Anda di halaman 1dari 1

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru negara kita tentang

kes penyeludupan manusia Oleh itu, sebagai warganegara yang berwawasan dan berpandangan jauh ke hadapan, kita hendaklah prihatin dengan isu yang semakin hangat dibincangkan ini. Secara konseptualnya, kes penyeludupan manusia merupakan satu kegiatan jenayah yang boleh menjejaskan keselamatan negara dan juga integriti kedaulatan negara ini. Kes penyeludupan manusia ini tidak wajar berlaku kerana jenayah sebegini adalah melanggar hak asasi manusia ke atas individu yang diperdagangkan. Pada era pascamerdeka ini, kes jenayah menggusarkan ibu bapa yang mempunyai anak yang seusia dengan kanak-kanak tersebut. dan penculikan kanak-kanak semakin menjadi-jadi sehingga menjadi topik hangat dalam media massa. Budak-buadak yang malang itu telah menjadi mangsa rogol dan dibunuh oleh binatang yang betopeng manusia. .Kes-kes tersebut turut diperkatakan dari warung kopi hingga persidangan parlimen. Kes-kes jenayah kanak-kanak telahmenggusarkan ibu bapa yang mempunyai anak yang seusia dengan kanak-kanak tersebut. Kesimpulannya, kes penyeludupan manusia merupakan jenayah terancang yang memerlukan komitmen semua pihak untuk mengatasinya. Untuk keselamatan negara dan keharmonian negara, jenayah penyeludupan manusia ini perlulah dicegah dengan perundangan dan ketegasan. Dalam pada itu, masyarakat kita hendaklah mempunyai kesedaran untuk membantu pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini dengan melaporkan kes penyeludupan manusia yang berlaku dan tidak bersaubahat dengan penjenayah. Jika semua pihak bersatu padu, kes penyeludupan manusia tidak akan berlaku di negara kita. Mudah-mudahan, negara yang kita cintai ini akan bebas daripada kes penyeludupan manusia yang tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia ini.

Anda mungkin juga menyukai