Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN ILMU KEPADA PELAJAR

Sebagai sebuah Negara yang membangun dengan pesat dan sedang menuju ke era Negara maju, maka rakyat
Malaysia haruslah bersama- sama memikul tanggungjawab untuk memajukan Negara dalam pelbagai bidang. Dalam
konteks ini, kita haruslah memajukan dalam bidang ilmu pengetahuan menjurus kepada pelajar. Ilmu merupakan jambatan
kehidupan untuk mencorakkan kehidupan yang lebih cerah agar mempunyai masa depan yang gemilang. Pada masa kini,
ilmu pengetahuan itu penting kepada seseorang indivdu yang bergelar pelajar kerana mampu melahirkan pelajar pintar serta
bijak dalam pembelajaran di samping dapat meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Berbalik kepada hasrat Bekas Perdana
Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad untuk mencapai status Negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Oleh itu, ilmu
pengetahuan akan melahirkan masyarakat Negara yang berintelektual serta berdaya saing dalam pelbagai aspek .
Persoalannya di sini, apakah kepentingan ilmu pengetahuan kepada seorang individu yang bergelar pelajar ini?

Ilmu pengetahuan dapat melahirkan individu atau seorang pelajar yang bermoral . apbila disebutkan dengan moral ini
pasti semua orang mempunya pandangan yang positif. Justeru itu, apabila seseorang pelajar itu mempunyai ilmu sudah pasti
ia mempunyai nilai – nilai moral dalam dirinya. Pelajar yang bermoral pasti akan memperoleh kecemerlangan di dalam
setiap aspek. Berbalik dari segi agama Islam yang menyuruh bahawa kita kita mengamalkan sifat mahmudah di dalam diri
kita. Hal berkait rapat dengan moral seseorang terutamanya seorang pelajar kerana apabila dia menuntut ilmu pastinya
menunjukkan sikap yang positif kepada guru agar ilmu yang diperoleh itu mendapat keberkatan. Di sekolah, dengan adanya
subjek mata pelajaran seperti pendidikan islam, sivik serta pendidikan moral ini dapat memupuk nilai – nilai murni yang
baik di dalam diri pelajar tersebut disamping dapat meningkat ilmu pengetahun, teringat pepatah melayu ada mengatakan
sambil menyelam minum air iaitu kita mendapat dua manfaat di dalam satu perkara. Seseorang yang bermoral pasti akan
disukai oleh orang disekelilingya kerana tingkah lakunya yang tertib serta sangat menghormati guru- guru. Justeru itu,
pelajar tersebut Berjaya di dalam kehidupannya. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan itu dapat melahirkan pelajar yang
berakhlak mulia serta bersahsiah. Oleh itu, tuntutlah ilmu untuk meningkatkan moral kita sebagai seorang hamba di muka
bumi ini.

Selain itu, setiap pelajar seharusnya bertungkus – lumus dalam menimba ilmu dan bersungguh- sungguh mempelajari
ilmu yang baharu. Kementerian pelajaran Malaysia telahpun menambahbaik system pembelajaran kepada kaedah yang
terkini iaitu kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sistem ini bertujuan menguji tahap pemikiran pelajar dalam
menyelesaikan soalan – soalan yang sukar. Hal ini bertujuan bagi melahirkan pelajar yang berminda kelas pertama dan
berfikiran secara meluas ataupun terbuka. Oleh itu, ini juga boleh menjadi aset yang beharga kepada Negara. Berikutnya,
ilmu pengetahuan juga boleh ditimba dengan membaca bahan bacaan seperti buku – buku ilmiah, surat khabar dan bahan
bacaan yang mendatangkan manfaat yang lain. Seterusnya, sekiranya seseorang itu mempunyai ilmu yang penuh di dada,
pelajar tersebut boleh membantu orang lain dalam menyelesaikan masalah sekali gus dapat berbakti kepada orang ramai
maka ,kita perlulah bersungguh – sungguh mengejar ilmu seperti kata hikmat mencari ilmu biarlah sampai ke Negara China.
Oleh itu, terbuktilah bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan kerana ilmu merupakan pelita hidup juga penerang
kehidupan.

Dalam mendepani arus kemodenan dunia yang kian pesat,pelbagai bidang ilmu haruslah dikuasai kerana persaingan
yang hebat pada era ini. Ilmu pengetahuan dalam dalam bidang – bidang ilmu seperti bidang bahasa asing,bidang kesenian
,bidang kesusasteraan serta bidang sains. Jika kita mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap dalam bidang – bidang yang
dinyatakan ini sudah pasti kehidupan kita akan cerah seperti disinari matahari di siang hari. Hal ini terjadi kerana pelajar –
pelajar pada zaman moden ini sangat pintar dalam berfikir , mereka ini sudah dididik dengan ilmu pengetahuan yang tinggi
oleh guru – guru. Oleh itu, ramai individu yang berintelektual tinggi telah terdidik di Malaysia. Apabila seseorang pelajar itu
menguasai bidang ilmu lain yang bukan kebiasaan setiap pelajar seperti mempelajari bahasa asing seperti bahasa jepun,
mandarin,dan bahasa inggeris yang mantap ini merupakan salah satu pernambahan aset yang sangat memberi manfaat
kepada individu tersebut kerana bidang bahasa asing ini bukanlah semua pelajar berminat untuk mempelajarinya. Justeru
itu,seseorang individu tersebut akan memperoleh manfaat yang besar dalam kehidupannya serta memudahkannya mendapat
tempat di IPT sejurus membuka memperoleh peluang pekerjaan yang cerah. Jelaslah bahawa ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang dapat menjana kehidupan yang berjaya.

Ilmu pengetahuan tonggak kehidupan, kepentingan ilmu pengetahuan juga ialah dapat menjamin masa hadapan
seseorang pelajar untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik dan meningkatkan taraf hidup mereka. Pada perenggan
sebelum ini saya sudah jelaskan tentang pelbagai bidang ilmu yang membolehkan pelajar tersebut memperoleh tempat di
peringkat IPT serta pekerjaan yang baik. Kehidupan seseorang pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi juga
akan membina keselesaan hidup yang lebih sempurna. Ilmu pengetahuan juga menjadikan seseorang pelajar itu menjadi
insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan Negara pada masa hadapan sekali gus melahirkan masyarakat yang
berintelektual yang tinggi. Selain itu, seseorang pelajar itu akan akan dijadikan rujukan oleh masyarakat jika mempunya
ilmu pengetahuan yang pelbagai aspek. Ilmu pelita kehidupan yang menjadikan seseorang pelajar menghadapi cabaran
hidup yang lebih mencabar pada masa yang akan datang disebabkan kecanggihan teknologi yang kian menonjol akibat
penyelidikkan dan penerokaan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi elektronik. Bak kata pepatah sediakan payung
sebelum hujan kerana dunia masa kini memerlukan ilmu pengetahuan yang tinggi bagi memudahkan memenuhi pasaran
kerja. Oleh itu, kita harus menuntut ilmu sedalam- dalamnya. Jelaslah bahawa jika kita mempunyai ilmu pengetahuan
pastinya kita memperoleh masa hadapan yang cerah seperti matahari.

Izharnya, ilmu pemacu kejayaan hidup seseorang individu yang bergelar pelajar. Manusia yang berjaya adalah
manusia yang berpendidikan tinggi dan mempunya ilmu pengetahuan yang meluas dalam setiap aspek di negar ini. Bagi
mencapai hasrat bekas perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang berhasrat untuk mencapai status Negara maju menjelang
tahun 2020 nanti masyarakat yang berintelektual yang tinggi merupakan pemacu kea rah kemajuan Negara selaras menjana
ekonomi yang kukuh di Negara ini. Oleh itu, ilmu pengetahuan sangat penting bagi setiap individu untuk meningkatkan
taraf hidup mereka bagi menempa rintangan dalam kehidupan yang penuh dengan persaingan pada masa kini. Ilmu
pengetahuan telah dihuraikan di perenggan- perenggan bukan saja memberi keuntungan kepada diri sendiri malah bangsa
dan Negara yang harmoni ini. Cabaran dunia pada hari inilah yang menyebabkan kita perlu menuntut ilmu sehingga sampai
ke menara gading. Pelajar yang Berjaya ialah pelajar yang taat pada perintah Allah swt. Di samping kita menimba ilmu
janganlah sesekali kita melupakan tanggungjawab kita sebagai seorang hambaNya. Akhir kata dari saya sebelum
meletakkan pen saya , marilah kita sama- sama menuntut ilmu pengetahuan yang tinggi dalam setiap bidang .

Anda mungkin juga menyukai