Anda di halaman 1dari 17

Seminar pendidikan prasekolah

Kesan Aplikasi Kumpulan


WhatsApp Sebagai Medium
Komunikasi Di Antara Guru
Prasekolah Dengan Ibu Bapa

Nama: Namiha Binti Yahaya


No. Matriks: GP05158
Nama Pensyarah :Dr. Kamariah Abu Bakar
LATAR BELAKANG
KAJIAN
• Di era globalisasi ini, penggunaan media sosial sangat meluas dan semakin di
terima ramai oleh masyarakat umumnya. Chris Brogan (2010) mendefinisikan
sosial media adalah satu set baru komunikasi dan alat kolaborasi yang
memungkinkan banyak jenis interaksi yang sebelumnya tidak tersedia untuk
orang biasa.

• Aplikasi ini merupakan aplikasi yang paling tinggi penglibatan pengguna di


seluruh dunia. Menurut statistik daripada Statisca iaitu sebuah laman web online
berpusat di German telah memaparkan pengguna WhatsApp di seluruh dunia
sentiasa mengalami peningkatan sehingga mencecah 1200 juta pengguna pada
Januari 2017 melebihi pengguna facebook dan lain-lain media sosial.

• WhatsApp digunakan dalam kedua-dua interaksi peribadi dan profesional.


penggunaan yang betul boleh membawa kepada meningkatkan hubungan dan
membawa kepada keuntungan profesional.

• Pengaruh media sosial yang amat besar serta tanpa sempadan ini perlu dilihat
dari pelbagai sudut bukan sahaja dari sudut positif dimana ia juga mempunyai
sudut negatif kerana tanpa apa-apa sekatan pelbagai info serta maklumat
termasuklah hasutan, fitnah dan sebaran maklumat palsu dapat dibuat.
TUJUAN KAJIAN
• Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenal pasti
kesan penggunaan aplikasi kumpulan WhatsApp sebagai
medium komunikasi antara ibu bapa dan guru.

• Selain itu, ia bertujuan untuk mengenal pasti potensi


kumpulan WhatsApp sebagai laman sosial yang membantu
komunikasi untuk tujuan pendidikan secara holistik pada
masa kini dan pada masa akan datang.
OBJEKTIF KAJIAN
• Objektif kaijan ini adalah:

i. Mengenalpasti tahap penglibatan guru prasekolah


terhadap aplikasi kumpulan WhatsApp antara guru
dan ibu bapa.

ii. Mengetahui pasti tahap persepsi penerimaan


kumpulan WhatsApp dalam kalangan guru-guru
prasekolah dengan ibu bapa.

iii. Mengkaji kesan aplikasi kumpulan WhatsApp


dalam komunikasi ibu bapa dan guru prasekolah.
PERSOALAN KAJIAN
• Persoalan kajian ini adalah:
• i. Apakah tahap penglibatan guru prasekolah
dengan ibu bapa dalam kumpulan WhatsApp?

• ii. Apakah tahap persepsi penerimaan kumpulan


WhatsApp dalam kalangan guru prasekolah
dengan ibu bapa?

• iii. Apakah kesan aplikasi kumpulan WhatsApp


sebagai medium komunikasi ibu bapa dan guru
prasekolah?
LOKASI DAN PESERTA
KAJIAN
• Kajian ini melibatkan 30 orang guru prasekolah
KPM di Mukah, Sarawak
METHOD
• Kajian tinjauan
• Menggunakan kaedah kuantitatif
• Instrumen yang digunakan adalah borang soal
selidik
ANALISIS KAJIAN
• Data-data yang diperoleh dikumpulkan, di rekod
dan dianalisis menggunakan program SPSS versi 22.
Penilaian responden berdasarkan Skala Likert 5
mata sebagai pilihan jawapan untuk setiap skala
memberi maksud seperti berikut:

• 1- Sangat tidak setuju


• 2- Tidak setuju
• 3- Kurang setuju
• 4- Setuju
• 5- Sangat setuju
HASIL DAPATAN
KESIMPULAN
• Dalam kajian ini, tahap penglibatan, tahap persepsi dan
kesan aplikasi kumpulan WhatsApp sebagai medium
komunikasi antara guru dan ibu bapa haruslah selari agar
teknologi dapat diadaptasikan sebagai medium yang lebih
canggih dan efektif.

• Penggunaan aplikasi ini harus lebih meluas di Malaysia dan di


kawasan pedalaman Sarawak khususnya, kerana tidak
menimbulkan keburukan. Malah, usaha ini harus di giat agar
dapat menyampaikan maklumat dan sebagai medan
komunikasi yang berkesan antara guru dan ibu bapa.

• Oleh itu, semua pihak harus mengoptimumkan penggunaan


teknologi untuk mengembangkan potensi kejayaan jurang
komunikasi dan sekaligus meningkatkan pencapaian pelajar
dan sekolah.
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai