalah untuk
mencegah jambatan itu daripada bergetar pada frekuensi aslinya yang mungkin merosakkan jambatan itu.
2. Alat-alat muzik seperti trumpet, dan saksofon menghasilkan bunyi berdasarkan kesan resonans.
3. Tala bunyi boleh digunakan untuk menalakan frekuensi tali piano atau tali gitar berdasarkan kesan resonans.
4. Kesan resonans juga digunakan untuk menyelaraskan frekuensi radio dan telivisyen untuk menerima isyarat daripada rakaian yang
berbeza.
PANTULAN GELOMBANG
Pantulan ialah fenomena perubahan arah perambatan gelombang apabila suatu gelombang terkena pada suatu halangan.
Pantulan gelombang terjadi untuk semua jenis gelombang seperti gelombang air, gelombang cahaya dan gelombang bunyi.
Pantulan gelombang bunyi disebut sebagai gema.
Fenomena pantulan gelombang mematuhi Hukum Pantulan.

HUKUM PANTULAN
i. Sinar tuju ,sinar pantulan dan garis normal semuanya berada
pada satah yang sama .
ii. Sudut tuju ,i adalah sama dengan sudut pantulan ,r.

Pantulan Gelombang Air


Pantulan gelombang air dikaji dan diperhatikan menggunakan tangki riak dan pemantul satah.
(a) (b)

(c) (d)

(e) (f)

Pantulan Gelombang Cahaya


Semakin tinggi amplitud , semakin terang sinar.
Pantulan Gelombang Bunyi

Perbincangan
Ciri-ciri gelombang Perubahan setelah gelombang mengalami
pantulan
Amplitud, a Berkurang
(terdapat kehilangan tenaga)
Frekuensi, Tidak berubah
Panjang gelombang, Tidak berubah
Laju, v Tidak berubah
Arah perambatan Berubah
Sudut tuju, i = Sudut pantulan, r

Aplikasi Pantulan Gelombang


1. Pendengaran kelawar

Gelombang bunyi dipancarkan oleh kelawar ke semua arah.


Gelombang yang terkena permukaan keras akan mengalami pantulan.
Bunyi kembali kepada telinga kelawar.
Anggaran tempoh pantulan dikenalpasti oleh kelawar sebagai halangan atau makanan.

2. Sistem radar menara kawalan di lapangan terbang /pelabuhan

Gelombang elektromagnet dipancarkan oleh radar ke semua arah.


Gelombang yang terkena pada target akan mengalami pantulan.
Gelombang elektromagnet yang terpantul akan ditangkap oleh radar.
Dengan menganalisa gelombang yang dipantulkan tersebut, pemantul dapat ditentukan lokasinya
dan jarak dari sensor(radar) ke target.
PEMBIASAN GELOMBANG
Pembiasan ialah perubahan arah perambatan suatu gelombang disebabkan oleh perubahan laju gelombang ketika merambat
merentasi dua mediaum yang berlainan.

Pembiasan Gelombang Air


Hubungan antara laju gelombang, v dan panjang gelombang,bagi gelombang air pada kawasan dalam dan kawasan
cetek.
Semakin besar panjang gelombang , semakin tinggi laju gelombang.

v = f
Frekuensi, f adalah malar;

v
f = =pemalar

Pemerhatian:
Maka,
Perambatan gelombang air Perambatan gelombang air
dari kawasan dalam ke kawasan cetek dari kawasan cetek ke kawasan dalam
v1 v2
=
1 2

Arah rambatan gelombang air terbias mendekati Arah rambatan gelombang air terbias menjauhi
garis normal. garis normal.
Blok kaca berbentuk cembung Blok kaca berbentuk cekung
Perbincangan

Panjang gelombang air di kawasan dalam lebih panjang daripada kawasan cetek.
Panjang gelombang air bertambah apabila kedalaman air bertambah.
Frekuensi gelombang air tidak berubah .
Dari v = f, f adalah malar,laju gelombang berkadar langsung dengan panjang gelombang.
Laju gelombang di kawasan dalam adalah lebih cepat daripada kawasan cetek.
Ciri-ciri gelombang Perubahan setelah gelombang air mengalami pembiasan
kawasan dalam ke kawasan cetek kawasan cetek ke kawasan dalam
Frekuensi, f Tidak berubah Tidak berubah
Panjang gelombang, Berkurang Bertambah
Laju gelombang, v Berkurang Bertambah
Arah perambatan gelombang Dibiaskan mendekati normal Dibiaskan menjauhi normal

Fenomena disebabkan oleh pembiasan gelombang

(1.)Terangkan mengapakah muka gelombang akan mengikut bentuk pantai apabila mendekati pantai
Dalam lautan, muka gelombang adalah lurus dan selari sebab laju gelombang adalah seragam.
Apabila gelombang air bergerak ke arah pantai , kedalaman air berkurang.
Laju dan panjang gelombang berkurang.
Gelombang air dibiaskan mendekati garis normal dan menyebabkan muka gelombang mengikut bentuk pantai.

(2.)Bandingkan tenaga dan amplitud gelombang di tanjung dan teluk.


Tenaga dan amplitud gelombang di tanjung lebih tinggi daripada teluk.
tenaga gelombang menumpu di tanjung dan mencapah di teluk.
PEMBIASAN GELOMBANG CAHAYA

Perbincangan
(a)Kurang tumpat ke lebih tumpat (b)Lebih tumpat ke kurang tumpat
Gelombang cahaya merambat dari medium kurang Gelombang cahaya merambat dari medium lebih
tumpat (udara)ke medium lebih tumpat (kaca). tumpat (kaca) ke medium kurang tumpat (udara).
Laju gelombang cahaya berkurang. Laju gelombang cahaya bertambah.
Gelombang cahaya dibiaskan mendekati garis Gelombang cahaya dibiaskan menjauhi garis normal.
normal.

PEMBIASAN GELOMBANG BUNYI

Gas karbon dioksida lebih tumpat daripada udara. Gas helium kurang tumpat daripada udara.
Gelombang bunyi menumpu Gelombang bunyi mencapah
Amplitud gelombang bunyi bertambah Amplitud gelombang bunyi berkurang
Laju gas karbon dioksida < udara Laju gas helium > udara

LATIHAN
(1) Satu gelombang satah mempunyai panjang gelombang 2 cm
dan berhalaju 8 cm s-1 merambat merentasi kawasan
cetek. Apabila gelombang tersebut menuju ke kawasan dalam,
laju gelombang menjadi 12 cm s-1, tentukan nilai
(a) Panjang gelombang
(b) Frekuensi

(2) Rajah menunjukkan perambatan gelombang air dari


kawasan P ke kawasan Q yang berbeza kedalaman.

Jika laju gelombang tersebut 18 cm s-1 di kawasan P.


Tentukan laju gelombang tersebut di kawasan Q
FENOMENA DISEBABKAN OLEH PEMBIASAN GELOMBANG BUNYI

Bunyi kedengaran lebih jelas pada waktu malam Bunyi kedengaran kurang jelas pada siang hari

Pada waktu malam, lapisan udara di bawah lebih Pada siang hari, lapisan udara di bawah lebih panas
sejuk daripada lapisan udara di atas daripada lapisan udara di atas
Udara sejuk lebih tumpat daripada udara panas Udara sejuk lebih tumpat daripada udara panas
Gelombang bunyi merambat lebih laju dalam udara Gelombang bunyi merambat lebih laju dalam udara
panas berbanding udara sejuk panas berbanding udara sejuk
Apabila gelombang bunyi merambat dari udara Apabila gelombang bunyi merambat dari udara
sejuk ke udara panas,laju gelombang bunyi panas ke udara sejuk, laju gelombang berkurang
bertambah Gelombang bunyi dibiaskan mendekati garis
Gelombang bunyi dibiaskan menjauhi garis normal normal dan menjauhi permukaan bumi
dan menghampiri permukaan bumi.
Persamaan:
o Mematuhi hukum pembiasan
o Frekuensi tidak berubah

Anda mungkin juga menyukai