Anda di halaman 1dari 3

Teori membantu guru untuk memahami asas masalah pembelajaran khususnya dalam konteks

pendidikan khas. Teori dapat memberi panduan atau kaedah yang berkesan dan bersesuaian
untuk menyelesaikan masalah murid. Antara fungsi teori kepada guru ialah Teori membantu
untuk seseorang guru membuat penilaian, menyemak bahan, teknik, kaedah pembelajaran yang
boleh digunakan kepada pelajar, teori memberi panduan pengetahuan yang sistematik dan konsep
bekerja bagi membolehkan pengubahsuaian sesuatu ilmu baru dan ia amat penting kerana
memberi arah panduan menjelaskan dengan lebih teratur struktur pemikiran dan ini membentuk
tindak balas yang diingini berlaku, teori ialah pembentukan secara berproses. Setiap disiplin
dibina berdasarkan konsep dan idea yang dikembangkan oleh teori sebelumnya. Teori adalah
cabaran, kekuatan, bagi pengkaji dan ahli akademik untuk mempraktik dan membuat penilaian
bagi membuktikan teori yang dikeluarkan oleh golongan ini bersesuaian dan berguna serta
berhasil.
Menurut Thomas ( 1985), sesuatu teori dikatakan baik apabila mempunyai ciri-ciri seperti
dapat menjelaskan fakta-fakta dengan jelas, mudah difahami, berguna untuk membuat ramalan
masa hadapan dan memperjelas perkara-perkara yang sudah lepas, boleh diterapkan secara
praktikal, bersifat konsisten dan tidak berasaskan banyak andaian (kepercayaan-kepercayaan
yang tidak dapat dibuktikan) Dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran hidup banyak
kerja-kerja amali perlu dilakukan oleh murid supaya benar-benar dapat memahami sesuatu
kemahiran. Perkara ini berkait rapat dengan realiti kehidupan mereka di luar. Jadi, untuk
menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran ini tercapai dan dikuasai oleh murid khas,
guru harus memikirkan bagaimana untuk memaksimumkan penguasaan murid ini dengan
menggunakan teori-teori yang sesuai dan berkesan dalam pengajaran mereka. Terdapat beberapa
teori pengajaran dan pembelajaran dibincangkan supaya boleh membantu guru mengamalkannya
dan membuat penilaian semasa pengajaran.

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan
telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada
pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang
berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Di usia remajanya beliau berminat dalam
bidang biologi dan epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak
membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang
beliau ini memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh
Piaget setelah beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa
bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan
oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola- pola yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak apabila mereka memberikan sumbangan pengetahuan bagaimana proses
pembentukan pemikiran berkembang di kalangan kanak-kanak.
Penyelidikan Piaget bertumpu kepada pemerhatian kanak-kanak di dalam persekitaran
semula jadi mereka. Beliau telah mengkaji perkembangan tiga anaknya sendiri. Piaget telah
memperkenalkan empat konsep yang penting, iaitu skema, asimilasi, akomodasi, dan adaptasi.
Skema adalah potensi am yang ada dalam pemikiran manusia untuk melakukan sesuatu. Skema
adalah dalam bentuk pengetahuan dunia berfungsi untuk memandu tingkah laku individu.
Manakala adaptasi merupakan proses mental yang wujud akibat keseimbangan antara akomodasi
dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran. Dua aspek penyesuaian yang dialami oleh
seseorang individu, iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi dan akomodasi digunakan oleh
kanak-kanak ketika dia belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya. Setiap individu
hendaklah menyesuaikan diri dengan alam sekitarnya apabila umurnya meningkat. Ini
melibatkan asimilasi dan akomodasi. Seseorang individu itu menunjukkan asimilasi ketika dia
menggunakan gerak balas yang telah dipelajari kepada rangsangan yang baru. Contohnya,
seseorang yang tahu menunggang basikal tidak perlu belajar semula tentang cara mengekalkan
keseimbangan di atas kenderaan beroda dua. Pembelajaran tentang cara mengekalkan
keseimbangan di atas basikal akan membantunya menunggang motosikal. Ini merupakan
asimilasi. Walau bagaimanapun, untuk menunggang motosikal, dia perlu mempelajari
menggunakan klac motosikal. Perkara baru yang dipelajari disebut akomodasi. Dengan ini
jelaslah asimilasi dan akomodasi berinteraksi untuk mendapatkan tingkah laku baru yang
membantu seseorang individu membuat penyesuaian dengan alam sekitarnya.

Anda mungkin juga menyukai