Anda di halaman 1dari 61

FAKULTI GEOSPATIAL &

HARTANAH
CGF 131 - FIZIK
BAB 4
DINAMIK ZARAH
1

PENGENALAN
Dinamik ialah kajian berkenaan dengan gerakan jasad
yang disebabkan oleh tindakan daya.
Inersia merupakan sifat semula jadi suatu objek yang
cenderung untuk menentang sebarang perubahan
keadaan asalnya, sama ada keadaan pegun atau keadaan
bergerak.
Contoh 1 situasi inersia : Keadaan asal objek yang
pegun
apabila buku di tengah satu longgok disentap, buku yang lain di
atasnya akan jatuh ke bawah.
Pada awalnya buku-buku di atas adalah pegun.
Inersianya menentang perubahan dalam keadaan pegun, maka
apabila buku ditengah disentap, buku-buku di atas tidak bergerak
bersama-sama.
2

Contoh 2 situasi inersia : Keadaan asal


objek yang bergerak
Apabila sebuah kereta bergerak, penumpang di
dalam kereta itu juga bergerak bersama-sama.
Apabila kereta itu diperlahankan dengan tibatiba, penumpang di dalamnya akan terhumban
ke hadapan.
Inersia penumpang itu menentang perubahan
keadaan asalnya iaitu, keadaan bergerak.
Dengan
itu,
penumpang
itu
teruskan
gerakannya ke hadapan.

HUKUM NEWTON PERTAMA


Hukum gerakan Newton pertama menyatakan bahawa
sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya,
iaitu dalam keadaan pegun atau keadaan gerakan
dengan halaju seragam jika tiada daya luar
bertindak ke atas objek itu.
Jika daya paduan ke atas objek adalah sifar (F = 0),
objek yang sedang pegun akan kekal pegun atau
sekiranya objek sedang bergerak, akan kekal bergerak
dengan halaju malar.
Sesuatu objek yang pegun akan tetap pegun. Untuk
menggerakkan objek itu, satu daya luar diperlukan.
4

Sesuatu objek yang bergerak dengan halaju seragam


akan tetap bergerak dengan halaju seragam
sepanjang garis lurus. Untuk mengubah keadaan itu,
daya luar mesti ditindakkan ke atas objek itu.
Sifat inersia sesuatu objek boleh dinyatakan dalam
Hukum Gerakan Newton Pertama.
Daya diperlukan untuk mengubah keadaan pegun
atau gerakan sesuatu objek.
Inersia bergantung kepada jisim. Lebih besar jisim,
lebih tinggi inersianya dan lebih sukar (lebih besar
daya yang diperlukan) untuk mengubah keadaan
asalnya, samada keadaan asalnya pegun atau
sedang bergerak.

Inersia dan Jisim


1. Situasi menolak sebuah basikal dan sebuah kereta.

Huraian:
a. Sebuah basikal adalah lebih mudah untuk ditolak dari
keadaan rehatnya berbanding dengan sebuah kereta
kerana jisim basikal itu kecil dan oleh itu inersianya
adalah sangat kecil dari jisim atau inersia kereta itu.
b. Pemerhatian di atas menunjukkan semakin besar
jisim sesuatu objek, semakin besar inersianya.
Semakin besar jisim suatu objek,semakin sukar untuk
menggerakkannya atau menghentikannya jika ia
dalam keadaan bergerak.
6

Aplikasi konsep inersia


1. Titisan air pada payung yang basah jatuh
apabila payung itu diputarkan dengan tangan.
Huraian:
a. Apabila payung diputarkan, titisan air pada
permukaannya bergerak bersama-sama.
b. Apabila payung itu berhenti, inersia titisan air
menyebabkan titisan air terus bergerak dan
meninggalkan payung.

Aplikasi konsep inersia


2. Apabila buku ditengah satu longgok disentap,
buku yang lain di atasnya akan jatuh ke bawah.
Huraian :
a. Pada awalnya, buku-buku di atas adalah pegun.
b. Inersianya
menentang
perubahan
dalam
keadaan pegun, maka apabila buku di tengah
disentap, buku-buku di atas tidak bergerak
bersama-sama.

HUKUM NEWTON KEDUA


Hukum gerakan Newton kedua menyatakan bahawa
kadar perubahan momentum adalah berkadar
terus dengan daya paduan yang bertindak ke
atas objek itu pada arah yang sama dengan
arah tindakannya.
Arah pecutan adalah sama dengan arah daya bersih,
F. Hukum Gerakan Newton yang Kedua:

F = ma
Di siniFialah daya (maksudnya, daya bersih),aadalah
pecutan jasad, dan m adalah jisim jasad.
9

Jika daya paduan bertindak ke atas suatu objek,


objek akan mengalami pecutan(perubahan halaju).

F = 0 apabila hukum pertama diperolehi a = 0


(tiada perubahan halaju)
Ini menunjukkan, apabila tiada daya paduan
bertindak ke atas objek yang berada dalam
keadaan rehat, objek tersebut akan kekal dalam
keadaan rehat.
Jika tiada daya paduan bertindak ke atas objek
yang sedang bergerak, halaju objek tersebut malar.
10

MEMAHAMI KESAN-KESAN DAYA


Daya ialah tindakan tarikan dan tolakan.
Daya boleh menyebabkan :
i. Objek yang pegun bergerak
ii. Objek
yang sedang bergerak menukar
kelajuannya
iii. Objek yang sedang bergerak menukar arah
gerakannya
iv. Objek berubah saiz dan bentuknya

Daya diukur dalam Newton (N)


11

Daya bersih sebanyak 2N bertindak ke atas M A


kerana daya-daya yang bertindak ke atas MA tidak
seimbang seperti ditunjukkan dalam rajah di atas.
12

Tiada daya bersih yang bertindak ke atas M B kerana


daya-daya yang bertindak ke atasnya adalah seimbang
seperti yang di tunjukkan dalam rajah di atas.
Apabila daya-daya yang bertindak ke atas suatu objek
adalah seimbang, keadaan objek yang sedang pegun
atau sedang bergerak tidak akan berubah.
Daya bersih juga dikenali sebagai daya paduan.
13

Berat dan Jisim


Berat sesuatu jasad ialah daya graviti keatas
jasad. Berat w, bagi jisim m:
w = mg
Unit SI bagi berat ialah Newton (N), merupakan
kuantiti vektor.

14

Arah bagi berat w, dan pecutan graviti g, bagi


sesuatu jisim yang disebabkan daya graviti
antara jisim dan bumi adalah ke arah pusat bumi.
(tegak ke bawah kepada permukaan bumi)
Jisim bagi sesuatu objek adalah tetap manakala
berat suatu objek boleh berubah mengikut
tempat.
Contohnya, berat jisim 1 kg di bumi ialah 9.8 N
dan di bulan ialah 1.9 N disebabkan nilai graviti
(g) yang berbeza.
15

Contoh 1
Seorang angkasawan berjisim 75kg. Berapakah
beratnya jika dia berada di
a.Permukaan bumi di mana pecutan graviti bernilai
10 m s-2 ?
Berat, w

= mg
= 75 x 10
= 750 N

16

b. Permukaan bulan di mana pecutan graviti ialah


1/6 pecutan graviti di permukaan bumi?
Berat, w

= mg
= 75 x (1/6 x 10)
= 125 N

17

HUKUM NEWTON KETIGA


Bagi setiap daya yang bertindak terdapat daya tindak
balas yang sama magnitud dalam arah yang
bertentangan.
F12 = - F21
Hukum Newton Ketiga menyatakan bahawa untuk setiap
daya tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang
bermagnitud sama dan bertindak pada arah yang
bertentangan.
Contoh menunjukkan Hukum Newton Ketiga:
Seorang budak yang menarik sebuah laci yang ketat di
tarik oleh laci itu. Daya tarikan budak itu yang
bertindak ke atas laci menyebabkan satu daya yang
sama magnitud menarik budak itu ke arah meja.
18

Perenang memaksa air ke belakang dengan tangan dan


kaki untuk membolehkannya berenang ke hadapan.
Tindakan menolak air ke belakang menyebabkan
perenang ditolak oleh air ke hadapan.
DAYA TINDAK BALAS NORMAL (R) DAN DAYA
GESERAN (F)

Daya geseran wujud antara dua permukaan bersentuh.

Arahnya adalah tangen kepada permukaan bersentuh


dalam
arah bertentangan dengan arah gerakan.

Magnitudnya berkadar dengan daya tegak yang


menekan antara kedua-dua permukaan (tindak balas
normal,
R)
dan
bergantung
kepada
sifat-sifat
permukaan yang bersentuh.
19

Magnitud daya geseran antara dua permukaan


bersentuh,
f = R
Di mana R ialah tindak balas normal (tegak) antara
permukaan dan ialah pekali geseran. Nilai
bergantung kepada jenis bahan dan sifat
permukaan yang bersentuh.

20

CONTOH 2.
Berapakah daya yang perlu dikenakan kepada
suatu objek berjisim 5kg supaya pecutannya
bernilai 2 ms-2?
JAWAPAN:
Daya,
F
= ma
=5X2
= 10 N

21

CONTOH 3.
Halaju suatu objek yang jisimnya 2kg berubah daripada
1.0 ms-1 kepada 5.0 ms-1 dalam 10s apabila dikenakan
suatu daya.Berapakah daya yang dikenakan itu?
JAWAPAN:
Pecutan, a = v-u
t
= 5.0 1.0
10
= 0.4 ms-2
Daya, F
= ma
= 2 X 0.4
= 0.8 N
22

MOMENTUM
Momentum adalah kuantiti fizik yang ditakrifkan
sebagai hasil darab jisim dengan halaju.
Bermakna
jasad
yang
sedang
bergerak
mempunyai momentum dalam arah halaju
gerakannya.
momentum
p

= jisim (m) X halaju (v)


=mxv

23

Unit SI bagi momentum ialah kilogram meter sesaat (kg m


s-1 ).
Momentum adalah kuantiti vektor.
Arah momentum adalah sama dengan arah halaju.
Arah halaju dan momentum dianggap positif jika arah
gerakan menuju ke kanan.
Arah halaju dan momentum dianggap negatif jika arah
gerakan menuju ke arah kiri.

24

Contoh 4
Sebuah kereta berjisim 800kg manakala lori berjisim
5000kg.
a.Bandingkan momentum kedua-dua kenderaan
sekiranya masing-masing bergerak dengan halaju 20
m s-1 ?
Momentum kereta (p)
= 6000kg m s-1

= 800kg x 20 m s-1

Momentum lori (p)


= 100 000kg m s-1

= 5000kg x 20 m s-1

25

b. Jika kedua-dua kenderaan bergerak dengan


halaju yang sama, yang mana satukah akan
menyebabkan kerosakan yang lebih kepada
tiang lampu yang dilanggar?

Lori,
kerana
lori
mempunyai
momentum yang lebih besar.

26

Contoh 5

Di dalam rajah di atas, momentum troli P yang


berjisim 2 kg dan bergerak dengan halaju u = 3 m
s-1 adalah :
momentum(p) = m x v

= 2 kg X 3 m s-1

= 6 kg m s-1

27

Troli Q berjisim 3 kg bergerak pada arah


bertentangan dengan laju 3 m s-1, halajunya v =
-2 m s-1. Halajunya negatif kerana arahnya adalah
bertentangan (ke kiri) dengan arah halaju p (ke
kanan).

maka, momentum troli Q :


momentum (P) = mv

= 3 X (-2)

= -6 kg m s-1
28

Perinsip Keabadian Momentum


Prinsip keabadian momentum menyatakan bahawa
jumlah momentum sebelum dan selepas pelanggaran
adalah sama jika tiada daya luar betindak ke atas
pelanggaran itu.
Dalam
bentuk
persamaan,
Prinsip
Keabadian
Momentum menyatakan,
m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2
m1 dan m2 adalah jisim jasad-jasad yang berlanggar
u1 dan u2 adalah halaju jasad-jasad sebelum
pelanggaran
v1 dan v2 adalah halaju jasad-jasad selepas
pelanggaran
29

Prinsip keabadian momentum dapat dikaji melalui


sistem perlanggaran objek.
Perlanggaran ialah satu proses saling tindakan
antara dua atau lebih jasad pada suatu ketika yang
singkat.
Dalam kajian ini asasnya adalah mengkaji apa yang
akan berlaku kepada momentum dan tenaga kinetik
suatu sistem tertutup sebelum dan selepas berlaku
perlanggaran.
Terdapat
dua
jenis
perlanggaran,
iaitu
perlanggaran tak kenyal dan perlanggaran
kenyal .
30

Perlanggaran Kenyal
Perlanggaran ini mempunyai ciri-ciri:
Jumlah momentum di abadikan (jumlah
momentum sebelum perlanggaran = jumlah
momentum selepas perlanggaran)
Jumlah momentum awal=m1u1+m2u2
Jumlah momentum akhir=m1v1+m2v2
m1u1 + m2u2 = m1v1 + m2v2
Jumlah tenaga kinetik terabadi (jumlah tenaga
kinetik sebelum perlanggaran = jumlah tenaga
kinetik selepas perlanggaran)
31

1/2m1u12 + 1/2m2u22 = 1/2m1v12 + 1/2m2v22


Objek-objek yang berlanggar bergerak
berasingan selepas perlanggaran.

32

Perlanggaran Tak Kenyal


Perlanggaran ini mempunyai ciri-ciri:
Jumlah
momentum
diabadikan
(sama
seperti
perlanggaran kenyal).
Jumlah tenaga kinetik tidak diabadikan tetapi bertukar ke
bentuk yang lain spt haba dan bunyi.
m1u1 + m2u2 = m1+m2 (v)
1/2m1u12 + 1/2m2u22 = 1/2m1v12 + 1/2m2v22 + tenaga
lain

Objek-objek yang berlanggar bercantum dan bergerak.


Sebahagian daripada tenaga kinetik awal lesap dalam
bentuk tenaga lain seperti tenaga haba, bunyi dan
cahaya.

33

Contoh 6
Sebuah lori berjisim 8000 kg sedang bergerak
dengan halaju 30 m s-1. lori itu kemudian terlanggar
bahagian belakang sebuah kereta berjisim 1500 kg
yang sedang bergerak dengan halaju 20 m s -1 .
Selepas perlanggaran, kedua-dua kenderaan itu
melekat dan bergerak dengan halaju v. tentukan
nilai v.
Momentum lori sebelum perlanggaran ,
= 8000 kg x 30 m s-1
= 240 000 kg m s-1
34

Momentum kereta sebelum perlanggaran,


= 1 500 kg x 20 m s-1
= 30 000kg m s-1
Jumlah momentum sebelum perlanggaran = jumlah
momentum selepas perlanggaran
240 000 + 30 000 = (8 000 + 1 500)v
270 000 = 9 500v
v = 28 m s-1
oleh itu, halaju kenderaan selepas perlanggaran
adalah 28 m s-1
35

Latihan 1
1. Seorang ahli renang berjisim 55kg. Berapakah beratnya
jika dia berada di bumi dengan nilai pecutan graviti 9.8
ms-2?
2. Kirakan daya yang harus dikenakan kepada sebuah troli
yang berjisim 12kg supaya pecutannya bernilai 3 ms -2?
3. Satu objek berjisim 5kg bergerak dengan halaju 3ms -1.
selepas 10 saat halajunya berubah kepada 8ms -1 selepas
dikenakan suatu daya. Berapakah daya yang dikenakan?
4. Kereta A berjisim 6000 kg sedang bergerak dengan
halaju 35 m s-1. Kereta A kemudian terlanggar bahagian
belakang sebuah kereta berjisim 4000 kg yang sedang
bergerak dengan halaju 40 m s -1 . Selepas
perlanggaran, kedua-dua kenderaan itu melekat dan
bergerak dengan halaju v. tentukan nilai v.
36

Latihan 2
Sebuah troli berjisim 2kg bergerak
dengan halaju 0.4ms-1 dan
berlanggar dengan satu troli lain
yang berjisim 1kg, tetapi bergerak
dengan halaju 0.2ms-1 pada arah
yang bertentangan.Selepas
perlanggaran, troli-troli bergerak
bersama-sama.Berapakah halaju troli
selepas perlanggaran?
37

Latihan 3
Satu troli P berjisim 2kg bergerak
dengan halaju 0.6ms-1 berlanggar
secara kenyal dengan satu troli Q
yang pegun.Selepas perlanggaran,
troli P bergerak dengan halaju 0.2ms1 dan troli Q bergerak dengan halaju
0.8ms-1.Berapakah jisim troli Q?

38

Latihan 4
Sebutir peluru berjisim 30g mengena
satu sasaran berjisim 470g dan
terbenam di dalamnya.Peluru dan
sasaran kemudian bergerak bersamasama dengan halaju 3.0ms-1.Berapakah
halaju peluru sebelum perlanggaran?

39

KERJA, TENAGA DAN TENAGA


KEUPAYAAN
KERJA
Kerja dikatakan telah dilakukan apabila terdapat
daya yang menggerakkan suatu jasad.
Sekiranya satu daya F dikenakan ke atas suatu
jasad dan jasad tersesar sejauh ds, maka kerja W
yang dilakukan oleh daya tersebut ialah:
W=FXs
Fs kos
F
s

=
=
=

Magnitud daya
sesaran
sudut antara F dan s

40

Jika = 90,

W = Fs kos 90
=0
maka kerja dilakukan adalah sifar. Ini
bermaksud tiada kerja yang dilakukan oleh
komponen daya yang tegak kepada sesaran.
Jika = 0 ,

W = Fs kos 0
= Fs

41

Unit SI bagi kerja ialah N m atau joule, J. Kerja


adalah suatu kuantiti skalar.
Unit yang lebih besar dalam kerja ialah Kj atau
MJ.
1 Kj = 103 J
1 Mj = 106 J

42

Contoh 7..
Seorang pekerja sedang menolak sebuah almari
dengan daya ufuk seragam 120N. Berapakah kerja
yang dilakukan oleh pekerja itu setelah dia menolak
almari itu sejauh 0.01 km?
W=FXs
= 120 x (0.01 x 103)
= 1200 J

43

Contoh 8
Seorang pekerja sedang menarik sebuah troli yang
diisikan dengan beberapa beg beras dengan seutas
tali. Pekerja itu menggunakan daya yang seragam
sebesar 200 N pada arah 60 dengan ufuk. Kira
kerja yang dilakukan oleh pekerja itu setelah troli itu
ditarik sejauh 25 m, secara ufuk.

44

= Fs kos
= 200 x 25 x kos 60
= 2500 J

45

TENAGA
Tenaga ialah keupayaan atau kebolehan suatu
sistem untuk melakukan kerja.
Sesuatu jasad dikatakan mempunyai
sekiranya ia dapat melakukan kerja.

tenaga

Unit SI bagi tenaga ialah joule, J dan tenaga


merupakan kuantiti skalar.
Terdapat pelbagai jenis tenaga iaitu
mekanikal ( tenaga keupayaan dan
kinetik), tenaga kimia, tenaga nuklear.

tenaga
tenaga

46

TENAGA KEUPAYAAN
Tenaga keupayaan sesuatu jasad ditakrifkan sebagai
tenaga yang dipunyai oleh jasad itu disebabkan oleh
kedudukan atau keadaan jasad itu.
Jasad yang berada di kedudukan yang tinggi di
permukaan bumi dikatakan mempunyai tenaga
keupayaan yang tinggi.
Suatu jasad yang berada pada suatu jarak dengan
satu jasad lain juga mempunyai tenaga keupayaan.
Satu spring atau seutas tali getah apabila ditarik akan
cuba bergerak kerana mempunyai tenaga keupayaan.
47

Tenaga keupayaan sesuatu jasad yang disebabkan oleh


ketinggian
jasad
itu
dikenali
sebagai
tenaga
keupayaan graviti.
Suatu jasad akan bergerak dari kedudukan yang tinggi ke
kedudukan yang rendah, jika tiada daya menahannya,
kerana ia mempunyai tenaga keupayaan yang tinggi
pada kedudukan tinggi.
Kerja perlu dilakukan untuk mengangkat satu objek dari
kedudukan rendah ke kedudukan yang lebih tinggi.
Katalah perubahan ketinggian ialah h. Daya F yang
diperlukan untuk mengangkat objek tersebut sekurangkurangnya bernilai sama dengan berat jasad tersebut F
= mg dengan mg adalah beratnya.
48

Oleh itu apabila objek diangkat pada satu


ketinggian tenaga keupayaan objek akan
diperoleh sebagai:
E= mgh , dengan m = jisim, g = nilai graviti,
h = ketinggian

49

CONTOH 9
Sebatang konkrit berjisim 1600 kg dinaikkan secara
mencancang
oleh
sebuah
kren.
Berapakah
keuntungan tenaga keupayaan graviti konkrit itu
setelah dinaikkan setinggi 20 m?
Tinggi mencancang, h = 20 m
Jisim konkrit, m = 1600 kg
Dengan mengambil nilai pecutan graviti, g = 10 m s -2
keuntungan tenaga kepayaan graviti :
E
= mgh
= 1600 x 10 x 20
= 3.2 x 105 J
50

TENAGA KEUPAYAAN KENYAL


Merupakan tenaga keupayaan sesuatu jasad yang
disebabkan oleh keadaan jasad itu.
Spring dalam keadaan mampatan dan sebuah
pistol mainan menyimpan tenaga keupayaan
kenyal dan mampu menjalankan kerja menolak
peluru keluar dari muncung pistol.
Tali yang diregangkan serta kayu alat memanah
yang
dibengkokkan
menyimpan
tenaga
keupayaan kenyal yang dapat menjalankan kerja
menggerakkan anak panah apabila dilepaskan.
51

Kerja yang dilakukan samada untuk memapatkan


atau meregangkan spring ialah:
Kerja yang dilakukan, W = Daya purata x
sesaran
=Fxs

52

Contoh 10
Berapakah magnitud tenaga keupayaan kenyal bagi
suatu spring yang dikenakan daya sebanyak 40 N
dan mengalami pemanjangan sebanyak 5 cm.
Daya yang dikenakan, F = 40N
Sesaran yang berlaku, s = 5cm
W = (40)(5X10-2 )
=1J

53

IMPULS DAN DAYA IMPULS


Daya impuls ditakrifkan sebagai kadar perubahan
momentum terhadap masa tindakan yang singkat
bagi sesuatu objek yang bergerak, contohnya
semasa perlanggaran.
Perhatikan persamaan
F = ma . 1 dan
a = v u ........... 2
t
Gantikan persamaan 2 kedalam persamaan 1
F = mv mu
t

54

Dengan itu, Ft = mv mu
Hasil darab daya F dengan masa tindakannya t
dikenali sebagai impuls suatu daya. Impuls = Ft
Unit SI bagi impuls ialah N s atau kg m s -1.
Merupakan kuantiti vektor dan mempunyai arah
yang sama dengan daya impuls.
Daya Impuls, F yang bertindak pada suatu objek
adalah sama dengan kadar perubahan momentum.
Daya Impuls, F = mv mu
t
55

APLIKASI DAYA IMPULS


1. Mengurangkan
daya
impuls
dengan
memanjangkan masa tindakan.
a. Seorang atlit mendarat pada tilam yang
lembut dan tebal untuk memanjangkan masa
tindakan bagi mengelakkan kecederaan.
2. Meningkatkan
daya
impuls
dengan
mengurangkan masa tindakan.
a. Permukaan keras kayu pemukul golf boleh
menghasilkan daya impuls yang sangat besar.

56

Contoh 11
Seorang pemain golf memukul bola yang berada dalam
keadaan pegun dengan memberikan laju mengufuk bola
25 m s-1. kayu pemukul dan bola bersentuhan selama
1.0 ms. Jisim bola ialah 0.10 kg. berapakah impuls dan
daya impuls dikenakan oleh kayu pemukul ke atas bola?
Maklumat yang diberikan,
u = 0 m s-1
v = 25 m s-1
t = 1.0 ms
m = 0.10 kg

57

Impuls, Ft
1

= mv mu
= (0.10 kg) (25 m s-1) (0.10 kg)(0 m s-

)
= 2.50 kg m s-1

Daya Impuls, F

= mv mu
t
= 2.50 kg m s-1
1.0 x 10-3 s
= 2.50 x 103 N

58

Latihan 13
1. Berapakah kerja yang dilakukan oleh seorang
budak yang menolak sebuah kotak sejauh 5 meter
dengan daya ufuk seragam 80N?
2. Berapakah kerja yang dilakukan oleh seorang
pekerja yang menarik troli sejauh 0.2 km secara
ufuk dengan daya seragam 160N pada arah 45.
3. Berapakah magnitud tenaga keupayaan kenyal
bagi suatu spring yang dikenakan daya sebanyak
65 N dan mengalami pemanjangan sebanyak 5 cm.

59

4. Seorang budak menendang bola yang berada


dalam
keadaan
pegun
memberikan
laju
mengufuk bola 40ms-1. kaki budak dan bola
bersentuhan selama 2.0 ms. Jisim bola ialah
0.15 kg. berapakah impuls dan daya impuls
dikenakan ke atas bola?

60

TERIMA KASIH

61

Anda mungkin juga menyukai