Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN 2 : PENULISAN ( 50%)

Penulisan esei merupakan satu bentuk penulisan ilmiah yang ditulis secara saintifik
menerusi pengumpulan data secara formal dan bersifat objektif untuk menjawab persoalan
atau isu. Setiap pandangan terhadap fakta yang dikemukakan pula akan disokong dengan
bukti yang kukuh daripada rujukan khusus.

Secara individu,anda dikehendaki menulis satu esei yang bertajuk “ Cabaran Bahasa
Melayu dalam era teknologi,maklumat dan Komunikasi ( TMK ).”

Oleh :

WAN AMIRAH HUSNA BINTI WAN ANUAR PSV1

KURSUS PENULISAN AKEDEMIK

1.0 – PENDAHULUAN

Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa


diundang,cabaran Bahasa Melayu dalam era teknologi ,maklumat dan komunikasi kian
menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai anjakan paradigma telah
digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini termasuklah yang hangat meniti dari
bibir ke bibir umat masyarakat. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan cabaran
bahasa tersebut? Pertama kalinya, bahasa merupakan salah satu alat untuk manusia
berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Dengan ini, manusia boleh
memahami maklumat yang disampaikan dengan penggunaan bahasa yang digunakan.

Menurut Sapir (1921), definisi bahasa bersifat naluri adalah untuk menyampaikan idea,
perasaan dan emosi melalui lambang atau simbol tertentu. Cabaran pula bermaksud
sesuatu iaitu unsur, atau faktor yang mencabar,menguji, kemampuan dan ketabahan
seseorang atau sesuatu organisasi. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Menurut Dewan
Bahasa dan Pustaka , Bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan dan juga menjadi
bahasa rasmi namun pada era yang meniti arus kemodenan pada masa kini,Bahasa Melayu
kian tercabar dan mempunyai banyak halangan untuk berkembang maju akibat beberapa
halangan yang semakin berkembang dalam era teknologi,maklumat dan komunikasi .
1.1– CABARAN BAHASA MELAYU DALAM ERA TEKNOLGI,MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI ( TMK )

Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, penggunaan Bahasa Melayu
dalam kalangan masyarakat di Malaysia semakin tercabar dengan hadirnya Bahasa Inggeris
yang menjadi salah satu cabaran terbesar bagi Bahasa Melayu .Pendapat ini disokong oleh
Ridzuan Kamis (2012) yang menyatakan bahawa penggunaan Bahasa Melayu pada masa
kini semakin meningkat dari setahun ke setahun namun masih tidak dianggap sebagai
kuasa bahasa utama di Malaysia .Namun begitu,tidak dinafikan bahawa pengaruh bahasa
Inggeris sememangnya sukar ditepis oleh kerana Bahasa Inggeris merupakan salah satu
bahasa ilmu yang penting untuk dipelajari dan digunakan kerana semua hal kerja atau
perkara yang melibatkan teknologi,maklumat dan komunikasi sememangnya melibatkan
penggunaan Bahasa Inggeris .

Oleh yang demikian,kita juga dapat menyaksikan bahawa perkembangan Bahasa Melayu
kini kelihatan sedikit terencat ketika termaktubnya Akta Pendidikan 1996 dan kerajaan
mewujudkan arahan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran Sains
dan Matematik. Tanpa kita sedari ,Bahasa Inggeris telah menjelajah ke seluruh dunia sejak
dekad 1990-an lagi. Bahasa Inggeris juga turut dijadikan sebagai bahasa utama dalam
aplikasi teknologi maklumat yang menyebabkan ramai pelajar yang bertungkus -lumus untuk
menguasai Bahasa Inggeris untuk mengikuti perkembangan teknolgi maklumat .Lantaran
itu, sehingga kini Bahasa Melayu sendiri banyak meminjam dan menggunakan perkataan-
perkataan daripada bahasa Inggeris dan dijadikan sebagai kosa kata bahasa Melayu yang
menyebabkan penggunaan bahasa Inggeris lebih tersebar luas berbanding Bahasa Melayu.
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan termasuklah catalog
(catalog), number ( nombor) , activity (aktiviti) dan message (mesej). Jelaslah disini bahawa
walaupun secara dasarnya Bahasa Melayu semakin berkembang sebagai bahasa ilmu,
namun disebabkan berlakunya kebergantungan bahasa Melayu terhadap kosa kata bahasa
Inggeris dan hal ini telah menidakkan keaslian bahasa Melayu.

Dalam zaman yang serba canggih ini, persepsi negatif terhadap bahasa Melayu juga turut
menjadi satu cabaran bagi bahasa Melayu. Menurut Hamdan dan Rohana ( 2021 ) , Bahasa
Melayu sebenarnya mempunyai masalah bahasa sendiri,iaitu sikap masyarakat yang tidak
yakin dan memandang remeh terhadap bahasa tersebut. Sebagai analoginya, segelintir
pelajar menganggap Bahasa Melayu hanyalah untuk digunakan semasa peperiksaan sahaja
. Begitu juga dengan persepsi negatif seperti kebanyakan pekerjaan lebih terbuka luas
kepada graduan bahasa Inggeris berbanding graduan bahasa melayu. Menurut Allahyarham
Dato’ Hassan Ahmad, mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
segelintir masyarakat tidak mementingkan mutu penggunaan bahasa yang betul seperti
menggunakan Bahasa Melayu bercampur dengan Inggeris dalam pertuturan seharian. Hal
ini terjadi kerana sikap mereka yang memandang rendah terhadap kepentingan Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara Malaysia.Tambahan pula,mereka juga menafikan
bahawa Bahasa Melayu adalah tidak penting bagi mereka. Persepsi sedemikian seterusnya
akan membantutkan perkembangan Bahasa Melayu untuk menjadi lebih maju ke peringkat
yang lebih dominan. Oleh itu, setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya
bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa ini merupakan salah satu cabaran
bagi bahasa melayu dalam era teknologi,komunikasi dan maklumat ( TMK ) pada masa kini.

Bukan itu sahaja, malah pengaruh teknologi juga turut menjadi persaingan yang sengit bagi
Bahasa Melayu oleh kerana teknologi moden terkini bukan sahaja dapat menyelamatkan
bahasa,akan tetapi juga mampu memusnahkan keaslian Bahasa Melayu tersebut. Sebagai
contoh, penggunaan bahasa rojak kini semakin berleluasa akibat perkembangan teknologi di
media sosial . Pelajar pada zaman era teknologi kini sering menggunakan bahasa rojak
untuk berkomunikasi dan menggunakan bahasa singkatan semasa membuat pesanan
ringkas (SMS). Tamsilannya,mereka mencampurkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
ketika berkomunikasi di ruang siber seperti “Pergh…bapak ah, Terbaek, OK..orait, lupa lak
dan Eeee..teruknya,” Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan keputusan
peperiksaan seseorang pelajar itu kerana tidak mampu menggunakan Bahasa Melayu
dengan betul disebabkan sudah biasa menggunakan bahasa rojak dalam kehidupan
seharian mereka. Sehubungan itu, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menulis
sesuatu karangan tanpa menggunakan bahasa rojak. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
Bahasa rojak akan membantutkan pembelajaran di peringkat sekolah disebabkan oleh
bahasa rojak dan bahasa singkatan. . Jelaslah bahawa penggunaan bahasa seperti ini
mampu mencemarkan nilai Bahasa Melayu di mata orang asing oleh kerana kesalahan
tatabahasanya yang tidak mematuhi hukum.

Bertitik tolak daripada itu, dalam era teknologi kini, kemampuan guru dalam mengajar subjek
Bahasa Melayu juga sering hangat diperkatakan oleh bibir-bibir masyarakat kerana tidak
menggunakan kemahiran pedagogi serta Hal ini jelas dilihat berdasarkan keputusan ujian
penilaian subjek Bahasa Melayu yang semakin merosot . Segelintir murid mempunyai
kesalahan tatabahasa semasa menjawab ujian peperiksaan di sekolah disebabkan tidak
mempunyai pemahaman pembelajaran yang sempurna semasa di sekolah. Hal ini jelas
membuktikan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di sekolah juga mempunyai cabaran
tersendiri dalam memantapkan ilmu Bahasa Melayu dalam kalangan muri-murid.

Sebagai penutup kata pemanis bicara, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa
Bahasa Melayu kini sedang bertarung dengan pelbagai cabaran dan saingan sengit yang
menjadi kemelut dalam perkembangan era teknologi pada masa kini. Kita harusnya
mengambil cakna dan memainkan peranan yang singnifikan untuk mengelakkan perkara ini
daripada berlaku kerana Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang penting untuk diceburi
dan merupakan bahasa kebangsaan yang dapat memperlihatkan identiti nasional dan
lambang bagi sesuatu bangsa atau negara. Bahasa kebangsaan secara khusus berfungsi
untuk menyerlahkan lambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan di
tanah air ini.Namun dengan kehadiran pelbagai cabaran , Bahasa Melayu mula menjadi
goyah . Oleh hal yang demikian, Sudah terang lagi bersuluh bahawa cabaran Bahasa
Melayu ini dianggap remeh oleh masyarakat di Malaysia dan boleh menjatuhkan nilai
martabat Bahasa Melayu. ( 1024 patah perkataan )
RUJUKAN

Abdul hadi abd rashid,(2 ogos 2017),


https://kc.upm.edu.my/artikel/bahasa_melayu_cabaran_dan_dugaan_dunia_tanpa_sempad
an-32766

Chui sing xin xin


( 2017 )https://www.studocu.com/my/document/universiti-utara-malaysia/bahasa-melayu-
pengurusan/246113389-isu-dan-cabaran-bahasa-melayu-masa-kini-docx/20485344

Dr. Kamaruddin bin illias ,dr. Rusmawati binti othman ,Dr. Mani Rajan a/l Ellappan , Zaini bin
abdul Ghani ,Penulisan Akedemik,free mind horizons sdn.bhd.

Dr. Nor Azaruddin husni bin hj. Nuruddin , 08/disember/2014 ,berita harian, Teknologi dan
Pelacuran Bahasa Melayu . https://www.ikim.gov.my/index.php/2014/12/08/teknologi-dan-
pelacuran-bahasa-melayu/

Hamdan Azmi abd. Aziz , april 2012, Persepsi Negatif Terhadap Bahasa Melayu
https://www.researchgate.net/publication/317712147_persepsi_negatif_terhadap_bahasa_m
elayu

Ibrahim Majdi Mohamad Kamil, Maliati Mohamad,( 2020 ), Cabaran Pemerkasaan Bahasa
Melayu dalam Usaha Mencapai Negara Bangsa di Malaysia, Asian Journal People,3
(2) ,181-191

Jaafar bin Jambi, Cabaran dan Proses Pemantapan Bahasa Melayu, Jurnal Pengajian
Melayu, ( 2008 ).

Kamal Shukri Abdullah Sani. (2007). Bahasa melayu, Apa Sudah Jadi? . pts professional
publishing: Kuala Lumpur .

Khairul Azman Mohd Suhaimy, Hussain Othman, Zahrul Akmal Damin, Lutfan Jaes, Fauziah
Ani, Shamsaadal Sholeh Saad, Khairol Anuar Kamri . (2018 ) . Memperkukuh Peranan
Bahasa Melayu Dalam Dunia Teknologi.

Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid ,22 mei 2022, Generasi Muda Lebih Selesa Guna
Bahasa Asing , https://www.sinarharian.com.my/article/203493/berita/na/generasi-muda-
lebih-selesa-guna-bahasa-asing

Marzni Mohamed Mokhtar,Rohizani Yaakub,Fadzilah Amzah,( 2018 )


.https://www.researchgate.net/publication/330900172_cabaran_guru_bahasa_melayu_dala
m_usaha_menerapkan_kemahiran_berfikir_aras_tinggi_kbat_dalam_pembelajaran_dan_pe
mudahcaraan_pdpc_penulisan_karangan_argumentatif_the_challenge_of_malay_language
_teacher_

Mohd Amin (2011 ). https://www.scribd.com/doc/57692620/definisi-bahasa

Tan Siew Poh, Abdullah Yusoff, Yusmiza Hanim Yusuf, (2019) , Panduan Penulisan Ilmiah:
Laporan Penyelidikan, Kajian tindakan dan tugasan akademik, Dewan Bahasa dan Pustaka

Wikipedia eksiklopedia bebas ( 2022 ).


https://ms.wikipedia.org/wiki/bahasa_melayu_malaysia

Zamri Mahamod, ( 2022 ) , Penulisan Akedemik Teori dan Amalan ( edisi kedua ) , ukm
press.

Anda mungkin juga menyukai