Anda di halaman 1dari 3

Isu- isu dan Cadangan Penyelesaian Penggunaan

Bahasa Melayu dalam Media Sosial

1.0 Pengenalan
Bahasa amat penting sebagai alat komunikasi dalam kehidupan seharian manusia.
Penggunaan bahasa membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain, iaitu segala
maklumat yang ingin disampaikan boleh difahamioleh kedua- dua pihak. Dalam aktiviti
berbahasa, penutur bukan sahaja perlu menggunakan bahasa yang betul daripada, penutur
bukan sahaja perlu menggunakan bahasa yang betul daripada sudut tatabahasa tetapi perlu
menggunakan bahasa yang mudah difahami ramai akan menyebabkan segala yang diperkataan
segala yang diperkatakan akan difahami oleh orang lain. Di Malaysia, bahasa yang menjadi
pengantar utama dalam kalangan masyarakat ialah Bahasa Melayu.

1.0 Isu- isu dan Cadangan Penyelesaian Penggunaan Bahasa Melayu dalam Media
Sosial
Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020 yang
menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat.
Penggunaan bahasa Melayu oleh rakyat negara kita yang kini menjadi salah satu isu yang serius
seperti cacing naik ke mata. Pada arus globalisasi ini, bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu
tidak diguna pakai oleh rakyat kita dengan kaedah yang ditetapkan. Dengan ini, kita akan
mewujudkan suatu situasi di mana generasi akan datang tidak mengetahui bahasa Melayu yang
sebenar ataupun bahasa yang ditelan zaman. Isu ini mudah dilihat dengan jelas dalam media
sosial seperti “Facebook”, “Whatsapp”, “Twitter”, “WeChat” dan sebagainya. Media sosial
ditakrifkan sebagai wahana penyebaran penggunaan bahasa yang baik, indah dan persis. Malah,
media sosial menyebabkan kehilangan bahasa Melayu pada zaman sekarang. Persoalannya,
apakah isu- isu yang terdapat dalam penggunaan bahasa Melayu.

Pertama sekali, bahasa rojak merupakan salah satu isu yang hangat dalam media sosial.
Penggunaan bahasa yang bercampur akibat percantuman bahasa dari setiap kaum- kaum di
Malaysia menyebabkan lahirnya bahasa rojak. Dengan adanya bahasa rojak, masyarakat
memandang remeh dengan penggunaan bahasa ini dan sudah menjadikannya sebagai satu
identiti atau gaya percakapan yang lebih bersifat Malaysia. Sebagainya, penggunaan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris semasa berkomunikasi dengan kawan lain dalam media sosial.
Dengan ini, wujudnya semangat jati diri terhadap bahasa kebangsaan kita. Remaja kini akan
mengalami kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang. Selain itu, generasi akan datang
akan datang akan terbiasa dan mengabaikan bahasa Melayu yang betul. Jelaslah bahawa
bahasa rojak merupakan isu yang perlu diatasi untuk mengelakkan penyalahgunaan bahasa
Melayu.

Selain itu, antara isu penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial ialah bahasa Sistem
Pesanan Ringkas (SMS). Sistem Pesanan Ringkas merupakan singkatan bagi sesuatu
perkataan. Sistem ini kerap digunakan oleh semua lapis umur masyarakat sama ada orang tua
ataupun muda. Hal ini demikian kerana sistem ini lebih cepat dan lebih bersifat mesra pengguna.
Para pengguna berasa lebih mudah dan terbiasa dengan sistem ini. Dengan ini, bahasa Melayu
akan rosak dan dijatuhkan martabatnya sendiri dalam kalangan remaja. Hal ini dikatakan
demikian kerana bahasa malambangkan sesuatu bangsa. Jika rosak sesebuah bahasa, maka
akan rosaklah sesuatu bangsa. Lama- kelamaan, bangsa itu akan menghilangkan identity bangsa
tersebut. Oleh itu, Sistem Pesanan Ringkas dapat menjejaskan kemurnian bahasa Melayu dalam
kalangan remaja.

Sebagaimana yang kita ketahui, bahasa lucah juga dapat menjadi isu yang mencemarkan
bahasa Melayu pada zaman sekarang. Penggunaan bahasa lucah ini adalah antara yang amat
popular digunakan di dalam alam maya. Bahasa lucah menjadi salah satu bahasa yang
menyumbang kepada pencemaran terhadap bahasa Melayu. Hal ini dikatakan demikian kerana
penggunaannya mampu membuat seseorang berasa malu untuk membaca setiap penulisan
yang disiarkan dalam laman sosial. Oleh itu, bahasa lucah dapat menjejaskan kualiti bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar. Dengan itu, para pelajar akan terpengaruh untuk menggunakan
bahasa- bahasa yang digunakan dalam perbualan seharian. Ini menunjukkan bahasa seperti ini
dalam media sosial memberi pengaruh yang tidak baik kepada pelajar.

Untuk memartabatkan bahasa Melayu, pihak berkuasa perlu mengambil inisiatif untuk
mengelakkan mencemarkan bahasa Melayu. Anak- anak diibaratkan sebagai kain putih dan ibu
bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadi insan yang berguna. Oleh itu, ibu
bapa perlu memastikan anak- anaknya menggunakan bahasa baku selain daripada bahasa
dialek. Seterusnya, ibu bapa perlu menegur dan membetulkan kesalahan mereka semasa
berkomunikasi. Dengan ini, anak- anak dapat membiasakan penggunaan bahasa baku semasa
berkomunikasi dengan orang lain. Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu menyediakan pelbagai
bahan bacaan yang berbentuk ilmiah di rumah di samping menekankan aspek-aspek
penggunaan bahasa dengan betul kepada anak-anak sejak kecil kerana hendak melentur buluh
biarlah dari rebungnya.

Selain itu, para guru memainkan peranan yang penting dalam menangani isu penggunaan
bahasa Melayu dalam media sosial. Di sekolah, para pelajar sentiasa didedahkan dengan
pelbagai kesalahan bahasa oleh guru bahasa Melayu dari segi pertuturan dan penulisan. Oleh
itu, guru- guru perlu menerapkan bahasa Melayu baku dalam komunikasi seharian. Para guru
perlu memastikan para pelajar berkomunikasi dengan betul. Sebagai buktinya, para guru boleh
menggalakkanmurid menyertai aktiviti dan pertandingan pidato, syaenrahan, kuiz bahasa dan
aktiviti lain yang sesuai. Dengan penyertaan ini, secara tidak langsung para pelajar dapat
mempraktikkan penggunaan bahasa baku. Oleh itu, para guru perlu berusaha untuk mengatasi
kemelut ini.

Seperti yang kita ketahui, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu mengambil langkah untuk
mengelakkan berlakunya penyalahgunaan bahasa. Pihak DBP boleh menghasilkan istilah yang
baru dalam bahasa Melayu untuk membantu dalam pengembangan dan peningkatan kualiti
bahasa. Hal ini dapat mengelakkan pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. Selain
daripada itu, pihak DBP perlu mewajibkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul dari
segi ejaan, sebutan, istilah dan tatabahasa. Dengan ini, para pelajar dapat menggunakan bahasa
yang gramatis dalam komunikasi seharian. Jelaslah bahawa DBP juga mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam menangani masalah tersebut.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, semua pihak yang berkenaan perlu bekerjasama untuk menjalankan


langkah yang pragmatik bagi menangani isu penggunaan bahasa Melayu dalam media sosial.
Usaha yang berterusan dan efisien akan menyebabkan bahasa yang telah diangkat martabatnya
sebagai bahasa kebangsaan ini semakin dihormati dan penggunaannya dapat dibaiki dari
semasa ke semasa. Jika tiada prakarsa daripada mana-mana pihak, maka pupuslah bahasa dan
lenyaplah bangsa. Langkah untuk mengutamakan bahasa Melayu ini dilakukan agar generasi
akan datang dapat merasakan keaslian dan ketulenan bahasa ibunda mereka yang selama ini
diperjuangkan agar "tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas".

Anda mungkin juga menyukai