Anda di halaman 1dari 6

Anak Kucing yang Tidak Sabar

Watak dan perwatakan:

:Seekor kucing yang mudah berputus asa dalam mendapatkan apa


Luna
yang dihajati
Rama-Rama/ :Binatang yang ingin ditangkap oleh Luna untuk dijadikan teman
burung kakak tua / bermain.
sekawan ikan

Latar tempat
Di sebuah hutan yang terdapat sebatang sungai yang airnya mengalir deras. Hutan tersebut di
dihuni oleh beberapa ekor haiwan.

Setting : hutan yang dipenuhi dengan pokok bunga-bungaan.


(Tirai dibuka. Latar belakang pentas menggambarkan keadaan hutan yang menghijau dengan
sebatang sungai dengan airnya yang jernih. Lampu menyorot di bahagian tepi pentas. Muncul
seekor kucing yang berwarna hitam bertompok coklat berlari kegirangan ke arah tengah
pentas.)
Adegan 1
Suara latar : Kisah dimulakan dengan seekor kucing bernama Luna yang sedang bermain-main
di pinggir sungai. Luna berjalan menikmati udara hutan yang sungguh mendamaikan sambil
menyanyi keriangan.
Luna bermain sendiri dengan riangnya.
Luna La. La. La. La. La. La. La. Meao.. Meao.. La. La. La. La. La.
Seronoknya, dapat menikmati udara yang segar .Tetapi lagi seronok kalau ada
teman untuk bermain.

(Dengan latar belakang yang sama, suasana hutan yang menghijau, sungai, pohon yang
rendang dan udara segar yang menyamankan)
Suara Latar : Luna pun berjalan-jalan sambil menyanyi keriangan. Niat di hatinya ingin mencari
teman untuk bermain.
Luna Anak kucing comel,
Montel, montel, montel,
Bila ibu panggil,
Gesel-gesel,gesel
Saya anak kucing,
Manja,manja,manja,
Bila gosok ia,
Suka,suka,suka

Siapa sahaja yang ada di sini? Tiada siapa pun di sini. Tidak mengapalah. lebih
baik aku berjalan-jalan dahulu. Manalah tahu, dapat jumpa kawan. Boleh bermain
bersama-sama.

Anak kucing comel,


Montel,montel,montel.
Bila ibu panggil,
Gesel,gesel,gesel.
Anak kucing saya.
Manja, manja, man..

Adegan 2
(kelihatan seekor rama-rama yang cantik sedang menghisap madu pada sekuntum bunga di
hujung pentas)
Suara Latar : Sedang asyik Luna menyanyi, tiba-tiba Luna terlihat seekor rama-rama yang
cantik sedang menghisap madu pada sekuntum pokok. Luna sangat teruja apabila melihat
rama-rama itu. Rama-rama itu sungguh cantik. Luna ingin menangkap rama-rama itu untuk
bermain bersamanya.
Luna Eh, ada rama-rama! Wah, cantiknya! Coraknya berwarna-warni. Nak main dengan
rama-ramalah.

Lebih baik aku pergi tangkap segera! Sebelum, dia terbang dari situ.

Hmm. Ini perlu berhati-hati ni, takut rama-rama itu terdengar, terbang pula dia
nanti.

Suara latar : Tap.. taptap bunyi kaki Luna kedengaran semasa dia sedang mengendap
hendak menangkap si rama-rama. Walau bagaimanapun, si Rama-rama menyedari kedatangan
si Luna. Dengan pantas si rama-rama terbang dari bunga itu.
Rama-rama Ah, ada kucing! Laaaaarrrrrriiiiiiii..........

(kawasan sekitar hutan)


Suara latar : Luna terkejut dan terkesima melihat rama-rama yang pantas terbang dari situ.
Luna cuba untuk mengejar rama-rama. Luna berlari dengan sepantas yang boleh untuk
mengejar rama-rama. Luna sempat mengajar rama-rama berbincang walaupun rama-rama
terus terbang tinggi meninggalkan Luna di bawah.
Luna Rama-rama!!! Tunggu dulu. Marilah bermain bersama-sama dengan saya!

Rama-rama Bermain! Awak buat lawak ya kucing hitam!


Luna Mana ada. Saya betul-betul nak bermain dengan awak. Saya keseorangan
sekarang.
Rama-rama Bijak sungguh awak menyusun kata dusta ya wahai sang Kucing. Saya tidak
akan terpedaya dengan kata-kata awak. Selamat tinggal.
(Sebatang pokok dan sarang burung kakak tua. Lampu menyorot di bahagian tengah pentas.
Luna duduk berehat di bawah pokok itu. )
Suara latar : Akhirnya, Luna pun berehat di bawah pokok yang besar itu. Luna mengeluh
kepenatan. Kakinya sakit kerana berlari sebentar tadi.
Luna Aduh, letihnya! Penat sungguh mengejar rama-rama. Aku hanya nak bermain
dengan dia sahaja. Dia pula terbang dan tidak mempercayai aku.

Huh (mengesat peluh di dahi)

Aku tak nak tangkap rama-rama lagi!


Lebih baik aku cari kawan yang lain.

Adegan 3
(Dengan latar belakang yang sama- sebatang pokok besar dan sarang burung kakak tua)
Suara Latar: Sedang si Luna berehat di bawah pokok, dia terlihat sarang di atas pokok.
Beberapa ekor burung kakak tua sedang menyanyi nyanyi di atas dahan.
Burung kakak tua menyanyi : cip, cip, cip, cip, cip,
Burung kakak tua,
Hinggap di jendela,
Nenek sudah tua,
Giginya tinggal dua.
Trek dung. Trek dung (2X)
Trek dung. Trek dung La. La. La (2X)
Burung kakak tua

Luna Wah.. burung kakak tua!. meaw (bunyi kucing gembira)

Kalau aku tangkap untuk bermain bersama aku kan seronok.(wajah teruja )

Aku nak tangkap seekor lah.

Tapi kena panjat pokoklah..

Suara latar : Luna teruja melihat beberapa ekor burung kakak tua yang sedang menyanyi itu.
Luna berfikir bagaimana hendak menangkap burung kakak tua.
Luna Tapi kena panjat pokoklah pula.
Ala, panjat pokok sahaja pun.
Bukannya tinggi sangat.
Senang jer pun.
Suara Latar: Luna berkata dengan nada sombongnya. Tanpa membuang masa, Luna pun
memanjat pokok. Tidak lama kemudian, Luna menggelengkan kepala.
Luna Ah, Letih Sungguh!
Nak bermain dengan burung pun susah nak dapat.
Perlu panjat pokok pulak tu.
Saya ni mana larat nak panjat tinggi-tinggi.
Ekor saya kan panjang. Berat pula tu. Cuba lihat ini?
Tuan aku buat.
Penuh dengan lingkaran emas. Berkilau-kilau.
Kalau ku panjat dan jatuh.
Rugilah aku.
Emas patah, mahal nak sambung semula.

Ish.!

Suara latar: Luna berleter seorang diri untuk meluahkan rasa tidak puas hati. Kemudian dia pun
mengambil keputusan.
Luna Ah, malaslah, Aku tak nak tangkap burung lagi!
Huh.. aku nak teman untuk bermain jer pun, tetapi mengapa payah sangat nak
dapat teman?
hmmmm
Adegan 4
(sebatang sungai dan sekawan ikan di dalam sungai)
Suara latar: Luna pun beredar dari bawah pokok itu, Luna berjalan menuju ke tebing sungai
berdekatan di situ. Sedang berjalan. Tiba-tiba Luna terlihat sekelompok ikan yang sedang
berenang ke sana dan ke mari di dalam sungai. Luna sangat gembira lalu menjerit.

Luna Wah, ada ikan!!!


Seronoknyaaa!!!
Aku nak tangkap seekor ikan agar dapat bermain-main dengannya
Tapi bagaimana nak tangkap ikan itu?
Nak tangkap ikan perlukan kail! (Luna berfikir sejenak)

Ha! saya guna ekor lah untuk pancing ikan.

Suara Latar : Kemudian Luna mencangkung di tebing sungai lalu memasukkan ekornya ke
dalam sungai. Air sungai sungguh sejuk, Luna terkejut lalu menjerit. Dengan pantas Luna
menarik ekornya ke atas.
Luna Oh! sejuknya air sungai ni.
Sangat sejuk.
Habis basah ekor aku!

Alahai, tak mampu aku nak tangkap ikan tu.


Payah sungguh.
mmmm

Ish, tak sanggup aku. Air sungai ini sangat sejuk.


Aku tak nak tangkap ikan lagi!

Suara Latar: Luna mengeluh lagi. Kali ini dia ibarat sudah berputus asa untuk mencari teman
bermain. Luna keletihan.
Luna Letihlah macam ni.

Lebih baik aku pulang sahaja.


Daripada keletihan tapi tidak ada hasil pun.

Semua tak sudi bermain dengan aku..


Akhirnya, Luna yang tidak sabar itu, berjalan pulang. Luna tidak berjaya menangkap apa-
apapun untuk menjadikan mereka sebagai teman bermain.
-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai