Anda di halaman 1dari 11

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

39500, TANJUNG MALIM, PERAK.

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA


(KMP 6073)

TUGASAN INDIVIDU
FALSAFAH MATEMATIK MENJADI ASAS KEPADA PEMBENTUKAN KURIKULUM
MATEMATIK KBSR DAN KSSR

SYARIZAT ZAIHANI BT JAMALUDIN


M20132001888
zaihani_jamaludin@yahoo.com

NAMA PENSYARAH :
PROFESOR DR. NOOR SHAH B SAAD

ISI KANDUNGAN

Muka surat

1. PENDAHULUAN

2. TIGA BIDANG FALSAFAH MATEMATIK

3. PENGARUH FALSAFAH MATEMATIK DALAM PEMBENTUKAN


KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA
4. KESIMPULAN

6
9

RUJUKAN

1. PENDAHULUAN
Falsafah merupakan salah satu daripada cabang-cabang ilmu yang terdapat dalam
dunia masa kini dan sejak zaman dahulu lagi. Ia menjadi titik tolak kepada pembangunan
1

dan pembinaan sesebuah tamadun kemanusiaan. Di samping itu falsafah menjadi cabang
kepada ilmu, malah ia juga menjadi nadi dan penggerak kepada ilmu-ilmu yang lain. Bidang
ilmu falsafah bukan sahaja membincangkan mengenai soal fizikal semata-mata iaitu dengan
menjawab persoalan apa, bagaimana, siapa dan bila, akan tetapi ia menjawab lebih dari itu
dengan cuba menjawab persoalan mengapa dan kenapa.
Dari segi bahasa, falsafah berasal dari dua buah perkataan yang digabungkan iaitu
philo dan sophia.

Philo membawa maksud cinta dan suka manakala sophia pula

bermaksud hikmah. Oleh itu dengan gabungan dua perkataan ini, falsafah membawa
maksud sukakan hikmah/cintakan hikmah. Dari segi istilah pula, falsafah merupakan suatu
ilmu yang mendasar kepada makna sebenar sesuatu perkara sehingga jelas akan makna
serta tujuannya. Mat Rofa (2013) menyatakan falsafah adalah kemuncak ilmu pemikiran
manusia. Falsafah bermaksud berfikir secara kritis dan mendalam bagi merungkai hakikat
sesuatu kewujudan. Ahli falsafah mengkaji ilmu secara ikhlas, bermaksud untuk mengkaji
kebenaran, menolak kepalsuan, secara sukarela dan tanpa sebarang paksaan.
Mempelajari falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai sebuah
poses memahami aktiviti-aktiviti bagaimana manusia berfikir dan falsafah itu sendiri adalah
aktiviti berfikir. Menurut Russel (1946) falsafah dimaksudkan sebagai sesuatu fahaman atau
pengertian di antara teologi dan sains. Ini kerana seperti teologi, falsafah mengandungi
spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibuktikan.

Manakala seperti pendekatan

sains, falsafah pula berusaha menggunakan taakulan dan logik untuk membuktikan
fahamannya. Dengan kata lain, falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih
kritis dan kritik.

Oleh yang demikian, secara ringkasnya, falsafah ialah ringkasan dari

pemikiran manusia yang berusaha untuk memahami hakikat alam sekelilingnya.


Falsafah boleh dikategorikan kepada empat bidang kajian iaitu:
1.
2.
3.
4.

Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti


Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu
Aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai
Logik yang berkaitan dengan penaakulan

Perkataan "matematik" berasal daripada perkataan Yunani, yang bermaksud "sains,


ilmu, atau pembelajaran"; Istilah ini kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu -pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang,dan tukaran.
Matematik adalah badan ilmu yang berpusat kepada konsep-konsep seperti kuantiti,
struktur, ruang, dan pertukaran. Ia berkembang melalui penggunaan peniskalaan dan logik,
2

daripada pengiraan, penghitungan, pengukuran, dan kajian kedudukan sistematik, bentuk,


dan usul objek-objek fizikal. Ahli matematik meneroka pelbagai konsep, sasaran untuk
merumuskan tekaan baru dan mewujudkan kebenaran mereka oleh potongan ketat
daripada yang sesuai iaitu aksiom dan takrifnya.
2. TIGA BIDANG FALSAFAH MATEMATIK
Bidang falsafah matematik merupakan suatu bidang pengetahuan yang diperoleh
hasil daripada pemikiran ahli-ahli falsafah tentang matematik. Mazhab pemikiran matematik
dibahagikan kepada tiga falsafah iaitu intuitisme, logikisme dan formalisme.
1. Fahaman Logikisme
Logikisme merupakan salah satu daripada aliran pemikiran di dalam falsafah matematik.
Logikisme adalah teori falsafah mengenai status sesuatu kebenaran dalam matematik iaitu
sama ada bersifat logik atau analisis.

Ia menyatakan teori iaitu matematik sebagai

pengembangan kepada logik yang mana sebilangan atau semua unsur matematik boleh
juga diturunkan kepada logik.
dalam terminologi logik.

Konsep-konsep dan objek matematik boleh didefinisikan

Dengan definisi ini, teorem-teorem dalam matematik dapat

diperolehi daripada prinsip-prinsip logik. Oleh yang demikian, kebenaran matematik harus
berdasarkan kepada logik dan semua pernyataan matematik memerlukan kebenaran logik.
Ahli matematik yang paling awal menyatakan bahawa wujud hubungan istimewa
antara logik dan matematik adalah Gottfried Wilhelm Leibniz (1646-1716).
mempercayai bahawa matematik boleh diterbitkan daripada logik.

Beliau

Beliau berpendapat

bahawa antonim bagi sebarang pernyataan akan membawa kepada percanggahan ialah
pernyataan yang menunjukkan kebenaran.

Contohnya, pernyataan segiempat tepat

mempunyai sudut 90 adalah benar. Antonim atau kata lawan kepada pernyataan ini iaitu
segiempat tepat tidak mempunyai 4 sudut 90 akan menjadikan pernyataan ini palsu.
Seorang ahli matematik Eropah, Richard Dedekind (1831-1916) mengutarakan bahawa logik
adalah penting untuk mengenal pasti hakikat nombor. Dengan kata lain, nombor adalah
hasil pemikiran yang berpunca daripada tatacara manusia berfikir yang dinamakan logik.
Seorang lagi tokoh logikisme adalah Gottlob Frege (1848-1925).

Beliau menyatakan

bahawa setiap pernyataan yang diketahui mesti memiliki suatu alasan atau hujah yang
asas.

Aktiviti bermatematik bagi fahaman ini adalah suatu aktiviti berfikir dengan

tatacaranya yang tersendiri. Teorem-teorem dan pembuktian-pembuktian dalam matematik


dihasilkan melalui penaakulan logik. Fahaman ini memberi penekanan terhadap konsep
teori set sebagai asas matematik.
3

2. Fahaman Intuitisme
Intuisisme bermaksud keupayaan seseorang untuk memahami suatu masalah tanpa
penaakulan formal, sama ada yang bersifat induksi ataupun deduksi. Pengetahuan yang
diperoleh melalui intuisi, sering dikaitkan dengan pengetahuan yang datang serta merta,
jelas dan diyakini kesahihannya.

Ini bermakna kemampuan memahami sesuatu tanpa

melalui pemikiran yang rasional dan intelektual. Rene Decarters merupakan salah seorang
ahli falsafah yang menyentuh mengenai persoalan intuisi. Menurut beliau terdapat dua cara
pemahaman yang boleh menjadi ilmu pengetahuan iaitu melalui intuisi dan deduksi. Segala
ilmu pengetahuan ialah hasil daripada aktiviti berfikir atau mental manusia sahaja yang
bersifat peribadi dan bergantung kepada pengalaman pemikiran dalaman seseorang.
Selain daripada Decartes, ahli falsafah yang memperjuangkan aliran falsafah ini
adalah Luitzen E.J. Brouwer (1881-1966). Beliau berpendirian bahawa matematik adalah
sama dengan bahagian yang eksak dari pemikiran manusia. Ketepatan dalil-dalil matematik
terletak dalam akal fikran manusia dan tidak pada simbol-simbol diatas kertas sebagaimana
diyakini oleh mazhab formalisme. Dalam pemikiran mazhab intuistisme matematik
berlandaskan suatu ilham dasar mengenai kemungkinan untuk membina sebuah siri
bilangan yang tak terbatas. Ilham ini pada hakikatnya merupakan suatu aktiviti berfikir yang
tak bergantung pada pengalaman, bebas dari bahasa dan simbolisme, serta bersifat
objektif.
3. Fahaman Formalisme
Formalisme melihat matematik sebagai satu disiplin yang formal dan sistematik yang
diwakili oleh simbol. Falsafah formalisme ini adalah tergolong di dalam golongan absolutis
iaitu falsafah bebas nilai. Golongan-golongan yang terlibat di dalam fahaman ini sentiasa
melibatkan pembentangan yang jelas tentang langkah-langkah yang digunakan dalam
mana-mana prosedur diikuti dengan usaha yang meluas bagi memastikan penghafalan.
Tokoh utama fahaman formalisme adalah David Hilbert (1862-1943).

Beliau telah

menghabiskan masanya sepanjang tahun 1920 dengan melakukan kajian mengenai


falsafah matematik. Aksiom yang diutarakan oleh Hilbert tidak banyak beza dengan aksiom
yang diutarakan oleh Russell, malahan Hilbert telah membuat banyak aksiom. Menurut
beliau, logik tidak boleh dijadikan sandaran semata-mata untuk membuat kesimpulan dalam
matematik.

Beliau berpendapat bahawa matematik adalah lebih daripada pengetahuan

yang nyata, iaitu sebagai disiplin formal yang simbolik. Menurut Hilbert, semua pernyataan
logik dan matematik mestilah dalam bentuk simbol.
4

Ia adalah untuk mengelakkan

kekaburan bahasa dan penggunaan yang hanya berdasarkan pengertian intuisi dan untuk
mencapai ketepatan pembuktian yang objektif. Hilbert juga berpendapat bahawa simbolsimbol yang digunakan sebagai unsur-unsur sempurna yang diperlukan untuk membina
semua matematik.

3. PENGARUH FALSAFAH MATEMATIK KE ATAS PEMBENTUKAN KURIKULUM


MATEMATIK DI MALAYSIA
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum adalah
didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas
dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
5

Perkembangan

kurikulum

tidak

berlaku

dengan

sendiri

tanpa

sebab

yang

mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia


dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Kurikulum Baru Sekolah
Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-model kurikulum di Malaysia. Sebagai
tapak permulaan, banyak kekurangan serta penambahbaikan yang telah dilakukan untuk
memantapkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, ia menjadi asas
kepada permulaan kurikulum sehingga terhasilnya Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
yang juga dikenali sebagai KBSR pada tahun 1983. Pada tahun 2011, berlaku lagi satu
perubahan dalam kurikulum matematik iaitu terbentuknya Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Sukatan Pelajaran Matematik telah mengalami beberapa penyemakan
dan dibangunkan semula bagi menyediakan kemahiran dan pengetahuan matematik
berdasarkan keupayaan dan latar belakang murid yang berbeza. Selain daripada
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pembentukan kurikulum matematik juga
telah dipengaruhi oleh falsafah matematik. Ini dapat dilihat melalui reka bentuk kurikulum
dan bidang pembelajaran yang terdapat di dalamnya.
Berdasarkan pemahaman tentang kedua-dua jenis kurikulum iaitu antara KBSR dan
KSSR, terdapat beberapa perbezaan dari pelbagai aspek. KBSR mempunyai tiga bidang
reka bentuk kurikulum iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling, dan perkembangan
diri individu. KBSR menggunakan reka bentuk kurikulum secara linear. Berbeza dengan
KSSR yang secara modularnya mempunyai enam tunjang iaitu komunikasi, kerohanian,
sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan
ketrampilan diri.
Reka bentuk kurikulum matematik KSSR terbahagi kepada empat fikrah iaitu bidang
pembelajaran, sikap dan nilai, kemahiran dan proses. Fikrah yang membawa maksud daya
berfikir dan pemikiran.
keupayaan

melakukan

Murid yang sentiasa berfikir merupakan murid yang mempunyai


matematik

dan

memahami

idea

matematik

serta

dapat

mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Dalam bidang proses, salah satu
kemahiran yang diajarkan kepada murid-murid adalah membuat perwakilan. Perwakilan
boleh dianggap sebagai fasilitator yang membolehkan perkaitan antara dunia sebenar dan
dunia matematik seperti formula, jadual, graf, persamaan dan lain-lain. Oleh yang demikian,
fahaman formalisme telah diterapkan di dalam membuat perwakilan. Ini kerana, pemikiran
mazhab ini menekankan kepada pembuktian dan menggunakan pendekatan deduktif iaitu
umum kepada khusus.

Penaakulan deduktif digunakan untuk membentuk hujah

berdasarkan pada peraturan dan fakta.

Contohnya di dalam pengunaan formula untuk

mencari luas bentuk dan mencari purata. Simbol-simbol tertentu telah digunakan. Manakala
6

di peringkat sekolah menengah, aliran formalisme dapat dilihat dalam bidang pembelajaran
ungkapan algebra. Bagi ahli formalis, tujuan asas pemikiran matematik tertumpu kepada
penyelesaian masalah dalam bentuk rangkaian simbol sahaja.
Dalam bidang proses juga terdapat proses penaakulan. Apakah yang dimaksudkan
dengan

menaakul?

Sebenarnya pelbagai istilah boleh digunakan bagi menerangkan

apakah itu menaakul . Antara istilah- istilah yang biasa digunakan ialah pemikiran kritikal
(critical thinking), pemikiran aras tinggi (higher-order thinking), penaakulan secara logic
(logical

reasoning)

atau

penaakulan

mudah

(simply

reasoning).

Istilah-istilah tersebut digunakan secara berbeza berdasarkan kepada bidang yang


dibincangkan. Namun demikian, daripada pelbagai jenis bidang tersebut ianya mempunyai
perkaitan dan kesamaan. Kemahiran menaakul biasanya digunakan dalam proses
menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang
melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Kemahiran berfikir dalam aras yang
lebih tinggi adalah semakin penting dan perlu bagi pembangunan modal insan bagi abad ke
21. Untuk menjadikan ia berjaya, murid harus dilatih dan dibimbing untuk membuat
konjektur, membuktikan konjetur, memberi penerangan logikal, menganalisa, membuat
pertimbangan, menilai dan memberi penilaian terhadap semua aktiviti matematik. Eleman
penaakulan

diterapkan

di

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

bertujuan

untuk

menggelakkan murid membuat persepsi bahawa matematik hanya sebagai satu set
prosedur atau algoritma yang perlu diikuti dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa
memahami konsep matematik yang sebenarnya.

Berdasarkan kurikulum di atas, dapat

dilihat bahawa aliran logikisme telah dijadikan sebagai panduan untuk menggubal kurikulum
tersebut.
Selain daripada itu, fahaman logikisme telah diaplikasikan di bawah bidang
pembelajaran statistik dan kebarangkalian dalam topik kebolehjadian di dalam Dokumen
Standard Tahun 6 yang menyatakan sama ada suatu peristiwa dalam kehidupan harian
yang mungkin berlaku atau mungkin tidak berlaku. Soalan-soalan bukan rutin yang kini
terdapat di dalam KSSR juga melibatkan fahaman logikisme di mana ini memerlukan murid
memberi pelbagai jawapan yang logik untuk suatu penyelesaian dan ini dapat mendidik dan
menghasilkan murid yang mampu berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

Di dalam aliran

logikisme, terdapat pernyataan penting iaitu aksiom. Aksiom merupakan anggapan asas
yang boleh diterima secara rasional oleh akal manusia. Menurut Mohammad Alinor, aksiom
adalah entiti Matematik paling asas yang tidak terdapat keraguan terhadapnya dania tidak
perlu dibuktikan langsung.

Fahaman intuitisme menekankan kepada keupayaan seseorang untuk memahami


sesuatu masalah tanpa penaakulan formal sama ada yang bersifat induksi atau deduksi. Ia
biasanya dikaitkan dengan pengetahuan yang datang serta-merta, jelas dan diyakini
kesahihannya. Pengaruh fahaman intuistisme dapat dilihat dalam proses menyelesaikan
masalah. Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran matematik.
masalah,

membolehkan

Kepelbagaian penggunaan strategi dalam menyelesaikan


murid

berdepan

dengan

situasi

yang

baru

dan

memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan situasi harian yang mencabar.

dapat
Contoh

strategi penyelesaian masalah yang mempunyai kaitan dengan aliran intuitisme adalah
strategi cuba jaya.

Kaedah ini membolehkan pelajar menggunakan pemikiran mereka

sendiri yang tidak mengikut prosedur dalam mencari jawapan. Selain itu juga, dalam topik
nombor bulat pelajar diminta untuk membuat anggaran bilangan objek untuk menyatakan
kuantiti dapat dilihat aliran intuistisme diterapkan.

Ini kerana pelajar boleh memberikan

jawapan mengikut rasa hati mereka.


Aspek nilai matematik perlu disemai dan diberi penekanana dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Ini kerana nilai matematik dapat membangkitkan rasa keindahan
terhadap matematik, membangkitkan kefahaman tentang pentingnya matematik dan dapat
membantu seseorang menguasai kekuatan matematik dengan lebih baik. Oleh sebab itu, di
dalam kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dimasukkan unsur-unsur sikap
dan nilai. Ia bertujuan melahirkan insan yang berketrampilan dan memiliki akhlak yang
mulia. Terdapat empat elemen nilai yang dititikberatkan iaitu nilai peribadi, nilai interaksi,
nilai prosedural dan nilai intrinsik.

Nilai instrinsik adalah seperti berfikir secara logik,

membuat pengiraan yang tepat dan jelas, membuat pernyataan yang juga tepat dan jelas,
berfikir secara analitik dan menyelesaikan masalah secara sistematik. Hasil dapatan kajian
oleh Wan Zah Wan Ali, etl, (2005) mendapati bahawa mazhab pemikiran logikisme dan
formalisme merupakan corak pemikiran yang menjadi pegangan guru-guru yang telah
ditemubual.

Pengaruh fahaman logikisme dapat dilihat apabila responden menyatakan

perlunya penguasaan sesuatu tajuk sebelum menguasai tajuk yang lain. Ini sejajar dengan
aspek tatacara yang ditekankan oleh fahaman logikisme. Manakala fahaman formalisme
dapat dilihat apabila responden menyatakan istilah matematik perlu dijelaskan terlebih
dahulu sebelum mengaitkannya dengan makna perkataan dengan kepentingannya dalam
kehidupan.

KESIMPULAN

Matematik merupakan suatu cabang ilmu yang mengajar manusia untuk berfikir
secara logik, mengutarakan fikiran, hujah, alasan dan prinsip melalui pembuktian yang
mempunyai kesahan yang jitu. Matematik merupakan sesuatu yang istimewa kerana ia
mempunyai laras bahasa yang tersendiri dan mampu mengungkapkan pelbagai konsep
yang terkandung di dalam ilmu matematik itu sendiri. Selain itu juga, matematik merupakan
suatu alat yang amat berguna dalam kehidupan seharian kita. Di samping itu matematik
mempunyai nilai estetika yang tersendiri, mempunyai pelbagai keindahan yang dapat
diteroka melalui pengkajian pola,seni bina, ukuran dan juga digunakan sebagai alat rekreasi.

RUJUKAN

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik Tahun 5 (2014).


Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian

Paul Ernest (1991). The Philosophy of Mathematics Education. Taylor & Francis e-library.
http://p4mriunpat.files.wordpress.com/2011
Mat Rofa Ismail (2013). Epistemologi, Falsafah dan Etnomatematik: Ke Arah Kesepaduan
Kuantitatif dan Kualitatif.

Makalah di bentangkan di Seminar Etnomatematik

Melayonesia II, Universiti Syiah Kuala Banda Acheh.


Mohammad

Alinor

Abdul

Kadir.

Matematik

Menembus

Aritmetik-Geometri.

http://www.kesturi.net
Sukatan Pelajaran Matematik Kurikululm Bersepadu Sekolah Rendah (2012).

Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.


Wan Zah Wan Ali, Sharifah Kartini, Habsah Ismail, Ramlah Hamzah, Mat Rofa Ismail, Mohd.
Majid Konting & Rohani Ahmad Tarmizi (2005). Kefahaman Guru Tentang Nilai
Matematik. Jurnal Teknologi, 43(E) Dis. 2005: 4562
http://www.docs.google.com/ocument

10

Anda mungkin juga menyukai