Anda di halaman 1dari 12

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU __________________________________________________________ Tajuk : Tokoh Pendidikan dan Catatan Refleksi tentang Kurikulum KPF 3012 - PERKEMBANGAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR Nama Pensyarah : Pn.Sabariah Bt. Ibrahim

Kod dan Nama Pelajaran :

Nama No. Kad Matrik No.Kad Pengenalan

: Ratha A/P Kolandai : PPGBT00224/2011/1/KI : 730816-10-5564

Pembuktian Polisi Akademik: Saya dengan ini membuktikan bahawa kandungan dan lampiran kertas kerja ini adalah kerja saya sendiri. Rujukan artikel, seni, program, kertas atau mana-mana bahagiannya adalah diakui sah dan dilampirkan pada akhir kertas ini sebagai rujukan. Ini termasuk data yang diambil dari internet, rangkaian swasta lain, cakera orang lain atau sistem komputer.

Tandatangan Pelajar : . ULASAN PENSYARAH / MARKAH TARIKH DITERIMA MASA _______________ _______________

TANDATANGAN PENGAJAR _______________

Bahagian A Sediakan satu esei mengenai seorang tokoh pendidikan yang dapat anda kenal pasti dan bincangkan: Ciri-ciri insan guru yang terdapat pada diri tokoh tersebut. Bagaimana ciri-ciri insan guru yang anda pilih itu dapat aplikasi supaya anda boleh menjadi seorang guru yang berwibawa. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan? Pendidikan mempunyai pelbagai tafsiran yang telah dikemukakan oleh beberapa ahli falsafah dan tokoh ilmuan. Antaranya adalah, Swift D.F di dalam bukunya Sociology of Education menghuraikan pendapatpendapat yang dikemukakan oleh beberapa orang sarjana dan Ilmuan dari Barat

berkenaan dengan pendidikan. Menurut Aristotle, pendidikan ialah ilmu yang bersifat etikal dan politikal. Mengikut beliau, tujuan pendidikan ialah memberikan setiap

warganegara peluang untuk mencapai kebahagiaan hidup. Plato pula berpendapat bahawa, pendidikan ialah satu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah untuk memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik. Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk modal insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara(FPK). Bagi mencapai hasrat FPK tersebut, wajarlah kita membentuk barisan guru yang berwibawa dan menjadi teladan kepada warga murid atau golongan pelajar. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang guru? Apabila soalan ini tertimbul, kita boleh dapatkan jawapannya jika mengimbas semula sejarah pendidikan negara kita tercinta, Malaysia yang dikenal sedunia sebagai Malaya pada 1800an sehingga awal 1950an. Terdapat ramai tokoh pendidikan negara yang telah bertungkus lumus dalam perkembangan pendidikan di negara kita. Antara tokoh-tokohnya adalah, Zainal Abidin bin Ahmad(ZABA), Burhanuddin Helmi, Aminudin Baki, Awang Had Salleh dan ramai lagi.

Tokoh-tokoh pendidikan ini telah menyumbang kepada perkembangan pesat dalam pendidikan di negara kita. Mereka mempunyai pelbagai ciri yang terpuji dan ciri-ciri tersebut bolehlah kita pupuk dalam diri kita untuk menjadi seorang modal insan atau guru yang cemerlang dari pelbagai aspek. Antara tokoh pendidikan negara yang saya gemari adalah Aminuddin Baki yang digelar sebagai Tokoh Pendidik dan Pemikir Bangsanya. Beliau mempunyai pelbagai ciri-ciri perguruan yang profesionalisme. Antaranya adalah, beliau merupakan seorang yang bersemangat tinggi dalam perkhidmatannya sepanjang berada dalam bidang perguruan ini. Beliau merupakan seorang tokoh pendidikan terulung yang memiliki iltizam tinggi dalam memperjuangkan pendidikan berkualiti di kalangan anak-anak bangsa Negara. Beliau yakin bahawa pendidikan merupakan sesuatu yang penting bagi mencapai kemajuan. Sepanjang berada dalam bidang ini beliau sentiasa bersemangat tinggi dalam memperjuangkan perkembangan pendidikan. Beliau banyak memberi sumbangan dalam sistem pendidikan kebangsaan dengan mempelopori pelbagai aspek pendidikan negara seperti kurikulum, bahasa pengantar, pentadbiran dan Falsafah Pendidikan Negara. Antara hasil sumbangan beliau kepada pendidikan negara adalah, menjadi ahli jawatankuasa penasihat dalam penyediaan Penyata Razak(1955) dan Laporan Rahman Talib(1960), Mewujudkan Sijil Rendah Pelajaran(SRP), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Beliau juga telah memainkan peranan dalam menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Semua sumbangan ini terhasil daripada semangat tinggi beliau dalam memberikan perkhidmatan yang baik dalam bidang perguruan yang diceburi. Selain itu, beliau juga mempunyai pengetahuan yang tinggi bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah juga bidang-bidang lain. Beliau dikenal sebagai ensiklopedia bergerak kerana pelbagai perkara berkaitan pendidikan seperti latihan perguruan, sistem pelajaran, biasiswa, perpustakaan, pendidikan teknik dan sebagainya berada di dalam pengetahuannya. Aminuddin Baki yang juga digelar sebagai Bapa Pendidikan Malaysia telah diiktiraf sebagai perancang pendidik yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Beliau telah melibatkan diri dalam mengubahkan beberapa dasar pendidikan negara untuk menghasilkan satu sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu yang manfaat kepada semua individu melalui penguasaan ilmu pengetahuan yang luar biasa. Tambahan pula, beliau juga seorang yang berkebolehan untuk berkomunikasi dengan baik. Beliau telah mengekalkan satu hubungan yang harmonis dengan golongan anak bangsa dengan menyempurnakan kehendak mereka dan membawa mereka ke satu arah yang wajar dengan menekankan pendidikan. Beliau telah membentuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) untuk menekankan betapa pentingnya pendidikan terutamanya kepada anak bangsa Melayu. GPMS mempunyai satu hubungan yang baik bukan sahaja dengan golongan pelajar malah juga dengan ibu-bapa. GPMS sering mengingatkan ibu bapa ketika itu supaya mengambil berat tentang pendidikan anak-anak. Melalui hubungan yang harmoni dan berkualiti antara guru, ibu bapa dan murid terbentuklah modal insan yang berjaya. Di samping itu, Aminuddin Baki merupakan seorang tokoh pendidikan yang mampu memberi terbaik kapada negara dengan pemikiran yang futuristik. Beliau telah melaksanakan pelbagai perubahan dalam pendidikan dimana masih digunakan dan diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Keputusan-keputusan wajar yang telah diambil oleh beliau adalah berdasarkan ramalan masa hadapan. Ciri kepimpinan ini adalah sangat penting bagi seorang guru bagi memberi hasil perkhidmatan yang baik kepada murid, sekolah dan negara. Aminuddin Baki juga merupakan seorang yang mempunyai hala tuju yang jelas. Beliau sentiasa berupaya dalam mencapai matlamat beliau walaupun beliau meninggal dunia dalam usia muda iaitu semasa berusia 39 tahun. Antara matlamat beliau yang utama adalah mempertingkatkan mutu pendidikan negara dan akhirnya beliau mencapai dalam menjayakan matlamat tersebut. Warga Malaysia, terutama warga pendidik perlu menjadikan beliau sebagai pedoman hidup. Akhir kata, Iltizam dan kesungguhan perjuangan mengangkat martabat pendidikan kebangsaan yang telah dirintis oleh beliau perlulah sentiasa dikenang dan dihormati.

Setiap individu di negara ini yang ingin menceburi bidang perguruan perlu menjadikan tokoh pendidikan seperti Aminuddin Baki sebagai pedoman supaya berjaya dalam kerjaya ini. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengaplikasikan ciri-ciri terpuji yang ditunjukkan oleh beliau dalam bidang perguruan ini supaya menjadi seorang guru yang berwibawa. Saya perlu sentiasa bersemangat tinggi sepanjang berkhidmat sebagai seorang guru sepertimana yang dilakukan oleh Aminuddin Baki. Bidang perguruan merupakan satu bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah skopnya adalah lebih luas daripadanya. Individu yang terlibat dalam bidang ini, juga akan memainkan peranan sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Jika saya ingin menjadi seorang guru yang berwibawa, saya perlulah sentiasa bersemangat tinggi dan berada dalam keadaan sedia untuk menghadapi apa jua cabaran dan dugaan pada bila-bila masa. Sebagai pentadbir ataupun pengurus, kita harus boleh membuat sesuatu keputusan yang wajar berdasarkan nilai rasional dalam melaksanakan sesuatu tindakan. Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan menyarankan pihak pendidik supaya berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan juga futuristik. Pendekatan ini bukan sahaja perlu diaplikasikan oleh guru-guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) di dalam bilik darjah, malah juga boleh diaplikasikan dalam pentadbiran, mengurus ataupun dalam merancang sesuatu yang baru demi kebaikan murid, sekolah dan negara. Sebagai contohnya, jika saya bersemangat tinggi dalam bidang perguruan ini, saya sentiasa akan berfikir untuk melakukan sesuatu yang akan memanfaatkan semua pihak. Pelaksanaan program-program baru boleh dibincang dengan pihak atasan dan jika mendapat persetujuan bolelah kita jalankan dengan berjaya. Selain itu, kajian tentang sistem pendidikan negara juga boleh dijalankan dan sampaikan hasil kajian kepada pihak kerajaan. Kementerian Pelajaran

Malaysia(KPM) sentiasa memberi layanan yang baik kepada idea-idea baru yang kreatif supaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang cemerlang dari segi pendidikan.

Selain daripada itu, saya perlulah melengkapi diri saya dengan pelbagai pengetahuan supaya menjadi seorang guru yang berwibawa. Sepertimana yang sedia maklum, Aminuddin Baki merupakan seorang tokoh pendidikan yang dipanggil sebagai ensiklopedia bergerak kerana beliau menguasai pelbagai pengetahuan bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah juga dalam bidang-bidang lain. Kita sebagai seorang guru, perlulah serba tahu. Jika saya ingin menjadi seorang guru yang berwibawa, saya perlulah menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran atau bidang

pengkhususan serta menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya perlu bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran. Kemampuan dalam mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan merupakan peranan seorang guru berwibawa yang berpengetahuan luas. Di samping itu, saya juga perlu berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi(TMK). Kita sebagai seorang guru, perlulah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap

perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi infokomunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Pada masa yang sama, sebagai seorang yang berpengetahuan, kita boleh mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Miasalnya, di negara kita kadar kes penjenayahan semakin meningkat. Matapelajaran seperti Pendidikan Moral, Sivik dan Pendidikan Islam perlulah diberi penekanan oleh para guru berdasarkan pengetahuan isu semasa. Cara-cara untuk membendung masalah penjenayahan boleh dibincang dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi tersebut, dengan harapan mereka tidak akan melibatkan diri dalam kes jenayah. Budaya membaca perlu diamalkan oleh warga guru supaya dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu semasa, yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah, ekonomi, politik dan sebagainya. Saya perlu menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif dalam menggunakan isu-isu semasa dalam P&P di kelas supaya membentuk satu golongan pelajar yang sentiasa peka terhadap isu-isu di sekeliling.

Tidak dapat dinafikan bahawa, Aminuddin Baki merupakan seorang yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik dan pelajar. Saya perlulah mempunyai akhlak yang tinggi dan mempunyai satu komunikasi dan hubungan yang harmonis dengan para pelajar, pihak sekolah dan ibu bapa ke arah menjadi seorang guru yang berwibawa. Komunikasi ialah satu asas perhubungan yang bertujuan menyampaikan khabar, berita, mesej, pendapat atau maklumat kepada pendengar. Dalam konteks pendidikan, komunikasi ialah pemindahan mesej atau ilmu dari seorang guru kepada pelajar melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan mewujudkan kefahaman yang dikongsi bersama. Ini selaras dengan objektif KBSM iaitu membolehkan pelajar-pelajar menguasai kemahiran berinteraksi dalam semua situasi serta

memperkembangkan pemikiran dan penaakulan. Golongan pengkritik sosial seperti Charles Silverman, Janathon Kozol, John Holt dan Herbert Kohl menyatakan, pelajaran di sekolah seharusnya dapat membangkitkan minat dan dengan itu ia seharusnya mengembirakan dan memberi makna dalam hidup. Antara cara yang boleh digunakan ialah berkomunikasi dengan mengenal pasti keistimewaan mereka seperti menjalankan aktiviti yang memasukkan unsur lakonan, cerita, permainan kuiz secara kumpulan dan pada masa yang sama bakat mereka dapat dicungkil dan dikenalpasti. Tokoh pendidikan negara, Aminuddin Baki telah membina satu hubungan baik dengan golongan pelajar dengan menubuhakan GPMS. Jika saya ingin menjadi seorang pendidik seperti beliau, saya perlulah membentuk kelab-kelab seperti Kelab Pemimpin Sebaya yang berteraskan pendidikan melalui aktiviti-aktiviti seronok. Melalui ini, bolehlah saya mengekalkan hubungan erat dengan murid-murid saya. Di samping itu, saya boleh melaksanakan peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat daripada saya. Misalnya, guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi penyebar nilai kebudayaan yang baik dan serta menunjukkan sahsiah yang cemerlang.

Tambahan pula, saya perlulah mempunyai matlamat atau hala tuju yang kukuh dalam bidang perguruan ini supaya menjadi seorang guru yang berwibawa. Aminuddin Baki sentiasa berupaya dalam mencapai matlamat beliau. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, kita perlulah menyedari bahawa amanah yang diberikan kepada kita adalah untuk mendidik generasi muda yang akan memimpin negara pada masa akan datang. Oleh yang demikian, segala kemahiran dan pengetahuan mengenai pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa. Kita perlulah bersedaya upaya untuk melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di kelas. Selaras dengan hasrat tersebut, kita sebagai guru perlulah mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh kerajaan. Misalnya, guru-guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan yang akan dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam bidang perguruan ini. Saya sentiasa akan memastikan bahawa amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya, dilaksanakan dengan sempurna. Saya sentiasa perlu berfikiran jauh dan keputusan saya dalam sebarang tindakan perlulah wajar tanpa abaikan kepentingan orng lain serta memberikan kesan buruk kepada orang lain. Jika saya mengamalkan segala nilai-nilai positif atau ciri-ciri terpuji yang tersenarai di atas, maka sudah tentulah saya akan menjadi seorang guru yang berwibawa seperti Aminuddin Baki, tokoh pendidikan Negara yang sentiasa dikenang jasanya.

Rujukan

1.1.

Buku 1.1.1. Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

1.2.

Internet 1.2.1. Ciri-ciri profesion perguruan, Dilayari pada 04 Disember 2011 di URL: http://tuanmat.tripod.com/perguruan.html 1.2.2. Kemahiran komunikasi guru, Dilayari pada 04 Disember 2011 di URL: http://www.scribd.com/doc/19584230/Ciriciri-Guru-Profesional-GuruBerkemahiran 1.2.3. Ciri-ciri guru, Dilayari pada 05 Disember 2011 di URL: http://www.scribd.com/doc/55709043/Huraikan-Lima-Aspek-Ciri-GuruYang-Berkesan-Dalam-Pengajaran-Berdasarkan-Nilai 1.2.4. Aminuddin Baki, Dilayari pada 03 Disember 2011 di URL: http://ms.wikipedia.org/wiki/Aminuddin_Baki 1.2.5. Aminuddin Baki, Dilayari pada 03 Disember 2011 di URL: http://www.sahabat-gunung.com/2006/12/aminuddin-baki-modaltokoh-pendidik.html

Bahagian B Berdasarkan pemerhatian dan interaksi anda dengan komuniti sekolah di tempat anda mengajar, anda dikehendaki menyediakan catatan refleksi berkaitan dengan pengalaman bagaimana kurikulum (dari aspek kurikulum dan kokurikulum) dapat menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan ditafsirkan sebagai satu proses pembinaan pekerti dan pengembangan akal fikiran (Socrates: 470 S.M-399 S.M). Pendidikan juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mencapai kehidupan yang berkualiti kerana ia merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Taraf pendidikan yang baik akan membawa seseorang individu ke arah pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sentiasa akan memastikan supaya warga Malaysia memperoleh pendidikan yang berkualiti pada setiap masa.

FPK

merupakan

satu

falsafah

pendidikan

negara

kita

sendiri,

yang

menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang kekal, jelas dan logik. FPK merupakan sesuatu yang sangat penting dalam memberikan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar-pelajar dan membantu dalam melahirkan insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani (JERIS) berdasarkan amalan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Tidak dapat dinafikan bahawa, kurikulum merupakan antara tunjang utama yang perlu diberi fokus dalam mencapai hasrat kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu membina modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang berdasarkan JERIS. Akta Pendidikan 1996 menyatakan bahawa kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang murid.

Berdasarkan pengalaman saya di sekolah yang saya ajar selama beberapa tahun ini, saya amat bersetuju bahawa kurikulum dari aspek kurikulum dan kokurikulum sesuatu yang perlu dititikberatkan dalam menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai cara sentiasa digunakan oleh para guru dalam membentuk pelajar yang percaya dan patuh kepada Tahun dalam apa jua keadaan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.

Antara cara-caranya adalah menyediakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang efektif kepada pelajar. Guru-guru sekolah ini sentiasa berfikiran kreatif dan kritis dalam menyampaikan kandungan kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kepada murid-murid. KSSR yang diaplikasikan dalam pendidikan sekolah rendah mulai 2010 merupakan antara kurikulum formal yang sentiasa memanfaatkan murid. Semasa mengajar anak murid di kelas, para guru mengajar dengan mengaplikasikan pelbagai teknik supaya mencapai matlamat atau objektif P&P sepertimana yang dirancang awal dalam Rancangan Pelajaran Harian (RPH) mereka. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang pelbagai, menarik perhatian murid-murid untuk memberi fokus yang sepenuhnya semasa P&P. Selain itu, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam P&P juga telah meningkatkan prestasi pelajar dalam pendidikan. Justeru itu, cara penyampaian P&P yang cemerlang oleh guru-guru di sekolah saya adalah salah satu punca bagi kejayaan sekolah dari segi akademik.

Selain daripada itu, bagi menjayakan FPK kita perlulah memberikan keutamaan kepada agama dan perlu mempercayai Tuhan. Agama merupakan sesuatu yang dapat membentuk akhlak yang mulia dalam kalangan murid-murid. Sekolah ini sentiasa mengendalikan program-program yang berkaitan dengan agama. Contohnya, pada setiap hari Jumaat semua murid diwajibkan melibatkan diri dalam kelas yang berkaitan dengan agama. Murid-murid akan dibahagikan mengikut agama masing-masing dan akan diberi didikan agama. Para guru akan menegaskan nilai-nilai yang terpuji yang terkandung dalam agama masing-masing kepada anak murid.

Aktiviti-aktiviti yang menarik akan dijalankan sepanjang waktu ini iaitu selama 30 minit sebelum waktu sebenar P&P bermula. Melalui didikan agama ini, murid-murid dapat memupuk nilai-nilai moral dan mereka tidak sekali-sekala melibatkan diri dalam gejalagejala sosial. Tambahan pula, sambutan perayaan-perayaan dan hari perisitiwa bersejarah juga akan disambut di sekolah ini dengan bantuan Panitia Pendidikan Moral dan Sivik. Kita dapat merapatkan hubungan silaturahim dan semangat patriotik dalam kalangan murid-murid melalui sambutan-sambutan ini. Pada masa yang sama aktivitiaktiviti perkhemahan kepimpinan yang dijalankan dua kali setahun dengan bantuan unit kokurikulum merupakan satu agenda utama sekolah dimana dapat memberi pelbagai input kepada murid-murid supaya menjadi seorang pemimpin selaras dengan FPK.

Tambahan pula, kokurikulum juga merupakan sebahagian daripada kurikulum yang dikategorikan sebagai kurikulum tidak formal. Pembentukan insan yang berketrampilan dapat berjaya dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum lebih kenal lagi dengan aktiviti luar bilik darjah. Sekolah saya merupakan sebuah sekolah yang boleh dikatakan cemerlang dari segi pencapaian dalam bidang kokurikulum. Setiap bulan akan diadakan pertandingan mini dalam kelab-kelab permainan dan pemenang akan diberikan hadiah. Selain itu, badan beruniform juga akan mengadakan pertandingan kawad. Melalui pertandingan-pertandingan sebegini sekolah dapat melahirkan warga pelajar yang berkemahiran tinggi dalam kokurikulum. Di samping itu, kekuatan dari segi fizikal dan mental juga dapat dipertingkatkan melaluinya.

Secara keseluruhannya, FPK merupakan sesuatu yang sangat penting dalam sejarah pendidikan kebangsaan. Oleh yang demikian, tindakan-tindakan wajar

berdasarkan fikiran rasional perlulah diambil bagi mencapai hasrat KPM bagi membentuk insan yang berpotensi tinggi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui pendidikan yang berkualiti. Para pendidik perlulah memberi fokus dalam kurikulum kebangsaan dimana ia dianggap sebagai punca utama dalam menentukan kejayaan kerajaan dalam pendidikan di Malaysia menerusi FPK.

Anda mungkin juga menyukai