Anda di halaman 1dari 6

Nama Ahli: Nur Iffah Shahirah Binti Roslam & Nur Rafeeah Binti Hasbol.

Teks Syarahan : Bahasa Melayu dan Martabatnya

Bahasa Melayu indah dan santun ,

Mekar - megah di pentas dunia ,

Sepuluh jari kemas tersusun ,

Mohon bicara menyusun kata .

Bismillah Hirahmani Rahim ,

Assalamualaikum WBT , salam sejahtera & salam 1 Malaysia .

Salam apresiasi kepada saudara pengatur majlis ,

Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana & berkarisma ,

Guru - guru seterusnya rakan - rakan yang dikasihi sekalian .

Sidang hadirin yang dihormati ,

Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah Bahasa Melayu dan martabatnya.

Sebagaimana yang diungkapkan oleh Sarjana Belanda , Bahasa Melayu pada abad
ke - 16 telah menyamai taraf dan peranan bahasa Latin dan bahasa Perancis di
Benua Eropah serta merupakan lingua franca atau bahasa perhubungan
antarabangsa di Nusantara . Ternyata , bahasa melayu merupakan salah satu
bahasa dunia . Ini dibuktikan lagi dengan seramai 300 juta orang bertutur dalam
bahasa melayu iaitu antara penutur yang paling terbanyak di dunia . Sudah terang
lagi bersuluh bahawa Bahasa Melayu amatlah banyak keistimewaan dan
kelebihannya tersendiri .

Bicara saya yang pertama ,

Bahasa Melayu memainkan pelbagai peranan , diantara peranan bahasa


melayu itu sendiri adalah untuk membentuk Negara Bangsa Malaysia . Namun ,
pada masa kini Bahasa Melayu kurang disanjungi dan semakin dipandang rendah .
Bahasa ini juga jarang digunakan oleh masyarakat kita pada hari ini . Mengapakah
hal ini terjadi ? Mungkinkah masyarakat kita sudah melupakan asal - usul mereka
ataupun mereka terlalu bangga dan mengagumi bahasa lain seperti bahasa
Inggeris , Korea ?

Jadi , marilah kita bersama - sama merungkai satu persatu cabaran yang
dihadapi oleh negara kita Malaysia dalam mengukuhkan peranan bahasa melayu
dalam persekitaran moden dalam era yang penuh dengan digital dan serba canggih
pada masa kini .

Yang pertama , sebagai rakyat Malaysia kita haruslah bersikap lebih terbuka dalam
menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam teknologi maklumat dan
komunikasi ( ICT ) yang dikuasai pengaruh bahasa asing khususnya bahasa inggeris
. Oleh itu , mampukah penggiat - penggiat bahasa melayu menggunakan ICT
sebagai alat untuk penyelidikan , perkakasan , perisian , aplikasi dan lain - lain untuk
pembangunan bahasa melayu dengan lebih aktif dan berkesan pada masa
hadapan ? Malah kita juga harus menerima kenyataan bahawa bahasa melayu perlu
bersaing dengan berkesan dari sudut pengistilahan sains dan teknologi berbanding
bahasa inggeris . Namun begitu , seperti yang kita tahu kejayaan negara Korea
Selatan dan Jepun menjadi maju dalam bidang sains dan teknologi serta tetap
mempertahankan bahasa ibundanya banyak kali dijadikan contoh yang sesuai untuk
membuka mata kita semua . Bahasa Inggeris tetap dipelajari sebagai bahasa kedua
dan sebagai bahasa antarabangsa pada hari ini , lebih - lebih lagi dalam era
globalisasi . Oleh itu , tiada halangan untuk kita mecontohi kejayaan kedua - dua
negara tersebut .

Hadirin dan hadirat ,

Kita lanjutkan ke cabaran yang kedua iaitu kita seringkali mendengar penutur
bahasa Melayu menggunakan standard bahasa yang rendah . Bahasa yang mereka
gunakan ini bercampur - aduk iaitu menggunakan campuran bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris . Percampuran bahasa ini berlaku pada setiap tingkat penguasaan
bahasa , sebutan , ejaan , imbuhan , frasa , ayat , kosa kata dan peribahasa .
Pencemaran bahasa ialah salah satu fenomena yang telah lama wujud di negara kita
akibat daripada penggunaan teknologi canggih seperti Sistem Pesanan Ringkas
( SMS ) melalui penggunaan telefon bimbit dan aplikasi di laman maya seperti
WhatsApp , Facebook , Instagram dan lain - lain . Ketaksuban golongan masyarakat
pada penggunaan teknologi pada masa kini semakin meluas seiring dengan
perkembangan teknologi moden yang semakin canggih . Kita juga turut terkena
tempiasnya apabila kita tidak mampu untuk mengelakkan kesan buruk akibat dari
lonjakan paradigma tersebut . Dan akhirnya , ia juga akan menyebabkan fenomena
pencemaran bahasa dalam sistem pendidikan apabila adanya sesetengah pelajar
yang turut mengaplikasikan penggunaan bahasa singkat , simbol dan juga istilah
yang tidak sesuai dan melanggar hukum bahsa dalam pembelajaran mereka ketika
menulis karangan , esei mahupun menjawab soalan - soalan sewaktu peperiksaan .

Evolusi terhadap bahasa Melayu selaras dengan perkembangan era ICT


dikenalpasti sebagai diantara cabaran untuk memperkukuh bahasa Melayu dalam
dunia teknologi . Penggunaan bahasa Melayu di internet semakin meluas dimana
semakin ramai pengguna mengeksploitasi kemudahan - kemudahan komunikasi
tersebut . Ini dibuktikan dengan terdapatnya banyak laman berbahasa Melayu di
platform internet yang dibentuk daripada negara - negara sepeti Malaysia , Indonesia
, Singapura dan lain-lain . Perkembangan ini juga diiringi dengan penyediaan
kemudahan e-mail dan chat yang secara tidak langsung telahpun membantu
melestarikan bahasa Melayu . Kesan daripada penggunaan siber secara meluas
telah menghasilkan istilah - istilah baharu . Contohnya seperti , a’kum yang
membawa maksud assalamualaikum dan sebagainya . Manipulasi bahasa
seumpama ini akan mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa jika tidak
dibendung . Oleh itu amalan seperti ini hendaklah dipantau kerana akan
menghasilkan ayat - ayat yang menyeleweng daripada hukum tatabahasa .

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bicara saya yang seterusnya ialah mengenai strategi-strategi memperkasakan


martabat bahasa melayu dalam dunia teknologi yang kian canggih masa kini. Berikut
merupakan strategi-strategi bagi meningkatkan penggunaan bahasa melayu lebih
cemerlang pada masa akan datang.

Izinkan saya meneruskan bicara ini dengan mengemukakan strategi pertama.

Strategi yang pertama bagi memartabatkan kembali bahasa melayu, ialah


pihak kerajaan perlu mewujudkan “kumpulan pakar” dalam kalangan generasi muda
sebagai pemikir, dan pelapis daripada pelbagai latar belakang pendidikan atau
kelulusan sama ada institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, organisasi dan orang
awam yang berminat dalam usaha untuk meningkatkan pengembangan dan
penggunaan bahasa melayu dalam era teknologi ini. Inisiatif ini boleh dilakukan
dengan meningkatkan kerjasama yang strategik dan sinergi dengan pusat
penyelidikan dan universiti sama ada di dalam mahupun luar negara, termasuk juga
universiti yang memiliki Penyandang Kursi Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, usaha-
usaha penyelidikan dan pengembangan bahasa melayu dikatakan dapat
dilipatgandakan lagi dengan lebih berkesan.
Strategi yang kedua ialah dengan menggunakan kata kunci, pihak media massa
berperanan penting dalam memastikan capaian mudah bagi khidmat rujukan bahasa
melayu secara atas talian selari dengan perkembangan dan prasarana teknologi
maklumat dan komunikasi. Sebagai contoh, istilah, kamus, ensiklopedia dan bahan
rujukan bahasa atas talian perlu dipelbagaikan lagi. Oleh itu, bagi memantapkan lagi
capaian ini, bahan rujukan bahasa dan persuratan Melayu perlulah disebarkan
melalui aplikasi telefon dan komputer kerana peranti seperti ini merupakan saluran
utama bagi pelajar di pengajian tinggi, remaja dan golongan profesional untuk
berinteraksi secara maya. Natijahnya, melalui kaedah ini, khidmat rujukan bahasa
melayu dapat diperluaskan kepada pelbagai lapisan masyarakat setempat kerana
lebih cepat, mudah dan berkesan.

Strategi yang ketiga pula dengan kata kuncinya, pihak Dewan Bahasa
dan Pustaka perlu bekerjasama dengan media cetak dan elektronik ke arah
meningkatkan peranannya dalam pembudayaan Bahasa Melayu. Secara
logikalnya, kemungkinan besar usaha ini belum cukup mapan dan berkesan
dalam membendung fenomena bahasa rojak, slanga dan segala bentuk
bahasa yang mewakili reality sosial yang ada. Antara bukti yang sudah jelas
dalam penggunaan ruang siber yang serba luas ialah penghasilan istilah-
istilah baharu Bahasa Melayu dalam internet. Tamsilnya, perkataan-
perkataan seperti kang, waalaikum dan persal. Oleh sebab itu, peranan pihak
DBP sangat ditekankan disini bagi menyelamatkan bahasa melayu
daripada tenggelam di telan oleh arus kemodenan. Pihak media massa boleh
mewujudkan sebanyak mungkin portal online bagi menyebarkan bahan
berbahasa melayu di laman sesawang. Contohnya laman untuk merujuk
Kamus Peribahasa Melayu Digital dalam internet, dimana kamus ini
membolehkan pencarian peribahasa melayu mengikut makna dan kategori.

Kesimpulannya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan


membentuk jiwa kita sebagai  satu bangsa.Sekiranya bahasa yang kita
martabatkan adalah bahasa kebangsaan, maka yang akan terpancar
daripada bangsa kita ialah jiwa kebangsaannya. Jika kita sentiasa
memandang tinggi kepada bahasa kebangsaan kita, bersinarlah jiwa
kebangsaan kita, dan berjayalah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa
yang bermaruah. Bahasa itu citra sesuatu bangsa.
Akhir kata;

Yang kurik itu kendi,


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warah


matullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai