Anda di halaman 1dari 10

1.

0 Definisi
Menurut Kamus Dewan, ciplak atau plagiarisme bermaksud "perbuatan meniru atau
mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya
tersebut sebagai usahanya sendiri".Dalam bidang akademik, gejala menciplak oleh
pelajar, profesor dan penyelidik dianggap sebagai penyelewengan akademik dan
pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah digantung atau dibuang dari
universiti.Me niru boleh didefinisikan dalam pelbagai bentuk, cara mahupun bahasa.
Dalam konteks yang mudah, meniru boleh didefinisikan sebagai mengambil hak
cipta orang lain secara sengaja dan dengan niat meniru tidak kira dari segi
perbuatan, tingkah laku, percakapan, hasil kerja bertulis, rakaman video dan audio,
demi untuk kepentingan sendiri.
2.0 Pengenalan
Meniru adalah sesuatu perbuatan yg umum. Kita boleh katakan ia perbuatan yg baik
dan tidak mengikut jenis peniruan yg kita lakukan. Jika kita ingin menghukumkan
perbuatan meniru itu secara zaatinya (perbuatan meniru itu sendiri) maka kita tidak
boleh mengatakan secara mutlak adalah haram kerana meniru boleh jugak
dimaksudkan dengan mencontohi sesuatu, seperti kita katakan kita meniru akhlak
Rasulullah SAW. Maka perbuatan meniru sebegini adalah perbuatan yg mahmudah
(terpuji).
Kalau dibincangkan secara spesifik kepada peperikasaan maka saya mengambil
fatwa yg dikeluarkan oleh Mufti Diyar Misriyyah Syeikhuna 'Ali Goma'a Hafizahullah
apabila ditanya oleh murid beliau. Maka jawabnya perbuatan meniru di dalam
peperiksaan adalah haram berdalilkan hadis Rasulullah SAW : "Man Ghassyana
Falaisa Minna" "Sesiapa yg menipu kami maka dia bukanlah drpd golongan kami"
Peperiksaan merupakan amanah kepada kita. Ianya merupakan amanah kita
dengan diri sendiri, amanah kita dgn ibubapa, amanah kita dgn guru, dan yg plg
utama amanah kita dgn Allah.
Cuba bayangkan jika kita mendapat pekerjaan dari hasil kita meniru di dalam
peperiksaan dahulu dan kita bagi anak dan isteri kita makan sedangkan hasil yg kita
dapat di atas jalan kezaliman kerana kita mengambil hak org lain yang sepatutnya

mendapat pekerjaan tersebut berdasarkan penilaian akademik yg sebenar. Adakah


rezeki yg kita dapat adalah HALAL? Ingatlah sabda Nabi SAW " La imana liman la
amanata lahu" "Tidak ada iman bagi sesiapa yg tidak ada amanah pada dirinya".
Ada pendapat yang mengatakan salah satu sifat manusia ialah meniru (imitate)
tingkahlaku atau tindak tanduk orang lain. Ketara sekali dikalangan kaum remaja.
Contohnya apabila seorang penyanyi atau jaguh sukan terkenal memotong
rambutnya, peminat-peminatnya juga mengikut dengan rambut pendek dan juga
yang botak.
Menurut Hellen (1997), pendidikan ditakrifkan sebagai proses abadi bagi
menyesuaikan perkembangan diri manusia dari segi jasmani, alam Aqli, kebebasan
dan perasaan manusia terhadap Tuhan sebagaimana ternyata dalam alam agliyyah,
perasaan dan kemahuan manusia. Matlamat pendidikan ialah apabila manusia
memperoleh pengetahuan dan kemahiran samada secara rasional atau akal untuk
mencapai kebendaan dan pentarafan, meningkatkan daya produktiviti dan
memperoleh kesenangan (Sidek Baba, 2006).
Namun demikian, amat mendukacitakan apabila terjadinya kes-kes pelajar meniru di
dalam peperiksaan terutamanya di kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi
samada di institusi pengajian tinggi awam mahu pun institusi pengajian tinggi
swasta. Meniru adalah merupakan satu kesalahan akademik yang serius. Meniru di
dalam ujian atau peperiksaan merupakan satu contoh yang disabitkan dengan
kesalahan meniru. Selain itu, kesalahan-kesalahan akademik yang lain termasuklah
membawa ke dalam dewan peperiksaan sebarang buku teks, buku nota,
memorandum atau lain-lain bahan yang bertulis atau mekanikal dan peralatan
elektronik yang tidak dibenarkan oleh pengawas peperiksaan.
Di samping itu, tindakan pelajar yang berhubung dengan orang lain atau menyimpan
bahan-bahan dengan tujuan untuk meniru di luar dewan peperiksaan tanpa
mendapat kebenaran pengawas peperiksaan juga dikategorikan sebagai kesalahan
meniru. Ada juga sesetengah daripada pelajar yang cuba bersubahat dengan
rakannya sendiri apabila sengaja meninggalkan kertas jawapan yang telah disiapkan
untuk dilihat dan ditiru oleh rakan-rakan yang bersebelahan dengan meja
peperiksaan mereka. Taktik lain yang digunakan oleh pelajar untuk meniru ketika

peperiksaan berlangsung termasuklah menulis di bahagian anggota badan terutama


di bahagian tangan dan kaki.
Menurut Graham, Monday dan OBrien yang membuat kajian di 500 buah kolej
mendapati bahawa 90% daripada responden mengakui telah meniru di dalam
peperiksaan lebih daripada sekali. Manakala kajian yang dilakukan oleh Roberts,
Anderson dan Yanish (1997) terhadap 422 responden mendapati 91.7% daripada
responden mengaku telah melakukan sekurang-kurangnya 1 daripada 27 item di
dalam kesalahan meniru.
Kes-kes pelajar meniru di dalam peperiksaan sebenarnya telah lama dikesan dan
direkodkan khususnya bagi kes-kes peniruan di institusi pengajian tinggi. Kadar atau
jumlah pelajar meniru iaitu peratusan pelajar yang meniru dikenalpasti pada masa
kini masih lagi berada pada tahap yang sama seperti tahun 1960an. Pada tahun
1970an hingga tahun 1980an, menyaksikan penurunan kadar pelajar yang meniru.
Namun, mulai tahun 1990an kadar ini terus meningkat (Bernard, 1998).
Bagi kes-kes yang ditangkap ketika meniru di dalam peperiksaan, pelbagai jenis
tindakan tatatertib dikenakan. Antaranya seperti dibuang dari mengikuti pengajian di
universiti setelah berulang kali melakukan kesalahan meniru sehingga tertangkap
(Kennedy, 2001). Sementara itu, tindakan tatatertib yang berbentuk amaran keras,
denda dan keputusan peperiksaan ditarik balik sering dikenakan di dalam kes-kes
peniruan di institusi pengajian tinggi diMalaysia.
Walaupun masalah ini serius, namun ianya sukar untuk dibendung. Kita semua
pernah menjadi pelajar dan kebanyakkan di antara kita pernah melalui pengalaman
sebegini. Kebarangkalaian untuk tidak pernah meniru seumur hidup dalam tipis
sekali. Mungkin di antara kita pernah membawa toyol semasa peperiksaan,
memberi kawan-kawan meniru jawapan dan menulis formula di atas kalkulatur,
menjeling-jeling rakan di sebelah dengan harapan dapat melihat jawapan mereka,
menyalin jawapan tugasan atau kerja rumah yang diberikan dan sebagainya.Ianya
telah menjadi kenangan sama ada kenangan yang pahit kerana ditangkap ketika
meniru atau kenangan yang lucu atas kebodohan diri sendiri kerana tidak arif dalam
cara-cara untuk meniru dan sebagainya.

Budaya meniru merupakan persoalan penting yang perlu diberikan perhatian sama
ada dari segi hiburan,akhlak atau pemikiran tidak hanya meniru dalam peperiksaan
atau kerja sekolah di mana islam sendiri memandang berat ancaman budaya meniru
ini. Sesungguhnya, meniru mempunyai aspek yang meluas, bergantung kepada
pemikiran dan tanggapan seseorang. Meniru ini tidak mengira jantina, berlaku pada
semua peringkat usia, bangsa mahupun agama. Perkara ini boleh berlaku pada bilabila masa dan tidak mengira tempat mahupun keadaan. Hal ini juga berlaku atas
sebab-sebab tersendiri demi untuk kepentingan individu atau sesebuah pihak.
Banyak faktor yang menyumbang ke arah masalah ini berlaku. Di sini, sedikit
sebanyak akan dikupaskan tentang fenomena ini dari aspek contoh-contoh meniru,
sebab-sebab meniru dan kesan meniru. Walaupun sesetengah pihak memandang
remeh

tentang

perkara

ini,

namun

perkara

ini

perlu

direnung

bersama.

3.0 Cara-Cara untuk Meniru dalam Peperiksaan.


1. Letak Buku Bawah Meja.

Teknik ini merupakan teknik yang sangat popular pada masa dahulu. Dari
zaman ibu bapa kita dahulu lagi teknik ini kerap kali digunakan. Cara-caranya ialah
para pelajar akan memastikan laci meja akan diletakkan menghadap mereka dan
apabila guru mengarahkan pelajar untuk mengalihkan laci tersebut ke bahagian
hadapan para pelajar tidak akan mengendahkan arahan guru. Mereka akan
memberi alasan bahawa mereka ingin meletakkan kotak pensil mereka di dalam laci
tersebut. Mereka beralasan bahawa jika mereka meletakkan kotak pensil di atas
meja, ianya akan mengganggu mereka semasa ingin menjawab soalan peperiksaan.
Jadi para pelajar akan memasukkan buku nota mereka di dalam laci meja dan
apabila guru tidak melihat mereka, mereka akan membuka buku tersebut dan cepatcepat menyalin jawapan yang terdapat di dalam buku tersebut.

2.Menulis Nota Diatas Meja.

Teknik ini tidak ketinggalan zaman lagi dan masih digunakan sehingga kini
walaupun guru-guru mungkin bakal mengesyaki berlakunya peniruan yang
melibatkan nota yang ditulis di atas meja. Para pelajar akan menulis nota atau
formula di atas meja dengan cara melukis gambar- gambar seperti gambar kartun
kemudian disebelah gambar tersebut mereka akan menulis nota dan segala formula
yang bakal mereka gunakan di dalam peperiksaan. Motif lukisan itu ialah
untuk mengaburi mata guru yang mengawasi mereka. Para pelajar kerap kali
menggunakan teknik ini kerana mereka berpendapat bahawa apabila menggunakan
teknik ini, mereka kurang disyaki meniru. Apabila mereka disyaki meniru, mereka
akan mengatakan bahawa bukan mereka yang menulis nota di atas meja tersebut.
Jadi, guru tidak boleh menuduh mereka sesuka hati kerana tidak ada bukti yang
mengatakan bahawa mereka yang menulis nota tersebut.

3.Letak nota bawah baju atas kain (Perempuan shj)

Para pelajar perempuan kerap kali menggunakan taktik ini semasa meniru.
Mereka akan melekatkan nota di atas kain mereka kemudian ditutup dengan baju
kurung putih yang labuh itu. Mereka akan mengangkat baju mereka apabila ingin
melihat nota yang telah mereka sediakan. Mereka menggunak taktik ini kerana
mereka sedar bahawa guru-guru tidak akan sedar bahawa mereka membawa nota
untuk peperiksaan kerana guru kerap kali membuat pemeriksaan mengenai nota-

nota di dalam kotak pensil sahaja. Dengan menggunakan taktik ini juga mereka
dapat meniru dan menyalin jawapan dengan sangat mudah tanpa risau ataupun
takut disyaki oleh guru. Mereka juga boleh membawa banyak nota- nota yang
mereka rasa dapat membantu mereka semasa menjawab soalan peperiksaan.
6.Nota Di Kuku

Menulis maklumat menggunakan pensil atau pen di kuku merupakan teknik


yang jarang digunakan kerana ianya mengambil masa yang lama untuk menulis di
atas kuku. Tambahan pula, menulis di atas kuku sangatlah sukar kerana permukaan
kuku yg licin. Selain itu, ruang untuk menulis nota juga sangat terhad. Jadi para
pelajar terpaksa meringkaskan nota mereka menggunakan istilah- istilah tertentu
ataupun akronim. Apabila guru datang, mereka akan cepat-cepat memadam semua
maklumat yang telah mereka tulis di atas kuku mereka. Mereka akan menulis di atas
kuku mereka sebelum masuk ke dewan peperiksaan ataupun pagi sebelum ,mereka
datang ke sekolah. Mereka hanya akan menulis isi-isi penting sahaja seperti
jawapan bagi soalan-soalan yang tellah diramal bakal keluar pada hari peperiksaan..
7.Letak Nota Dikalkulator

Cara ini merupakan cara yang kerap kali digunakan oleh para pelajar sekolah
menengah. Para pelajar akan menyelitkan nota - nota kecil bagi menggantikan
kertas yang memang sedia ada di bahagian penutup kalkulator tu. Mereka akan
menyelitkan nota-nota penting di dalam penutup kalkulator tersebut dan meletakkan
penutup kalkulator dibelakang kalkulator, jadi, guru pasti tidak akan nampak nota

yang telah mereka selitkan. Jadi mereka akan berpura- pura melihat kalkulator
apabila ingin meniru. Bagi para pelajar yang pandai mengedit, mereka akan menaip
semula formula- formula dan nota- nota yang menyerupai latar belakang kalkulator
atau manual penggunaan kalkulator tersebut dan juga kertas- kertas lain yang ada di
dalam kalkulator tersebut. Kemudian mereka akan berpura-pura seperti melihat cara
penggunaan kalkulator tersebut padahal mereka membaca kembali nota yang telah
mereka sediakan.
8.Letak Nota Bawah Tudung

Taktik ini sangat terkenal dalam kalangan pelajar perempuan.Caranya sama macam
cara biasa iaitu para pelajar perempuan akan menulis nota-nota penting dan
tampalkan nota tersebut di bahagian belakang tudung. Jadi apabila mereka ingin
melihat nota tersebut, mereka akan terbalikkan tudung itu dengan penuh hati-hati.
10. Letak Nota Bawah Peha

Ha!!! this one paling feveret budak budak laki ..kot..


cikgu-cikgu selalunya mmg jarang check note bawah peha budak-budak.
tapi itulah hakikatnya dimana terletaknya rahsia segala rahsia

14. Menulis di lengan dengan memakai baju lengan panjang.

Ya, ya.. inilah taktik yang lama dan rasanya ramai yg x buat dah. sebagai renungan
dan panduan cikgu-cikguperhatikan budak-budak yg tetiba lipat baju lengan panjang
tuh x pun yg tak butang baju tersebut.
Caranya, nota ditulis disepanjang lengan dan membacanya dengan membuka
butang dan letak tangan berdekatan kertas soalan.
18. Label Botol Minuman
Ini memang agak popular di negara barat. Caranya label botol minuman
ditanggalkan dan discan. Selepas tu, digantikan maklumat label di botol tu dengan
nota dan formula. Label dicetak dan ditampalkan semula di botol minuman. Tetapi di
Malaysia, selalunya pelajar diarahkan meletakkan botol minuman di lantai sebelah
meja mereka.

Label botol minuman 2


Cara menggunakan label botol minuman yang kedua ni lebih mudah. Untuk ini mesti
menggunakan botol transparent. Label botol minuman ditanggalkan dan bahagian
belakang label ditulis dengan nota atau formula. Kemudian label dilekatkan semula
pada botol.

Guna tisu atau sapu tangan

Tisu dan sapu tangan ni merupakan medium yang paling senang digunakan semasa
peperiksaan. Sedikit nota atau formula ditulis pada tisu dan sapu tangan itu dan
digunakan untuk mengelap meja. Kemudian,melipat tisu itu sambil melihat nota
mereka.

Rujukan:
Marini Mohd Thaib. (2007). Kajian Kes Meniru Melibatkan Pelajar Dalam
Peperiksaan di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana.
Bernard, E.W. (1998). Factors Associated With Cheating Among College Students:
A Review. Research in Higher Education.
Hellen, H. dan Sally, B. (1997). 500 tips for school improvementLondon:Kogan
Page.

Kennedy

(2001).

Academic

Dishonesty

Cases

are

Increasing

at

Suny-

Binghamtom. Dipetik
pada 26 Januari 2007.
http://www.studentadvantage.com/lycos/article/1.html
Roberts, P., Anderson, J. and Yanish, P (1997). Academic misconduct: where do we
start?. Northern Rocky Research Association
Sidek Baba (2006). Pendidikan Rabbani : mengenal Allah melalui ilmu dunia. Shah

Anda mungkin juga menyukai