Anda di halaman 1dari 9

CONTOH-CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN KBAT KOMSAS SPM 2019

Soalan KBAT Komsas Tingkatan 5 : Sajak Erti Hidup Bererti

1. Cara seseorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa.


- Mendengar nasihat ibu bapa
- Belajar bersungguh-sungguh
- Tidak memalukan / menjaga maruah ibu bapa
- Bertutur / bercakap dengan sopan
- Memberikan hadiah / penghargaan sempena hari istimewa

2. Alasan/sebab anak-anak yang jarang-jarang menziarahi ibu bapa mereka


- Sibuk dengan tugas / pekerjaan masing-masing
- Menganggap ibu bapa menyusahkan
- Tiada masa / tidak cukup masa
- Tinggal jauh

3. Aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan oleh warga tua supaya kehidupan mereka lebih berkualiti
- Aktiviti kemasyarakatan seperti membantu orang susah dan bergotong-royong
- Aktiviti keagamaan seperti menghadiri kelas agama
- Aktiviti riadah seperti bersenam dan berkebun

4. Tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk berbakti kepada ibu bapa


- menziarahi ibu bapa
- menjaga kebajikan ibu bapa
- meraikan hari istimewa ibu bapa seperti hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan
- mengajak ibu bapa melancong / menunaikan umrah atau haji
- memberi wang / hadiah kepada ibu bapa

5. Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan seseorang anak mengabaikan tanggungjawabnya terhadap
ibu dan bapa mereka yang sudah tua? Nyatakan tiga punca itu.
- terlalu sibuk dengan kerjaya dan mengejar kebendaan
- tinggal berjauhan dengan ibu dan bapa
- kurang dididik dengan kasih sayang sejak kecil

6. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang anak perlu berkhidmat kepada ibu bapa ketika usia tua mereka?
- membawa ibu bapa tinggal bersama-sama
- sekiranya duduk berasingan, sering menziarahi ibu bapa
- sedaya upaya cuba memenuhi setiap keperluan dan perbelanjaan mereka

7. Setiap orang akan menjalani kehidupan hari tua. Pada pendapat anda, apakah persiapan-persiapan yang perlu dilakukan
sebagai bekalan hari tua?
- menjaga kesihatan dengan baik supaya tidak ditimpa penyakit yang memudaratkan
- mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk kehidupan akan datang
- memiiiki rumah yang selesa untuk didiami
- memiliki keluarga atau anak-anak yang penyayang

8. Sebagai seorang anak, bagaimanakah cara yang boleh anda lakukan untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa?
Sebagai seorang anak, cara yang boleh saya lakukan untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa ialah saya akan sentiasa
mentaati perintah ibu bapa dan tidak melakukan perkara yang melukakan hati mereka. Seterusnya, saya akan menghadiahkan
kejayaan dalam kehidupan kepada mereka. Akhirnya, saya akan memelihara dan menjaga ibu bapa apabila mereka sakit atau
sudah tua.

9. Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak tidak melupakan
jasa mereka?
Pada pendapat saya, usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak tidak melupakan jasa mereka
termasuklah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak sejak kecil. Seterusnya, ibu bapa perlu
memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak. Akhirnya, ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik dengan
menunjukkan kasih sayang yang utuh terhadap orang tua.

1
10. Terdapat segelintir masyarakat kini yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Pada pandangan
anda, mengapakah mereka bertindak sedemikian?
Pada pandangan saya, sebab masyarakat kini menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua ialah mereka tidak mempunyai
sifat tanggungjawab. Seterusnya, mereka tidak mempunyai masa untuk menjaga ibu bapa kerana terlalu sibuk dengan kerjaya.
Akhirnya, mereka menganggap ibu bapa sebagai bebanan dalam kehidupan mereka.

11. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah anak tidak mengenang jasa kedua-dua ibu bapa mereka?
Pada pendapat saya, sesetengah anak tidak mengenang jasa kedua-dua ibu bapa mereka kerana anak-anak menganggap ibu
bapa sebagai bebanan dalam kehidupan mereka. Selain itu, mereka tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh.
Seterusnya, mereka menganggap bahawa ibu bapa mereka tidak penting. Akhirnya, mereka bersikap sombong setelah
memperoleh kesenangan sehingga lupa akan asal usul.

*******************************************************************************************************
Soalan KBAT Komsas Tingkatan 5 : Prosa Tradisional Burung Terbang Dipipiskan Lada (Tingkatan 5)

1. Tindakan Tun Perak mengarahkan orang-orangnya membawa anak isteri bersama-sama untuk berperang
Wajar kerana:
- Bersemangat juang tinggi
- Keselamatan anak isteri terjamin
- Sebagai tanda taat setia rakyat kepada raja
- Mengeratkan ikatan kekeluargaan
Tidak wajar kerana:
- Keselamatan anak isteri terancam
- Membebankan / menyusahkan untuk melaksanakan tanggungjawab kepada raja
- Kos perbelanjaan meningkat
- Isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga bukannya ke medan perang

2. Tindakan-tindakan untuk membalas jasa Sidi Arab yang telah berjaya membunuh Cau Pandan
- Memberi hadiah / sepersalinan pakaian
- Memberi gelaran / anugerah
- Melantik sebagai pembesar istana / memberi jawatan
- Mengahwinkannya dengan puteri atau kerabat diraja

3. Kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak bermuafakat


- Sepanjang masa dihabiskan untuk membina pengaruh
- Tiada masa untuk urusan pentadbiran
- Pemimpin yang baik / jujur mungkin kecundang
- Berlaku banyak penyelewengan

4. Kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara?


- Mampu merancang strategi pertahanan
- Mengemas kini sistem persenjataan
- Menaik taraf sistem radar keselamatan

5. Tindakan sesuai yang boleh diambil jika rakyat mengadukan pelbagai masalah kepada anda.
- Memberikan nasihat yang sesuai
- Mengajak berbincang
- Menyuruhnya merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan
- Menyerahkan kepada pemimpin lain untuk tindakan seterusnya

6. Ikhtiar seseorang perintah untuk mengelakkan negaranya terlibat dalam peperangan.


- Mengadakan rundingan dengan negara terlibat .
- Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara jiran untuk memastikan hubungan baik terjalin
- Mengadakan perjanjian damai supaya tidak ada negara yang memulakan persengketaan .
- Mengadakan usaha sama dalam pelbagai bidang untuk memajukan negara masing-masing

7. Sebab sesebuah negara perlu mempunyai pemimpin yang bijaksana dan adil
- Untuk memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat
- Untuk mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara daripada ancaman musuh
- Untuk mengangkat imej negara sebuah negara yang maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

2
8. Kesan buruk jika berlakunya peperangan dalam sesebuah negara
- Meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa .
- Kemusnahan harta benda masyarakat setempat
- Peningkatan pelbagai masalah sosial
- Krisis makanan akan terjejas dengan teruk

9. Sikap bertanya wajar diamalkan (Kepentingan)


- Dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi
- Dapat mengikis sikap negatif dalam diri
- Dapat mengelakkan berlaku perkara buruk
- Dapat mewujudkan rasa hormat orang lain terhadap kita.

10. Cara-cara yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan setiap pasangan
- hormat-menghormati antara pasangan
- merujuk kaunselor sekiranya menghadapi masalah dalam rumah tangga
- Berkomunikasi secara berkesan
- Beriadah / melancong / bercuti / berekreasi bersama-sama

11. Raja sering diagung-agungkan oleh rakyat. (Sebab)


- lambang kedaulatan negara
- ketua negara
- berketurunan bangsawan
- berkuasa/ berpengaruh

******************************************************************************************************
Soalan KBAT Komsas Tingkatan 5 : SAJAK SEJADAH RINDU

1. Kesan-kesan positif apabila seseorang itu menginsafi kesalahan yang telah dilakukan
- Tidak mengulangi kesalahan / sentiasa berhati-hati dalam tindakan
- Berazam menjadi orang baik / mendekati diri dengan Tuhan / sentiasa bertaubat
- Memperoleh ketenangan jiwa
- Mendapat banyak sahabat / dihormati masyarakat

2. Taubat wajar dilakukan dalam kadar segera (Sebab)


- Menimbulkan keinsafan dan rasa syukur
- Tidak mengulanginya lagi kerana jika lambat bertaubat
- Masyarakat menaruh kepercayaan semula kepada kita

3. Sebagai seorang pelajar, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda yang telah insaf daripada
kesalahannya?
Sebagai seorang pelajar, usaha yang perlu saya lakukan untuk membantu rakan saya yang telah insaf daripada kesalahannya
ialah saya memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepadanya agar tidak mudah mengalah. Selain itu, saya akan
membawa rakan saya berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan khidmat nasihat. Akhirnya, saya memintanya
melupakan segala kesilapan yang lalu.

4. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf daripada
kesalahannya?
Pada pendapat saya, masyarakat sukar untuk menerima seseorang yang telah insaf daripada kesalahannya kerana masyarakat
tidak berasa yakin bahawa mereka benar-benar telah berubah. Selain itu, masyarakat masih memandang serong terhadap
mereka.

5. Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa-dosanya yang lalu?
Pada pendapat saya, sebab-sebab seseorang perlu bertaubat daripada dosa-dosanya yang lalu termasuklah supaya mendapat
keampunan daripada Tuhan sebelum meninggal dunia. Selain itu, agar seseorang itu tidak mengulangi kembali dosa-dosa yang
pernah dilakukannya.

3
6. Pada pendapat anda, selain memohon ampun kepada Tuhan, apakah cara lain yang boleh dilakukan untuk membuktikan
bahawa kita telah insaf atas kesalahan yang dilakukan?
Cara lain untuk membuktikan bahawa kita telah insaf termasuklah berazam untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut. Selain
itu, kita sentiasa mendampingi orang-orang yang baik seperti ustaz dan guru. Akhirnya, kita hendaklah menunjukkan
penampilan diri yang lebih baik dan meyakinkan.

7. Pada pendapat anda, mengapakah manusia sering lupa dan mengabaikan perintah Tuhan?
- terleka dengan kemewahan dunia
- tidak tetap pendirian dalam mengamalkan ajaran dan perintah Tuhan
- alpa tentang kewujudan Hari Pembalasan, iaitu ketika setiap perbuatan akan dibalas dengan ganjaran yang setimpal

8. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang yang melakukan kesalahan dan dosa perlu memohon keampunan daripada
Tuhan? Nyatakan tiga sebab anda.
- agar segala dosa dan kesalahannya diampunkan oleh Tuhan
- agar Tuhan meringankan hukuman ke atasnya semasa di alam barzakh
- untuk menunjukkan bahawa seseorang itu benar- benar berasa insaf atas kesalahan dan dosa yang pernah dilakukan

9.Terdapat segelintir manusia yang sudah menginsafi kesilapannya tetapi selepas itu kembali semula melakukan kesilapan
tersebut.Pada pendapat anda, mengapakah keadaan sedemikian berlaku?
- terpengaruh dengan dunia luar atau rakan-rakan
- tidak mempunyai pegangan agama atau iman yang kuat
- kurang bimbingan daripada pihak lain

*******************************************************************************************************
Soalan KBAT Komsas Tingkatan 5 : Sajak Kudup Perang

1. Pekerjaan sebagai anggota keselamatan kurang menjadi pilihan para remaja kini. Pada pendapat anda, mengapakah
keadaan ini berlaku?
- Pendapatan dalam bidang ini tidak lumayan
- Pekerjaan ini terdedah kepada risiko keselamatan diri
- Tidak suka terikat dengan peraturan yang ketat
- Berasa malu sekiranya menjadi anggota keselamatan kerana pekerjaan ini tidak popular.

2. Pahlawan yang banyak menabur bakti demi kemakmuran negara perlu disanjung. Pada pendapat anda, apakah cara-cara
yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa pahlawan?
Pada pendapat saya, cara-cara yang sewajarnya dilakukan oleh kerajaan sebagai tanda mengingati jasa pahlawan adalah
dengan menganugerahkan pingat kebesaran atau ganjaran kepada para pahlawan sebagai tanda penghargaan
atas jasa mereka. Selain itu, kerajaan menyambut Hari Pahlawan pada setiap tahun untuk mengenang jasa mereka. Seterusnya,
kerajaan menyediakan kediaman yang selesa kepada mereka yang telah bersara. Akhirnya, kerajaan memberikan bantuan dan
sokongan kepada pahlawan negara yang masih ada atau waris-waris mereka.

3. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pahlawan sejati?


Pada pendapat saya, ciri-ciri seorang pahlawan sejati termasuklah mempunyai semangat juang yang tinggi. Seterusnya,
pahlawan sejati mempunyai kemahiran dalam bidang pertempuran. Selain itu, mereka sanggup berjuang bermati- matian
untuk mempertahankan negara. Akhirnya, mereka tidak mudah gentar dan menyerah kalah kepada musuh.

4.Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai sumbangan para pahlawan yang mempertahankan negara?
Pada pendapat saya, kita perlu menghargai sumbangan para pahlawan yang mempertahankan negara kerana mereka
telah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Selain itu, generasi kini dapat menikmati kehidupan yang damai
hasil perjuangan para pahlawan. Seterusnya, mereka sanggup berkorban nyawa untuk berjuang mempertahankan negara di
medan pertempuran. Akhirnya, mereka ikhlas berjuang dan tidak mengharapkan balasan atas sumbangan mereka.

5.Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang yang ingin bergelar pendekar? Berikan tiga ciri itu.
- bijaksana, berilmu, dan mempunyai pelbagai kemahiran serta kepandaian
- berani dan tidak gentar menghadapi cabaran
- amanah, berintegriti, dan bertanggungjawab terhadap tugas yang dipikul

4
6. Pada pendapat anda, mengapakah Jebat bersungguh-sungguh menuntut keadilan atas hukuman yang dikenakan
terhadap Tuah oleh pihak istana? Nyatakan tiga sebab anda.
- kerana Jebat tahu bahawa Tuah dijatuhkan hukuman akibat difitnah
- kerana pihak istana tidak menyiasat dengan teliti sebelum menjatuhi hukuman
- untuk menunjukkan bahawa Jebat memang bersifat setia kawan terhadap Tuah

*******************************************************************************************************
Soalan KBAT Komsas Tingkatan 4 : Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga

1. Peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa menuntut kita agar menjaga tutur kata. Pada
pendapat anda, apakah kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya seseorang itu gemar menuturkan kata-kata
negatif?
- tidak akan disukai/dihormati
- tidak akan dipercayai
- kehilangan rakan/sahabat/teman

2. Kemunculan media sosial seperti whatsapp, telegram, twitter dan facebook menjadi wadah kepada individu yang tidak
bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang boleh mempengaruhi minda pembacanya. Pada pendapat anda,
apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya anda menerima sesuatu berita yang diragui kebenarannya?
- bertanya kepada badan yang bertanggungjawab/menyiasat
- melaporkan berita kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya
- mengabaikan berita

3. Akhir-akhir ini golongan remaja banyak terlibat dalam masalah sosial.


Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang remaja dapat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan
negatif?
- Mendalami ilmu agama
- Bergaul dengan rakan yang berakhlak mulia
- Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah

4. Dalam rangkap kedua gurindam, penulis mengingatkan kita agar menjaga pendengaran. Pada pendapat anda,
mengapakah kita perlu memelihara pendengaran?
- Supaya diri terhindar daripada mempercayai sesuatu yang belum pasti/khabar angin/ negatif.
- Supaya pergaduhan atau perselisihan faham dapat dielakkan.

5. Pada pendapat anda, wajarkah kita mengambil berat tentang penjagaan pemakanan? Jelaskan dua alasan
anda.
Wajar kerana:
- mengelakkan diri daripada menghidap penyakit berbahaya
- menjadikan tumbesaran badan lebih sempurna minda lebih cerdas
- menjimatkan kos perubatan

Soalan KBAT Komsas Tingkatan 4 : Sajak www.sibermerdeka.com.my

1. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan masalah yang akan timbul pada
kemudian hari?
Pada pendapat saya, antara langkah ialah kita boleh membuat perancangan awal sebelum melakukan sesuatu perkara. Selain
itu, saya boleh memperoleh nasihat daripada ibu bapa sebelum melakukan sesuatu. Seterusnya, saya juga boleh berbincang
dengan kawan supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

2. Pada pandangan anda, apakah persediaan yang seharusnya kita lakukan untuk mengharungi kehidupan yang penuh
cabaran dan dugaan ini?
Persediaan yang seharusnya kita lakukan
- Mendalami ilmu duniawi dan ukhrawi untuk menangkis cabaran/pengaruh negatif
- Meningkatkan jati diri agar tidak mudah terpengaruh
- Memiliki kemahiran yang diperlukan

*******************************************************************************************************

5
Soalan KBAT Komsas Tingkatan 4 : Sajak Sang Gembala Kuda

1. Raja ialah simbol kekuasaan sesebuah negara. Pada pendapat anda, bagaimanakah raja mengukuhkan kekuasaannya?
- Mewujudkan undang-undang yang ketat
- Membina sebuah bangunan yang agung
- Mengiktiraf dirinya sebagai raja berkuasa mutlak

2. Masalah penyalahgunaan kuasa telah menjadi satu wabak penyakit yang telah lama menular dalam kehidupan
masyarakat. Pada pendapat anda, apakah kesannya kepada negara jika masalah tersebut tidak dibendung.
- Rasuah semakin berleluasa
- Negara akan mundur dan rakyat akan lebih miskin akibat penindasan
- Berlakunya penentangan rakyat terhadap pemerintah.

3. Pada pendapat anda, apakah simbolik penggunaan cemeti dalam sajak tersebut?
- simbol kuasa yang ada pada gembala kuda untuk mengawal kuda-kuda jagaannya.
- simbol keberanian untuk menakutkan kuda-kuda jagaannya
- sebagai senjata semasa menjalankan tugas

4. Pada pendapat anda, wajarkah penggembala kuda bertindak kasar terhadap kuda-kudanya?
Wajar kerana:
- kuda haiwan yang liar dan ganas
- cara untuk mendisiplinkan kuda
- banyak kuda yang perlu dikawal

5. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menghindari sifat mementingkan diri? Kemukakan empat cadangan.
- mewujudkan sikap suka akan hidup bekerjasama dalam kehidupan
- meletakkan kehendak orang lain lebih utama daripada kehendak kita
- menghindari sika suka mengambil kesempatan terhadap kelebihan orang lain
- melatih diri suka akan amalan berkongsi

******************************************************************************************************
Soalan KBAT Komsas Tingkatan 4 : Cerpen Munsyi

1. Cara-cara untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang


- Memperkukuh ilmu agama
- Penerapan semangat cinta akan negara / jati diri dalam mata pelajaran di sekolah
- Penggunaan bahasa kebangsaan dalam komunikasi rasmi dan harian
- Pengajaran tentang sejarah negara merentas kurikulum
- Kempen / program semangat jati diri secara berterusan

2. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan Peristiwa 13 Mei berulang kembali
- Dasar / sistem pendidikan yang sama bagi semua kaum
- Merapatkan jurang ekonomi antara kaum
- Pemimpin jangan memainkan fahaman politik
- Peranan media menguar-uarkan kepentingan perpaduan.
- Penjajahan terhadap sesebuah negara meninggalkan kesan yang sangat besar kepada rakyat.

3. Kesan penjajahan kepada rakyat


- kehilangan ahli keluarga yang mati terkorban
- kehilangan tempat tinggal yang menjadi sasaran penjajah
- kecederaan atau lumpuh seumur hidup akibat terkena tembakan

6
4. Pada pendapat anda, selain berbekalkan ilmu pengetahuan, apakah persediaan-persediaan lain yang perlu
dilakukan sebelum seseorang itu berhijrah ke tempat lain?
Persediaan sebelum berhijrah ke tempat lain
- mengenali dan mempelajari bahasa di tempat baharu
- membaca buku yang berkaitan dengan adat resam dan pantang larang di tempat baharu
- mengkaji dan mencari maklumat tentang tempat yang penting dan nombor kecemasan di tempat baharu

*********************************************************************************************
Soalan KBAT Komsas Tingkatan 4 : Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

1. Langkah-langkah pihak kerajaan untuk mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan
- Menyediakan rumah / tempat penginapan
- Memberikan pekerjaan yang sesuai
- Memberikan bantuan perubatan / makanan
- Memberikan bantuan kewangan

2. Cara untuk menaikkan nama negara dalam bidang pelancongan


- Meningkatkan perpaduan agar tiada berlaku pergaduhan kaum
- Tambah baik infrastruktur untuk kemudahan kepada pelancong
- Mengadakan Kempen Tahun Melawat Malaysia agar banyak yang datang ke Malaysia
- Jaringan pengangkutan untuk memudahkan pelancong ke destinasi

3. Langkah-langkah yang patut dilakukan sebelum melancong ke luar negara.


- Kenal pasti tahap keselamatan negara tersebut.
- Mengetahui adat resam dan budaya
- Mempelajari sedikit bahasa negara tersebut.
- Menukar mata wang negara tersebut.

4. Pengguna bijak akan membeli barangan berkualiti, membuat perbandingan harga, dan membuat pilihan yang tepat. Pada
pendapat anda, bagaimanakah pengguna boleh membuktikan bahawa mereka tergolong dalam golongan pengguna yang
bijak berbelanja?
Pada pendapat saya, pengguna boleh membuktikan bahawa mereka tergolong dalam golongan pengguna yang bijak
berbelanja dengan cara:-
1 Membuat senarai barangan yang ingin dibeli sebelum berbelanja
2 Membandingkan harga barangan yang ingin dibeli sebelum membeli
3 Membeli bahan yang tidak mudah rosak secara pukal.
4 Membeli barangan mengikut keperluan bukannya mengikut nafsu
5 Mengamalkan amalan berjimat cermat ketika berbelanja
6 Mengelakkan diri daripada membeli barangan berjenama sahaja
7 Membeli barangan yang ada promosi
8 Masak makanan dan makan di rumah
9 Mengelakkan diri berbelanja dengan menggunakan kad kredit

5. Pada pendapat anda, bagaimanakah bebanan kehidupan warga emas yang miskin dapat dikurangkan?
Pada pendapat saya, bebanan kehidupan warga emas yang miskin dapat dikurangkan dengan menyediakan rumah mampu
milik kepada mereka. Selain itu, mereka boleh ditawarkan pekerjaan yang sesuai dengan keupayaan mereka. Di samping itu,
pihak hospital dan klinik patut memberikan rawatan perubatan dengan mengenakan caj yang minimum kepada golongan
tersebut.

7
6. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah warga
emas yang hidup gelandangan?
Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah warga emas yang
hidup gelandangan ialah menyediakan tempat tinggal kepada warga emas. Selain itu, kerajaan perlu memberikan peluang
pekerjaan yang sesuai untuk warga emas mencari rezeki. Seterusnya, kerajaan sewajarnya menyediakan bantuan kewangan
khas kepada warga emas yang memerlukan.

7. Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang
– Bersikap ramah dengan penduduk tempatan
– Mengenali adat dan budaya di negara tersebut
– Bersikap fleksibel dan terbuka terhadap teguran masyarakat sekeliling

**********************************************************************************************
Soalan KBAT Komsas Tingkatan 4 : Drama Berkhidmat untuk Negara

1.Usaha-usaha meningkatkan semangat patriotik generasi muda selain menyertai PLKN


- Ibu bapa membawa anak-anak menyertai Sambutan Bulan Kemerdekaan.
- Ibu bapa membawa anak-anak melancong / melawat tempat bersejarah.
- Kerajaan melancarkan kempen kesedaran tentang kepentingan semangat patriotik.
- Media massa menyiarkan rancangan / filem / drama / dokumentari bertemakan semangat patriotik.

2. Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan bidang kesusasteraan tanah air
- Pihak Kementerian Pendidikan memperkasakan subjek kesusasteraan di peringkat sekolah
- Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran .
- Sekolah menjemput tokoh sastera untuk berkongsi ilmu pengetahuan/pengalaman.
- Pihak kerajaan mempergiat kempen mempelajari bidang kesusasteraan.

3. Cara media massa memupuk rasa cinta terhadap budaya warisan.


- Banyak menyiarkan hasil penulisan budaya warisan
- Banyak menayangkan rancangan berunsurkan budaya warisan
- Mengadakan kempen cintai budaya warisan
- Mewujudkan laman sosial berkaitan budaya warisan.

4. Tindakan ibu Aiman memastikan Aiman tidak berasa terus diabaikan oleh ahli keluarganya.
- Sediakan makanan untuk Aiman/makan bersama-sama
- bertanyakan /membincangkan / menyelesaikan masalah yang dihadapi
- beribadat/bersolat bersama-sama
- memberi hadiah/pujian atas kejayaan Aiman

5. Kebaikan melaksanakan program PLKN mengikut acuan sendiri


- remaja bangga akan negara sendiri/ menghargai negara
- memupuk jati diri yang kental/identiti negara
- melahirkan remaja yang berdisiplin/bersahsiah terpuji
- sanggup berjuang mempertahankan negara

6. Langkah-langkah memastikan remaja terus berminat menyertai PLKN


- jangka masa latihan sesuai/tidak terlalu lama
- aktiviti riadah/sukan yang menyeronokkan / sesuai dengan remaja/sukan lasak
- kemudahan kem yang sentiasa selesa/kondusif/lengkap
- elaun yang tinggi

7. Kesibukan kerjaya salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berasa diabaikan kerana ibu bapa kurang meluangkan
masa bersama anak-anak mereka. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh ibu Aiman bagi
memastikan Aiman tidak berasa diabaikan oleh ahli keluarganya
Pada pendapat saya, cara ibu aiman untuk memastikan Aiman tidak berasa diabaikan oleh keluarga dengan:-
- sediakan makanan untuk Aiman/ makan bersama-sama
- bertanyakan/ membincangkan/ menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anaknya
8
- sentiasa ambil berat pelajaran Aiman
- beribadat/ bersolat bersama-sama
- sentiasa menegur/ memberi nasihat
- memujuk/ menenangkan perasaan/ berkongsi suka duka/ kegembiraan
- memberi hadiah/ penghargaan/ pujian atas kejayaan Aiman
- menemani Aiman mengulang kaji/ belajar
- membawa Aiman ke taman reakreasi/ bersukan/ berkelah

Anda mungkin juga menyukai