Anda di halaman 1dari 4

Cara membentuk pelajar disipin

Dalam meladeni arus pascamodenisme yang semakin mencabar dari semasa ke


semasa ini, nusa yang kita cintai ini semakin utuh dan terkenal di persada
antarabangsa. Jelas bahawa pembangunan negara kita semakin rancak dan selaras
dengan negara-negara maju yang lain bak aforisme yang sering diperkatakan, duduk
sama rendah berdiri sama tinggi. Namun begitu, dari segi pembangunan atau
pembinaan jati diri murid yang berdisiplin, negara kita masih belum berjaya
sepenuhnya. Semakin negara kita berusaha mencapai status negara maju, semakin
meningkat peratus pelajar sekolah yang terlibat dengan gejala-gejala yang tidak sihat.
Hal ini telah diakui oleh Datuk Ahmad Fuad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran
dalam satu program temu bual tv. Usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak untuk
mengatasi kemelut yang semakin meruncing ini. Saya sebagai seorang pengawas yang
telah diberikan mandat oleh pihak sekolah, mempunyai cara yang tersendiri untuk
membentuk murid yang berdisiplin. Izharnya, seseorang individu yang bergelar
pengawas berperanan penting dalam membantu pihak sekolah dalam membentuk murid
yang berdisiplin.
Peranan utama saya untuk membantu pihak sekolah dalam membentuk murid
yang berdisiplin adalah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan sekolah
dengan sebaik mungkin. Hal ini saya anggap afdal kerana pengawas telah
diklasifikasikan sebagai orang kedua selepas guru dalam membentuk peribadi murid
yang mulia dan mengharmonikan sekolah. Soal membentuk dan melahirkan murid yang
berdisiplin amat penting kerana Khalifah Umar Al-Khattab pernah berkata, Jika kamu
ingin mengetahui masa depan sesebuah negara, lihatlah generasi muda yang berada di
hadapan anda. Maka,kata-kata ini menunjukkan bahawa generasi muda yang
berdisiplin, berdedikasi dan beriltizam dalam setiap aspek amat penting kepada negara
dan jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada generasi muda itu. Jadi, saya
sebagai pengawas akan menguatkuasakanundang-undang dan peraturan sekolah
dengan melakukan beberapa tindakan yang sewajarnya diimplementasikanoleh seorang
pengawas sekolah seperti menegur pelajar-pelajar yang berambut panjang, memantau
mereka yang berpakaian tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya dan meleraikan
pergaduhan antara mana-mana pelajar sekiranya difikirkan tindakan itu tidak
membahayakan nyawa. Tindakan-tindakan seperti ini penting atau adiwarna diambil
demi memastikan keadaan sekolah aman, sesi pembelajaran (P&P) berjalan lancar dan
perhubungan pelajar sentiasa terkawal. Tuntasnya, penguatkuasaan peraturan sekolah

merupakan elemen yang penting dalam membentuk modal insan yang madani dan
syumul.
Selain itu, modus operandi lain yang sepatutnya saya lakukan adalah
menunjukkan teladan yang baik kepada semua pihak terutama rakan murid dalam
semua aspek termasuk pemakaian, pertuturan, pembelajaran dan yang paling penting,
sikap dan perwatakan. Hal ini demikian kerana para pelajar atau murid merupakan
insan yang baru sahaja mengenali dunia sebenar. Ramai pelajar atau murid yang masih
mentah

dan

mudah

terpengaruh

dengan

sesuatu

perkara

terutama.

Jika

persekitarannya baik, maka baiklah seseorang itu. Jika persekitaran sebaliknya pula
muncul, natijah yang membawa impak negatif akan menjuarai tindakan seseorang.
Jadi, para pengawas seharusnya berupaya menjadi suri teladan kepada orang lain dan
seharusnya memantapkan diri lagi dengan sifat-sifat yang mulia dan berkarisma.
Keupayaan

untuk

melakukan

pengawasan

dan pengawalan secara

berhikmah

merupakan aset berharga seorang pengawas. Saya yakin dan percaya bahawa para
pengawas yang mempunyai keperibadian mulia seperti ini sentiasa didambakan oleh
para murid justeru menjadikan para pengawas ini sebagai kawan. Jadi, kita seharusnya
mendekati para murid itu dengan harapan agar mereka akan menjadi seperti diri kita
sendiri. Dengan itu, murid yang berdisiplin dapat dibentuk manakala beban sekolah
untuk memastikan semua murid berdisiplin dapat dikurangkan. Senario ini persis
slogan ,Hulurkan tangan ringankan beban. Oleh itu, melalui peranan ini, saya
berharap agar dapat membantu sekolah membentuk murid yang berdisiplin di samping
mengekalkan nama baik sekolah.
Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan
adalah sentiasa bersama dengan para murid yang bermasalah dengan nawaitu ingin
memberi nasihat dan panduan kepada mereka. Langkah turut serta ini menurut
seorang motivator terkenal , Dr. Hushim Yahaya merupakan langkah turun padang
yang akan merapatkan dan memantapkan hubungan pemimpin dengan pihak yang
dipimpin. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, Anak-anak yang dilahirkan ibarat
sehelai kain putih yang bersih lagi suci. Maka, terpulanglah kepada ibu bapa untuk
membentuk akhlak anak-anak sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Melalui
sabda Rasulullah S.A.W. ini, dapatlah kita simpulkan bahawa anak-anak ataupun para
murid merupakan manusia yang memerlukan bimbingan dan dorongan daripada semua
pihak. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak.
Sesetengah murid yang mempunyai masalah tidak mendapat perhatian daripada ibu

bapa yang sibuk bekerja akan melepaskan perasaan tidak puas hati mereka itu di
sekolah dengan melanggar peraturan sekolah bermotifkan dendam untuk menyakitkan
hati kedua ibu bapa. Saya berpendapat bahawa dengan cara mendekati para murid
serta bertanyakan masalah mereka, akan mengurangkan rasa ingin memberontak
dalam diri mereka. Dengan memberi nasihat dan menyelesaikan masalah mereka
melalui kaedah yang betul, hal ini secara tidak langsung akan menarik minat mereka
untuk menjadi murid-murid yang berdisiplin dan berwawasan. Oleh itu, peranan seperti
ini perlulah dimainkan agar masyarakat kamil dapat diwujudkan.
Dalam pada itu, mengajak dan mendorong rakan-rakan melakukan kebaikan
merupakan satu tanggungjawab yang sepatutnya saya lakukan bersama dengan muridmurid yang lain. Allah swt. amat menyukai hamba-Nya melakukan kebaikan dengan
penuh ketakwaan. Justeru kita boleh memberi panduan, bimbingan dan dorongan serta
perangsang kepada para murid yang ingin melakukan kebaikan dengan harapan
mereka akan seronok dan teruja melakukan amalan murni ini kerana ada orang atau
pihak yang menyokong setiap perbuatan yang dilakukan mereka di samping mereka
mendapat ganjaran daripada Allah swt. Selain itu, saya akan berusaha sedaya upaya
untuk sentiasa menanamkan sifat-sifat mahmudah dalam diri mereka. Ramai pemikir
termashyur seperti Confucius dan Socrates juga amat menekankan penyemaian nilainilai moral dalam diri setiap manusia. Jadi, dengan langkah itu, para murid akan lebih
tertarik untuk melakukan kebaikan berbanding keburukan. Izharnya, modus operandi
seperti ini seharusnya saya lakukan demi memastikan murid yang berdisiplin dapat
dibentuk bak kata pepatah, Di mana ada kemahuan, di siru ada jalan.
Peranan saya yang terakhir adalah memastikan bahawa saya berfungsi
sebagai perantara yang berkesan antara para murid dengan pihak sekolah. Saya
seharusnya berupaya menyampaikan maklumat yang jelas kepada murid tentang
pelaksanaan peraturan dan undang-undang sekolah agar murid memahami dan
menerima perkara tersebut dengan sebaik mungkin. Manakala pihak sekolah yang
terdiri daripada pengetua dan lembaga disiplin sekolah serta kaunselor akan saya dan
rakan-rakan pengawas yang lain nyatakan permasalahan murid dengan penuh hikmah
dan sempurna. Saya merasakan bahawa kemampuan berkonikasi secara berkesan
dengan rakan murid dan guru merupakan suatu aset penting. Apabila bercakap dengan
murid yang nakal, seharusnya saya menunjukkan sikap yang tegas. Apabila
menyampaikan pengumuman semasa perhimpunan, saya akan berusaha menyampaikan
informasi dengan jelas. Dengan ini, mesej pihak sekolah akan dapat difahami oleh

semua pihak. Jelasnya, peranan ini akan memantapkan hubungan murid dengan pihak
sekolah yang akhirnya membentuk disiplin murid.
Kesimpulannya, tiada penyakit yang tiada ubatnya, dan tiada racun yang tiada
penawarnya. Maka, modus operandi yang konkrit, sistematik dan pragmatik perlu
diimplementasikan secara berterusan agar murid yang berdisiplin dapat dibentuk. Saya
dan beberapa pihak yang lain seperti badan pengawas dan pihak sekolah akan sentiasa
menacri jalan atau alternatif untuk memastikan murid yang berdisiplin dapat dibentuk
dan hasrat kerajaan untuk melihat sifar masalah disiplin dapat direalisasikan pada
tahun 2020. Hasrat kerajaan untuk memperkukuh gagasan 1Malaysia akan tercapai
dengan terbentuknya murid yang berdisiplin berteraskan nilai perpaduan dan ketaatan.
Saya berharap agar peranan yang saya kemukakan tadi akan dapat saya realisasikan
dan diadaptasi oleh rakan pengawas yang lain serta pihak-pihak yang lain.

Anda mungkin juga menyukai