Anda di halaman 1dari 6

ADAT KELAHIRAN

Sewaktu Mengandung Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh


masyarakat Bajau ketika seseorang wanita itu mengandung, antaranya
ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan kelapa tua sebagai
tanda kelahiran dan melenggang perut.

Sebelum Kelahiran
Berpantang.
Untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita mengandung perlu
menjalani beberapa pantang larang tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga
keselamatan dirinya serta kandungan, di samping memudahkan proses
kelahiran. Antara pantang larang tersebut termasuklah;

Wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan diganggu
oleh makhluk halus.

Wanita hamil tidak dibenarkan makan sotong kerana dikhuatiri


menyukarkan proses kelahiran kelak.

Wanita hamil tidak boleh minum atau mandi air hujan yang jatuh dari
bumbung kerana dibimbangi tembuni/uri akan terus mati terutama bagi
mereka yang mengandung sulung

Wanita hamil tidak boleh memarut kelapa dan menyentuh santan kerana
dikhuatiri akan menghadapi kesulitan semasa bersalin.

Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian


kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena
penyakit yang dikenali sebagai ketimbaluan/badi mayat.

Menempah Bidan.
Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah
tujuh bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa
selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang
perlu dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas
kelahiran bayi, secara rasminya bidan bertanggungjawab menjaga wanita hamil
tersebut.

Tanda Kelahiran.
Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan
disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan
kain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu
tembaga akan diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang beras.
Selain itu ada juga keluarga yang berada akan meletakkan seutas rantai emas di
atas kelapa tua tersebut, yang akan menjadi milik anak yang akan diahirkan.
Talam tersebut diletakkan di bahagian kepala tempat tidur wanita hamil
sehingga bayinya lahir.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama
tembuni/uri si ibu sebagai tanda kelahiran bayi berkenaan, sementara beras pula
akan dimasak untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya,
kelapa tua bertunas tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam
kandungan ibunya, sementara beras dan rantai emas pula melambangkan
tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan tunas kelapa tersebut. Lazimnya
tanda kelahiran ini diadakan untuk menyambut anak sulung walaupun begitu ia
masih boleh diamalkan untuk anak-anak yang seterusnya.

Melenggang Perut.
Selain dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu
melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang dalam

kalangan masyarakat Bajau. Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu


mengandung anak sulung dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia
tujuh bulan. Cara adat ini dijalankan hampir-hampir sama dengan upacara
melenggang perut yang dijalankan oleh masyarakat Melayu Semenanjung.

Semasa/selepas Bersalin.
Apabila sudah tiba masanya, bidan akan segera dipanggil dan beberapa
peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri
dan benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk
mengelakkan atau menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu
dan bayi. Di samping itu, terdapat beberapa adat lain yang dilakukan
semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat potong tali pusat,
azan, dan menanam tembuni.

Potong Tali Pusat.

Sewaktu hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar


sementara bidan pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat
agar proses kelahiran itu tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila bayi
sudah dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi dan kemudiannya
mengikat pusat bayi dengan benang. Pemotongan tali pusat itu harus disertakan
dengan saksinya yang terdiri daripada segantang beras, emas dan lilin yang
dipasangkan. Bahan-bahan tersebut beserta sedikit wang dan kain putih
sepanjang tujuh hasta akan diberi kepada bidan.

Qamat/Azan.

Bagi masyarakat Islam, mengazan dan menqamatkan bayi yang baru lahir
adalah disunatkan. Seperti yang telah dinyatakan, masyarakat Bajau rataratanya beragama Islam, justeru itu mereka akan melakukan perbuatan ini. Ia

bukanlah suatu adat, tetapi lebih merupakan suatu upacara ritual. Setelah diikat
pusatnya, bayi akan dimandikan dan beberapa minit kemudian diazankan (bagi
anak lelaki) dan diqamatkan (bagi anak perempuan) di telinga bayi itu. Semasa
azan diserukan, bayi itu diberi makan sedikit garam dan gula, dan selepas itu
barulah dia boleh menyusu.

Menanam Tembuni/uri.

Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan
diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersamasama kelapa tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan
rumah si ibu untuk menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni
lazimnya dilakukan oleh bidan sendiri. Beras yang telah disediakan bersamasama kelapa tua ditumbuk sederhana halus dan dimasak untuk menjamu si ibu
dan tetamunya. Di samping itu, tujuh biji telur direbus dan dimakan dengan nasi
tadi.

Rawatan Bidan.

Selepas kelahiran bayi, bidan akan memberi ubat kepada si ibu dan terus
menjaga keadaan mereka berdua sehingga hari ke 44. Untuk memulihkan
kesihatan si ibu, bidan akan memandikan si ibu dan bayinya sambil membaca
doa selamat. Ini dilakukan pada malam hari ketiga, ketujuh, kedua puluh dan ke
44. Selepas tamat tempoh berpantang, bidan secara rasminya menyerahkan
tugasnya kepada suami dan keluarga wanita tersebut.

Berpantang

Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita
yang baru lepas bersalin. Antaranya ialah:
1) Si ibu tidak boleh makan sembarangan makanan. Selain bubur atau nasi
tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuhtumbuhan. Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu
tempoh berpantang ini.
2) Selama tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa.
Air ubat yang dibuat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan
diminum oleh si ibu untuk memulihkan kesihatan selepas bersalin.
3) Si ibu harus memakai sarung yang bewarna gelap, biasanya hitam, kerana
warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata bayinya.
4) Si ibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak
diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis
bedak bewarna hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah
tangan dan kakinya untuk mengelakkan kesejukan.

Naik Buai
Oleh sebab kelahiran anak sulung dianggap sebagai peristiwa penting, maka ibu
bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat
dibacakan oleh bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain
putih dan lima biji kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama
diadakan juga upacara naik buai atau dipanggil pesakat nirundangan dalam
kalangan masyarakat Bajau, di mana bayi berkenaan akan dinaikkan ke dalam
buaiannya buat pertama kali. Upacara ini dijalankan secara besar-besaran dan
dijalankan menyerupai upacara melenggang perut.
Semasa upacara naik buai berlangsung, upacara berzanji diadakan selama satu
setengah jam dan apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang menandakan
masanya untuk menggunting rambut bayi, bayi akan didukung dan rambutnya
akan digunting oleh mereka yang berzanji secara bergilir-gilir. Upacara ini
biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang dihadiri oleh sanak saudara dan
jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan memberi sedekah yang
lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang kepada tetamu
yang hadir di majlis tersebut.

Menimbang Bayi Bulan Safar


Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka. Bayi
yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan
Safar dianggap sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan
dari menimpa si bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi akan dibawa ke
masjid untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk
mengetahui berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta
pertimbangan daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut.
Terdapat barangan tertentu yang digunakan untuk upacara ini, antaranya ialah;

1) Sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang


penimbang itu akan dibalut dengan tujuh hasta kain putih.
2) Batu-batu timbang yang terdiri daripada benda-benda berikut; sebekas air,

seikat kayu yang sederhana besarnya, seperiuk nasi dan tujuh biji kelapa
muda

3)

Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang
disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam
keadaan tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan
dipasangkan ayunan kanak-kanak yang hendak ditimbang sementara pada
hujung yang satu lagi akan digantungkan batu-batu timbang. Batu-batu
timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk nasi dan seikat kayu
wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau
dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-batu
timbang sudah seimbang beratnya dengan berat bayi, batang penimbang
serta segala muatannya akan dipusingkan dan kemudian dilepaskan
supaya ia berputar pada keadaan asalnya.

Anda mungkin juga menyukai