Anda di halaman 1dari 11

PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM

KALANGAN REMAJA
KURSUS : CTU101
NAMA KURSUS : PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM
PROGRAM : SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN
KOD PROGRAM : AC120
KELAS : A4AC1201F
NO. KUMPULAN :6
DISEDIAKAN OLEH:

NO NAMA AHLI KUMPULAN NO.PELAJAR


1. NURIEN AFRIENA BINTI AHMAD MARZUKI 2022696722
2. NUR NADHIRA BINTI MOHD AFFENDY 2022624622
3. NURUL HIDAYU BINTI ROSLI 2022893096
4. DANIA QAISARA SOON BINTI MUHAMMAD ALIF SOON 2022607792
5. ALYA BATRISYIA BINTI KHAIRUL ANUAR 2022476806

NAMA PENSYARAH CIK FATIN NOOR SHAFIQAH BINTI SSAHIDAN

NAMA KETUA KUMPULAN NUR NADHIRA BINTI MOHD AFFENDY

NO. TELEFON 011-37435546

TARIKH SERAHAN 16 DISEMBER 2022

DISEDIAKAN UNTUK: FATIN NOOR SHAFIQAH BINTI SSAHIDAN

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Abstrak Pendahuluan Objektif Kajian Kajian Literatur Metodologi Kajian Dapatan Kajian

2 1.5 1 0.5 2 1.5 1 0.5 4 3 2 1 8 6 4 2 4 3 2 1 4 3 2 1

Pembelajaran Sepanjang Hayat Komunikasi Bertulis


MARKAH
Rujukan Berautoriti /
Perbincangan Kajian Rumusan / Cadangan Rujukan Tepat
Sitasi

8 7 6 5 4 3 2 1 4 3 2 1 2 1.5 1 0 2 1.5 1 0.5 /40


BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT (M/S)

1 ABSTRAK 2

2 1.0 PENGENALAN 2

3 2.0 OBJEKTIF KAJIAN 2

4 3.0 METODOLOGI KAJIAN 2

5 4.0 KAJIAN LITERATUR 3

6 5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN 4

7 5.1 ISU-ISU KETAGIHAN SEORANG REMAJA DALAM 4


MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL

8 5.2 KESAN-KESAN PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL TERHADAP 5


REMAJA

9 5.3 LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGAWAL PENYALAHGUNAAN 6


MEDIA SOSIAL

10 5.4 MENINJAU PERANAN YANG SEHARUSNYA DIMAINKAN OLEH 7


SEMUA GOLONGAN

11 6.0 PENUTUP 8

12 7.0 RUJUKAN 9

1
ABSTRAK
Penggunaan media sosial dalam kalangan remaja kini menjadi satu aspek penting yang perlu dikaji kerana ia merupakan
medium komunikasi yang digunakan oleh golongan muda masa kini untuk mengakses maklumat dengan mudah dan pantas.
Walau bagaimanapun, penggunaan media sosial yang berlebihan dan tidak terkawal boleh menyebabkan berlakunya masalah
sosial dan implikasi negatif terhadap remaja. Maka, tujuan kertas kerja ini adalah untuk (1) membincangkan isu-isu
ketagihan seorang remaja dalam menggunakan media sosial, (2) mengkaji kesan-kesan penyalahgunaan media sosial dalam
kalangan remaja, (3) mengenal pasti langkah-langkah bagi mengawal penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja
dan (4) meninjau peranan setiap golongan dalam memastikan penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja dapat
dibendung. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian ini adalah untuk mencadangkan langkah-langkah bagi mengawal
penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja. Antara kaedah yang kami gunakan untuk mengkaji tentang
penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja dengan melayari internet. Kami menggunakan pelbagai sumber yang
terdapat di dalam internet bagi melengkapkan kertas kerja ini. Melalui hasil kajian ini, kami telah dapati masalah ini menjadi
salah satu isu yang serius dalam kalangan remaja malah bukan di negara kita sahaja tetapi di seantero dunia dan pelbagai
perbincangan dilakukan oleh pakar-pakar yang arif mengenai masalah seperti ini bagi menyelesaikan isu ini. Konklusinya,
hasil kajian ini boleh memberikan implikasi positif khususnya kepada pihak berkepentingan seperti Kementerian
Komunikasi dan Multimedia dalam usaha untuk meningkatkan tahap penggunaan media sosial secara positif.

1.0 PENGENALAN
Dasawarsa ini, dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin pesat telah membawa
banyak perubahan kepada ketamadunan manusia zaman sekarang dan secara tidak langsung telah memberi impak sama ada
impak positif mahupun negatif ke atas aspek sosial dalam negara kita. Apabila menyentuh tentang aspek sosial, ianya
sering kali dikaitkan dengan masalah sosial dalam kalangan remaja. Gejala sosial bukan menjadi suatu perkara yang asing
buat masyarakat di Malaysia khususnya golongan remaja di negara kita. Pada setiap tahun, gejala sosial dalam kalangan
remaja sudah semestinya akan meningkat dan perkara tersebut menjadi semakin runcing dan serius. Buktinya, menurut
laporan akhbar Harian Metro (2015), kadar peningkatan krisis akhlak dan moral golongan remaja di negara ini semakin
menggerunkan apabila statistik menunjukkan jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana meningkat sebanyak 111
peratus dalam tempoh setahun di mana berdasarkan statistik dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 7,816 kes
dicatatkan pada 2013 berbanding hanya 3,700 kes pada 2012 iaitu membabitkan peningkatan sebanyak 4,116 kes. Antara isu
sosial yang sering berlaku dalam kalangan remaja ialah seperti penyalahgunaan bahan terlarang, pergaulan bebas,
penyalahgunaan media sosial dan sebagainya.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Umumnya, objektif kajian adalah menjurus kepada cadangan penyelidikan secara terperinci mengenai isu penyalahgunaan
media sosial dalam kalangan remaja di Malaysia. Justeru, penulisan kertas kerja adalah bertujuan untuk :

a) Membincangkan isu-isu ketagihan seorang remaja dalam menggunakan media sosial.


b) Mengkaji kesan-kesan penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja.
c) Mengenal pasti langkah-langkah bagi mengawal penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja.
d) Meninjau peranan setiap golongan dalam memastikan penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja dapat
dibendung.

3.0 METODOLOGI KAJIAN


Berdasarkan ustaz kenali motivasi ucapan ruqyah nahu kajian dan penyelidikan (2013), metodologi kajian merupakan
kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian (merumuskan apa yang hendak dikaji). Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang
dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami
dengan lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

Kaedah kualitatif
Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif untuk mengkaji dengan lebih terperinci mengenai isu
penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja. Sumber rujukan Internet telah dipilih sebagai sumber rujukan primer.
Pencarian rujukan berdasarkan laman web seperti laman web Google.

2
4.0 KAJIAN LITERATUR
Media sosial merupakan suatu platform yang digunakan secara atas talian bagi memudahkan pengguna untuk
berkomunikasi, berkongsi, berhibur, dan lebih lagi. Ia turut memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia kini,
kerana dengan kemudahannya yang serba senang, media sosial memudahkan manusia menjalankan hidupnya. Malangnya,
generasi muda kini semakin khusyuk dengan alam maya sehinggakan alpa dengan realiti. Sekiranya hal ini berterusan, sudah
pasti ketua bangsa akan datang untuk membangunkan negara semakin pupus.

Menurut Ustaz Dr Muhamad Zuhaili Dr Hj Saiman, mengawal lisan dan tulisan itu bukanlah semudah yang difikirkan.
Tambahan pula, dengan zaman kini, 'lisan' dan 'tulisan' bukan hanya ditakrif dengan percakapan tulisan tangan sahaja,
malahan hasil daripada apa yang ditaip dengan jari jemari serta apa-apa yang dihantar di media sosial sama ada dalam teks
dan audio, turut dikenali sebagai 'lisan' dan 'tulisan'. Ditambah pula, perbincangan tulisan pada hukum martabat bicara sudah
wujud dari sudut fiqh dan ia diiktiraf bahawa zahir tulisan yang tertera dihukum sebagaimana zahir tutur bicara seseorang.
(Harakah Daily, 2020)

Kaedah menyebut:

‫الكتابة تقوم مقام قول الكاتب‬

“Tulisan dikira (dihukumkan) pada martabat perkataan bagi si penulis.”

Media merupakan suatu medium yang dapat merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku individu atau
masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ia turut memberi peranan dalam membina identiti bangsa dan
budaya untuk pembangunan negara. Kemudahan sosial dan budaya yang disalurkan melalui televisyen, VCD, majalah, buku
cerita, radio, telefon bimbit, Internet, dan lain-lain kemudahan yang sedia ada. Media massa bukan sahaja merupakan sumber
maklumat bagi memperoleh hiburan dan pengetahuan, tetapi juga mencorakkan tingkah laku sosial, budaya, perkembangan
personaliti, dan seterusnya memperkasa seseorang individu sama ada ke arah positif ataupun sebaliknya. Justeru, pengaruh
negatif media massa yang terdiri daripada media cetak dan media elektronik ini sebenarnya secara tidak langsung
mempengaruhi tingkah laku masyarakat. Pengaruh media massa menyebabkan akhlak belia pincang dan rosak. Hal ini
disebabkan, belia kini lebih berminat menonton televisyen, mendengar radio, berinteraksi dengan komputer sama ada
bermain komputer game atau melayari Internet daripada berinteraksi dengan ibu bapa dan ahli keluarga. Secara tidak,
langsung, aktiviti ini menyebabkan pelajaran, kerja rutin harian dan tanggungjawab lain diabaikan. (Abdullah & Mawaddah,
2010: 1-9).

Menurut Filyntiana Tenge Andrew, Zurinah Tahir Tahir, Jalaluddin Abdul Malek, Ahmad Rizal Mohd. Yusof, hasil kajian
mendapati bahawa faktor yang mendorong belia ketagih dengan penggunaan media sosial adalah penggunaan sumber
hiburan, penggunaan online games dan kebergantungan komunikasi melalui media sosial. Sebagai kesimpulannya, faktor
yang paling tinggi adalah faktor penggunaan Internet yang mencatatkan skor min pada tahap yang tinggi iaitu (purata = 4.64)
yang menunjukkan penggunaan Internet dalam kalangan belia mendorong kepada ketagihan media sosial. Ketagihan
penggunaan media sosial secara tidak langsung telah mempengaruhi gaya hidup belia dari segi aktiviti, minat, pendapat dan
masa yang diperuntukkan dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, masalah ketagihan penggunaan media sosial ini perlu
dititikberatkan oleh semua pihak agar dapat dibendung supaya ia tidak menjejaskan pembangunan belia pada masa hadapan.
(Andrew, 2020)

Menurut Khairul Azhar Meerangani, S. Salahudin Suyurno dan Mohd Anuar Ramli (2021), pembangunan pelbagai aplikasi
dalam talian dan platform media sosial telah memberi kesan positif terhadap kehidupan manusia. Namun begitu,
perkembangan ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada impak negatif terhadap warga maya terutamanya
penyalahgunaan kemudahan yang ditawarkan menerusi aktiviti yang menyalahi etika kepenggunaan, undang-undang dan
hukum Islam. Antaranya, seperti pembulian siber, penyebaran maklumat palsu, fitnah dan mengelirukan, serta penipuan
transaksi dalam talian. Ketika musim pandemik COVID-19, kes penyalahgunaan ini dilihat meningkat ekoran
kebergantungan masyarakat kepada jaringan Internet untuk berkomunikasi dan bertransaksi susulan penguatkuasaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan.

Menurut Ahmad Izham (2018), kesedaran sivik perlu dipertingkatkan dan orang ramai diminta mengamalkan konsep 3R,
iaitu Research (penyelidikan), Responsibility (bertanggungjawab), serta Report (lapor) sebelum menyebarkan sebarang
maklumat atau memberi komen di media sosial. Menurut Mohd Mustaffa pula, masyarakat haruslah sentiasa berwaspada
ketika menggunakan media sosial dan jangan kongsi apa sahaja yang belum sahih lagi isi kandungannya. (Berita Harian,
2018)

Kerajaan sentiasa memandang serius akan isu yang melibatkan penyebaran bahan atas perkongsian maklumat di media
massa yang boleh menggugat keamanan awam. Perundangan khas yang digubal untuk mengawal serta peranan pihak
berkuasa dalam memantau setiap aktiviti dalam media sosial merupakan langkah proaktif kerajaan dalam membendung isu
yang melibatkan penyalahgunaan media sosial. (Nadia Fauzi, 2017)

3
Penggunaan media sosial dan aplikasi atas talian di Malaysia dikawal selia oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM). SKMM berperanan melaksanakan dan menguatkuasakan penyediaan undang-undang komunikasi dan
multimedia, mengawal dan memantau aktiviti komunikasi dan multimedia serta mengambil tindakan terhadap setiap aduan
berkaitan komunikasi dan multimedia. Berdasarkan laporan, sebanyak 11,235 aduan berkaitan media baharu yang
direkodkan sepanjang Januari hingga Jun 2020, merangkumi aktiviti penggodamman, perjudian dalam talian, promosi
pelacuran, pelanggaran hak cipta, pemalsuan pornografi, hasutan, dan sebagainya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak
11,216 atau 99.83% aduan berjaya dikendalikan, iaitu 80.56% aduan yang telah diberi nasihat, panduan dan pendidikan
kepada masyarakat, 18% aduan yang telah dirujuk kepada pihak penyedia platform media sosial untuk tindakan lanjut
berasaskan terma dan syarat, serta 1.27% yang didapati melanggar peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia (AKM) 1998 (SKMM, 2020b). Secara umumnya, kes penipuan atas talian, buli siber serta berita palsu dan
berbaur hasutan dilihat mendominasi jenayah siber sepanjang PKP yang menyaksikan peningkatan aduan berkaitan
ketiga-tiga bentuk jenayah ini. (Khairul Azhar Meerangani, 2021)

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Isu-Isu Ketagihan Seorang Remaja dalam Menggunakan Media Sosial


Seperti yang dilihat pada masa kini, ramai belia yang terjerumus dalam ketagihan penggunaan media sosial sehinggakan
sanggup meninggalkan tugas dan kerja yang sepatutnya dilakukan terlebih dahulu. Malahan pula, dengan situasi pandemik
yang melanda satu dunia pada tahun 2020, isu ini sering disebut dalam kalangan masyarakat yang turut bimbang dengan
ketua bangsa negara yang akan datang. Persoalannya kini, apakah isu-isu ketagihan seorang remaja dalam menggunakan
media sosial? Isu tersebut akan dikupas hingga ke akar umbi.

5.1.1 Pengaruh Rakan Sebaya


Salah satu isu yang didapati adalah pengaruh daripada rakan sebaya. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan merupakan
antara peneman yang sering bersama dengan kita sepanjang hidup selain daripada ibu bapa. Lagipun, remaja kini sering
mengikuti trend terkini. Sebagai tamsil, seorang kawan memuat naik aplikasi TikTok untuk hiburan, secara tidak langsung
remaja itu pun mengikuti rakannya supaya dia tidak ketinggalan. Tambahan pula dengan situasi COVID-19 yang bermula
pada tahun 2020, menambahkan lagi bilangan pengguna telefon pintar daripada kalangan warga muda. Menurut Noor
Mohamad Shakil Hameed, Kajian Tinjauan Penggunaan Internet 2020 (IUS 2020) yang dijalankan oleh Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia (SKMM), mendapati penggunaan Internet oleh kanak-kanak dan remaja berusia 5 hingga 17
tahun di negara Malaysia meningkat 155% pada 2020 berbanding 2016. (Harian Metro, 2021) Ibu bapa kini terpaksa
membeli telefon pintar untuk anak mereka supaya mudah untuk meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
yang terpaksa dilaksanakan di rumah demi menjaga nyawa. Namun demikian, telefon tersebut digunakan untuk kegunaan
lain pula, yang tidak melibatkan pembelajaran. Itulah realiti yang berlaku yang dapat kita lihat pada hari ini.

5.1.2 Remaja yang tidak Pandai Menguruskan Masa


Selain itu, faktor yang turut mengakibatkan ketagihan ini ialah remaja yang tidak pandai menguruskan masa. Ini adalah
kerana masa remaja kini diisi dan dikelilingi dengan media sosial sepanjang masa. Dengan telefon pintar yang boleh dibawa
ke mana sahaja, seseorang remaja itu boleh lupa dengan situasi yang berada di sekelilingnya. Bukan itu sahaja, faktor ini
turut menyebabkan remaja tidak bersenam sekaligus meningkatkan lagi kadar obesiti di negara ini. Misalnya, seorang remaja
yang khusyuk bermain permainan atas talian seperti PUBG sehingga sanggup tidak keluar daripada bilik. Ada juga yang
bermain sehingga lupa untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang mukmin. Seperti firman Allah SWT:

َ‫َر َولَ ِذ ْك ُر هَّللا ِ َأ ْكبَ ُر َوهَّللا ُ يَ ْعلَ ُم َما تَصْ نَعُون‬ ِ ‫ك ِمنَ ْال ِكتَا‬
ِ ‫ب َوَأقِ ِم الصَّالةَ ِإنَّ الصَّالةَ تَ ْنهَى ع َِن ْالفَحْ شَا ِء َو ْال ُم ْنك‬ ِ ‫ا ْت ُل َما ُأ‬
َ ‫وح َي ِإلَ ْي‬

Maksudnya: Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan
dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan
sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa
yang kamu kerjakan.

(Surah Al-Ankabut ayat 45)

4
5.1.3 Tekanan daripada Persekitaran Sekeliling
Seterusnya, isu yang mendorong permasalahan ini daripada berterusan adalah tekanan daripada persekitaran sekeliling. Hal
ini dikatakan demikian lantaran ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anaknya supaya mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan. Secara tidak langsung, ini memberikan tekanan kepada remaja untuk merealisasikan impian ibu bapa
mereka. Sebagai seorang anak, remaja melakukan apa jenis cara dan langkah untuk membuahkan senyuman di muka
kedua-dua orang tua mereka supaya mereka bangga dengan kejayaan anak mereka. Situasi ini boleh menyebabkan
kemurungan seseorang remaja sekaligus mendatangkan pelbagai kesan buruk daripada kemurungan seperti suka
bersendirian, tidak makan dan minum, ketagihan media sosial untuk meluahkan isi hati yang tidak dapat mereka ungkapkan
secara bersemuka. Menurut Adlene Aris, kajian menunjukkan tekanan dan kemurungan boleh dikesan melalui apa sahaja
yang dikongsi seorang individu di media sosial. (BERNAMA Tinta Minda, 2020)

5.1.4 Tahap Kesedaran yang Rendah dalam Kalangan Ibu Bapa


Satu lagi faktor yang menyebabkan isu ini daripada berlanjutan adalah tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan ibu
bapa. Fenomena ini berpunca kerana ibu bapa yang sibuk dengan urusan kerja masing-masing sehinggakan lalai dengan
tanggungjawab mereka sebagai seorang penjaga. Tambahan pula, ibu bapa yang menghantar anak mereka ke rumah
pengasuh, sampaikan pada waktu malam demi kerjanya itu. Sebagai contoh, ibu bapa sanggup bekerja lebih masa atau
over-time demi gaji tambahan. Maka, sudah pastilah remaja itu tidak akrab dengan ibu bapa mereka. Malahan, ada remaja
yang sanggup berkurung dalam bilik apabila berada di rumah atas alasan tiada apa yang mahu dibualkan apabila bersama ibu
bapa. Menurut Alzahrin Alias dan Mohd Nasaruddin Parzi, kajian yang telah dilaksanakan oleh Pediatric Academic
Societies menunjukkan 30% bayi berusia 1 tahun di Amerika sudah terbiasa menggunakan tablet serta telefon pintar dan
secara keseluruhannya, sebanyak 36% bayi berusia di bawah 5 tahun mempunyai kebiasaan seperti ini. Tambahan pula, 65%
ibu bapa mengaku memberikan gajet supaya anak mereka lebih dikawal, manakala 29% ibu bapa menggunakan kemudahan
itu untuk memudahkan anak mereka tidur. (BH Harian, 2015) Ini menunjukkan betapa lemahnya tahap kesedaran ibu bapa
sehingga mereka bergantung dengan gajet, secara tidak langsung menyebabkan ketagihan bermula daripada usia awal lagi.

5.2 Kesan-kesan Penyalahgunaan Media Sosial terhadap Remaja


Penggunaan media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram amat popular di kalangan remaja pada masa kini. Hal ini
demikian kerana, media sosial mudah diakses seperti di hujung jari dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja.
Namun demikian, penggunaannya yang meluas dan berlebihan akan membawa kesan buruk terhadap remaja. Perkara ini
menimbulkan kegusaran di kalangan masyarakat madani di Malaysia. Persoalannya, apakah kesan-kesan penyalahgunaan
media sosial di kalangan remaja?

5.2.1 Melalaikan
Penggunaan media sosial tanpa had akan menyebabkan remaja lalai terhadap pelajaran mahupun kehidupan seharian mereka.
Hal ini dikatakan sedemikian kerana, kewujudan pelbagai aplikasi yang menarik iaitu permainan atas talian seperti PUBG,
Mobile Legend dan sebagainya mampu membuatkan remaja ketagih. Remaja yang obses terhadap games akan sentiasa
berkurung di dalam bilik dan menyebabkan mereka kurang melakukan aktiviti sosial dalam kehidupan seharian. Tambahan
lagi, ada juga segelintir remaja yang sanggup tidak makan atau menguruskan dirinya semata-mata kerana permainan atas
talian. Selain itu, mereka juga akan mudah hilang konsentrasi atau tumpuan di dalam kelas. Jika ketagihan yang serius ini
dibiarkan begitu sahaja, prestasi pelajaran mereka pasti akan merosot. Perkara ini boleh membawa kepada kemunduran
dalam kalangan anak-anak muda. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak perlu memainkan peranan bagi mencegah
penyalahgunaan media sosial demi kemaslahatan bersama.

5.2.2 Peningkatan Kes Buli Siber


Seterusnya, penyalahgunaan media sosial juga boleh menyumbang kepada penambahan kes buli siber di Malaysia. Umum
mengetahui bahawa, aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya menyediakan ruang untuk seseorang
menyuarakan pendapat dan berkongsi tentang kehidupan seharian mereka. Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah
remaja yang menyalahgunakan media sosial dan menjadikannya sebagai suatu platform untuk membuli. Buli siber adalah
perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), laman
web sosial, telefon bimbit dan lain-lain. Pelaku buli siber biasanya terdiri daripada golongan yang mempunyai rasa harga diri
yang rendah dan merasakan mereka kurang diterima secara sosial. Contoh buli siber yang sering berlaku ialah body shaming
terhadap individu tertentu atau pengguna media sosial yang lain. Perkara ini boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada
mangsa seperti hilang keyakinan diri.

5
Terdapat satu hadis dimana menceritakan bahawa Baginda Nabi SAW pernah menegur sahabat yang menertawakan
Abdullah Ibnu Mas’ud yang memiliki betis yang kecil. Baginda Nabi SAW bersabda dengan maksud:

“Demi dzat yang jiwaku berada di tangannya, sungguh kedua-dua betis itu lebih berat di atas timbangan daripada Gunung
Uhud.”

(HR Ahmad 3991)

Hadis ini jelas memberitahu bahawa perbuatan menghina seseorang adalah ditegah di dalam Islam. Justeru itu, buli siber
haruslah dicegah dan dibendung agar keharmonian masyarakat terjamin.

5.2.3 Kesihatan Mental dan Fizikal Merosot


Di samping itu, remaja yang menggunakan media sosial didapati lebih mudah untuk mengalami masalah kesihatan seperti
kemurungan, panik, stres dan kurang keyakinan diri. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, remaja yang menggunakan media
sosial secara berlebihan tidak mempunyai masa untuk bersosial mahupun bersukan dan bersenam. Perkara ini akan
membawa kepada kemurungan dan stres yang melampau, kerana mereka hanya berkurung di dalam bilik dan menghadap
gajet sahaja. Jika masalah ini tidak ditangani, bilangan kes bunuh diri di Malaysia akan semakin meningkat. Contohnya,
seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang berasal daripada Serawak telah maut setelah jatuh daripada tingkat tiga
bangunan. Remaja itu dipercayai membunuh diri akibat daripada tekanan media sosial. (Astro Awani, 2019) Oleh itu,
perkara ini perlulah diambil serius agar trend bunuh diri akibat tekanan media sosial dapat dihapuskan.

5.2.4 Pembaziran Masa


Penggunaan media sosial tanpa had juga akan mengakibatkan berlakunya pembaziran masa. Menurut kajian yang telah
dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Negara, sebanyak 63 peratus remaja menghabiskan masa lapang
dengan melayari Internet. Tabiat ini menunjukkan betapa banyak masa terbuang akibat melayari media sosial. (Berita
Harian, 2017) Justeru itu, remaja perlulah pandai menguruskan masa. Misalnya, remaja mestilah memperuntukkan sejumlah
masa untuk melayari media sosial dan sejumlah masa lagi untuk fokus kepada pelajaran dan aktiviti-aktiviti yang lain.
Perkara ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Asr yang bermaksud;

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan
mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

(Surah Al-Asr 103:1-3)

Hargailah masa yang ada dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti beribadah agar dapat menjadi bekalan
di akhirat kelak. Masa itu emas, oleh itu manfaatkanlah masa dengan sebaik-baiknya.

5.3 Langkah-langkah bagi Mengawal Penyalahgunaan Media Sosial dalam Kalangan Remaja
Masalah penyalahgunaan media sosial kian berleluasa dalam kalangan pelajar, beberapa langkah untuk mengatasi masalah
ini haruslah diambil.

5.3.1 Mengadakan Kempen Kesedaran di Kawasan Perumahan


Masyarakat di kawasan komuniti masing-masing boleh mengadakan kempen kesedaran tentang media sosial kepada remaja
atau golongan belia. Kempen kesedaran ini boleh diadakan di dewan serbaguna yang gah tersergam dibina di setiap kawasan
perumahan, di balai raya atau di rumah-rumah ibadat seperti masjid. Forum atau tazkirah yang santai berkenaan cara
penggunaan media sosial yang tepat pasti menarik perhatian golongan belia yang sinonim dengan minat mereka. Forum
tersebut juga dapat memberikan pendedahan tentang keburukkan penyalahgunaan internet kepada masyarakat. Melalui
forum, bual bicara atau tazkirah santai tersebut boleh diselitkan dengan pengenalan aplikasi-aplikasi canggih yang secara
tidak langsung masyarakat itu sendiri dapat membuka minda golongan muda ini untuk menerokai dan menjauhi jenayah
siber. (Laman Blog Cikgu Tan CL, 2017)

6
5.3.2 Mengehadkan Penggunaan Laman Sosial
Mengehadkan penggunaan media sosial juga merupakan salah satu langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.
Penggunaan media sosial boleh dilakukan dengan mengehadkan masa penggunaan ataupun mengehadkan penggunaan gajet
dan komputer. Had penggunaan ini boleh dilakukan di rumah, sekolah dan pusat kafe siber. Had penggunaan media sosial
wajar dilakukan kepada golongan muda lebih-lebih lagi kepada pelajar bawah umur bagi mengelakkan kerosakkan moral
terjadi kepada anak-anak remaja. Di samping itu, dengan mengehadkan penggunaan internet juga boleh membendung
golongan remaja daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Pengehadan penggunaan laman sosial
merupakan langkah yang amat efisien dalam usaha membendung masalah ini.

5.3.3 Penapisan Kandungan Internet


Penapisan Internet adalah tindakan mengawal atau menghentikan penyebaran kandungan apa yang boleh diakses, diterbitkan
mahupun dilihat dalam Internet sama ada dilakukan pengawal mahupun pembekal Internet sendiri. Langkah ini diambil agar
dapat mengekang kandungan negatif daripada berleluasa dalam dunia maya bagi mewujudkan persekitaran Internet yang
selamat untuk masyarakat khususnya kalangan remaja dan kanak-kanak. Alatan dan aplikasi Internet yang berkemungkinan
digunakan untuk menyebarkan bahan-bahan sensitif seperti laman sesawang, blog, laman rangkaian sosial dan aplikasi
pemesejan boleh didapati di banyak negara. Tujuan penapisan ini merupakan salah satu strategi pertahanan dalaman
rangkaian daripada serangan perisian hasad atau dipergunakan dalam kegiatan yang tidak senonoh, misalnya seperti jenayah
buli dan gangguan seksual. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) harus memadam paparan fitnah
dan lucah di media sosial perlu dilaksanakan bagi membasmi penggunaan Internet yang ekstrem yang boleh mengakibatkan
ketagihan sehingga mengancam kesihatan fizikal dan mental, selain mengawal pendedahan terhadap ancaman siber seperti
penipuan dalam talian, gangguan siber, kecurian siber dan lain-lain.

5.3.4 Melakukan Pemantauan terhadap Aktiviti Internet


Pendekatan haruslah diambil melalui pencegahan di rumah dan juga di sekolah. Di rumah, ibu bapa haruslah memantau
aktiviti Internet anak-anak mereka. Memandangkan Internet telah menjadi keperluan utama, melarang mereka daripada
menggunakan Internet amatlah tidak wajar. Namun, langkah-langkah pemantauan amatlah berkesan dalam mengatasi
masalah ini. Di sekolah juga, pemantauan haruslah dilakukan oleh guru-guru yang bertugas, memandangkan proses
pembelajaran dan pengajaran pada masa ini banyak menggunakan Internet.

5.4 Meninjau Peranan yang Seharusnya Dimainkan Oleh Semua Golongan dalam Memastikan Gejala
Penyalahgunaan Media Sosial dalam Kalangan Remaja dapat Dikurangkan
Setiap golongan seharusnya memainkan peranan yang penting dalam memastikan gejala penyalahgunaan media sosial dalam
kalangan remaja dapat dibendung kerana mereka merupakan pewaris negara akan datang.

5.4.1 Peranan Ibu Bapa


Ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak, maka mereka memainkan peranan yang sangat besar bagi
memastikan remaja sentiasa melakukan perkara baik dan tidak menyalahgunakan media sosial sebaliknya memanfaatkannya.
Antara peranan yang dapat dimainkan oleh ibu dan bapa adalah dengan memberikan pendidikan tentang media sosial kepada
anak anak mereka. Ibu bapa haruslah memberikan pendedahan dan ilmu berkenaan penggunaan media sosial kepada
anak-anak dengan peranan yang dimainkan itu, remaja dapat memahami dengan baik penggunaan media sosial dan
memanfaatkannya. Selain itu, ibu bapa haruslah mengenalkan media sosial atau aplikasi yang memberikan manfaat kepada
mereka. Contohnya, mengenalkan aplikasi Twitter sebagai platform untuk mendapatkan maklumat dan platform yang dapat
meningkatkan penggunaan dan meningkatkan pengetahuan remaja berkenaan dengan keadaan semasa negara. Dengan
pengenalan tersebut, remaja akan terhindar daripada menyalahgunakan media sosial malah menggunakannya sebagai
platform untuk menambah ilmu pengetahuan kerana mereka telah memahami dan menggunakan dengan sebaik mungkin.
Justeru itu, ibu bapa haruslah memantau anak-anak dalam menggunakan media sosial. Ibu bapa boleh menetapkan arahan
seperti anak-anak hanya dibenarkan menggunakan telefon bimbit kurang daripada jam 10 malam. Perkara tersebut dapat
sentiasa memastikan segala aktiviti anak-anak justeru dapat mengelakkan daripada berlakunya penyalahgunaan media sosial.

7
5.4.2 Peranan Kerajaan
Kerajaan merupakan tonggak utama dalam membendung aktiviti penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja
daripada berleluasa. Hal ini dikatakan kerana kerajaan merupakan satu agensi yang memainkan peranan besar dalam
memastikan kemajuan negara selain mengekang aktiviti-aktiviti negatif dalam masyarakat. Antara peranan yang dapat
dimainkan oleh kerajaan adalah, kerajaan seharusnya berperanan dalam mengkaji dan mengetatkan udang-undang berkaitan
media sosial seperti Undang-undang Akta 588 Akta Komunikasi dan Multimedia. Pelaksanaan undang-undang ini dapat
membendung isu penyalahgunaan media sosial. Selain itu, mengenakan tindakan undang-undang kepada mereka yang
menyalahgunakan media sosial dengan mengambil tindakan undang-undang kepada remaja yang tidak menggunakan media
sosial secara berhemat. Pelaksanaan tindakan ini akan menakutkan remaja dan remaja akan sentiasa berwaspada dalam
menggunakan media sosial. Justeru itu, kerajaan seharusnya mewarwarkan etika penggunaan media sosial menerusi
televisyen, radio dan surat khabar secara berterusan. Misalnya, membuat iklan atau video tentang cara menggunakan media
sosial dengan betul serta menerangkan faedah penggunaan media sosial dengan cara yang betul. Perkara ini membawa
kepada kebaikan kepada remaja.

5.4.3 Peranan Masyarakat


Masyarakat turut memainkan peranan yang penting dalam mengawal isu penyalahgunaan media sosial dalam kalangan
remaja ini. Antara peranan yang dapat dimainkan oleh masyarakat adalah dengan melaporkan jenayah siber yang berlaku.
Masyarakat haruslah menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa untuk mengekang berlakunya penyalahgunaan media
sosial dalam kalangan remaja daripada berleluasa. Selain itu, masyarakat haruslah mengamalkan budaya yang positif.
Masyarakat haruslah mengelakkan sikap suka mengecam di media sosial dan sentiasa mengamalkan konsep hormat
menghormati . Perkara ini dapat menunjukkan amalan positif kepada remaja.

5.4.4 Peranan Sekolah


Sekolah merupakan tempat harian bagi remaja. Ianya membawa kepada suatu perkara yang paling rapat dengan remaja.
Sekolah turut memainkan peranan yang besar. Antara peranan yang haruslah dimainkan oleh pihak sekolah
adalah,menganjurkan program-program bagi mendedahkan kaedah yang betul dalam menggunakan media sosial. Dengan
adanya program-program berkenaan cara memanfaatkan penggunaan media sosial, remaja akan terdedah kepada kebaikan
media sosial dan mula untuk memanfaatkannya. Di samping itu, pihak sekolah berperanan dalam mendidik remaja untuk
menggunakan media sosial secara bertanggungjawab dengan menyelit sedikit pencerahan berkaitan penggunaan media sosial
yang betul semasa berlangsungnya sesi pembelajaran di dalam kelas. Tuntasnya, pelajar akan lebih terdedah dengan perkara
yang positif berkaitan dengan media sosial.

6.0 PENUTUP
​Kesimpulannya, isu penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja banyak memberi impak negatif kepada mereka
malah masyarakat. Para remaja seharusnya bijak menggunakan kemudahan teknologi yang disediakan kepada mereka pada
hari ini untuk tujuan kebaikan dan bukannya menyalahgunakan kemudahan tersebut. Begitu juga dengan ledakan teknologi
kini yang semakin maju seharusnya selaras dari segi undang-undangnya supaya etika serta tatasusila terhadap
penggunaannya dapat dikawal dan tidak mendatangkan mudarat kepada semua. Masalah seperti kurang berinteraksi dengan
masyarakat dan suka menyendiri sehingga bertindak di luar kawalan seperti lari daripada rumah, timbul disebabkan dua
faktor iaitu individu serta peranan penjaga atau ibu bapa.

Justeru, cadangan supaya perlunya mewujudkan jawatankuasa peringkat komuniti, badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak
kerajaan sendiri sangat diperlukan bagi memastikan penyalahgunaan media sosial dalam kalangan remaja tidak berleluasa.
Maka, kini terang lagi bersuluh bahawa peranan daripada semua pihak amat dititikberatkan agar isu ini tidak makin kian
berleluasa dan mampu dibendung. Sesungguhnya golongan remaja merupakan nusa bangsa yang bakal memimpin masa
hadapan negara ke arah yang lebih baik. Oleh itu, setiap pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing demi
mencari mekanisme terbaik dalam menyelesaikan masalah ini.

8
7.0 RUJUKAN
[1]Adlene Aris, (8 Jun 2020). Luahan emosi remaja di media sosial. Diambil dari https://www.berna
ma.com/bm/tintaminda/news.php?id=1849029 (3 Disember 2022)

[2]Afiq Hanif, (21 Disember 2017). Tanda ketagih Internet. Diambil dari
https://www-hmetro-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.hmetro.com.my/amp/itmetro/2017/12/295716/tanda-ketagih-inter
net?amp_gsa=1&amp_js_v=a9&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_ct=1668527286596&amp_tf=Fro
m%20%251%24s&aoh=16685248517765&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&ampshare=https%3A%2F%2Fw
ww.hmetro.com.my%2Fitmetro%2F2017%2F12%2F295716%2Ftanda-ketagih-internet (15 November 2022)

[3]Alzahrin Alias, Mohd Nasaruddin Parzi, (28 April 2015). Gajet rosakkan hubungan anak, ibu bapa. Diambil dari
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/04/50332/gajet-rosakkan-hubungan-anak-ibu-bapa (7 Disember 2022)

[4]Alzahrin Alias, Mohd Nasaruddin Parzi, (1 Mei 2015). Remaja terpengaruh media sosial. Diambil dari
https://www-bharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/amp/bhplus-old/2015/05/50941/remaja-terpenga
ruh-media-sosial?amp_gsa=1&amp_js_v=a9&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_ct=1668525535273&
amp_tf=From%20%251%24s&aoh=16685248517765&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&ampshare=https%3A
%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fbhplus-old%2F2015%2F05%2F50941%2Fremaja-terpengaruh-media-sosial (15
November 2022)

[5]Atiqah, (6 Disember 2018). Langkah mengatasi penyalahgunaan media sosial dalam kalangan pelajar. Diambil dari
https://www.scribd.com/document/395036928/ATIE-Langkah-Mengatasi-Penyalahgunaan-Media-Sosial-Dalam-Kalangan-P
elajar (9 Disember 2022)

[6]Berita Harian, (14 Januari 2022). Media sosial galakkan buli siber, perbuatan buruk. Diambil dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/911606/media-sosial-galakkan-buli-siber-perbuatan-buruk#google_vig
nette (9 Disember 2022)

[7]Cikgu Tan CL, (2 November 2017). Cara-cara mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan masyarakat.
Diambil dari
http://cikgutancl.blogspot.com/2017/11/sasaran-karangan-spm-cara-cara-mengawal.html#:~:text=Masyarakat%20perlu%20
menjadi%20mata%20dan,kepada%20remaja%20atau%20golongan%20belia (9 Disember 2022)

[8]Dennis Zill, (14 Februari 2020). Contoh karangan keburukan media sosial kepada remaja. Diambil dari
https://1001contoh.com/contoh-karangan-keburukan-media-sosial-kepada-remaja/ (9 Disember 2022)

[9]Dr Ismail Sualman, (2 November 2019). Ketagihan media sosial sudah serius. Diambil dari
https://www-sinarharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/55317?amp_gsa=1&amp_js_
v=a9&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_ct=1668526042782&amp_tf=From%20%251%24s&aoh=16
685248517765&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.my%2
Farticle%2F55317%2Fketagihan-media-sosial-sudah-serius (15 November 2022)

[10]Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan, (23 September 2020). Walau sekadar berjenaka… body shaming umpama menghina
ciptaan Yang Esa! Diambil dari
https://www.mstar.com.my/xpose/ad-din/2020/09/23/walau-sekadar-berjenaka-body-shaming-umpama-menghina-ciptaan-ya
ng-esa (9 Disember 2022)

[11]eKemusykilan, (2019). PERSOALAN : HUKUM ORANG MENINGGALKAN SOLAT. Diambil dari


http://ekemusykilan.penang.gov.my/bank_detail.php?id=469 (7 Disember 2022)

[12]Fairul Asmaini Mohd Pilus, Seri Nor Nadiah Koris, (19 Mac 2018). 'Elak salah guna media sosial'. Diambil dari
https://www-bharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2018/03/401424/elak-salah-
guna-media-sosial?amp_gsa=1&amp_js_v=a9&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_tf=From%20%251
%24s&aoh=16704733381000&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.bharian.
com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2018%2F03%2F401424%2Felak-salah-guna-media-sosial (8 Disember 2022)

[13]Filyntiana Tenge Andrew, Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul Malek, Ahmad Rizal Mohd. Yusof, (2020). Ketagihan
penggunaan media sosial terhadap gaya hidup belia. Diambil dari http://journalarticle.ukm.my/17021/ (4 Disember 2022)

[14]iPendidikan, (2022). Ketagihan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja Dan Kesan Buruk. Diambil dari
https://www.ipendidikan.my/ketagihan-media-sosial.html (15 November 2022)

[15]iPendidikan, ( 1 Januari 2022). Peranan ahli keluarga dalam mengatasi dan menangani masalah sosial. Diambil dari
https://www.ipendidikan.my/peranan-keluarga-menangani-masalah-sosial.html (2 Disember 2022)

[16]iRujukan, (10 Januari 2012). Langkah ibu bapa menangani masalah sosial (cara). Diambil dari
https://www.irujukan.my/menangani-gejala-sosial/ (6 Disember 2022)

9
[17]Khairul Azhar Meerangani, Mohd Anuar Ramli, (April 2021). Penyalahgunaan Media Sosial Dan Aplikasi Atas Talian
Ketika Pandemik COVID-19 Di Malaysia. Diambil dari
https://www.researchgate.net/publication/352039820_Penyalahgunaan_Media_Sosial_Dan_Aplikasi_Atas_Talian_Ketika_P
andemik_COVID-19_Di_Malaysia (4 Disember 2022)

[18]Mohd Husni Mohd Noor, (22 Februari 2022). Ketagihan internet di Malaysia agak tinggi – Annuar. Diambil dari
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/02/ketagihan-internet-di-malaysia-agak-tinggi-annuar/ (15 November 2022)

[19]Muhammad Azfar Ikhwan bin Azman, (1 Jun 2021). Sejauh mana media sosial memberi kesan buruk kepada
masyarakat? Diambil dari https://theinspirasi.my/sejauhmana-media-sosial-memberi-kesan-buruk-kepada-masyarakat/ (8
Disember 2022)

[20]Nadia Fauzi, (2017). PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM DUNIA TANPA SEMPADAN: SUATU KEBAIKAN
ATAU KEBURUKAN? Diambil dari https://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/PMSDDTS18122017.pdf (4
Disember 2022)

[21]Nor Amira Mohd Hisam, (4 Mei 2014). Isu teknologi penyalahgunaan internet. Diambil dari
http://noramiramohdhisam.blogspot.com/2014/05/isu-teknologi-penyalahgunaan-internet.html (9 Disember 2022)

[22]Noor Mohamad Shakil Hameed, (26 Oktober 2021), Pengawasan ibu bapa lemah ketika pandemik. Diambil dari
https://www-hmetro-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.hmetro.com.my/amp/rencana/2021/10/770399/pengawasan-ibu-b
apa-lemah-ketika-pandemik?amp_gsa=1&amp_js_v=a9&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_ct=16703
92146821&amp_tf=From%20%251%24s&aoh=16703920681471&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&ampshar
e=https%3A%2F%2Fwww.hmetro.com.my%2Frencana%2F2021%2F10%2F770399%2Fpengawasan-ibu-bapa-lemah-ketik
a-pandemik (7 Disember 2022)

[23]Rudi Affendi Khalik (14 Mei 2019), Remaja bunuh diri selepas dapat 69 peratus undian Instagram. Diambil dari
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/remaja-bunuh-diri-selepas-dapat-69-peratus-undian-instagram-207649 (9
Disember 2022)

[24]Sing Kiat Lee (13 Mac 2021), Isu Penyalahgunaan Media Sosial Dalam Kalangan Remaja. Diambil dari
https://www.academia.edu/36050807/Isu_Penyalahgunaan_Media_Sosial_Dalam_Kalangan_Remaja (12 Disember 2022)

[25]Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia, (21 Mei 2019). Pentingnya didikan keselamatan internet. Diambil
dari https://www.mcmc.gov.my/ms/media/press-clippings/pentingnya-didikan-keselamatan-internet (9 Disember 2022)

[26]Stpmesei (7 Februari 2017), Kesan-kesan buruk penggunaan laman sosial terhadap masyarakat. Diambil dari
https://stpmesei.blogspot.com/2017/02/kesan-kesan-buruk-penggunaan-laman.html (9 Disember 2022)

[27]Syed, Mohd Anuar, Che Zarrina, Azah, Mohd Anuar, Muhammad Harizan, (2022). Penggunaan Media Sosial Baharu:
Isu-Isu dan Panduan Perspektif Islam. Diambil dari
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/download/37643/14752/92409 (13 Disember 2022)

[28]Ustaz Dr Muhamad Zuhaili Dr HJ Saiman, (5 Ogos 2020). Islam dan penggunaan media sosial. Diambil dari
https://harakahdaily.net/index.php/2020/08/05/islam-dan-penggunaan-media-sosial/ (8 Disember 2022)

10

Anda mungkin juga menyukai