Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENGENALAN

Untuk melahirkan guru yang profesional memerlukan beberapa prosedur yang


terancang misalnya menduduki latihan perguruan dan pelbagai kursus. Kini,
Kementerian Pendidik Malaysia telah mengadakan program ijazah sarjana muda
perguruan kepada semua siswa siswi pendidik yang bakal menjadi guru sekolah
rendah. Hal ini bukan sahaja bagi melahirkan guru yang berkualiti dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek malahan juga melatih guru dalam kemahiran pengurusan
bilik darjah. Untuk memupuk kemahiran tersebut, para siswa siswi pendidik
dikehendaki menjalani latihan dengan menggunakan kaedah micro teaching dan
macro teaching. Micro teaching merupakan elemen latihan guru yang penting dalam
membantu guru dalam mengadaptasikan diri dalam pembelajaran terutamanya bagi
para siswa siswi pendidik yang masih belum berpengalaman dalam pengajaran dan
pembelajaran.

2.0 Micro teaching

Micro teaching pada dasarnya sebagai satu persediaan kepada para siswa siswi
pendidik untuk menjalani pengajaran dan pembelajaran yang simulatif sebagai
gambaran awal kepada para pendidik siswa siswi pendidik dalam mengaplikasikan
kemahiran-kemhiran pedagogi yang telah dipelajari pada semester awal. Dalam
pengetahuan umum, micro teaching merupakan aktivti pengajaran dan pembelajaran
secara simulasi sama ada melibatkan sebilangan kecil (15 -20 orang) rakan siswa
siswi pendidik ataupun murid sebenar. Hal ini bertujuan bagi menggambarkan situasi
dalam bilik darjah sebenar kepada para siswa siswi pendidik. Disbebakan siswa siswi
pendidik yang bakal menjalani praktikum di sekolah sebenar, maka latihan micro
teaching telah diadakan dalam kursus program ijazah sarjana muda sebelum
semester praktikum.

Istilah Micro teaching

Menurut kamus dewan pustaka edisi keempat, mikro berasal daripada perkataan
Inggeris "micro" yang bermaksud kecil. Manakala teaching diterjemahkan ke Bahasa
Malaysia ialah mengajar. Cooper dan Allen (1971), mendefinisikan pengajaran
mikro (micro-teaching) adalah suatu situasi pengajaran yang dilaksanakan dalam
waktu dan jumlah siswa yang terbatas, yaitu selama 5-20 menit dengan jumlah siswa
sebanyak 3-10 orang.
Dari penjelasan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa micro teaching bermaksud
pengajaran secara kecil-kecilan.

1
Latar Belakang

Micro teaching ini mula digunakan seluruh dunia pada lewat tahun 1950 selepas
penciptaannya oleh Dwight W. Allen, Robert Bush, dan Kim Romney di Universiti
Stanford bagi melatih bakal-bakal guru dalam perkhidmatan (Wilkinson, 1996).
McGarvey & Swallow menyatakan tujuan micro teaching adalah untuk menyediakan
guru dengan peluang untuk amalan profesionisme keguruan bagi kelompok
diperbesarkan kemahiran mengajar sambil belajar bagaimana untuk membangunkan
konsep pelajaran tunggal dalam mana-mana subjek pengajaran. Singh (2010)
bersetuju dengan hujah-hujah tersebut, beliau turut mengatakan bahawa pengajaran
mikro membantu guru meningkatkan kedua-dua kandungan dan kaedah pengajaran
dan membangunkan kemahiran mengajar tertentu seperti menyoal, penggunaan
contoh dan artifak mudah untuk membuat pelajaran lebih menarik, teknik pengukuhan
yang berkesan, dan memperkenalkan dan menutup pelajaran dengan berkesan. Hal
ini memberikan maklum balas fokus dan galakan serta menggabungkan dengan
peluang untuk mengamalkan penambahbaikan yang dicadangkan dalam sesi latihan
yang sama, adalah asas-asas protokol pengajaran mikro itu.

Komponen Dalam Micro Teaching

Dalam sesuatu micro teaching memerlukan perancangan yang tersusun dan


sistematik. Sudah tentu guru-guru boleh memulakan sesuatu pengajaran dengan
spontan tanpa perancangan misalnya guru-guru yang telah banyak makan garam,
bagaimanapun guru yang merancang akan mendapat hasil yang lebih efektif
daripada guru yang tidak merancang. Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
merupakan tonggak kukuh bagi mengonkong struktur micro teaching yang efektif.
Menurut Alien and Ryan (1969) mengemukakan 4 komponen dasar mengajar, antara
lain (Kumari, 2004):
a. Stimulus Variation (Variasi Ransangan);
b. Set Induction (Set Induksi);
c. Closure (Penutup);
d. Silence and Non Verbal Cues (Isyarat).
Oleh sedemikian, format RPH yang telah ditetapkan oleh KPM telah
mengambil sedikit ciri-ciri seperti 4 komponen dasar mengajar yang diperkenalkan
oleh Alien & Ryan (1969).

Kemahiran Set Induksi

2
Untuk memulakan sesuatu pelajaran, motivasi dan ransangan adalah penting dalam
menarik perhatian pelajar supaya pelajar teransang untuk bersedia belajar pelajaran
yang akan disampaikan oleh guru. Pengenalan sesuatu pengajaran dan pembelajaran
digelar sebagai set induksi. Set induksi atau induction sets merupakan satu kumpulan
peransangan yang dirancang oleh guru bagi memotivasikan atau menarik perhatian
pelajar.
Set induksi memerlukan perancangan yang terurus dan sistematik supaya
peransangan itu berlaku secara berkesan. Perancangan yang terusus adalah
bergantung kepada kemahiran guru dalam mengurus set induksi. Set induksi
memerlukan beberapa kemahiran yang terlatih oleh guru-guru bagi merancang
peransangan yang lebih efektif dan lancar.
Guru harus mahir dalam menarik perhatian murid misalnya pengawalan nada
suara yang menarik. Guru haruslah mengelakkan daripada nada suara yang rendah
kerana ini menyebabkan penyampaian yang kurang jelas. Nada suara haruslah tidak
konsisten supaya murid peka dengan penyampaian guru. Contohnya, guru
meninggikan suara apabila menyebut ayat yang baru. Murid yang tidak memberi
perhatian akan terkejut dan mula mendengar.
Selain itu, dalam kemahiran menarik perhatian murid juga mengesyorkan guru
dalam mengaplikasikan alat bantu mengajar (ABM). ABM seperti projektor, buku teks,
tayangan slaid dan video merupakan contoh ABM yang baik. Dengan menggunakan
ABM, murid-murid akan lebih bersemangat untuk belajar kerana situasi pengajaran
dan pembelajaran lebih dinamik tidak statik. Hal ini kerana aplikasian pelbagai
rangsangan seperti ABM supaya murid tidak berasa bosan ataupun mengantuk dalam
bilik darjah.
BBM seperti bahan maujud yang bersifat tiga dimensi membolehkan murid
melihat dan memahami sesuatu konsep dengan lebih konkrit. Hal ini membolehkan
murid mengaplikasikan pelbagai deria dalam menyentuh dan memerhatikan BBM.
Guru juga perlu menggunakan gerak, isyarat dan kontak mata apabila
memberikan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini pergerakkan tersebut menjadi
sesuatu destruksi bagi menarik perhatian murid. Pergerakkan guru haruslah bebas
dan tidak terhad dari satu tempat ke tempat lain. Apabila guru berucap, guru perlu
pastikan guru menggunakan isyarat yang sesuai serta berkontaks mata dengan murid.
Kesemua elemen ini akan membentuk seorang guru yang menyampaikan
pembelajaran dengan karismatik.
Aktiviti yang dirancang perlulah luar biasa dan tidak diyangka oleh murid. Guru
digalakkan merancang aktiviti yang tidak kliche misalnya aktiviti yang mengaktifkan
persoalan murid. Tajuk pembelajaran perlu dijadikan sebagai satu keheranan kepada

3
murid-murid. Guru tidak memberitahu tajuk atau tema pembelajaran kepada murid
dalam set induksi. Ini akan mengaktifkan murid-murid dalam membuat persoalan
sendiri.
Justeru itu, guru juga perlu membuat perkaitan pembelajaran dalam set induksi.
Set induksi yang tiada kaitan dengan tajuk pembelajaran akan menyebabkan
kekeliruan murid. Sebelum merancang sesuatu set induksi, guru harus peka dengan
pengetahuan sedia ada murid dan dapat mengaitkannya dalam tajuk tertentu. Guru
boleh mengaitkan set induksi dengan pengalaman atau peristiwa murid-murid agar
murid-murid dapat membuat refleksi kendiri.
Kemahiran Variasi Ransangan
Dalam kemahiran variasi ransangan ini akan menjelaskan komponen pengucapan
guru secara terperinci seperti perubahan pergerakan langkah guru, perubahan
pergerakan anggota guru, perubahan nada suara, perubahan fokus deria, perubahan
bentuk lisan murid dan perubahan bentuk fizikal murid.
Perubahan Pergerakan Langkah Guru
Perubahan pergerakan langkah guru menjelaskan bagaimana guru bergerak dari satu
tempat ke satu tempat dalam masa yang sama untuk menyampaikan isi pelajaran.
Guru bergerak sama ada dari kiri ke kanan, ataupun depan ke belakang.
Perubahan Pergerakan Anggota Guru
Perubahan pergerakan anggota guru bermaksud isyarat guru yang digunakan semasa
pengajaran. Misalnya,g guru menggunakan tangan dan kepala.
Perubahan Nada Suara
Untuk menarik perhatian murid, guru perlu bijak dalam mengaplikasikan nada suara
yang sesuai dalam situasi tertentu. Nada suara guru boleh dikawal secara mendatar
ke melantang ataupun melantang ke senyap. Nada suara guru biasanya boleh
dikesan apabila guru menggunakan teknik bercerita.
Perubahan Fokus Deria
Guru perlu melibatkan pelbagai deria ransangan murid seperti mendengar, melihat,
menonton dan merasa. Misalnya, tayangan video animasi akan melibatkan deria
rangsangan mendengar dan menonton manakala bahan maujud akan melibatkan
deria sentuhan.
Perubahan Bentuk Lisan Murid
Guru menggunakan kaedah lisan dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran
kepada murid. Kaedah lisan ini melibatkan komunikasi antara dua pihak iaitu guru dan
murid. Teknik bercerita, membincang, membaca dan kolaborasi merupakan contoh
bentuk lisan murid. Contohnya, guru menyoal murid dan murid akan menjawab soalan
guru.

4
Kemahiran Penyoalan
Apabila guru mengemukakan soalan, guru perlu mengambilkira komponen-komponen
seperti berikut:
1. Hentian
2. Melayani jawapan
3. Memberi petunjuk menjawab
4. Mencungkil fikiran
Komponen Pertama : Hentian
Hentian di sini bermaksud masa yang digunakan untuk murid menjawab soalan.
Kadang kala, murid memerlukan masa yang agak panjang dalam menjawap soalan
guru. Hal ini harus guru mengambil berat supaya perancangan aktiviti mengikut masa
lancar dan tidak terganggu. Sekirannya seseorang murid mengambil masa yang agak
lama untuk menjawab soalan guru, kebarangkalian besar murid tersebut tidak
mengetahui jawapan, maka guru perlu mengambil tindakan seperti memanggil murid
lain untuk membantu murid tersebut dalam menjawap soalan. Sebagai alternatif, guru
boleh memberikan bayangan jawapan kepada murid untuk membantu murid tersebut
dalam menjawap soalan guru.
Komponen Kedua : Melayani Jawapan
Ini merujuk kepada respon guru terhadap jawapan murid. Setelah murid telah
menjawab soalan guru, tidak kira betul atau salah, guru harus mengetahui cara yang
sesuai untuk melayani jawapan murid. Misalnya, guru memberikan pujian apabila
murid berjaya menjawab soalan dengan betul ataupun guru melengkapkan jawapan
murid yang kurang tepat atau guru memperbaiki jawapan murid. Tidak kira murid
dapat menjawap soalan dengan betul atau tidak, guru perlu mengelakkan daripada
memberikan peneguhan negatif seperti mengetawakan jawapan murid, terus
menyatakan jawapan itu salah dan sebagainya. Sebaliknya, guru perlu memberikan
pujian seperti "Baik!", "Bagus!" dan "Beri tepukan kepada...!" kepada murid yang
menjawap dengan betul manakala "Sila cuba sekali lagi.", "jawapan anda kurang
tepat", "hampir lagi.." dan "Cubaan yang baik." seabgai pujian kepada murid yang
menjawap dengan kurang tepat.
Komponen Ketiga : Memberi Petunjuk Menjawab
Komponen ketiga ini menjelaskan alternatif yang diambil oleh guru dalam membantu
murid menjawap soalan. Guru boleh memberikan petua atau petunjuk untuk
membantu murid
Komponen Keempat : Mencungkil Fikiran

5
Disebabkan pembelajaran abad ke 21 yang moden ini menggunakan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka guru digalakkan untuk mencungkil fikiran murid
dengan menggunakan satu siri soalan yang dapat menarik perhatian murid.

Daripada komponen-komponen tersebut, kita dapat mengetahui bahawa cara


guru menyoal murid memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu. Tanpa kemahiran
tersebut, hubungan interatif komunikasi kemungkinan akan terganggu di antara guru
dan murid.

3.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah kerangka kerja proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh untuk beberapa waktu pelajaran. Untuk
merancang dan melaksanakan P&P dengan berkesan, guru haruslah mengkaji dan
mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam sebelum P&P dijalankan. Selain itu
kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai haruslah dipilih sebelum P&P
berlangsung. Penting untuk guru merancang dan menentukan strategi P&P serta
menyediakan bahan bantu P&P sebelum membuat penilaian.

Terdapat tiga peringkat dalam penyediaan RPH iaitu pertama peringkat perancangan
sebelum pengajaran, kedua, peringkat perlaksanaan pengajaran dan ketiga peringkat
penilaian.

Dua perkara penting yang perlu dikenalpasti pada peringkat perancangan sebelum
mengajar iaitu isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta
penetapan objektif pembelajaran. Guru perlu memahami terlebih dahulu
konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai dalam merancang isi kandungan
supaya membolehkan murid dapat mempelajari sesuatu topik tersebut.

Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran.


Guru perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai
objektif yang ditetapkan dan murid akan dinilai secara konsisten.

Dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan, RPH digunakan sebagai satu garis panduan kepada guru kerana ini
penting bagi guru sebagai persediaan mengajar dengan sistematik dan teratur. RPH

6
dijadikan sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar selain
dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah
dirancangkan. RPH juga membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu
sesi pengajaran dan pembelajaran. Antara perkara yang penting dalam penulisan
rancangan pengajaran dan pembelajaran ialah :
Hari
Tarikh
Matapelajaran
Kelas
Masa
Tajuk
Objektif
Kemahiran yang ingin dicapai
Aktiviti
Refleksi

RPH penting kerana dapat menentukan objektif pengajaran tercapai, menyakinkan


guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, mengelakkan sebarang
penyelewengan daripada aspek yang perlu diajar, menentukan isi yang cukup untuk
disampaikan dalam masa-masa yang diperuntukkan, menentukan strategi
pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid, merancang penggunaan alat bantu
mengajar yang yang sesuai, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
penutup dan penilaian, menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui
strategi yang lebih tersususn
dan bersistem,

4.0 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)


Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) adalah ringkasan isi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. RPT merangkumi hal-hal yang seperti Skop kemahiran bagi
setahun, Senarai kemahiran-kemahiran, Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai
kemahiran-kemahiran tersebut dan Rujukan sukatan pelajaran.

RPT ini amat penting bagi seseorang pelaksana kurikulum dan amat dititkberatkan oleh
kementerian. RPT dilihat sebagai medium panduan yang menyeluruh kepada semua

7
guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran serta bertujuan untuk mencegah daripada
berlakunya pemesongan topik dalam sesuatu pengajaran agar matlamat mata pelajaran
tertentu dapat dicapai.
Penyediaan RPT bertujuan memastikan susunan topik-topik teratur mengikut
perkembangan dan kebolehan murid-murid serta membantu guru untuk menyemak topik
yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah. Kepntingan utama RPT
ialah berperanan sebagai penyelaras bagi penyediaan soalan untuk ujian bulanan dan
peperiksaan.

8
Contoh
Rancangan
Pengajaran
Harian (RPH)
Tahun 2
9
Contoh
Rancangan
Pengajaran
Tahunan (RPT)
Tahun 2
10
11
Lampiran

Anda mungkin juga menyukai