Anda di halaman 1dari 3

Belakangan ini semakin banyak penuntut kita di luar negara enggan pulang ke

tanah air apabila tamat pengajian kerana mereka mahu bekerja di negara
tempat mereka melanjutkan pelajaran. Hal ini menyebabkan kerajaan merayu
mereka kembali dan bekerja di negara sendiri. Nyatakan hujah – hujah anda
mengapa bekerja di negara sendiri lebih berfaedah daripada bekerja di luar
negara.

Pada era globalisasi ini, ramai pelajar tanah air yang berpusu – pusu merebut
peluang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara. Berikutan hal ini, kerajaan
Malaysia bersedia mengorbankan berjuta – juta ringgit bagi merealisasikan impian
mereka dengan menaja berjuta pelajar tidak kurang juga menyediakan biasiswa –
biasiswa penuh kerana memikirkan kemajuan yang akan diperoleh dengan
menghantar anak watan menimba ilmu di negara orang seterusnya membentuk
golongan perintis yang berwawasan bagi memimpin kerajaan pada masa akan
datang. Namun, pengorbanan kerajaan hanyalah ibarat melepaskan batuk di tangga
apabila ada segelintir penuntut yang enggan pulang ke tanah setelah tamat
pengajian bahkan bertekad untuk berkhidmat di negara tempat mereka menimba
ilmu tanpa mereka sedar bahawa ilmu dan kemahiran yang mereka punya sangat
vital buat memacu kemajuan negara.

Sejujurnya bekerja di negara sendiri memberi seribu satu manfaat dan


kemaslahatan bersama setelah dibandingkan dengan bekerja di luar negara.
Antaranya, golongan pelajar luar negara yang bekerja di negara sendiri bakal
memacu kejayaan drastik buat negara mereka. Hal ini demikian kerana eksistensi
mereka yang memiliki kemahiran dan ilmu yang cukup berkualiti yang diperoleh
daripada negara – negara maju tempat mereka melanjutkan pengajian seperti
Amerika Syarikat, Jepun dan Russia sangat ampuh dalam memacu Malaysia kea
rah kemajuan maksimum .Contohnya, apabila mereka terlibat dengan kerajaan, idea
- idea kemajuan yang lebih berkualiti dapat diperoleh daripada mereka berikutan
pengalaman mereka sepanjang berada di luar negara. Hasilnya, kemajuan negara
dapat dicapai dengan usaha dan tenaga anak bangsa kita sendiri yang akhirnya
menjadi cerucuk utama pembangunan kejayaan negara. Mereka ini sangat
membantu negara ibarat kalau tercampak ke laut menjadi mutiara, terhumban ke
bumi menjadi permata, melantun ke langit menjadi bintang. Jelaslah bahawa
penuntut yang belajar di luar negara dapat membantu kemajuan negara melalui idea
– idea mereka.
Selain memacu kemajuan negara, bekerja di negara sendiri dapat
membentuk modal insan yang bertamadun yang ampuh dalam meredah pelbagai
cabaran hidup yang bakal menghambat. Hal ini kerana penuntut universiti luar
negara dibuktikan lebih berfikiran terbuka berbanding masyarakat Malaysia yang
masih dibelenggu dengan cara berfikiran sempit dalam menyelesaikan suatu
masalah. Buktinya, apabila golongan ini berhadapan masyarakat yang berfikiran
sempit dan ketinggalan dek arus kemodenan dunia, hujah dan pendapat mereka
mampu membuka mentaliti masyarakat yang masih ketinggalan zaman. Akhirnya,
masyarakat yang dinamik dan berketerampilan dapat dilahirkan melalui bantuan dan
usaha anak bangsa kita sendiri sekaligus membebaskan mereka yang sebelumnya
belenggu kejahilan dan kegelapan seperti katak di bawah tempurung. Tegasnya,
odal insan yang bertamadun dapat dibentuk apabila penuntut di luar negara
bersedia untuk berkhidmat untuk negara sendiri.

Seterusnya, masalah – masalah dalam negara dapat diselesaikan dengan


mudah dengan adanya khidmat tenaga pekerja tempatan yang merupakan penuntut
pengajian lepasan luar negara. Kemahiran idealistik mereka mampu membantu
negara dalam menstabilkan kegawatan yang berlaku di dalam negara. Contohnya,
pendapat mereka yang pakar dalam hal kewangan boleh dirujuk bagi mengatasi
masalah kewangan negara kerana mereka mungkin mempunyai pandangan pro dan
kontra tentang sesuatu masalah serta memiliki pengetahuan yang lebih luas
mengenai dunia kewangan berdasarkan ilmu yang mereka peroleh daripada luar
negara. Hasilnya, jalan penyelesaian bagi segala masalah negara dapat ditemukan
hasil adunan satu kombinasi usaha yang padu daripada pihak kerajaan dan
penuntut lepasan luar negara. Kerjasama sebegini sesuai dengan pepatah bagai aur
dengan tebing. Maka, jelaslah bahawa penuntut di luar negara yang bekerja di
negara sendiri akan membantu negara menyelesaikan pelbagai masalah.

Bukan itu sahaja, penuntut lepasan luar negara akan dapat membantu negara
melahirkan lebih ramai tenaga pakar. Hal ini kerana , ilmu yang mereka peroleh di
negara luar yang jauh lebih maju dan berkualiti jika dibandingkan dengan ilmu yang
terdapat di negara kita. Buktinya, dengan ilmu yang ada pada mereka, tenaga mahir
daripada negara kita sendiri akan dapat dilahirkan seterusnya menaikkan nama
negara sendiri agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara –
negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Jerman dan lain- lain. Kesannya,
tenaga mahir yang dilahirkan yang sememangnya merupakan salah satu kunci
kejayaan negara dapat dihasilkan seterusnya memberi sinar harapan bagi mencapai
aspirasi negara. Hal ini sesuai dengan peribahasa, dayung sudah di tangan, perahu
sudah di air. Kesimpulannya, tenaga mahir dan pakar dapat dilahirkan dengan
kesudian penuntut lepasan luar negara untuk bekerja di negara sendiri.
Selain itu, ekonomi negara dapat dimajukan apabila penuntut lepasan luar
negara bekerja di negara sendiri melalui pengetahuan yang telah mereka punya.
Pengalaman mereka di luar negara membolehkan negara mengambil langkah
sederap untuk memperbaik kualiti ekonomi negara yang semakin ketinggalan dek
arus kemodenan dan kerancakan ekonomi global yang kian pesat tumbuh.
Contohnya, dari segi sektor industri tempatan, pandangan penuntut lepasan luar
negara yang realistik berkemungkinan besar mampu memulihkan kualiti produk
tempatan agar selaras dengan kualiti produk antarabangsa yang akhirnya mampu
membuahkan hasil yang lumayan buat ekonomi negara. Kesannya, produk
tempatan yang sebelum ini yang hanya dipasarkan di desa – desa kecil mampu
menembusi pasaran global berkat idea holistik penuntut lepasan luar negara , bak
kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Dengan ini,
jelaslah bahawa kehadiran penuntut di luar negara yang bekerja di negara sendiri
dapat membantu pertumbuhan pesat ekonomi negara.

Kesimpulannya, beribu faedah tersembunyi yang dapat diperoleh penuntut di


luar negara yang bekerja di negara sendiri tanpa mereka sedari. Kemahiran dan
khidmat mereka sangat signifikan buat negara kita bukan sahaja bagi membina
kekuatan ekonomi yang cukup ampuh tetapi juga bagi memastikan negara stabil
walau diancam badai kuasa asing yang menghancurkan. Oleh itu, pelbagai langkah
efektif dan berkesan perlu dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan bagi
memastikan semua penuntut di luar negara bekerja di negara sendiri dan bukannya
menabur khidmat dan bakti mereka buat negara luar kerana sudah pasti kita tidak
menginginkan negara sendiri terpinggir dan jauh di belakang pengaruh empayar
negara – negara maju di arena global kini.

Anda mungkin juga menyukai