Anda di halaman 1dari 8

SMJK NAN HWA

PENDIDIKAN SIVIK DAN


KEWARGANEGARAAN
2017

FOLIO : KERJAYA
(GURU MATEMATIK SK)

NAMA : NURAIN NADIAH


BINTI BAHARUDIN

TINGKATAN : 5SA

GURU PENILAI : PN. KAMELAWATI


ISI KANDUNGAN

MUKA
BIL TAJUK
SURAT

1. MENENTUKAN HALA TUJU MASA DEPAN

2. PEMILIHAN KERJAYA DAN SEBABNYA

3. PERANCANGAN

4. HARAPAN TERHADAP PENCAPAIAN KENDIRI

5. BORANG REFLEKSI INDIVIDU


1. MENENTUKAN HALA TUJU MASA DEPAN

Saya bercita-cita ingin mengikuti jejak langkah ibu saya yang bekerja
sebagai seorang guru mata pelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah.
Minat saya yang mendalam terhadap mata pelajaran Matematik telah
mendorong saya untuk menjadi seorang guru Matematik.

Definisi Guru - Guru adalah semua orang yang berwenang dan bertanggung
jawab terhadap pendidikan murid-murid, baik secara individual mahupun
klasikal, baik di sekolah mahupun luar sekolah”. Ini bererti bahawa seorang
guru harus memiliki dasar-dasar kompetensi dan kemampuan dalam
menjalankan tugas. Berdasarkan huraian di atas, dapatlah dipahami bahawa
kompetensi guru merupakan suatu kemampuan yang mutlak dimiliki oleh
seorang guru, baik dari segi pengetahuan, keterampilan dan kemampuan serta
tanggung jawab terhadap murid-murid yang di asuhnya,sehingga tugasnya
sebagai seorang pendidik dapat terlaksana dengan baik.
2. PEMILIHAN KERJAYA DAN SEBABNYA
Faktor utama yang menjadi pendorong kepada saya untuk menjadi
seorang guru Matematik di peringkat sekolah rendah ialah ibu saya yang
tercinta. Ibu saya merupakan seorang guru Matematik dan sedang mengajar di
Sekolah Kebangsaan Saint Francis, Sitiawan. Ibu sering membawa saya ke
sekolahnya sejak saya kecil lagi. Saya berasa sangat tertarik terhadap perofesion
ini apabila saya melihat ibu saya yang sedang mengajar. Saya berasa bangga
apabila murid mengatakan ya yang menandakan bahawa mereka memahami apa
yang diajar oleh ibu saya. Hal ini kerana ibu yang merupakan seorang guru telah
melaksanakan tugas dengan jayanya. Tambahan pula, minat saya saya yang
mendalam terhadap mata pelajaran Matematik menyebabkan saya ingin
menjadi seorang guru Matematik.

Selain itu, saya ingin memajukan generasi bangsa. Bapa pendidikan


moden Jepun, Fukuzawa Yukichi pernah mengatakan bahawa kunci kemajuan
suatu bangsa terletak pada pendidikan. Tambahan pula, kerjaya ini merupakan
salah satu sarana untuk membantu sesama insan. Dengan menjadi pendidik,
ilmu yang kita miliki dapat dibagi kepada orang lain dan membuat kehidupan
mereka menuju arah yang lebih baik. Hal ini sangat istimewa kerana ketika kita
berbagi sesuatu hal yang bersifat material, maka material tersebut akan habis
dibagikan. tetapi jika kita berbagi ilmu, ilmu tersebut tidak akan pernah habis,
malah akan semakin banyak.

Seterusnya, saya merupakan seorang yang sayang akan kanak-kanak.


Dengan mengajar di sekolah rendah, saya akan dapat mengenali serta
berkomunikasi murid-murid yang beragam karakter. Mulai dari murid yang
baik, rajin, hingga yang malasnya luar biasa. Selain itu, saya dapat melatih
kesabaran dalam melayan karenah murid-murid ini.

Selanjutnya, saya ingin membantu murid-murid mencapai kejayaan


dalam kehidupan. Hal ini kerana, setiap murid yang tidak mengerti tentang
sesuatu hal lalu belajar untuk mengetahuinya melalui bantuan guru. Perasaan
gembira seorang guru ketika seorang murid yang telah diprediksikan tidak naik
kelas dapat berjaya di tangan guru, maka ini mampu membuat stres yang
biasanya datang dalam pekerjaan hilang. Saya ingin menjadi seorang guru
bukanlah sebab profesion ini menawarkan gaji yang banyak sebaliknya
kemuliaan pekerjaannya mendorong saya untuk menjadi seorang guru. Saya
ingat ada pepatah mengatakan “guru adalah figura pahlawan”.
3. PERANCANGAN

SPM IPG SK

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah program yang


dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang
pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.. Pengajian PISMP di IPG
adalah selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester.

Kelulusan yang diperlukan :

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang.


Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5)
mata pelajaran.
Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang
berikut iaitu:
i. Bahasa Melayu; dan
ii. Sejarah.
Lulus Bahasa Inggeris.
Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
SENARAI IPTA DAN IPTS YANG MENAWARKAN
BIDANG PENDIDIKAN MATEMATIK
IPTA

1.

2.

3.

IPTS

1.
4. HARAPAN TERHADAP PENCAPAIAN KENDIRI
Saya berharap agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan spm yang akan saya tempuhi tidak lama lagi.

Selain itu, saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Saya akan
menyediakan jadual waktu belajar dan saya akan mengikutinya dengan tegas
sekiranya saya ingin mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Hal ini
demikian kerana berdasarkan satu kajian, jadual waktu belajar dapat
membantu para pelajar menguruskan masa secara berkesan supaya mereka
akan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengulang kaji pelajaran
dengan lebih menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan.
Malah, jika saya mengikut jadual waktu belajar yang telah saya tetapkan
dengan apabila peperiksaan sudah hampir kerana peribahasa menyatakan
bahawa sediakan payung sebelum hujan

Seterusnya, saya akan mengikuti kelas tuisyen. Jika saya segan bertanya guru-
guru di sekolah, bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di
kelas tuisyen tetapi saya juga perlulah menghapuskan perasaan segan
bertanya kepada guru-guru di sekolah kerana bak kata pepatah “malas
berkayuh perahu hanyut”, “segan bertanya sesat jalan”. Malahan, jika saya
tidak memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru-guru di pusat tuisyen,
maka bolehlah saya bertanya kepada guru-guru yang mengajar di kelas
tuisyen.

Akhir sekali, saya juga akan mematuhi segala nasihat daripada kedua-dua ibu
bapa saya dan saya juga akan sentiasa berdoa kepada Tuhan. Kata orang tua-
tua, “Tuhan hanya akan menolong dan memberkati hidup anak yang taat
kepada ibu bapa”, Kenyataan ini pasti benar kerana orang-orang tua
mempunyai lebih banyak pengalaman. Saya akan sentiasa patuh pada nasihat
dan asuhan ibu bapa kerana saya sedar bahawa syurga terletak di telapak kaki
ibu. Misalnya, ibu bapa saya akan selalu menasihati saya untuk belajar
bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya akan berusaha secara gigih untuk
memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai