Anda di halaman 1dari 1

Syarahan Kebaikan Melancong di dalam Negara

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim, guru-


guru dan rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.
Izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk
“Kebaikan Melancong di dalam Negara”.

Hadirin sekalian,

Malaysia sering dikunjungi oleh pelancong asing kerana


terdapat banyak tempat menarik seperti Cameron
Highland, Pulau Langkawi dan Gunung Kinabalu. Jadi, kita
tidak perlu ke luar negara untuk menikmati keindahan alam
semula jadi.

Seterusnya, kita boleh memupuk semangat patriotism


dengan melancong di dalam negara. Misalnya, kita boleh ke
tempat bersejarah seperti Melaka. Hal ini membuatkan kita
bersyukur kerana telah merdeka.

Hadirin yang dihormati,

Melancong di dalam negara dapat menjimatkan wang.


Hal ini dikatakan demikian kerana kita tidak perlu menukar
mata wang. Seterusnya, kos pelancongan dapat dikurangkan.

Akhir sekali, melancong di dalam negara memberikan


sumber pendapatan kepada penduduk tempatan. Industri
pelancongan memberi peluang kepada penduduk tempatan
untuk menjalankan industri kecil.

Justeru itu, saya menyeru kalian, cintailah negara


kita. Melanconglah di Malaysia. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai