Anda di halaman 1dari 1

Syarahan Kepentingan Budaya Membaca

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru


Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-
rakan yang dikasihi. Selamat pagi dan selamat sejahtera
saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah
“Kepentingan Budaya Membaca”.

Hadirin yang dihormati,

Kita sudah biasa mendengar bahawa “Membaca


jambatan ilmu”. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
betapa pentingnya membaca. Pelbagai maklumat dapat kita
peroleh daripada bahan bacaan.

Dengan membaca, kita dapat menambah ilmu


pengetahuan yang baharu. Misalnya,melalui akhbar, kita
dapat mengetahui isu semasa yang berlaku di seluruh dunia
dengan cepat. Dengan ini, kita tidaklah seperti katak di
bawah tempurung.

Hadirin yang dikasihi,

Selain itu, membaca juga dapat memperbaiki


penguasaan Bahasa kita. Kita dapat belajar perkataan-
perkataan baharu menerusi pelbagai jenis bahan bacaan.
Kosa kata yang banyak dapat membantu kita bertutur dan
menulis dengan lancar.

Tuntasnya, membaca ada banyak faedahnya. Oleh itu,


kita harus memupuk budaya membaca ini demi manfaat diri,
masyarakat dan negara. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai