Anda di halaman 1dari 3

Pengenalan

Membaca adalah salah satu aspek yang penting. Kemahiran membaca membolehkan murid-
murid menyebut perkataan demi perkataan dengan betul dan tepat, mencari makna perkataan
serta mengukur kemampuan murid mencapai matlamat dan memahami petikan yang dibaca.
Ini selaras dengan kenyataan Bahagian Pembangunan Kurikulum (2010), kemahiran
membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses
komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan. Menurut Zamri dan Suwarnee
(2008), masalah membaca adalah sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah
pembelajaran dalam kalangan murid-murid. Ini disebabkan murid-murid mempunyai latar
belakang status ekonomi dan sosial yang berbeza-beza. Kebolehan membaca merupakan
kemahiran yang penting diperoleh walaupun usia murid-murid masih pada peringkat awal
(Siti Fatimah & Najeemah 2012).

Kegagalan dalam menguasai kemahiran membaca menyebabkan motivasi untuk


belajar akan berkurang. Selain itu murid yang tidak menguasai kemahiran membaca akan
ketinggalan dan menyebabkan murid tersebut lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu (Abdul Rasid dan Zulkafli 2008; Abdul Rasid, 2011). Menguasai kemahiran
membaca bukanlah satu kerja yang mudah. Prosesnya tidak seperti proses menguasai
kemahiran berbahasa secara lisan yang dapat dikuasai oleh semua individu. Penguasaan
kebolehan membaca tidak dapat berlaku melainkan wujud pengajaran dan pembelajaran yang
terancang. Justeru, guru mempunyai peranan yang penting dalam mempelbagaikan kaedah
dalam pengajaran.

Bahan bacaan konvensional yang statik tidak membantu dan tidak menggalakkan
penggunaan strategi pembelajaran dalam memperoleh makna teks yang dibaca. Keadaan ini
menyebabkan masalah pembelajaran membaca berterusan sehingga ke peringkat yang lebih
tinggi. Oleh yang demikian timbul kesedaran di kalangan penyelidik bahasa khususnya
memikirkan bentuk alternatif dengan menggunakan perwakilan visual dan audio seperti
komik interaktif ini yang mampu menyumbangkan kepada persekitaran pembelajaran
kebolehan membaca dan membaca-faham di kalangan murid-murid rendah pencapaian
Bahasa Melayu dengan lebih berkesan. penggabungjalinan teknologi multimedia dan
pedagogi akan memberi sokongan kepada perkembangan kognitif khususnya memori,
kefahaman, motivasi dan tumpuan kanak-kanak semasa pembelajaran membaca.

Komik merupakan media visual yang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Revolusi
komik bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan kehidupan masyarakat. Komik
dianggap sebagai istilah induk merangkumi pelbagai jenis bahan bacaan berbentuk seni
berturutan(sequential art) yang boleh terdiri daripada buku komik, novel grafik, keratan
komik dan lain-lain lagi (Yildirim, 2013). Zamri dan Mohamed Amin (2008), kecanggihan
serta kemampuan komputer menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan
menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah
mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan dan sekali gus banyak
mempengaruhi corak pembelajaran masa kini.
Rujukan

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu
murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1–
12. Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/2528/
Siti Fatimah Ali &, Najeemah Mohd Yusof. (2012). Kemahiran Membaca Kanak-kanak
dalam Aplikasi Pendekatan Belajar Melalui Bermain. DP. Jilid, 121(12), 4–9.

Anda mungkin juga menyukai