Anda di halaman 1dari 16

TAJUK:PERSEPSI MEDIA POPULAR TERHADAP DISIPLIN ARKEOLOGI 1.

0 PENGENALAN Arkeologi dan media mempunyai pandangan dan matlamat mereka yang tersendiri dalam kerjasama antara satu sama lain. Arkeologi menggunakan media untuk meningkatkan minat orang ramai terhadap bidang arkeologi, manakala media pula menggunakan arkeologi untuk meningkatkan kualiti. Sebagai contohnya, dalam filem epik atau aksi, penggunaan pedang, dan perisai menyebabkan nilai sesebuah filem itu lebih tinggi. Penggunaan senjata seperti ini dalam filem selalunya adalah dari zaman purba untuk menunjukkan keaslian senjata tersebut. Selain itu, arkeologi menggunakan media untuk berkomunikasi dengan manusia di seluruh dunia untuk memberi manfaat kepada bidang itu sendiri dan kepada masyarakat awam. Media juga sering menggunakan arkeologi dengan tujuan menarik perhatian suratkhabar, majalah, laman sesawang, televisyen, dan sebagainya. Filem-filem dokumentari terbitan National Geographic, History Channel dan Discovery Channel banyak memaparkan unsur-unsur arkeologi. Oleh itu, kerjasama diantara media dan arkeologi adalah sangat penting. Sekiranya dilihat kepada kepentingan penyelidikan arkeologi itu sendiri, maka kepentingannya bukan terletak pada penemuan tetapi maklumat yang diperolehi dari penemuan tersebut dan bagaimana ia menyumbang kepada pembinaan kemanusiaan yang lebih baik dengan mengambil iktibar dari urutan peristiwa lampau. Bidang arkeologi menyumbangkan pelbagai maklumat kepada pelbagai disiplin ilmu.1 Oleh hal yang demikian, dalam menelusuri hal-hal yang berkaitan dengan bidang arkeologi, kita juga seharusnya ingat bahawa arkeologi yang berkaitan dengan pengkajian budaya manusia pada masa lalu dilakukan untuk membina masa hadapan yang lebih baik. Mengetahui asal usul dan kemana arah tuju pada masa hadapan adalah penting. Pengetahuan tentangnya membolehkan pembinaan masa hadapan yang lebih baik dari masa lalu.2 Arkeologi sebagai satu disiplin telah berkembang lebih dari tiga abad lalu dari kegiatan atau hobi atau perasaan ingin tahu tentang objek asing atau misteri kemudiannya kepada satu disiplin ilmu yang saintifik menginterpretasikan masa lalu manusia dan persekitarannya, seterusnya merekonstruksinya untuk tatapan masa kini. Kini arkeologi merupakan satu disiplin ilmu yang serius dengan metodologi, teori, teknik, dan teknologi yang sentiasa mengalami perubahan. Penemuan-penemuan besar dalam perkembangan arkeologi seperti makam-makam Firaun, runtuhan dan tinggalan empayar Rom, Maya dan Aztec, kuil dan candi Hindu-Buddha seperti Angkor Wat dan Borobudur sentiasa mendapat liputan luas oleh media massa dan membentuk gambaran umum yang menarik. Namun demikian, kegagalan, kekecewaan, pengorbanan, dan kepayahan ahli arkeologi dalam melaksanakan dan mengembangkan bidang ini amat jarang diketahui oleh masyarakat.3

1 2 3

Baszley Bee B.Basrah Bee,Pengantar Arkeologi,Sabah:Universiti Malaysia Sabah,2009,hlm.1. Johnson, M. Archaeological Theory,United Kingdom:Blackwell Publishing Ltd,2010,hlm.3. Baszley Bee B.Basrah Bee,Pengantar Arkeologi,Sabah:Universiti Malaysia Sabah,2009,hlm.1.

2.0 PENGERTIAN ARKEOLOGI Arkeologi berasal daripada perkataan Yunani iaitu arkhaiologia yang bererti perbincangan tentang manusia purba atau silam. Istilah ini digubah semula pada abad ke-17 oleh seorang sarjana German bernama George Daux.4 Menurut Corey Pressman, arkeologi adalah suatu kajian saintifik tentang masa lalu manusia dan budaya masyarakat pada masa itu. Perkara yang dikaji oleh penyelidik adalah semua yang berkaitan tentang aspek kemanusiaan, bukti-bukti bahan tinggalan, dan menerangkan kejadian yang berlaku pada masa lampau.5 Dalam menelusuri makna arkeologi itu sendiri, terdapat pelbagai definisi tentang arkeologi dan sebagai satu disiplin yang dinamik, ianya telah berubah-ubah bersesuaian dengan ruang kajiannya yang semakin luas dengan aplikasi teknologi semasa. Menurut Paul Bahn, pengertian arkeologi ialah satu kajian sistematik tentang masa lampau yang berasaskan budaya kebendaan dengan bermatlamat untuk membongkar, menerangkan dan mengklasifikasikan tinggalan-tinggalan budaya, menghuraikan bentuk dan perilaku masyarakat silam serta memahami bagaimana ia terbentuk dan akhir sekali merekonstruksinya semula. Bagi beliau bidang ini melibatkan analisis dan interpretasi dalam memahami sejarah manusia. Ianya juga melibatkan pemuliharaan warisan budaya sejagat. Arkeologi merupakan bidang antardisiplin dan meminjam pelbagai aspek teori utama dan konsep metodologi serta pendekatan dari sejarah dan antropologi. Menuruk Grahame Clark pula, arkeologi ialah satu bentuk kajian yang sistematik ke atas bahan-bahan purba bagi membentuk semula sejarah.6 Brian Fagan pula mengatakan bahawa arkeologi adalah kajian tentang masa silam manusia mengenai tingkahlaku manusia purba dari masa silam hingga kini. Glyn Daniel mengatakan bahawa arkeologi ialah satu cabang sejarah yang mengkaji tinggalan-tinggalan masa lampau. Kajian sejarah yang menggunakan segala maklumat sama ada bertulis, epikgrafik atau tinggalan dengan matlamat akhir untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang manusia silam. Selain itu, ahli sejarawan Barat seperti Frank Hole dan Robert F.Heizer mengatakan bahawa arkeologi ialah satu kajian tentang masa silam manusia yang dikaji terutamanya melalui bahan-bahan peninggalan. Arkeologi juga merupakan satu susunan kaedah dan tatacara penyelidikan masa lalu yang menggambarkan data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta orientasi teori ahli arkeologi. Menurut Robert J.Sharer dan Wendy Ashmore, arkeologi ialah sebahagian khusus tentang teknik yang digunakan dalam membongkar bukti tentang masa lalu dan sebagai satu disiplin yang mengkaji masyarakat dan kebudayaan silam berdasarkan budaya kebendaan ianya menerangkan perkembangannya serta bagaimana ianya berlaku. Clive Gamble dan Stephen Ball masing-masing mengatakan bahawa arkeologi adalah bidang kajian masa silam melalui tinggalan benda yang menerangkan objek, landskap, dan apa yang kita hasilkan darinya dan arkeologis merekonstruksi cara hidup kebudayaan masa silam menerusi analisis ke atas tinggalan benda yang ditinggalkan oleh manusia masa silam. C.W Ceram mengatakan bahawa arkeologi adalah sains dan sastera iaitu semangat dan aksi pengembaraan. Mark Q.Sutton dan Robert M.Yohe ll berpendapat bahawa aekeologi ialah kajian masa silam manusia. Di Amerika Syarikat, arkeologi dianggap satu sub-bidang bidang antropologi manakala di Eropah ia berkait rapat dengan bidang sejarah. Arkeologi berkembang menjadi satu ilmu sains yang semakin mendalam dan menarik, melingkungi pelbagai pengkhususan dan sub-disiplin. Menurut Gyn Isaac, arkeologi sebagai
4 5 6

Baszley Bee B.Basrah Bee,Pengantar Arkeologi,Sabah:Universiti Malaysia Sabah,2009,hlm.1. Pressman, C. Archaeology:The Science of the Human Past,United State:Pearson Education,2004,hlm.1. Baszley Bee B.Basrah Bee,Pengantar Arkeologi,Sabah:Universiti Malaysia Sabah,2009,hlm.1.

satu disiplin yang cuba menerangkan hubungan di kalangan manusia dan di antara manusia dengan dunia kebendaan. Menurutnya lagi, ianya merupakan bukan satu disiplin sains jati, sains sosial dan cabang kemanusiaan tetapi ianya merupakan usaha khusus atau tempat untuk semua bidang bertemu dan Cotrell Leonard berpendapat ianya merupakan satu cerita mengenai manusia dengan merujuk kepada tinggalan seperti peralatan yang digunakan, monumen, rangka manusia dan segala yang terhasil dari inovasi yang diciptanya. J.de Leat dan Walter Taylor masing-masing mengatakan bahawa arkeologi sebagai satu disiplin sains dan cabang kepada bidang sejarah yang berbeza dengan pendapat Taylor yang mengatakan bahawa arkeologi bukanlah sejarah atau antropologi tetapi berdiri sebagai disiplin yang tersendiri dengan satu kaedah dan kumpulan teknik yang khusus untuk mengumpulkan atau mendapatkan maklumat mengenai kebudayaan. Seterusnya, menurut Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd.Rahman, pengertian arkeologi pada mulanya ialah satu bentuk kajian ke atas bahan purba deskriptif yang sistematik pada sekitar awal abad ke-18 kemudiannya berkembang kepada maksud sejarah purba pada abad ke-19 dan kini sebagai satu disiplin yang bertujuan untuk membentuk semula sejarah kebudayaan, sejarah cara hidup dan proses kebudayaan masyarakat purba sejarah, proto sejarah dan sejarah dengan mengkaji artifak dan non-artifak serta melihatnya dalam konteks alam sekitar. Berdasarkan kepada definisi tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa bidang arkeologi merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang manusia, kebudayaan masa silam dan persekitarannya berdasarkan kepada tinggalan budaya dan semulajadi dengan menggunakan pelbagai pendekatan disiplin-disiplin yang lain seperti sejarah, antropologi, geologi, geografi, matematik, fizik, zoologi, botani, senibina, kejuruteraan dan lain-lain. Penumpuan terhadap tinggalan budaya tidak hanya tertumpu kepada aspek kebendaan yang dikategorikan kepada buatan manusia tetapi juga bersifat bukan buatan tetapi terhasil secara tidak langsung kesan tindakan manusia dalam membina kebudayaannya iaitu ekofak.7 Arkeologi seperti bidang ilmu lain terbahagi kepada beberapa sub-disiplin. Antaranya ialah prasejarah, arkeologi petempatan, arkeologi industri, ethno-arkeologi, fizikalantropologi dan maritim arkeologi. Kepelbagaian bidang itu melahirkan pelbagai jenis pakar dalam arkeologi. Oleh kerana kebanyakan ahli arkeologi berasal daripada daripada disiplin dalam sains sosial dan kemanusiaan, iaitu sejarah, antropoologi, bahasa kuno dan sejarah seni, maka kepakaran mereka terhad kepada pakar tembikar tanah, tembikar Cina, arca agama sama ada Hindu atau Buddha, ukiran, kaligrafi, bahasa kuno seperti Sanskrit dan lain-lain lagi. Namun demikian, terdapat juga ahli arkeologi yang datang daripada aliran sains tulen. Apabila ahli arkeologi cuba mendapatkan maklumat tentang tarikh mutlak, kandungan bahan dalam satu-satu artifak, tentang gender dan umur satu-satu rangka manusia yang dijumpai dalam eskavasi, keadaan alam sekitar termasuk flora dan fauna dalam sejarah disatu-satu tapak arkeologi maka mereka terpaksa merujuk kepada ahli sains tulen yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu. Oleh itu, jelaslah bahawa memang terdapat pelbagai teori dan pendapat para sarjana tentang pengertian arkeologi berdasarkan kepada dapatan kajian masing-masing.8

7 8

Ibid,.hlm.3.

Arkeologi Malaysia,2004,31:109-127.

Nik Hassan Shuhaimi b.Nik Abd Rahman,Peranan Sains Dalam Penyelidikan Arkeologi Protosejarah,Jurnal

3.0 PENGERTIAN MEDIA POPULAR Secara umumnya, media merujuk kepada pelbagai cara untuk berkomunikasi ataupun sebagai sistem penyampaian maklumat. Sebagai contohnya, televisyen, radio, akhbar, dan majalah. Media ini juga diertikan sebagai tapak penyampaian data. Media juga diertikan sebagai saluran komunikasi yang mempunyai fungsi yang pelbagai seperti menawarkan hiburan, menyampaikan berita dan maklumat, ataupun menyampaikan mesej pengiklanan. Media membawa mesej penting sebagai pengantara diantara perkhidmatan pengguna. Media popular pula ialah media yang sering menjadi kunjungan penonton seperti industri perfileman, dokumentari, permainan video, karakter kartun, dan sebagainya. Dalam kehidupan seharian media yang merupakan sistem yang digunakan untuk berkomunikasi ini tidak dapat dipisahkan dari manusia. Manusia amat memerlukan media sebagai pelengkap kepada kehidupan sehari-hari. Oleh hal yang demikian, dalam kehidupan serba serbi moden ini, media tidak lagi menjadi sesuatu yang kecil malahan dilihat sebagai sumber penyumbang kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah tamadun. Media mampu digunakan untuk komunikasi massa, baik yang berupa media cetak, audio, audio visual, filem, dan media luar ruang.9 Pengertian media sangat luas demikian juga fungsi dan penerapannya. Menurut beberapa orang sarjana seperti Gagne (1970), media adalah berbagai jenis komponen dalam lingkungan yang dapat menarik masyarakat. Bagi sarjana seperti Marcus Brittain dan Timothy Clack, media secara asasnya bermaksud alat komunikasi ataupun digunakan sebagai tapak komunikasi disalurkan, dihantar, dan disampaikan. Media juga biasanya diertikan sebagai alat untuk menjadi alat pengiklanan terutama sekali dalam bidang perniagaan keusahawanan. Hal ini demikian kerana, media merupakan medium yang paling berkesan, paling cepat, dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Media mempunyai banyak elemen di dalamnya, sebab itulah ianya dikatakan sebagai multimedia. Dalam multimedia biasanya penggunaan animasi, visual, audio, dan gambar memberi nilai yang tinggi kepada sesuatu media. Oleh hal yang demikian, penggunaan media dalam mengkomersialkan sesuatu perniagaan memberi keyakinan yang tinggi kepada pengusaha kerana maklumat tersebut cepat sampai kepada pelanggan.10 Oleh itu, disamping menelusuri makna tentang media, seharusnya masyarakat pada masa kini seharusnya faham bahawa media dan arkeologi mempunyai perkaitan yang amat rapat. Saling kebergantungan anatara kedua-duanya telah lama wujud. Penggunaan media dalam arkeologi dapat dilihat melalui dokumentari-dokumentari yang dipaparkan di mediamedia massa. Selain itu, arkeologi turut banyak dipaparkan di pelbagai majalah, buku-buku ilmiah, penggunaan arkeologi dalam permainan video, dan dalam komik turut di dijadikan sebagai unsur utama. Secara ringkasnya, terdapat dua hubungkait yang rapat antara media dan arkeologi iaitu yang pertama memaparkan arkeologi sebagai bidang arkeologi melalui media, manakala media menggunakan arkeologi sebagai medium utama dalam meningkatkan nilai komersialnya. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa perkaitan dan hubungkait antara arkeologi dan media adalah sebaliknya berdasarkan kepada kepentingan masing-masing. Namun perkara yang penting bagi arkeologi dan media itu sendiri adalah penyampaian maklumat yang berjaya kepada penonton dan pembaca.11

Atep Adya Barata,Dasar-dasar Pelayanan Prima,Jakarta:Elex Media Komputindo,2008,hlm.107. Clack, T dan Brittain, M.Archaeology and the Media,United States of America:Left Coast Press Inc,2007,hlm.12. 11 Ibid,.hlm.14.
10

4.0 PERSEPSI MEDIA POPULAR TERHADAP DISIPLIN ARKEOLOGI 4.1 Unsur-unsur Pengembaraan Yang Mencabar. Disiplin arkeologi berdasarkan kepada persepsi media popular umumnya dikaitkan dengan unsur-unsur pengembaraan yang mencabar. Penyelidikan dan dalam usaha mencari penemuan-penemuan yang baru, media sering kali digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Unsur-unsur pengembaraan yang dipaparkan dalam filem, dalam ekskavasi mahupun dalam dokumentari memperlihatkan salingkait antara media dan arkeologi. Sebagai contohnya, dalam filem Indiana Jones and The Last Crusade. Filem ini telah diarahkan oleh seorang pengarah terkenal iaitu Steven Spielberg pada tahun 1989 yang mengisahkan tentang sebuah diari ataupun catatan harian yang menyebabkan seorang ahli arkeologi terkenal iaitu Dr Henry Jones (Sean Connery) telah diculik oleh Nazi Jerman. Dalam catatan harian milik Dr Jones itu mengandungi peta dan catatan-catatan peninggalan masa lampau yang mengenai salah satu benda suci yang mengandungi kekuatan ghaib, iaitu Holy Grail. Nazi Jerman sangat menginginkan Holy Grail itu untuk dipergunakan sebagai kekuatan ghaib bagi menguasai dunia. Dr Indiana Jones atau Indy terpaksa terlibat dalam permasalahan tersebut kerana selain sebagai seorang arkeologi, hal ini juga mempunyai kaitan peribadinya iaitu bapanya, Dr Henry Jones. Walaupun Indy telah lama tidak berhubung dengan ayahnya disebabkan oleh masalah pada masa lampau, namun keinginan untuk menyelamatkan ayahnya adalah sangat kuat. Ayahnya Dr Henry Jones telah diculik oleh Nazi Jerman disebabkan oleh catatan beliau yang mengandungi Holy Grail. Dari Amerika, Indy telah mengikuti jejak ayahnya ke makam bawah tanah di Venesia, Italia sehinggalah ke Vatikan. Dalam misi penyelamatan itu, Indy ditemani oleh Dr.Elsa Schneider (Alison Doody), seorang ahli sejarah seni yang ditemui di Venesia. Meraka berdua kemudiannya menyusup ke sarang singa iaitu negara Nazi Jerman yang pada masa itu dipimpin oleh Hitler. Selain menyelamatkan ayahnya, Indy juga harus merebut kembali peta dan catatan harian Dr Henry Jones dan mencegah Nazi mendapatkan Holy Grail itu. Oleh hal yang demikian, media-media popular sebenarnya berperanan dalam mengetengahkan kisah yang berunsurkan disiplin arkeologi.12 Unsur-unsur pengembaraan yang mencabar juga dapat dilihat dalam beberapa filem pengembaraan seperti filem A Month In The Country yang mengisahkan seorang arkeologi pada tahun 1987 yang bernama Charles Moon (Kenneth Branagh) yang mengembara untuk mencari kubur nenek moyangnya di Yorkshire pada akhir Perang Dunia ll apabila beliau menemukan seorang ahli sejarah yang dilakonkan oleh Colin Firth. Pengembaraan ini merupakan pengembaraan yang mencabar yang banyak menggunakan unsur disiplin arkeologi. Selain itu, unsur yang sama juga dapat dilihat dalam filem Lara Croft:Tomb Raider yang mengisahkan Lara Croft iaitu anak perempuan kepada ahli arkeologi yang terkenal iaitu Jon Voigt. Dalam filem ini, Lara Croft berjanji untuk menjadi seorang ahli arkeologi yang tidak dikenali dan pergi ke tempat-tempat misteri dan dan membunuh orangorang yang jahat seperti yang dilakukannya dalam permainan video.13

12

Indiana Jones and The Last Crusade. Atas talian: http://www.indosiar.com/sinopsis/indiana-jones-and-thelast-crusade_1563.html diakses pada 29 April 2013. 13 Archaeology Videostore Horror. Atas talian : http://archaeology.about.com/od/videohorror/Archaeology_Videostore_Horror.htm diakses pada 29 April 2013.

4.2 Mengaitkan Arkeologi Dengan Penemuan Tinggalan Purba. Media popular seperti majalah dan akhbar banyak memaparkan penemuan-penemuan tinggalan purba. Achaeology-A Publication of The Archaeological Institute of America merupakan sebuah akhbar yang banyak melaporkan penemuan-penemuan tinggalan purba yang terkini. Sebagai contohnya, pada 22 Mac 2013, sekumpulan ahli arkeologi dari Akademi Sains Sosial China yang meninjau Hailongtun Castle telah menjalankan ekskavasi dan menemui beberapa bahan tinggalan purba. Hailongtun Castle telah ditubuhkan pada tahun 1957 dan dimusnahkan semasa zaman peperangan pada tahun 1600. Ekskavasi telah diberi tumpuan ke atas dua buah tapak istana. Dalam ekskavasi tersebut, ahli-ahli arkeologi telah menemui beberapa tinggalan purba iaitu cawan porselin, pinggan mangkuk, paip seramik, dan perisai tembaga. Laporan penemuan melalui akhbar ini ternyata memberi banyak manfaat kepada golongan yang meminati bidang carigali ataupun ekskavasi yang sebagai bidang sejarah. Oleh hal yang demikian, dapatlah dijelaskan disini bahawa terdapat banyak lagi barang-barang tinggalan purba yang belum diekskavasi oleh individu yang pakar dalam bidang ini.14 Selain itu, penemuan-penemuan tinggalan purba juga banyak dipaparkan di dalam beberapa artikel laman sesawang untuk membolehkan masyarakat zaman moden ini mengakses tinggalan purba pada masa dahulu. Sebagai contohnya, dalam suatu artikel yang bertajuk Sejarah Penemuan Fosil Manusia Purba,Manusia Kera dan Manusia Moden menceritakan tentang penemuan-penemuan fosil manusia yang dikatakan terbahagi kepada tiga zaman. Zaman yang pertama adalah Zaman Manusia Kera dari Afrika Selatan iaitu Australopithecus Africanus yang ditemui disekitar Bechunaland oleh Raymond Dart pada tahun 1924. Bahagian anggota tubuh yang ditemui adalah fosil tengkorak kepala sahaja. Selain itu, pada zaman yang sama ditemui juga manusia Paranthropus Robustus dan Paranthropus Transvaalensis yang ditemui di Amerika Selatan dengan ciri ketinggian 1,5 meter. Zaman yang kedua pula ianah Manusia purba iaitu Sinanthropus Pekinensis yang ditemui di Peking, China oleh Davidson Black dan Franz Weidenreich. Selain itu, Meganthropus Palaeojavanicus (Manusia Raksasa), manusia Heidelberg, dan Pithecanthropus Erectus juga ditemui pada zaman yang sama. Zaman moden pula, muncul beberapa manusia seperti Swanscombe,Neanderthal,Cro-Magnon,Shanidar,Gunung Carmel

dan Steinheim.15

Dalam Majalah National Geographic tentang tinggalan purba iaitu Stonehenge sebuah tempat yang mana batu batuannya disusun secara rapi dan tersusun kemas. Ahliahli arkeologi cuba untuk mengkaji bagaimana batu-batuan tersebut disusun sebegitu rupa. Walaupun batuan tersebut disusun pada zaman purba namun keadaannya masih sangat utuh dan kuat walaupun saiznya yang besar. Darvill dan Wainwright percaya jawapannya terletak dalam tradisi lama.16 Dalam sebuah artikel dalam majalah Smithsonian Magazines yang bertajuk A New Light On Stonehenge memaparkan dua orang arkeologi iaitu Darvill dan Wainwright yang cuba untuk membuktikan Stonehenge dibina berdasarkan kepada kuasa suci. Oleh hal yang demikian, bagi kedua-dua ahli arkeologi ini, batu-batuan yang tersusun rapi ini adalah disebabkan oleh kuasa misteri yang ajaib.17
14 15

Archaeology. Atas talian: http://www.archaeology.org/news/diakses pada 23 Mac 2013. Parliend. Sejarah Penemuan Fosil Manusia Purba,Manusia Kera dan Manusia Moden. 2009. Atas talian: http://id.scribd.com/doc/21247532/Sejarah-Penemuan-Fosil-Manusia-Purba (diakses pada 30 April 2013) 16 Caroline Alexander, If the Stones Could Speak,National Geographic,2008. Atas talian: http://ngm.nationalgeographic.com/2008/06/stonehenge/alexander-text (diakses pada 30 April 2013) 17 Dan Jones, New Light on Stonehenge,Smithsonian Magazine,2008. Atas talian: http://www.smithsonianmag.com/history-archaeology/light-on-stonehenge.html(diakses pada 1 Mei 2013)

4.3 Penemuan Tinggalan Purba Sentiasa Baru. Media popular seperti majalah sentiasa memaparkan penemuan-penemuan yang terkini. Sebagai contohnya, pada 16 November 2012, ahli arkeologi telah menemukan tulang temulang kaum Ad. Ahli arkeologi menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa yang sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab Selatan ini disebut penempatan kosong. Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh pasukan The Aramco exploration. Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini. Ini merupakan cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia adalah hasil evolusi monyet dan beruk. Pada awal tahun 1990 muncul keratan akhbar dalam beberapa surat khabar terkemuka di dunia yang menyatakan Kota Legenda Arabia Yang Hilang Telah Ditemui. Ramai ahli arkeologi berpendapat bahawa Kota Iram ini adalah milik orang Ad. Oleh hal yang demikian, tanpa pemaparan melalui media popular, pastinya ramai orang tidak akan mengetahui sejarah penemuan manusia raksasa ini walaupun banyak yang menafikan tetapi sekurang-kurangnya banyak yang mempercayai bahawa manusia raksasa itu memang wujud pada zaman purba lagi.18 Selain itu, berita nasional Malaysia (bernama) turut memaparkan berita mengenai penemuan tinggalan purba yang terbaru. Sebagai contohnya, pada 4 mac 2009, di Sungai Petani, Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah menerbitkan suatu penemuan arkeologi yang bertajuk Artifak Prasejarah Terbaru Ditemui di Lembah Bujang. Sekumpulan arkeologis Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, University Sains Malaysia (USM) menemui artifak prasejarah berupa bangunan dan kilang melebur besi abad ke-3 Masihi hasil projek ekskavasi di Sungai Batu, Semeling, dalam Lembah Bujang. Penemuan tersebut berdekatan dengan ladang kelapa sawit jalan lencongan merbok, membuktikan tamadun dan kehidupan sebuah komuniti manusia prasejarah di Lembah Bujang adalah lebih awal dari jangkaan sebelumnya. Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak yang mendedahkan hal tersebut mengatakan bahawa ia merupakan penemuan penting sejarah ketamadunan manusia di Malaysia. Ekskavasi itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan. Penemuan ini merupakan penemuan pertama industri besi dalam tamadun Lembah Bujang yang mempunyai tarikh mutlak dan tidak boleh disangkal. Penyelidikan dan ekskavasi mendapati Lembah Bujang merupakan sebuah pelabuhan utama di Asia Tenggara dari kurun ke-5 hingga ke-13 Masihi.19 Seterusnya, beberapa pakar arkeologi menemui lokasi sebuah bandar kecil berhampiran bandar Provadia, Timur Bulgaria yang dipercayai paling tua di Eropah. Ia terletak di sekitar sebuah kilang garam tertua Eropah. Rangka tulang milik seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak turut ditemui di lokasi tersebut. Penemuan yang dibuat oleh sekumpulan ahli arkeologi Bulgaria itu disahkan oleh Saintis Jerman, Jepun dan Britain. Selain itu, sekumpulan ahli arkeologi telah menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian Mail Online. Tengkorak tersebut dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood. Ia ditemui tertanam di sebuah

18

Nasrul, Penemuan Arkeologi ( tulang temulang kaum 'Ad),2012. Atas talian: http://dairishare.blogspot.com/2012/11/penemuan-arkeologi-tulang-temulang-kaum.html 19 Bernama, Artifak Prasejarah Terbaru Ditemui Di Lembah Bujang,2009. Atas talian: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=394007(diakses pada 3 Mei 2013)

kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia. Kedua-dua penemuan ini telah dimuatkan dalam media berita online yang dikenali sebagai My berita.20 4.4 Melibatkan Rompakan dan Pengembaraan. Di samping itu, media popular turut mengandaikan bahawa disiplin arkeologi itu selalunya melibatkan aktiviti rompakan atau pun pengembaraan. Namun, unsur rompakan itu hanyalah dapat dilihat di dalam media seperti filem aksi dan pengembaraan sahaja kerana dalam dunia sebenar unsur rompakan itu tidak pernah berlaku. Filem seperti Chinese zodiac 2012 (cz12) yang dibintangi oleh Jackie Chan merupakan contoh filem aksi yang melibatkan unsur rompakan. Filem ini mengisahkan tentang kehidupan pada masa kejayaan Cina pada zaman dahulu yang mana pada waktu itu terdapat sebuah tempat yang dibuat sImbol Zodiak Cina yang diperbuat daripada perunggu yang terdiri daripada haiwan seperti kepala tikus, lembu, harimau, kelinci, naga, ular, kuda, domba, ayam, anjing, serta babi. Namun begitu, tempat tersebut harus dimusnahkan akibat terjadinya penjajahan oleh negara Perancis di China. Sejak hancurnya tempat tersebut, sehinggalah kepada zaman moden, symbol-simbol Zodiak Cina tersebut menjadi sebuah barang yang sangat diburu oleh para peminat barang antik. Sesiapa sahaja berani membayar dengan harga yang paling mahal untuk sebuah simbol Zodiak tersebut. Oleh itu, Jackie Chan telah diupah untuk mencuri kesemua 7 buah patung bersimbolkan Zodiak Cina tersebut dan telah melalui banyak cabaran seperti perompak.21 Selain filem, media seperti komik kartun turut menerbitkan kisah-kisah pengembaraan melalui unsur-unsur arkeologi. Sebagai contohnya, komik seperti Escape From Pompeii yang mengisahkan Dr Isabel Soto seorang arkeologi yang mengembara ke Pompeii untuk melihat keagungan seni bina di tempat tersebut. Namun begitu, sewaktu di tempat itu, berlaku gempa bumi yang menyebabkan Dr Soto tidak dapat meneruskan tinjauannya.22 Selain daripada itu, komik yang mengisahkan tentang pengembaraan mengkaji Exploring Titanic oleh Dr Isabel Soto turut merupakan kisah yang menarik. Pengembaraan beliau dalam mengkaji Exploring Titanic ini membolehkan masyarakat mengenali Titanic dari luar dan dalam sehinggalah kepada punca kemusnahannya pada pelayaran yang pertama.23 Selain komik Exploring Titanic dan Escape From Pompeii, komik seperti Of Pothunters and Pots juga memperlihatkan banyak unsur-unsur arkeologi yang menarik minat kanak-kanak untuk membacanya. Komik ini menceritakan tentang tinggalan arkeologi yang cuba dirompak oleh beberapa orang perompak dengan menggali suatu tempat yang diketahui mempunyai barang tinggalan yang berharga.24

20

Tengkorak makhluk asing ditemui di mexico,My Berita. Atas talian: http://www.myberita.com/tengkorakmakhluk-asing-ditemui-di-mexico/(diakses pada 3 mei 2013) 21 Review film chinese zodiac,2012. Atas talian: http://www.muvimania.com/2013/01/review-film-chinesezodiac.html (diakses pada 3 mei 2013). 22 Collins, T. escape from Pompeii,America:Capstone Press,2011,hlm.1-15. 23 Biskup,A.Exploring titanic,Minnesto: Capstone Press,2010,hlm.1-27. 24 Johannes, H.N. Loubser,Of Pothunters and Pots,California:Altamira Press, 2003,hlm.1-147.

4.5 seringkali dikaitkan dengan jantina.

Dalam penerbitan filem khususnya, sesebuah filem pastinya akan memaparkan salah satu watak yang menonjol. Sebagai contohnya, dalam penerbitan filem yang mampunyai disiplin arkeologi, biasanya karakter arkeologis itu sangat ditonjolkan sama ada ahli arkeologinya terdiri daripada wanita ataupun lelaki. Dalam filem Relic Hunter (1999), karakter arkeologisnya adalah wanita iaitu Dr Sydney Fox. Dr Sydney fox adalah ketua Jabatan Arkeologi di University of Chicago. Dr Sydney Fox sentiasa mengelilingi dunia ataupun mengembara untuk mencari artifak purba untuk dikembalikan ke muzium. Dr Sydney Fox dibantu oleh pembantunya iaitu Claudia.25Filem pengembaraan yang dibintangi oleh wanita sebagai arkeologis turut dipaparkan dalam filem Lara Croft:Tomb Rider. Dalam filem ini Lara Croft merupakan anak perempuan kepada Jon Voigt. Selain itu, dalam laman sesawang pula dipaparkan lagi seorang watak arkeologi wanita. Mary Douglas adalah seorang arkeologi yang terkenal sebagai pemburu fosil manusia purba. Beliau dilahirkan di London pada tanggal 6 Februari dan berjasa dalam menemukan dan mengklasifikasikan manusia purba dan kehidupannya.26 Oleh hal yang demikian, sebenarnya dalam beberapa watak arkeologis yang cuba ditonjolkan dalam sesuatu filem, yang paling penting adalah peranan arkeologis tersebut dalam menangani setiap cabaran supaya karakter arkeologis itu dapat dilihat.

25 26

http://www.merdeka.com/teknologi/google-doodle-abadikan-antropolog-wanita-terkenal-dunia.htmldiakses pada 3 Mei 2013.

Relic hunter.Atas talian: http://www.imdb.com/title/tt0207919/plotsummary diakses pada 4 Mei 2013. Google Abadikan Mary Leakey, Arkeolog Wanita Terkenal di Dunia. Atas talian:

4.6 Arkeologi Seringkali Dikaitkan dengan Dinasour. Dalam beberapa majalah ilmiah, kegiatan mencari gali dikatakan berkaitrapat dengan hasil penemuan rangka tulang dinasour. Tanpa pemaparan dan pendedahan daripada media-media popular ini mustahil bagi masyarakat sekarang untuk mengetahui sama ada dinasour benar-benar wujud ataupun tidak. Walaubagaimanapun, hasil daripada penemuan melalui ekskavasi oleh pada arkeologi, maka sedikit sebanyak masyarakat sudah mulai menerima bahawa dinasour pernah hidup di muka bumi pada masa lampau. Buktinya, pada 7 April 2006 dalam sebuah himpunan artikel dari suatu laman sesawang yang bertajuk Rangka Dinosaur Ditemui menjelaskan kepada kita bahawa dinosaur benar-benar wujud pada masa lampau. Menurut artikel ini, sekumpulan nelayan menemui satu rangka binatang aneh yang dipercayai dinosaur di Pulau Tiga, Pantai Barat Sabah. rangka binatang itu menimbulkan tanda tanya kerana ia seakan-akan rangka seekor penyu dan pada masa yang sama struktur rangkanya mirip seekor ular. Penenemuan tersebut menyebabkan sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) diketuai Prof. Felix Tongkul meneliti dan menyelidiki rangka tersebut secara terperinci. Menurut Felix, berdasarkan kajian, rangka itu dalah milik seekor dinosaur yang dikenali sebagai Plesiosaur dan berasal dari zaman Triassic 200 juta tahun lalu.27 Selain itu, dalam majalah Kosmo Online turut dimuatkan suatu penemuan rangka yang dipercayai kepunyaan dinosaur. Tajuk artikel tersebut adalah Rangka Dinosaur Ada Di Pahang yang menggamit para arkeologi. Haiwan gergasi in sememangnya telah menarik perhatian manusia untuk mengkajinya secara lebih terperinci, malahan fosilnya dianggap sebagai sesuatu yang mengujakan. Professor Mohd.Shafeea Leman, seorang pakar Paleontologi (kajian fosil) yang mengkaji fosil dari tahun 1979 sehingga kini mengatakan bahawa terdapat kemungkinan dinosaur pernah wujud di negara ini pada suatu ketika dahulu. Berdasarkan kepada penemuan fosil dinosaur di Thailand, secara geografinya negara Malaysia berada di benua yang sama kerana bercantum sejak berjuta tahun dahulu. Lapisan batu yang mungkin menyimpan fosil haiwan itu juga sama. Jika ianya ada di Thailand, China, Laos, Vietnam, tidak mustahil di Malaysia juga ada haiwan purba itu. Fosil dinosaur ditemui di Thailand pada tahun 1976 oleh Sutham Yaemniyom, seorang pengkaji mineral ketika sedang melakukan kajian bahan kimia Urnium di Khon Kaen. Beliau menjumpai rangka fosil tulang besar jenis Sauropod dengan lengkap empat kaki, serta leher dan ekor yang panjang. Menurut Shafeea Leman, berdasarkan kajiannya lebih 30 tahun terdapat fosil di sekitar Banjaran Titiwangsa, Semenanjung Malaysia.28 Selain majalah, filem juga turut menggunakan unsur dinosaur sebagai unsur utama. Sebagai contohnya dalam filem yang bertajuk Jurassic Park arahan Steven Spielberg. Filem ini mengisahkan tentang kemajuan besar dalam teknologi saintifik telah dapat mewujudkan sebuah pulau yang penuh dengan dinosaur hidup. Saintis menggunakan alat yang membawa kepada kehiduan dinosaur menggunkan DNA yang diambil daripada sampel darah, yang telah dipelihara di dalam seranggan bersalut ambar. Filem ini dibintangi oleh Hammond, Gerrano, Grant, Sattler, Nedry dan banyak lagi. Setelah sistem keselamatan dilumpuhkan akibat tindakan mencuri embrio dinosaur, maka semua dinosaur melarikan diri dari kandang yang seterusnya penyebab kepada kesusahan di pulau tersebut.29

27

Sabah Rhinos Forum,Rangka Dinosaur Ditemui,8 April 2006. Atas talian: http://www.sabahrhinos.com/forum/index.php?topic=1848.0 diakses pada 3 Mei 2013. 28 Kosmo Online, Rangka dinosaur ada di Pahang?,2009. Atas talian: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_04.htm diakses pada 3 Mei 2013. 29 Plot Summary For Jurassic Park. Atas talian: http://www.imdb.com/title/tt0107290/plotsummary diakses pada 3 Mei 2013.

10

4.7 Mengkaji Masa Lalu yang Berada di Dasar Laut. Peranan National Geographic melalui ratusan filem dokumentari, majalah dan berita secara online telah menggunakan dan mempromosikan istilah arkeologi bawah air adalah amat berpengaruh. Kalangan audien yang kurang berpengetahuan tentang bidang arkeologi dengan mudah menerima istilah ini. Perkara ini menjadi kompleks apabila tokoh-tokoh arkeologi tersohor dalam kajian bawah air menjadi watak utama dalam dokumentari terbitan agensi media eksplorasi tertua ini. Perkara ini semakin kompleks berikutan dengan perkembangan internet yang pantas. Internet telah mengukuhkan penggunaan istilah arkeologi bawah air sebagai satu bidang yang tersendiri dalam arkeologi. Buktinya, carian yahoo.com menemukan lebih tiga juta rangkaian dalam bentuk websites, blog, dan database dalam pelbagai pautan dan muat turun, manakala sekitar 131 ribu imej digital berkaitan dengan arkeologi bawah air (underwater archaeology).30 Salah satu peranan arkeologi bawah air adalah mengkaji kapal-kapal yang telah karam. Sebagai contohnya, Titanic merupakan kapal yang telah karam pada masa lampau yang telah mengorbankan ratusan ribu orang. Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling terkenal di dunia. Hollywood pernah mengisahkan filem dari kejadian ini. Pada jam 11:40 malam, 14 April 1912, peninjau kapal ini mengesan sebuah ais beku yang besar ketika berlayar di 400 batu ke Selatan Grand Banks of Newfoundland. Tragedi Titanic melanggar ais beku semasa mambuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini melibatkan kos $7 juta untuk dibina dan antara yang paling mewah dan mahal ketika itu ($150 juta sekarang). Oleh hal yang demikian, para arkeologi cuba untuk menyiasat secara terperinci mengenai tinggalan-tinggalan kapal karam ini. Maka dengan itu, setiap tinggalan yang dijumpai oleh para arkeologi akan diambil sebagai tinggalan purba, yang juga merupakan sumber arkeologi kerana tidak mempunyai sumber dokumentasi. Setiap penemuan seterusnya akan dimuatkan dalam dokumentari, ataupun National Geographic untuk dipaparkan kepada masyarakat secara umumnya.31 Selain itu, media popular seperti My Berita juga memaparkan beberapa penemuan melalui arkeologi bawah air. Dalam sebuah artikel yang bertajuk Penyelam Menjumpai Sebuah Kapal Karam dipercayai Berusia 122 Tahun Milik British membuktikan bahawa arkeologi bawah air ini merupakan bidang yang penting dalam disiplin arkeologi. Seorang penyelam bebas di Seremban telah menjumpai sebuah kapal karam dipercayai berusia 122 tahun. Fatharullah Amin Abd Wahab yang berumur 39 tahun amat berminat untuk mangkaji dan mencari khazanah bawah air. Minatnya telah berhasil apabila menemukan sebuah kapal selam yang dipercayai milik British. Bangkai kapal selam itu merupakan kapal karam diantara yang terbesar pernah dijumpai di perairan Malaysia dan mempunyai nilai artifak yang sangat penting. Mengikut rekod, kapal yang dibina oleh Syarikat Harland dan Wolf Ltd itu adalah kapal kargo yang ketika itu membawa barangan dari Manila menuju ke Perancis, namun karam di tengah laut Semarang Labuan. Kapal setinggi 120.3 meter itu dikenali SS Saint Pancras adalah terbesar yang pernah dijumpai di Malaysia. Oleh hal yang demikian, arkeologi bawah air tidak harus dipandang sebagai suatu disiplin yang kurang bernilai kerana disiplin ini sebenarnya telah memberi impak yang sangat besar kepada arkeologi Maritim Malaysia.32

30 31

Baszley Bee B.Basrah Bee,Pengantar Arkeologi,Sabah:Universiti Malaysia Sabah,2009,hlm.28. Titanic. http://amekaw.com/2013/04/10-kemalangan-paling-mahal-di-dunia/ diakses pada 3 Mei 2013. 32 Penyelam Jumpa Sebuah Kapal Karam Dipercayai Berusia 122 Tahun Milik British,My Berita,2013. Atas talian: http://www.myberita.com/penyelam-jumpa-sebuah-kapal-karam-dipercayai-berusia-122-tahun-milik-british/ diakses pada 3 Mei 2013.

11

4.8 Karakter Arkeologis. Media-media popular sering menggunakan karakter arkeologis terutama sekali dalam filem epik. Sebagai contohnya, penggunaan perisai, pedang, ketopong, baju besi, dan topi keselamatan mempunyai unsur-unsur arkeologi dalam pembuatan filem. Filem seperti Hikayat Merong Mahawangsa merupakan filem epik yang mendapatkan sambutan ramai. Filem ini bukan sahaja berkisar tentang sejarahnya, tetapi kostum, aksi peperangan dan karakter dan penggunaan unsur arkeologi bertaraf antarabangsa. Adegan peperangan menggunakan kapal perang cukup hebat serta latar belakang yang berunsurkan sifat arkeologi. Filem ini dibintangi oleh Stephen Rahman. Malah 4 buah kapal ada di antaranya berukuran 60 kaki kali 20 kaki saiznya telah dibina bagi menggambarkan jalan cerita file mini di samping bantuan unsur-unsur Computer Generated Imagenary(CGI).33 Penggunaakn pedang dan panah dalam filem ini banyak memaparkan unsur arkeologi yang meninggikan nilai filem ini sendiri. Hal ini telah memberi kesan yang positif kepada industri perfileman di Malaysia kerana filem ini mampu bersiang di peringkat antarabangsa dan telah menjadi media popular yang mendapat sambuatan masyarakat yang paling tinggi.34 Terdapat pelbagai elemen-elemen komersil arkeologi seperti topeng perang Suton Hee di England, Harifa Bay di Israel, Ice Feld di Jerman, dan Pedang Holy War membolehkan penggunaan unsur ini seperti dalam filem akan meningkatkan nilai sesuatu filem tersebut. Dalam filem Lord of The Rings terdapat banyak elemen arkeologi yang digunakan terutama sekali penggunaan pedang yang unik seperti Sword Glamdring, Sword Witchking, Sword Narsil, Sword Sting, dan Gimlis axe banyak digunakan dalam filem ini. Selain daripada filem, unsur arkeologi dalam Kartun Lord Of The Rings juga sebenarnya banyak digunakan. Sebagai contohnya, Legolas Action Figure, Eomer Action Figure, Easterling Action Figure, Aragorn and Brego Action Figures, Arwen and Frodo Action Figures, dan Gandalf Action Figure. Semua karakter ini turut menggunakan pedang yang berunsurkan arkeologi.35 Oleh itu, penggunaan unsur arkeologi dalam media-media popular ini sebenarnya telah meningkatkan nilai sesuatu media dan begitu juga dengan disiplin arkeologi.

33

Generasi Pejuang Bangsa, Filem epik Melayu terbaik , Hikayat Merong Mahawangsa, 2011. Atas talian: http://sejarahmelayu.blogspot.com/2011/03/filem-epik-melayu-terbaik-hikayat.html diakses pada 3 Mei 2013. 34 Cinema Online,Hikayat Merong Mahawangsa. Atas talian: http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2009.6240.merongmahawansa.11663 diakses pada 3 Mei 2013. 35 Lord Of The Rings. Atas talian: http://www.lord-of-the-rings.org/index.html diakses pada 3 Mei 2013.

12

5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, media dan disiplin arkeologi tidak boleh dipisahkan kerana keduaduanya mempunyai kepentingan antara satu sama lain. Unsur-unsur arkeologi memang banyak digunakan dalam media seperti industri perfileman, dokumentari, majalah, permainan video, dan karakter kartun. Penilaian masyarakat yang mengatakan bahawa disiplin arkeologi tidak berapa penting berbanding disiplin yang lain terutama sekali disiplin sains tulen seharusnya diubah kepada suatu pemikiran yang dapat menerima disiplin arkeologi yang sama pentingnya dengan disiplin ilmu sains tulen. Seluruh masyarakat seharusnya sedar bahawa arkeologi bukanlah semata-mata tinggalan purba tetapi ianya turut menjadi inti utama dalam dunia media popular. Persepsi media popular yang mengatakan bahawa arkeologi merupakan unsur-unsur pengembaraan yang mancabar, penyiasatan tentang tinggalan barang lalu, penemuan tinggalan purba sentiasa baru, melibatkan rompakan dan pengembaraan, sering dikaitkan dengan jantina, dikaitkan dengan dinosaur, mengkaji masa lalu yang berada di dasar laut, dan karakter arkeologi merupakan persepsi asas tentang disiplin arkeologi itu sendiri. Oleh hal yang demikian, jelaslah disini bahawa media popular mempunyai banyak persepsi tentang disiplin arkeologi.

13

6.0 RUJUKAN Atep Adya Barata. 2008. Dasar-Dasar Pelayanan Prima. Jakarta:Elex Media Komputindo. Archaeology Videostore Horror. Atas talian : http://archaeology.about.com/od/videohorror/Archaeology_Videostore_Horror.htm diakses pada 29 April 2013. Archaeology. Atas talian: http://www.archaeology.org/news/diakses pada 23 Mac 2013. Baszley Bee.Basrah Bee. 2009. Pengantar Arkeologi. Sabah: Universiti Malaysia Sabah. Bernama, Artifak Prasejarah Terbaru Ditemui Di Lembah Bujang,2009. Atas talian: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=394007(diakses pada 3 Mei 2013). Biskup, A. 2010. Exploring Titanic. Minnesto: Capstone. Caroline Alexander, If the Stones Could Speak,National Geographic,2008. Atas talian: http://ngm.nationalgeographic.com/2008/06/stonehenge/alexander-text (diakses pada 30 April 2013). Collins, T. 2011. Escape From Pompeii. America: Capstone. Cinema Online,Hikayat Merong Mahawangsa. Atas talian: http://www.cinema.com.my/movies/movie_contents.aspx?search=2009.6240.meron gmahawansa.11663 diakses pada 3 Mei 2013. Clack, T & Brittain, M. 2007. Archaeology and The Media. United States of America: Left Coast Press Inc. Dan Jones, New Light on Stonehenge,Smithsonian Magazine,2008. Atas talian: http://www.smithsonianmag.com/history-archaeology/light-onstonehenge.html(diakses pada 1 Mei 2013). Generasi Pejuang Bangsa, Filem epik Melayu terbaik , Hikayat Merong Mahawangsa, 2011. Atas talian: http://sejarahmelayu.blogspot.com/2011/03/filem-epik-melayu-terbaikhikayat.html diakses pada 3 Mei 2013. Google Abadikan Mary Leakey, Arkeolog Wanita Terkenal di Dunia. Atas talian: http://www.merdeka.com/teknologi/google-doodle-abadikan-antropolog-wanitaterkenal-dunia.htmldiakses pada 3 Mei 2013. Indiana Jones and The Last Crusade. Atas talian: http://www.indosiar.com/sinopsis/indianajones-and-the-last-crusade_1563.html diakses pada 29 April 2013. Johnson, M. 2010. Archaeological Theory. United Kingdom: Blackwell Publishing Ltd. Johannes, H.N. Loubser. 2003. Of Pothunders and Pots. California: Altamira Press.

14

Kosmo Online, Rangka dinosaur ada di Pahang?,2009. Atas talian: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Renc ana_Utama&pg=ru_04.htm diakses pada 3 Mei 2013. Lord Of The Rings. Atas talian: http://www.lord-of-the-rings.org/index.html diakses pada 3 Mei 2013. Nasrul, Penemuan Arkeologi ( tulang temulang kaum 'Ad,2012. Atas talian: http://dairishare.blogspot.com/2012/11/penemuan-arkeologi-tulang-temulangkaum.html Nik Hassan Shuhaimi b.Nik Abdul Rahman. 2004. Peranan Sains Dalam Penyelidikan Arkeologi Protosejarah. Jurnal Arkeologi Malaysia. 31:109-127. Pressman, C. 2004. Archaeology: The Science Of The Human Past. United States: Pearson Education. Parliend. 2009. Sejarah Penemuan Fosil Manusia Purba,Manusia Kera dan Manusia Moden. Atas talian: http://id.scribd.com/doc/21247532/Sejarah-Penemuan-Fosil-ManusiaPurba (diakses pada 30 April 2013) Plot Summary For Jurassic Park. Atas talian: http://www.imdb.com/title/tt0107290/plotsummary diakses pada 3 Mei 2013. Penyelam Jumpa Sebuah Kapal Karam Dipercayai Berusia 122 Tahun Milik British,My Berita,2013. Atas talian: http://www.myberita.com/penyelam-jumpa-sebuah-kapalkaram-dipercayai-berusia-122-tahun-milik-british/ diakses pada 3 Mei 2013. Review film chinese zodiac,2012. Atas talian: http://www.muvimania.com/2013/01/reviewfilm-chinese-zodiac.html (diakses pada 3 mei 2013). Relic hunter.Atas talian: http://www.imdb.com/title/tt0207919/plotsummary diakses pada 4 Mei 2013. Sabah Rhinos Forum,Rangka Dinosaur Ditemui,8 April 2006. Atas talian: http://www.sabahrhinos.com/forum/index.php?topic=1848.0 diakses pada 3 Mei 2013. Tengkorak makhluk asing ditemui di mexico,My Berita. Atas talian: http://www.myberita.com/tengkorak-makhluk-asing-ditemui-di-mexico/(diakses pada 3 mei 2013) Titanic. http://amekaw.com/2013/04/10-kemalangan-paling-mahal-di-dunia/ diakses pada 3 Mei 2013.

15

16

Anda mungkin juga menyukai