Anda di halaman 1dari 3

Contoh Jadual Belajar Untuk Pelajar Sessi Pagi dan Petang.

Pertama sekali pelajar kena


tetapkan matlamat belajar kerana Allah. Ini terbaik untuk rangsang minda positif untuk
belajar cemerlang. Kemudiat setkan Objektif aku belajar ialah mendapat ilmu dan menjawap
soalan dengan sebaik mungkin dalam UPSR,PMR,SPM , STPM.
Bila kita belajar kerana Allah, Allah akan mudahkan kita mencari dan memahami ilmu. Ingat
setiap matapelajaran adalah ilmu Allah untuk kita, buku dan cikgu adalah rujukan sahaja, tapi
matlamat kita belajar bukan untuk lulus sahaja, tapi menggunakan ilmu Allah untuk kebaikan.
Jadual belajar pelajar sessi pagi
Bangun pagi 5.45 am, siapkan diri untuk solat, lepas solat baca quran walau 1 muka 10 minit
atau ayat yang kamu suka, misalnya Yasin, alwaqiah, alam nasrah dan sebagainya,Ulangkaji
apa kamu baca semalam 15 minit. Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik
dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah
dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
6.45 hingga 7.00 sebelum kesekolah sarapan atau minum susu.
7.00 naik bas atau kereta ke sekolah
7.45 hingga 2.30 ptg waktu sekolah tumpu betul betul pada pelajaran yang cikgu ajar, tanya jika
kamu tak faham, jangan malu tanya, ini adab menuntut ilmu, kalau tak faham kena tanya.
# Kalau ada aktiviti sukan atau Kokurikulum, buat dulu, dan kalau ada masa petang, buat kerja
sekolah atau latihan
3.00 hingga 5.00 Jika tiada aktiviti petang disekolah, lakukan kerja sekolah dan latihan
matematik atau subjek sains yang mengira atau apa saja latihan menjawap. Petang mudah
mengangtok, subjek baca dan hafal kurang sesuai.
6.00 hingga magrib riadah dan sukan, rehat dan bermain
7.30 malam solat magrib, baca quran 10 minit, makan malam,
8.30 atau 8.45 malam solat isya.
9.00 malam hingga 11.00 malam ulangkaji ikut subjek dan membuat nota dan hafal nota.
Misalnya Isnin Geografi, Selasa Sejarah, Rabu Pendidikan Islam, Khamis Sains, Jumaat
Fizik,kimia dan sebagainya. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak,
menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa
dilihat
11.00 kemas bag sekolah dan tidur, doa untuk Allah mudahkan esok hari
Jadual bagi sesi petang
Bangun pagi 5.45 am, siapkan diri untuk solat, lepas solat baca quran walau 1 muka 10 minit
atau ayat yang kamu suka, misalnya Yasin, alwaqiah, alam nasrah dan sebagainya,Ulangkaji
apa kamu baca semalam 1 jam
8.00 am sarapan atau minum susu.
8.30 Mula belajar, buat latihan atau siapkan kerja sekolah, kalau kerja banyak kena bangun awal
dan siapkan,
atau buat kerja sekolah waktu malam dan ulangkaji waktu pagi, kerana waktu pagi otak segar.
11.00 am siap ke sekoah, makan dan rehat 15 minit atau 20 minit,
1.00 pm hingga 6 ptg, tumpu belajar di sekolah,
7.30 malam solat magrib, baca quran 10 minit, makan malam,
8.30 atau 8.45 malam solat isya.
9.00 malam hingga 11.00 malam ulangkaji ikut subjek dan membuat nota dan hafal nota.
Misalnya Isnin Geografi, Selasa Sejarah, Rabu Pendidikan Islam, Khamis Sains, Jumaat
Fizik,kimia dan sebagainya.
11.00 kemas bag sekolah dan tidur, doa untuk Allah mudahkan esok hari
Jadual belajar buat yang fleksible, ikut keadaan harian kamu dan cara kehidupan keluarga kamu.
Mungkin tak sama antara di rumah atau asrama, bandar dan luar bandar.
Apa pun belajar cari ilmu kerana Allah, baca baca quran agar ilmu Allah mudah masuk dan
berkat
SELAMAT BELAJAR, MOGA CEMERLANG UPSR,PMR,SPM,STPM

Anda mungkin juga menyukai