Anda di halaman 1dari 1

Pada era globalisasi ini, anak muda memainkan peranan yang amat penting terhadap masa depan

negara kita. Oleh sebab itu, anak-anak muda bertanggungjawab untuk memiliki jiwa yang sesuai
demi kemajuan negara.

Antara tanggungjawab pelajar terhadap negara kita termasuklah anak-anak muda mestilah bersikap
dan meyubur semangat cinta akan negara dalam jiwa mereka. Jiwa yang berpatriotik penting kerana
pelajar akan menghargai dan berusaha mewarisi budaya dan tradisi masyarakat tempatan demi
generasi masa depan. Di samping itu, para pelajar bertanggungjawab untuk menjaga imej baik
negara kita. Hal ini dapat dicapai dengan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan agar
rakyat Malaysia akan dihormati oleh negara yang asing.

Selain itu, generasi muda juga wajarlah melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Hal ini
demikian kerana melalui aktiviti-aktiviti tersebut, pelajar berpeluang untuk mendapat pengalaman
penting dan mempelajari nilai-nilai yang diperlukan dalam masyarakat masa depan. Dengan itu,
minda dan jiwa yang sihat dan kuat dapat dibentuk dalam diri pelajar untuk menghadapi cabaran
serta dugaan yang akan datang.

Seterusnya, para pelajar patutlah mempunyai jiwa untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Pada
zaman ini, ilmu pengetahuan sangat penting untuk setiap individu. Penuntutan ilmu memberi
peluang kepada pelajar untuk memperoleh kerja yang lebih baik. Negara yang mempunyai rakyat
yang berilmu pengetahuan juga dapat bersaing dalam peringkat antarabangsa.

Tambahan lagi, jiwa yang berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang mestilah dimiliki oleh
setiap pelajar. Jiwa yang ingin berjaya akan bermotivasikan anak muda tersebut untuk berusaha
demi mencapai sasaran mereka. Jiwa tersebut juga akan mengelakkan mereka daripada berputus
asa dengan mudah.

Konklusinya, para pelajar mestilah berusaha untuk memiliki jiwa yang baik kerana mereka harapan
bangsa dan tiang negara kita. Semoga masa depan negara kita terang dan maju.

Anda mungkin juga menyukai