Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Hadirinsekalian,
Secara keseluruhan, gejala sosial ini sebenarnya boleh ditangani dengan mudah
sekirannya mereka diberi peluang. Sekiranya ianya amat menitikberatkan isu ini, maka
dengan mudah masalah gejala sosial yang berlaku dalam generasi muda kita masa kini akan
dapat dibendung, seterusnya negara akan dapat melahirkan lebih lagi generasi muda yang
berkualiti dan berkemampuan untuk mentadbir negara. Sanggupkah kita melihat negara kita
dipimpin oleh orang asing dan bukannya anak watan? Sanggupkah kita melihat anak-anak
kita menjadi buruan pihak berkuasa kerana terlibat dengan jenayah? Adakah tempoh
sembilan bulan sepuluh hari kita menjaga mereka di dalam kandungan, dan beberapa tahun
membesarkan mereka dengan mengorbankan wang, masa dan tenaga dapat dibalas sekiranya
mereka terlibat dengan masalah sebegitu? Sudah tentu tidak, oleh itu, langkah awal harus
diambil dan ibu bapa perlu mula memainkan peranan masing-masing.Ingin saya tegaskan
sekali lagi di sini bahawa, gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja masa kini tidak
akan dibendung tanpa usaha dan peranan betul.
Sekian sahaja syarahan saya pada kali ini, saya ingin memohon maaf sekiranya ada
terkasar bahasa mahupun tersilap bahasa sepanjang saya menyampaikan pidato sebentar tadi.
Saya berharap, agar hadirin sedikit sebanyak mendapat pengajaran dan ilmu tambahan
daripada syarahan itu tadi dan dalam masa yang sama saya juga berharap agar hadirin yang
berada di hadapan saya ini tidak terlibat dengan gejala sosial seperti yang dipertekankan dan
menjadi antara generasi yang berguna untuk masyarakat di masa hadapan.