Anda di halaman 1dari 26

SINOPSIS NOVEL TIRANI

Novel Tirani mengisahkan kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-


bagai cabaran dan dugaan dengan jiwa dan semangat yang kental. Cerita novel ini
dimulakan dengan kisah Waheeda yang berkeinginan tinggi untuk melakukan
pembedahan plastik pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih serta
menjaga kekemasan diri. Sebagai pengurus inap desa Tajau Emas, Waheeda
bertanggungjawab mengurus segala keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh
tetamu yang menginap di inap desanya dengan dibantu oleh sanak saudaranya.
Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya, Waheeda untuk
melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana dianggap bertentangan dengan
hukum syarak dan konvensi agama. Suara Kamri mengejutkan Waheeda, Fatimah dan
para pengunjung tentang kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba
dalam kawasan chalet mereka. Semua pekerja dan penghuni bertempiaran untuk
menyelamatkan diri. Waheeda telah dicederakan oleh salah seekor monyet Belanda pada
wajah dan hidungnya hingga dia dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh
ibunya, Raidah.
Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk menjalani proses pembedahan
mata dan hidungnya. Bazilah menyambut ketibaan Waheeda di rumahnya di Yishun Street
dengan membuat kejutan, iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu. Keesokan
harinya, Waheeda berbincang dan menyerahkan dokumen sejarah kesihatan dan
pemeriksaan amnya kepada Dr. Alma Hollis Chen tentang prosedur pembedahan yang
akan dilaksanakan di SMC.
Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa pembedahan hidung dan mata
yang akan dilaluinya memakan masa antara 10 hingga 15 jam. Raidah meminta Ghazi
membelikan tiket kapal terbang dan meminta Kamri membelikan daun nipah muda untuk
dibuat kelongsong ketupat lepas atau ketupat tolak bala sebagai sebahagian adat orang
Melayu Sarawak.
Menurut Dr. Alma Chen, pembedahan matanya akan diketuai oleh
Dr. Shirrim Ghazizadeh, pakar bedah mata yang berpengalaman manakala pembedahan
hidungnya akan diketuai oleh Dr. Averroes. Waheeda melangkah keluar dari SMC
bersama-sama dengan ibunya setelah menjelaskan sebahagian kos rawatan. Raidah
kembali semula ke Sarawak setelah Waheeda selamat menjalani pembedahan mata dan
hidungnya.
Petang itu, Waheeda menerima satu berita yang menggembirakan apabila pihak
pengurusan di Flamingo Resort menghubunginya untuk temu duga jawatan
Pegawai Perhubungan di resort itu. Waheeda hadir di Flamingo de La Rossa sebagai
Pegawai Perhubungan Awam. Di Restoran de La Rossa, Zahid memperkenalkan
Waheeda kepada bapanya, Datuk Yasser Arief. Anati menceritakan pengalaman
manisnya menemani Waheeda yang terlibat dalam Pertandingan Ratu Pelancongan
Antarabangsa di The Four Seasons Hotel. Kenangan menjadi lebih manis apabila
Waheeda dinobatkan sebagai juara pertandingan pada malam itu.
Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak
perempuan daripada pihak lelaki telah selesai dijalankan dan Waheeda kini merupakan
sebahagian miliknya. Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di
Hotel Flamingo de La Rossa tetapi Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan
kontraknya yang masih terikat dengan pihak hotel tersebut. Waheeda menghubungi
Dr. Rushdi untuk memaklumkan bahawa tulang rawan hidungnya yang dirasakan runtuh.
Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC untuk pembedahan segera pada bahagian
hidungnya.
Cerita diteruskan dengan peristiwa majlis pertunangan antara Waheeda dengan
Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan

1
Fatimah. Majlis perkahwinan antara Zahid dengan Waheeda dijalankan dengan meriah
dan berlandaskan adat serta budaya Melayu Sarawak. Waheeda tidak bersetuju dengan
idea bapa mentuanya, Datuk Yasser Arief untuk menggabungkan Hotel Seri Gading dan
Chalet Tajau Emas menjadi satu syarikat perniagaan. Zahid mencari dan menemui
Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas. Peristiwa
itu mewujudkan perasaan cemburu serta salah sangka yang mendalam terhadap
kesetiaan Waheeda.
Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik wad
eksklusif, Hospital Pakar Normah tetapi tidak dihiraukan oleh suaminya, Zahid. Waheeda
meluahkan krisis rumah tangganya kepada ibunya, Raidah. Raidah memberikan nasihat
kepada Waheeda agar bersabar dan sentiasa berfikir secara positif atas ketentuan Allah.
Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA tetapi
dipertikaikan oleh suaminya.
Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu
disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda yang terlalu
mencintai suaminya itu mengalami masalah kemurungan dan migrain meroyan akibat
tindakan suaminya yang kejam itu. Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk
mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala
Lumpur. Waheeda menyatakan keinginannya kepada ibunya untuk berehat seketika di
Semenanjung selepas selesai menjalani rawatannya di Pusrawi.
Waheeda dan Ghazi membeli Chalet Iwana-lwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang
terletak di Cameron Highlands dan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah
setelah pengurusan chalet itu bertukar tangan. Waheeda tetap cekal membangunkan
chalet itu walaupun berasa sedih kerana terpaksa berjauhan dengan anak
kesayangannya, Izzati yang bersekolah di Sarawak. Waheeda bersyukur kerana anaknya,
Izzati kini sudah membesar sebagai gadis sunti yang bijak dan amat berdikari, serta boleh
membantu Lias menyelia Cafe Iwani dan Restoran Iwana.
Izzati bersembang dengan ibunya, Waheeda mengenai kertas laporan DNA yang
sedang diteliti oleh ibunya, gambar majlis konvokesyennya dan kecantikan rupa paras
ibunya yang berbeza daripada wajahnya. Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di
Chalet Aya-Sajinah berehat di Cafe Iwani. Mereka berbual- bual tentang berbagai-bagai
perkara seperti perihal keinsafan atas kesilapan masa lalunya dan kemalangan jalan raya
yang dialaminya di Los Angeles hingga mendatangkan kecacatan pada kakinya itu. Lais
dapat mengesan bahawa pemuda yang bernama Zahid itu ialah bekas suami majikannya,
Waheeda. Izzati terkejut apabila Zahid memberitahunya bahawa nama anak gadis yang
sebaya dengan dirinya ialah Izzati.
Di bilik penginapan, Zahid menyatakan kekesalannya terhadap sikapnya yang
enggan melihat laporan DNA yang dihulurkan oleh Waheeda pada 20 tahun lepas. Zahid
menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak
kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati ialah insan yang dicarinya selama ini. Waheeda
terkejut lalu bergegas meninggalkan Cafe Iwani apabila dia terpandang akan bekas
suaminya, Zahid yang sedang berbual-bual dengan Lais dan Izzati. Izzati memberitahu
ibunya tentang penyesalan Zahid atas kesalahan masa lampaunya tetapi perkara itu sukar
diterima oleh Waheeda lantaran kekecewaan hatinya akibat tindakan kejam Zahid itu.
Zahid berasa kesal atas kesalahannya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka,
Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula
memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bekas suaminya, Zahid.

2
Tema
1. Tema ialah idea utama yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca.
Kebiasaannya, tema diperoleh apabila selesai membaca keseluruhan cerita. Tema
akan disokong oleh idea sampingan yang dikenali sebagai persoalan.

2. Tema novel Tirani ialah pergolakan dalam diri untuk memenuhi naluri kewanitaan.
Terdapat beberapa contoh yang menyokong tema ini, antaranya:

 Waheeda amat teruja ingin melakukan pembedahan plastik pada hidungnya


yangpesek sejak dilahirkan. Situasi ini jelas apabila dia telah menaip beberapa istilah
berkaitan dengan kecantikan. Walaupun begitu, dia masih rasa bersalah kerana
sering teringat pesan ibunya, Raidah agar tidak mengubah ciptaan-Nya.
 Waheeda juga telah bertanya kepada doktor yang menjahit lukanya sama ada dia
boleh melakukan pembedahan untuk membaiki wajahnya agar kelihatan cantik.
Akhirnya, Waheeda telah pergi ke SMC, Singapura untuk melakukan pembedahan
pada bahagian hidung dan mata.
 Disebabkan tulang ra wan hidungnya yang telah berubah, Waheeda telah mengambil
keputusan untuk tidak pulang ke kampungnya, Sarawak walaupun majlis mereya
atau bertunang akan dijalankan. Dia telah pergi ke Singapura untuk melakukan
penstrukturan hidungnya semula untuk mengelakkan rahsianya terbongkar.

Persoalan
1 Persoalan bermaksud perkara-perkara sampingan atau isu-isu yang lebih kecil
bertujuan untuk mengembangkan sesuatu cerita. Isu-isu tersebut mempunyai pertalian
erat dengan tema sesebuah karya.

2 Terdapat pelbagai persoalan yang digarap oleh pengarang dalam karyanya, iaitu:

Persoalan Huraian

Persoalan keteguhan  Raidah menghasilkan ketupat lepas untuk dihantar ke surau


masyarakat yang bagi memohon hajatnya agar pembedahan plastik yang bakal
berpegang pada adat dijalankan oleh Waheeda berjalan dengan lancar.
resam  Fadhil mengingatkan isterinya, Raidah agar tidak lupa
memberitahu pihak lelaki tentang wang RM50.00 sebagai
pembuka mulut, adat bertekul RM120.00 dan sebentuk cincin
emas.
 Waheeda disuruh oleh mak andam supaya menggumal sirih
sekapur sebagai penenang sebelum bersanding.

Persoalan kegigihan  Waheeda gigih mendapatkan pinjaman daripada tabung


memajukan industri usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan untuk
pelancongan menubuhkan Syarikat Tajau Emas.
 Waheeda gigih memikirkan tarikan yang membolehkan
pelancong menikmati percutian di Flamingo de La Rossa
seperti yang diarahkan oleh Pengurus Halloway.
 Waheeda gigih memajukan chalet Iwana-Iwani yang bankrup
dan memajukannya dengan menggunakan nama Aya-Sajinah.

3
Persoalan ketabahan  Semasa kecil, Waheeda tabah menghadapi kehidupannya
menghadapi ujian hidup yang sering diejek oleh rakan-rakannya kerana memiliki
hidung yang pesek.
 Waheeda tabah dituduh curang oleh Zahid yang cemburu
melihat kemesraannya dengan Pengurus Halloway dan Dr.
Rushdi.
 Waheeda tabah menghadapi kehidupan selepas diceraikan
oleh Zahid yang menuduh dirinya curang namun dapat
membesarkan anaknya, Izzati sehingga berjaya.

Persoalan hubungan  Bazilah menawarkan tempat tinggal kepada Waheeda semasa


persahabatan yang erat ingin menjalani pembedahan hidung di SMC, juga sebelum
Waheeda mendapat tawaran bekerja di Flamingo de La
Rossa.
 Bazilah sanggup menemani Waheeda ke SMC untuk
menghantar rekod kesihatan yang diminta oleh Dr. Alma
Chen.
 Nasuha menemani Waheeda dan ibunya ke Hospital Pakar
Normah setelah simpati mendengar kisah keruntuhan rumah
tangga rakan baiknya.

Persoalan kegoyahan
rumah tangga akibat tidak  Zahid sering mengungkit kisah kemesraan Waheeda dengan
sefahaman Pengurus Halloway dan Dr. Rushdi sehingga hubungan
mereka menjadi renggang.
 Zahid tidak menemani Waheeda semasa melahirkan anak dan
tidak juga menziarahi isterinya yang telah melahirkan anak
perempuan.
 Waheeda akhirnya diceraikan oleh Zahid setelah tidak
mengakui anak yang dilahirkan oleh Waheeda sebagai anak
kandungnya, sebaliknya menuduh isterinya berlaku curang.

Persoalan kasih sayang  Raidah memangku Waheeda yang berlumuran darah akibat
antara ahli keluarga digigit oleh monyet putih sambil tidak putus-putus
memanjatkan doa agar anaknya selamat.
 Ghazi, abang Waheeda sanggup balik ke pangkuan keluarga
dan melepaskan jawatannya di Petronas Miri untuk membantu
ayahnya di Tajau Emas.
 Raidah menemani Waheeda yang bakal menjalani
pembedahan plastik pada wajahnya di SMC untuk
memberikan semangat kepada anaknya itu.

Persoalan keinsafan  Waheeda mengingatkan Nasuha tentang kecantikan dalaman


terhadap kesalahan yang lebih penting daripada kecantikan luaran menyebabkan
dilakukan rakannya itu terpempan dan menyebabkan timbul simpati
terhadap Mat Gusi.
 Waheeda memohon keampunan Allah jika tindakannya
mengubah wajah dengan melakukan pembedahan plastik
boleh mendatangkan dosa.
 Zahid meminta maaf kepada Waheeda atas kesalahannya
yang melakukan tindakan melulu dengan menceraikan
Waheeda tanpa usul periksa.

4
Persoalan semangat  Datuk Yasser bekerjasama dengan Waheeda bagi
tolong-menolong dalam menjayakan beberapa program dengan mengkehendaki
kalangan masyarakat tempat penginapan di Tajau Emas.
 Masyarakat Kampung Matang bergotong-royong menjayakan
majlis perkahwinan Waheeda dengan Zahid.
 Waheeda dan Ghazi bersetuju untuk membeli chalet
Iwana-Iwani yang bankrup daripada Pak Cik Aziz yang
merupakan bapa saudara Lais.

Persoalan keutuhan jati  Waheeda mengarahkan Fatimah agar menghias bilik yang
diri bangsa bakal diinap oleh cicit Raja Charles Brooke dengan perhiasan
bercirikan etnik Sarawak.
 Raidah menyuarakan rasa seronoknya apabila nama jalan
di Kuching menggunakan nama pembesar negeri.
 Waheeda menolak cadangan Kong untuk memakai ceongsam
yang berbelah hingga peha kerana tidak mahu mendedahkan
bahagian pehanya sebaliknya telah memilih jintuk memakai
pakaian tradisional Sarawak ketika ingin menyertai Ratu
Pelancongan Antarabangsa.

Persoalan kebijaksanaan  Waheeda bijak mengambil peluang dengan memajukan inap


merebut peluang desa di Matang dan menubuhkan Syarikat Tajau Emas yang
diusahakan bersama-sama keluarganya.
 Waheeda sempat menghadiri kursus untuk meningkatkan
personaliti dan keyakinan diri kerana dia perlu yakin ketika
berhadapan dengan pelanggan.
 Waheeda bersetuju untuk menghadiri tawaran temu duga
untuk menjawat jawatan sebagai Pegawai Perhubungan
Awam di Flamingo Resort dan akhirnya menjawat jawatan
tersebut.

Plot

Permulaan
Pengarang memperkenalkan watak utama, Waheeda dan keluarganya serta latar tempat, iaitu
Matang.

Pengarang mengembangkan watak dengan memperkenalkan beberapa watak sampingan dan latar.

5
Perkembangan

Perumitan/Konflik
Pengarang menimbulkan masalah dan pertentangan antara watak ataupun dalam diri
watak.

Kemuncak/Klimaks
Pengarang menceritakan hasil konflik yang digemari oleh pembaca dan menunjukkan
cerita bersedia untuk dileraikan.

Peleraian/Pengakhiran
Pengarang meleraikan segala permasalahan yang dibuat dan menyatakan
permasalahannya.

6
Teknik Plot

Pengenalan
1. Teknik plot atau teknik penceritaan ialah gaya yang digunakan oleh pengarang untuk
mempersembahkan sesuatu cerita.
2. Secara umumnya, penggunaan teknik plot adalah untuk menjadikan cerita lebih
menarik, berkesan dan tampak nyata.
3. Antara teknik plot yang terdapat dalam novel ini ialah:

Teknik Plot dan Fungsi Contoh Peristiwa


Teknik pemerian  Pengarang menjelaskan suasana ketika
(a) Perincian watak dan latar perjalanan Ghazi, Raidah dan Kamri
(b) Tujuannya adalah untuk memberikan menghantar Waheeda ke Lapangan
gambaran sebenarnya sesuatu konsep Terbang Antarabangsa Kuching.
atau keadaan [halaman 38]
 Pengarang memperincikan kecantikan
yang dimiliki oleh Waheeda kerana mata
jeli hitam, kelopak mata beralis lebat dan
melentik, raut hidung mancung dan rambut
mayang mengurai.
[halaman 170]
 Pengarang memperihalkan pemandangan
di kawasan Kampung Matang dan Kubah
yang begitu indah.
[halaman 210]
Teknik dialog  Dr. Zakaria yang merawat Waheeda akibat
(a) Perbualan dua atau lebih watak digigit oleh monyet putih menjawab
(b) Tujuannya adalah untuk menunjukkan pertanyaan Waheeda tentang pembedahan
keakraban hubungan watak dan plastik pada bahagian mukanya.
menyampaikan maklumat [Halaman 35]
 Waheeda berbual-bual dengan Bazilah
tentang pengalaman di kolej, kehidupan di
Kota Singa dan Sarawak serta soal hati
dan naluri. [halaman 52 - 53]
 Waheeda berbual-bual dengan Dr. Rushdi
tentang kecantikan yang disifatkannya
sebagai tirani yang berumur pendek.
[halaman 110]
Teknik monolog luaran  Zahid mengucapkan kelegaannya setelah
(a) Percakapan watak seorang diri sama ada dibenarkan menaiki pelamin setelah
boleh didengar atau tidak didengari oleh bergelut dengan pelbagai adat istiadat.
sesiapa [halaman 119]
(b) Tujuannya adalah untuk memperjelas  Dalam berbisik, Fadhil mengharapkan
perasaan atau pemikiran watak yang majlis persandingan Waheeda dan Zahid
sebenar tidak melewati waktu zuhur.
[halaman 209]

7
Teknik Plot dan Fungsi Contoh Peristiwa
Teknik monolog dalaman  'Pembedahan plastik, hmm... perkataan
(a) Percakapan watak melalui fikiran dan hati magis, jika boleh rasa nak buat sekarang
(b) Tujuannya adalah untuk memahami isi juga,' bisik hati berbaur dengan
hati dan pemikiran watak keseronokan yang semakin sukar
dibendung. [halaman 1]
 Terbetik di hati Waheeda, 'kenapa tidak
disepadukan pelancongan Flamingo, Tajau
Emas, dan Telang Usan? Alangkah
baiknya.' [halaman 137]
 Raidah berasa pelik kerana perbualan
Waheeda dengan Datin Hazirah tidak
menyentuh tentang Zahid yang tidak
menjenguk isterinya yang baru bersalin.
[halaman 266]
Teknik imbas kembali  Waheeda teringat ejekan rakan-rakannya
(a) Pemaparan peristiwa lalu dalam peristiwa tentang hidungnya yang pesek.
semasa [halaman 3]
(b) Tujuannya adalah untuk memanjangkan  Raidah teringat kenangan bersama-sama
cerita suaminya menaiki jambatan gantung yang
runtuh. [halaman 40]
 Waheeda teringat akan kenangannya
bercuti bersama- sama Bazilah, Dr. Zahari
dan Dr. Rushdi setelah menjawat jawatan
Pegawai Perhubungan Awam di Flamingo
de La Rossa. [halaman 127]
Teknik imbas muka  Kesakitan yang bakal dirasai, terutama
(a) Jangkaan, ramalan atau kemungkinan setelah kesan bius hilang pasti wujud,
terhadap sesuatu peristiwa sementara satu pihak yang berada di luar,
(b) Tujuannya adalah untuk memendekkan seperti keluarga pasti mendambakan
cerita natijah dengan penuh debaran.
[halaman 65]
 Waheeda terbayang-bayang dirinya
disembelih hidup- hidup. [halaman 86]
Teknik saspens  Pembaca tertanya-tasiya nasib Waheeda
(a) Pemaparan peristiwa yang tegang yang diserang oleh seekor monyet putih
sehingga menimbulkan rasa cemas sehingga tuala yang dilekapkan ke
pembaca mukanya lencun dengan darah.
(b) Tujuannya adalah untuk menarik minat [halaman 34]
pembaca agar meneruskan bacaan  Pembaca ingin mengetahui kesudahan
pembedahan plastik yang dijalani oleh
Waheeda untuk membetulkan tulang rawan
hidungnya yang runtuh akibat selesema
sama ada berjaya atau tidak.
[halaman 176]
 Pembaca tertanya-tanya sama ada Lais
akan menceritakan rahsia besar yang
diketahuinya kepada Waheeda dan
anaknya, Izzati atau tidak.
[halaman 328]
 Pembaca tertanya-tanya sama ada Zahid
berjaya menemui Waheeda setelah
Waheeda mendapati Zahid sedang bercuti
di chalet Aya-Sajinah.
[halaman 341]

8
Teknik kejutan  Pembaca dikejutkan dengan suara Kamri
(a) Pemaparan peristiwa yang tidak menjerit dari belakang rumah.
dijangkakan oleh pembaca [halaman 32]
(b) Tujuannya adalah untuk menjadikan cerita  Pembaca dikejutkan dengan tindakan ibu
lebih menarik Waheeda, Raidah yang tiba-tiba berada di
hadapan rumah sewa Bazilah sejurus
menelefonnya. [halaman 73]
 Pembaca dikejutkan apabila nama gadis
yang menarik perhatiannya selama di kafe
Iwani sama dengan nama anak yang
ditinggalkannya.
[halaman 328]
 Pembaca dikejutkan dengan tindakan
Zahid yang berjumpa dengan Waheeda
yang berkurung di dalam bilik pejabatnya.
[halaman 342]

Watak
1. Watak ialah pelaku yang memainkan peranan dalam menggerakkan cerita. Watak
bukan sahaja terdiri daripada manusia, tetapi juga boleh terdiri daripada haiwan,
tumbuh-tumbuhan, objek dan fenomena alam.
2. Watak terdiri daripada beberapa jenis, iaitu:

Jenis Watak Huraian


Watak utama/ protagonis  Watak penting yang menggerakkan cerita.
 Watak utama dalam novel ini ialah Waheeda
Nurlyana atau Eda.
Watak sampingan  Watak yang menyokong perwatakan watak
utama.
 Watak sampingan dalam novel ini ialah
Fadhil, Raidah, Ghazi, Bazilah dan
sebagainya.
Watak antagonis  Watak yang menentang perwatakan watak
protagonis.
 Watak antagonis dalam novel ini ialah Zahid.
Watak bundar/bulat  Watak utama yang menepati sifat manusia
dalam kehidupan seharian. Watak bundar
atau bulat dalam novel ini ialah Waheeda.
Watak pipih  Watak sampingan yang hanya berpusatkan
pada satu aspek sifat atau fikirannya. Watak
ini tidak kompleks dan berkembang.
 Watak pipih dalam novel ini ialah Lais.
Watak dinamik  Watak yang mengalami perubahan, sama ada
dari segi psikologi atau dari segi aksi yang
berlaku dalam cerita.
 Watak dinamik dalam novel ini ialah Jeneral
Bazilah.
Watak statik  Watak yang tetap dan tidak mengalami
perubahan tingkah laku atau fikiran dari awal
hingga akhir cerita.
 Watak statik dalam novel ini ialah Raidah.

9
Perwatakan
Perwatakan ialah sifat watak sama ada luaran (fizikal) sperti bentuk, paras rupa dan
tingkah laku serta dalaman (sifat) seperti sikap dan pemikiran.

Watak Utama
Waheeda Nurlyana/Eda

1. Waheeda ialah watak utama kerana muncul dari mula hingga akhir cerita.
2. Anak perempuan tunggal kepada pasangan Raidah dan Fadhil dan adik kepada Ghazi.
3. Berkelulusan ijazah dalam pengurusan perniagaan dan pelancongan.
4. Memiliki Syarikat Tajau Emas yang mengusahakan inap desa.
5. Tinggi lampai, mata sepet, dan berhidung pesek sejak kecil.
6. Berhidung mancung dan matanya bundar setelah melakukan pembedahan plastik.

Perwatakan Huraian
Penyabar/ tabah/ cekal  Waheeda sabar dengan ejekan rakan-rakannya
yang sering mengejek hidungnya yang pesek.
[halaman 3]
 Waheeda sabar menghadapi tuduhan suaminya
yang sering menyindirnya.
[halaman 250]
 Waheeda sabar menghadapi kerenah
suaminya, Zahid yang cemburu, kasar dan
sinis. [halaman 261]

Berilmu tinggi  Melalui pembacaannya, Waheeda menyatakan


bahawa orang Melayu ialah orang yang paling
banyak ketawa.
[halaman 8]
 Waheeda menerangkan tudung kepala yang
bertaburkan sulaman bunga emas yang dipakai
oleh Dayang Ranee Margaret Brooke ialah
tudung keringkam bertatah benang emas.
[halaman 28]
Rajin  Waheeda pantas menyiapkan kerjanya yang
patut dilangsaikan sebelum rumah tumpangan
menjadi riuh-rendah sebelum kembalinya
pelawat dari dusun. [halaman 15]
 Waheeda membantu ibunya di dapur sebaik
sahaja bangun daripada tidur.
[halaman 220]
 Waheeda rajin membantu perusahaan Syarikat
Seri Gading milik ayah mentuanya, Datuk
Yasser. [halaman 226]
Positif  Waheeda yakin industri pelancongan yang
diceburinya akan membawa keuntungan yang
besar jika adanya insentif dan sokongan
kerajaan.
[halaman 23]
 Waheeda yakin bahawa perancangannya akan
berjaya walaupun dikendalikan oleh Encik
Fadhil dan Cik Fatimah.
[halaman 31]
 Waheeda bertekad mengusahakan chalet
Aya-Sajinah di Cameron Highlands? bagi
melupakan masalah yang dihadapinya.
[halaman 304]

10
Bijak  Waheeda mencadangkan agar setiap sudut
atau bilik-bilik khas dipamerkan dengan tema
bagi memikat kedatangan pelancong dari
Eropah. [halaman 26]
 Waheeda bercadang untuk mencedok idea dari
Flamingo Resort yang menyajikan budaya
membaca sebagai salah satu produk
pelancongannya.
[halaman 98]
 Waheeda mengambil keputusan untuk
berpindah dari rumah Bazilah setelah rakannya
mula dingin akibat Dr. Zahari yang mula rapat
dengannya.
[halaman 134]
Cekap  Waheeda cekap mengurus syarikat keluarga.
[halaman 31]
 Waheeda cekap mendapatkan pelbagai untuk
menarik pelancong ke Flamingo de La Rossa
seperti yang disuruh oleh Pengurus Halloway.
[halaman 136]
Beriman  Waheeda menyerahkan nasibnya kepada
Tuhan dengan bertawakal apabila mengingati
tempoh masa akan dibedah.
[halaman 65]
 Waheeda berpendapat bahawa bala dan
nikmat hidup ditentukan oleh Allah menerusi
qadak dan qadar-Nya.
[halaman 72]

Watak Sampingan
Raidah
1. Watak sampingan yang penting dalam kehidupan Waheeda
2. Isteri kepada Fadhil dan ibu kepada Ghazi dan Waheeda.
3. Bekerja sebagai pengurus dapur di bawah Syarikat Tajau Emas.

Perwatakan Huraian
Penyayang  Raidah menjahit kain anaknya, Waheeda yang
tergetas dengan jahitan kelim belah kangkung.
[halaman 4]
 Raidah memangku Waheeda yang berlumuran
darah akibat digigit oleh monyet putih.
[halaman 34]
 Raidah mengambil keputusan untuk
bersama-sama Waheeda pada hari
pembedahan. [halaman 66]
 Raidah mengalirkan air mata sebelum
melepaskan Waheeda ke dalam bilik
persediaan pembedahan. [halaman 75]
Bersyukur  Raidah bersyukur kepada Tuhan apabila
melihat sikap Waheeda yang tidak sugul lagi.
[halaman 8]
 Raidah mengucapkan alhamdulillah sebaik
sahaja Waheeda melangkah keluar dari bilik
rawatan. [halaman 36]
 Raidah bersyukur kerana pembedahan pada
bahagian wajah Waheeda berjalan dengan
selamat. [halaman 92]

11
Patriotik  Raidah menyurakan rasa seronoknya apabila
nama jalan di Kuching menggunakan nama
pembesar negeri.
[halaman 43]
Baik hati  Raidah membuat ketupat lepas untuk
disedekahkan. [halaman 67]
Berpegang teguh pada adat resam  Raidah menganyam ketupat lepas yang
bentuknya tidak sama seperti ketupat biasa dan
merupakan adat.
[halaman 68]
 Raidah tidak bergaul bebas, tambahan pula
kepalanya sentiasa berkelubung dengan kain
batik. [halaman 92]
 Raidah ingin melakukan majlis mereya dan
bertekul mengikut adat resam nenek moyang.
[halaman 163]
Prihatin  Raidah menasihati Waheeda agar tidak
mengkritik pasangannya sebaliknya Cuba
memujuk Zahid. [halaman 253]
 Raidah menasihati Waheeda agar tabah
menghadapi sikap suaminya yang tidak
menjenguk dirinya walaupun sudah bersalin.
[halaman 269]
Bijak  Raidah berkebolehan menganyam pelbagai
jenis ketupat yang diwarisi daripada ibu semasa
hayatnya dahulu.
[halaman 67]
Sabar/setia  Raidah menunggu Waheeda yang dibedah
kira-kira 12 jam. [halaman 88]
 Raidah sabar menahan kemarahan suaminya
akibat Waheeda tidak pulang pada majlis
bertekul. [halaman 183]
Menghormati  Mempersilakan tetamu yang hadir ke majlis
persandingan Waheeda dan Zahid menjamu
selera. [halaman 197]

12
Fadhil
1. Suami kepada Raidah dan bapa kepada Ghazi dan Waheeda
2. Seorang pesara guru.
3. Bekerja sebagai pemandu pelancong di Syarikat Tajau Emas.

Berilmu tinggi  Fadhil menceritakan sejarah Matang yang


merupakan tempat Raja Charles Brooke
membina banglo kepada pelancong.
[halaman 12]

Bertanggungjawab  Fadhil memandu kereta ke hospital bagi


menghantar anaknya, Waheeda untuk
dirawat setelah digigit oleh monyet.
[halaman 34]
Mudah mesra  Waheeda kagum dengan ayahnya yang
kaya idea, petah dan cepat mesra dengan
pelanggan. [halaman 21]
Tegas  Fadhil menentang niat Waheeda untuk
melakukan pembedahan hidung.
[halaman 32]
Patriotik  Waheeda menggambarkan ayahnya
sebagai nasionalis, tegar antipenjajahnya
serta kuat darah kemelayuannya.
[halaman 113]
Berpegang teguh pacta adat resam  Fadhil mengingatkan isterinya, Raidah agar
tidak lupa untuk memberitahu Datuk
Yasser tentang adat mereya.
[halaman 164]
Menghormati tetamu  Fadhil berang apabila Waheeda tidak
pulang pada majlis mereya kerana
menurutnya, bakal pengantin perlu ada
bagi menghormati tetamu atau pihak lelaki.
[halaman 184]

13
Zahid
1. Seorang yang tampan, kulit halus, licin dan gebu.
2. Berasal dari Sarawak.
3. Lulusan undang-undang.
4. Suami kepada Waheeda.

Perwatakan Huraian
Cemburu  Zahid menggengam tangannya erat
apabila melihat Dr. Rushdi mencium
tangan Waheeda. [halaman 190]
Tidak rasional  Zahid menuduh Waheeda curang dan tidak
mengaku Izzati sebagai anaknya.
[halaman 278]
Mudah insaf  Zahid mengakui kesalahannya dan
meminta maaf daripada Waheeda dan
Izzati. [halaman 344]

Ghazi
1. Abang Waheeda.
2. Berkelulusan jurutera.
3. Penasihat kewangan di Syarikat Tajau Emas merangkap Pengurus Besar.

Perwatakan Huraian
Sanggup berkorban  Ghazi sanggup balik ke pangkuan keluarga
dan melepaskan jawatannya di Petronas
Miri untuk membantu ayahnya di Tajau
Emas.
[halaman 38]
Memahami  Ghazi bersedia memikul tanggungjawab
terhadap Tajau Emas apabila Waheeda
pergi ke Singapura.
[halaman 39]
Bijak  Ghazi mencadangkan agar Waheeda
dihantar menjalani rawatan kesihatan dan
kaunseling. [halaman 282]

Dr. Zahari
1. Tunang kepada Bazilah.
2. Bekerja sebagai doktor di Singapura

Perwatakan Huraian
Mudah berubah hati  Dr. Zahari yang mula menyukai Waheeda
telah menyebabkan Bazilah mulai dingin
dengan Waheeda.
[halaman 133]
Cinta akan ilmu pengetahuan  Dr. Zahari suka membaca kerana
membaca buku merupakan hobinya.
[halaman 99]
Baik hati  Dr. Zahari memberikan maklumat kepada
Waheeda sebelum melakukan
pembedahan. [halaman 59]

14
Bazilah
1. Rakan Waheeda ketika menuntut di UiTM.
2. Bekerja di Singapura.
3. Tunang Dr. Zahari.

Perwatakan Huraian
Prihatin  Bazilah mengingatkan Waheeda agar
membawa semua dokumen penting
daripada doktor rujukannya di Kuching.
[halaman 53]
Baik had  Bazilah bersedia menumpangkan
Waheeda di rumahnya.
[halaman 47]
Jujur  Bazilah ikhlas memuji hidung rakannya
yang tidak ubah heroin Hindustan.
[halaman 91]

Nasuha
1. Teman rapat Waheeda sejak kecil.
2. Bekerja sebagai wartawan Bernama.

Perwatakan Huraian
Bertanggungjawab  Nasuha datang ke Sarawak dengan
pasukan SPRM untuk menyiasat kes
rasuah. [halaman 256]
Prihatin  Nasuha mendengar masalah yang
diluahkan Waheeda dengan tekun.
[halaman 258]
Baik hati  Nasuha menemani Waheeda dan ibunya
ke Hospital Pakar Normah.
[halaman 262]

Izzati
1. Anak tunggal pasangan Waheeda dan Zahid.
2. Wajah bujur sirih, hidung pesek.

Perwatakan Huraian
Berdikari  Izzati yang sudah dewasa boleh
membantu Lais menyelia Cafe Iwani.
[halaman 305]
Bijak  Izzati diterima masuk ke universiti tanpa
melalui matrikulasi.
[halaman 310]
Pemaaf  Izzati meminta ibunya, Waheeda agar
memaafkan ayahnya, Zahid yang telah
insaf. [halaman 344]

15
Latar

Latar Masa
1. Latar masa ialah waktu yang dilukiskan oleh pengarang dalam ceritanya. Hal ini
berkaitan dengan zaman, era, musim ataupun dikaitkan dengan masa yang lebih
jelas seperti pagi, petang, malam, lusa dan sebagainya. Latar masa juga dikaitkan
dengan waktu sebenar seperti jam 12.00 tengah hari, 10.00 pagi atau selepas
maghrib.
2. Berikut adalah antara latar masa dan contoh-contohnya:

Latar Masa Contoh


Pagi  Ghazi menyoroti jam di tangan yang menunjukkan angka 10 sebelum
mereka bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
 Bazilah menemani Waheeda dan ibunya, Raidah ke SMC.
 Pada jam 4.00 pagi, Waheeda sedar daripada tidur lalu
muntah-muntah.
 Waheeda menerima dua jambangan bunga, iaitu daripada Zahid dan
Dr. Rushdi.
 Raidah dan keluarganya sibuk melakukan persiapan bagi persediaan
majlis mereya Waheeda dengan Zahid.
 Pada jam 11.30 pagi, Fadhil menunggu kedatangan rombongan
pengantin pihak lelaki.
 Zahid mengagumi keindahan Matang pada waktu pagi.
 Waheeda membantu ibunya menyediakan sarapan pagi.
 Zahid dan Waheeda berjoging di Bukit Matang.
 Sebaik sahaja usai menunaikan solat subuh, Waheeda melakukan
senaman ringan di dalam biliknya.
 Waheeda makan ketupat periuk kera yang disediakan oleh ibunya,
Raidah bagi memenuhi kehendak anaknya.
 Waheeda menceritakan kegoyahan rumah tangganya kepada
Nasuha yang bertandang ke Sarawak.
 Zahid menceritakan penyesalannya dan peristiwa kemalangan yang
dialaminya kepada Aiman.
Tengah hari  Ketua Pegawai Eksekutif Halloway menyapa Waheeda untuk makan
tengah hari bersama-samanya.
 Anati menceritakan saat pertandingan Ratu Pelancongan
Antarabangsa yang dimenangi oleh Waheeda kepada rakan-
rakannya semasa waktu makan tengah hari.
 Tetamu yang hadir pada majlis persandingan dijamu makan tengah
hari oleh keluarga Waheeda.
 Zahid menunggu kedatangan Waheeda di Seri Gading untuk janji
temu makan tengah hari.
 Waheeda pergi ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat
bagi melegakan pening kepalanya.
 Waheeda makan tengah hari bersama-sama Nurjihan dan
memberikan sampel rambut untuk melakukan ujian DNA.

16
Latar Masa Contoh
Petang  Waheeda menikmati minum petang di restoran di Aras 4, Lapangan
Terbang Antarabangsa Changi.
 Waheeda mendapat tawaran untuk menghadiri temu duga jawatan
Pegawai Perhubungan di Flamingo Resort.
 Zahid memperkenalkan Waheeda kepada bapanya, Datuk Yasser di
Restoran de La Rossa.
 Pada petang Ahad, wakil rombongan daripada keluarga Datuk Yasser
dan rakan-rakanriya dijamu makan petang selepas membaca doa
selamat ringkas memandangkan Waheeda tidak pulang.
 Zahid ingin berlepas ke Singapura untuk bertemu dengan Waheeda
yang tidak pulang semasa majlis pertunangan mereka.
 Waheeda mengimbas peristiwa majlis pernikahannya pada petang
Sabtu.
 Nasuha menenami Waheeda dan ibunya ke Hospital Pakar Normah
di Petra Jaya.
 Waheeda yang mencari Lais ternampak Zahid di Cafe Iwani lalu
meninggalkan tempat itu.
Malam  Waheeda menghantar e-mel kepada Ghazi untuk menceritakan
rawatan integrasi yang bakal dilaluinya.
 Bazilah merasai ketupat lepas yang dibawa oleh ibu Waheeda,
Raidah.
 Waheeda, Bazilah, Dr. Zahari dan Dr. Averroes makan malam
di Flamingo Resort sambil berbual-bual kosong.
 Zahid dan ayahnya, Datuk Yasser makan malam bersama-sama
Waheeda sambil berbual-bual.
 Raidah dan Fadhil berbincang tentang hajat Datuk Yasser untuk
kerisit kerumun anaknya, Waheeda.
 Zahid meluahkan kebimbangannya kepada Aiman kalau-kalau
Waheeda berubah hati kerana dia tidak pulang pada majlis mcreya.
 Waheeda meluahkan rasa sedih yang terbuku dalam hatinya kepada
Raidah tentang perubahan sikap Zahid yang keterlaluan.
 Zahid mengimbas kembali sikapnya yang terburu-buru kerana tidak
melihat keputusan ujian DNA.
 Zahid menemui Waheeda di pejabatnya lalu meminta maaf.
Lain-lain  Waheeda menjalani pembedahan selama 10 jam di SMC.
 Doktor menyuruh Waheeda menghabiskan ubat dalam masa tiga hari
sahaja untuk menyembuhkan selesemanya.
 Dua tahun menyaksikan rumah tangga yang dibina oleh Waheeda
dan Zahid semakin goyah dengan pertengkaran dan salah faham.
 Lima tahun Zahid bersekolah asrama di Ipoh membuatkannya
menghafal selok-belok jalan ke utara.

17
Latar Tempat

1. Latar tempat ialah tempat berlakunya peristiwa, iaitu tempat sebenar dari sudut
geografi. Hal ini ada kaitan rapat dengan latar lokasi, kawasan, daerah, wilayah
dan negeri.
2. Berikut ialah latar tempat yang terdapat dalam novel ini:

a) Rumah Fadhil, Matang, Sarawak


Tempat Waheeda dilahirkan dan dibesarkan. Di sinilah Waheeda membina pusat
pelancongan inap desanya di bawah Syarikat Tajau Emas. Waheeda dan ahli
keluarganya mengusahakan pelancongan secara bersama-sama sehingga
semakin maju. Datuk Yasser yang memiliki Syarikat Seri Gading turut membina
pusat percutian dan hotel di sini. Majlis perkahwinannya yang gilang-gemilang
turut diadakan di Matang. Waheeda menceritakan kegoyahan rumah tangganya
dengan Zahid kepada Nasuha yang datang. Semasa tempoh krisis rumah tangga
dan selepas diceraikan, Waheeda tinggal di rumah ibu bapanya.

b) Dusun
Pelawat disuruh oleh Pak Fadhil menjuntaikan kaki ke dalam kolam bagi
membolehkan ikan kap menggeselkan bibir sambil meragut kaki. Fadhil meraikan
pelanggannya dengan durian, langsat dan rambutan yang dipetiknya sendiri dari
dusun.

c) Wad kecemasan
Waheeda dimasukkan untuk mendapatkan rawatan setelah mukanya digigit oleh
monyet putih. Waheeda bertanya kepada doktor yang merawatnya sama ada
boleh melakukan pembedahan atau tidak.

d) Yishun, Singapura
Lokasi rumah pangsa rakannya, Bazilah yang ditumpangi sepanjang tempoh
Waheeda menjalani pembedahan di Singapura. Waheeda kagum akan
pemandangan hutan bongkah konkrit diselangi pokok-pokok hiasan di sepanjang
jalan. Raidah datang dari Sarawak dengan membawa ketupat lepas bagi
melepaskan hajat agar pembedahan anaknya berjalan dengan lancar.

e) Silikon Medical Center (SMC), Singapura


Waheeda menemui Dr. Alma Chen untuk menyerahkan dokumen sejarah
kesihatan dan pemeriksaan amnya. Waheeda menyaksikan wajah kejayaan
wanita yang telah berjaya dibedah dalam album. Waheeda melangkah masuk ke
bilik persediaan pembedahan selepas bersalaman dengan Bazilah dan ibunya.
Dr. Rushdi memuji senyuman Waheeda yang amat mempesonakan. Waheeda
menjalani pembedahan bagi membetulkan struktur tulang rawan hidungnya yang
runtuh.

f) Flamingo de La Rossa, Sentosa


Waheeda, Bazilah dan Dr. Zahari telah bercuti di Pulau Sentosa. Dr. Averros
menceritakan asal usul nama dan latar belakang keluarganya. Waheeda tertarik
dengan banyak idea yang terdapat di resort itu untuk dibawa pulang ke Sarawak.
Waheeda diterima bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam dan berkenalan
dengan Zahid.

18
g) Seri Gading
Waheeda membantu bapa mentuanya, Datuk Yasser bagi mengurus Syarikat Seri
Gading. Waheeda memberitahu suaminya, Zahid bahawa ada rombongan dari
Timur Tengah yang akan berkunjung ke situ. Oleh itu, mereka telah berbincang
tentang rancangan dan persiapan yang bakal dilakukan. Zahid terpaksa
membatalkan janji temunya dengan Waheeda untuk makan tengah hari
memandangkan isterinya sibuk.

h) Pusrawi, Kuala Lumpur


Tempat Waheeda menjalani rawatan kaunseling bagi meredakan kemurungan
yang dialaminya sejak keruntuhan rumah tangganya. Waheeda bertemu dengan
Lais, rakan sekerjanya ketika di Flamingo de La Rossa, Singapura. Lais
memperkenalkan bapa saudaranya, Pak Cik Aziz yang memiliki pusat
pelancongan di Cameron Highlands.

i) Chalet Aya-Sajinah, Cameron Highlands


Waheeda mengusahakan pusat pelancongan di Cameron Highlands bagi
membina kehidupan baharu. Zahid dan Aiman telah melancong ke sini bagi
menenangkan fikiran. Zahid menemui Waheeda di pejabatnya bagi meminta maaf
atas kesilapannya yang menuduh bekas isterinya berlaku curang juga kepada
Izzati yang dianggap bukan anaknya. Izzati memujuk ibunya, Waheeda agar
memaafkan Zahid kerana lelaki itu telah benar-benar menyesal.

j) Cafe Iwani, Cameron Highlands


Aiman mendengar luahan hati rakannya, Zahid yang kecewa dan menyesal atas
kekejamannya kepada Waheeda. Jais cuba mencuri-curi untuk mendengar
perbualan antara Zahid dengan Aiman. Jais mendapat tahu bahawa Zahid ialah
bekas suami kepada Waheeda. Zahid menemui Izzati dan bertanya asal usulnya.

Latar Masyarakat
1. Latar masyarakat ialah gambaran atau citra masyarakat yang diberikan oleh
pengarang melalui peristiwa dalam novel. Gambaran ini meliputi pekerjaan, sifat
dan pemikiran masyarakat.
2. Gambaran masyarakat ini boleh diberikan dalam dua bentuk, iaitu positif dan
negatif. Gambaran yang negatif biasanya dikenali sebagai kritikan sosial, kritikan
masyarakat dan teguran pengarang terhadap masyarakat.
3. Berikut adalah antara latar masyarakat dan contoh-contohnya:

Latar Masyarakat Contoh


Masyarakat yang mengusahakan industri  Waheeda menubuhkan Syarikat Tajau
pelancongan Emas di Matang, Sarawak dengan
mengusahakan inap desa.
 Datuk Yasser yang memiliki Syarikat Seri
Gading mendirikan pusat penginapan
dan hotel di Matang.
 Waheeda mengusahakan chalet
Aya-Sajinah di Cameron Highlands bagi
membina kehidupan baharu.
Masyarakat yang mementingkan penampilan  Waheeda mencari maklumat berkaitan
dengan pembedahan plastik kerana telah
lama ingin tampil cantik sempurna.

19
 Waheeda melakukan pembedahan
plastik pada bahagian hidung dan
matanya.
 Waheeda mengikuti kursus kecantikan
dan penampilan bagi menjaga imejnya
sebagai pengurus syarikat.

Masyarakat yang tabah menerima ujian  Waheeda sabar dengan ejekan


Tuhan rakan-rakannya yang sering mengejek
hidungnya yang pesek.
 Waheeda sabar menghadapi tuduhan
suaminya yang sering menyindirnya.
 Waheeda sabar menghadapi kerenah
suaminya, Zahid yang cemburu, kasar
dan sinis.
Masyarakat yang bijak merancang  Waheeda merancang untuk membawa
pulang idea sudut bacaan yang ada
di Flamingo Resort untuk diguna pakai
di inap desanya.
 Ghazi merancang untuk menjadikan gua
sebagai tarikan terbaharu pelancongan
Tajau Emas.
 Waheeda merancang untuk mengambil
alih chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Aziz
yang bankrup setelah melihat potensinya.
Masyarakat yang mempunyai semangat  Waheeda menyuruh Fatimah menghias
patriotik yang tinggi bilik dengan kain tenunan pua bagi
menunjukkan identiti Sarawak.
 Waheeda bercadang untuk memakai
pakaian etnik Sarawak sebagai kostum
bagi pertandingan Ratu Pelancongan
Antarabangsa yang disertainya.
 Datuk Yasser mengunakan kereta buatan
tempatan ketika hadir ke majlis
persandingan Waheeda dan anaknya.
Masyarakat yang berpegang teguh pada  Raidah membuat ketupat lepas bagi
adat resam memohon hajat agar pembedahan
Waheeda berjalan dengan lancar.
 Raidah dan Fadhil berbincang tentang
majlis bertekul dan mereya Waheeda
yang mesti mengikut adat.
 Mak andam menyuruh Waheeda
mengunyah sirih yang dijampi bagi
mengelakkan rasa gemuruh.
Masyarakat yang bekerjasama  Ahli keluarga Waheeda yang terdiri
daripada Raidah, Fadhil dan Ghazi
bekerjasama memajukan perusahaan
Syarikat Tajau Emas.
 Waheeda bekerjasama dengan bapa
mentuanya, Datuk Yasser dengan
membantunya mengurus Syarikat
Sen Gading.
 Penduduk kampung bergotong-royong

20
melakukan persiapan menjelang majlis
perkahwinan Waheeda.
Masyarakat yang tidak rasional  Zahid bersikap melulu dengan menuduh
isterinya curang dengan lelaki lain
sedangkan isterinya sibuk bekerja.
 Zahid juga tidak mahu melihat keputusan
ujian DNA yang dilakukan oleh Waheeda
untuk membuktikan Izzati ialah anak
kandungnya.
 Bazilah dingin terhadap Waheeda
sedangkan tunangnya, Dr. Zahari yang
mula menyukai rakannya itu.
Masyarakat yang tidak amanah  Perusahaan Pak Cik Aziz bankrup
disebabkan pengurus kewangannya yang
menggunakan duit tersebut. Pak Cik Aziz
tidak mengetahuinya sehinggalah tiba
notis bankrup daripada bank setelah
enam bulan tidak membayar pinjaman.
Masyarakat yang tidak setia terhadap  Dr. Zahari yang telah bertunang dengan
pasangan Bazilah mula menyukai Waheeda yang
cantik. Kemesraan yang ditunjukkan oleh
Waheeda telah disalah tafsir oleh Dr.
Zahari.

Gaya Bahasa

Pengenalan

Gaya bahasa ialah keindahan bahasa yang digunakan oleh pengarang. Keindahan
bahasa ini akan menjadikan sesebuah karya lebih menarik untuk dibaca.
1. Diksi ialah perkataan yang dipilih untuk digunakan oleh pengarang dalam karya.
2. Ketepatan penggunaan diksi memberikan kesan emosi kepada pembaca.
3. Terdapat beberapa jenis penggunaan diksi, antaranya seperti laras kedoktoran,
bahasa daerah, bahasa Inggeris, bahasa Arab dan sebagainya.

"Botulinium toxin yang singkatannya BOTOX itu sebenarnya racun. Sejenis toksin kuman yang disebut
botulinium disuntik di bawah kulit wajah. Kuman tersebut mematikan tisu dermis lalu membantutkan
pertumbuhan kolagen dalam tisu sel.” [halaman 60]

Sinkope
Sinkope ialah singkatan atau pemendekan perkataan dengan menggugurkan satu atau
lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah perkataan.

(a) “Ala... gambar mem lama pun nak taruh kat dinding, dekat mana?" [halaman 27]
(b) "Abang tak kisah," polos nada Ghazi memahanii dilema adiknya. [halaman 39]

21
Peribahasa
Peribahasa ialah penggunaan ungkapan lama seperti simpulan bahasa, perumpamaan,
pepatah, bidalan dan kata-kata hikmat.

(a) ... seronok berkawan dengan ulat buku seperti Bazilah dan Dr. Zahari. [halaman 97]
(b) Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang, Waheeda tidak menolaknya. [halaman 12]

Simile

Simile ialah gaya bahasa perbandingan yang membandingkan sesuatu secara langsung
dengan menggunakan perkataan seperti, bak, bagai, umpama, ibarat, laksana dan
sebagainya.

(a) ... ceria bagaikan bunga cina kembang pagi. [halaman 19]
(b) Doanya diiringi harapan setinggi gunung. [halaman 90]
(c) ... memuji hidung bak seludang mayang, pipi bak pauh dilayang... [halaman 91]

Personifikasi
Personifikasi ialah gaya bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia kepada
bukan manusia.

(a) Udara sejuk dan nyaman meramas kulit yang dibaluti blaus nipis. [halaman 61]
(b) Awan kumulus melambai mesra diusik angin, seakan-akan menari-nari manja menaut pandangan.
[halaman 211]
(c) Kulitnya semakin pijar dimamah matahari. [halaman 247]

Metafora
Metafora ialah gaya bahasa perbandingan yang membandingan sesuatu secara tidak
langsung. Kebiasaannya, metafora menggunakan gabungan kata konkrit dan abstrak.

(a) ... menyemburkan api amarahnya tanpa mempedulikan sesiapa ... [halaman 4]
(b) Begitu senang membina landskap kehidupan yang ranggi pada masa itu. [halaman 213]
(c) Wajah merah Zahid semasa dia bersalaman dengan Dr. Rushdi di SMC dahulu tiba-tiba terpacul daripada
kanvas ingatan. . [halaman 241]

Hiperbola
Hiperbola ialah gaya bahasa perbandingan yang melampau-lampau. Penggunaannya
secara berlebih-lebihan menggambarkan kehebatan atau ketidakmungkinan akan terjadi.

(a) ]auh di sudut hatinya terselit keinginan menggunung ... [halaman 26]
(b) Kesan ubat penahan sakit yang meloyakan merobek-robek dadanya. [halaman 88]
(c) Jantung Zahid tiba-tiba terasa berdegup kencang. [halaman 337]

22
Binaan Ayat

Binaan ayat ialah penggunaan struktur ayat sama ada pendek, panjang atau inversi.
Tujuan penggunaan binaan ayat sebegini adalah untuk menegaskan tindakan atau
perlakuan watak.

(a) Mata Zahid terjegil. Waheeda terpempan. [halaman 228]


(b) Lais yang duduk di bahagian belakang kaunter memerhatikan gelagat dua tetamu Cafe Iwani itu dengan
penuh minat seolah-olah menonton sebuah melodrama di panggung terbuka. [halaman 315]

Nilai

Nilai murni ialah sifat ketinggian yang ada pada masyarakat, sama ada dari segi
pemikiran, agama atau kemasyarakatan.

Kasih sayang

Nilai Peristiwa
Nilai kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak Raidah menangis apabila mahu melepaskan
anaknya, Waheeda masuk ke dalam bilik
pembedahan.
Nilai kasih sayang suami kepada isteri Zahid setia menunggu isterinya, Waheeda
untuk makan tengah hari kerana telah berjanji.
Nilai kasih sayang isteri kepada suami Waheeda bersabar dengan kerenah suaminya
yang menuduhnya curang walaupun telah
berulang-ulang kali diperlakukan begitu.

Tanggungjawab

Nilai Peristiwa
Nilai tanggungjawab rakyat kepada negara Waheeda menyahutseruan Kementerian
Pelancong untuk memajukan sektor
pelancongan demi kepentingan rakyat dan
negara.
Nilai tanggungjawab ibu bapa kepada anak- Fadhil dan Raidah menghantar Waheeda
anak ke hospital bagi mendapatkan rawatan sejurus
digigit oleh monyet putih.
Nilai tanggungjawab pelajar Bazilah tekun menyiapkan tesisnya sehingga
tiada masa untuk melayan tunangnya,
Dr. Zahari yang datang ke rumah.

Kepatuhan

Nilai Peristiwa
Nilai kepatuhan isteri kepada suami Waheeda berhenti kerja di Flamingo de La
Rossa setelah Zahid memberikan notis berhenti
24 jam.
Nilai kepatuhan anak- anak kepada ibu bapa Waheeda mendengar nasihat ibunya, Raidah
supaya tidak mengkritik suaminya sebaliknya
cuba memujuknya.
Nilai kepatuhan manusia kepada Tuhan Fadhil bertegas kepada anaknya, Waheeda
yang mahu melakukan pembedahan kerana
berpendapat itu ialah anugerah Allah.

23
Ketabahan

Nilai Peristiwa
Nilai ketabahan menghadapi penghinaan Waheeda tabah menghadapi ejekan
orang lain kawan-kawannya yang mengatakan hidungnya
pesek dan menggelarnya Eda Keropok.
Nilai ketabahan menghadapi sikap dingin Waheeda sabar menghadapi sikap suaminya,
pasangan Zahid yang sering menyindirnya dan
menuduhnya tanpa usul periksa.
Nilai ketabahan menghadapi masalah rumah Waheeda tabah meneruskan kehidupan
tangga selepas diceraikan dengan membesarkan Izzati
dan membuka chalet Aya-Sajinah.

Kebijaksanaan

Nilai Peristiwa
Nilai kebijaksanaan merebut peluang Waheeda dan Ghazi membeli chalet
Iwana-Iwani daripada Pak Cik Aziz setelah
melihat tempat itu berpotensi untuk dimajukan.
Nilai kebijaksanaan menyusun strategi Waheeda mengiklankan perusahaan
pelancongannya melalui Internet sehingga
bilangan pelancong kian bertambah.
Nilai kebijaksanaan menyelesaikan masalah Waheeda melakukan ujian DNA bagi
mengesahkan status Izzati sebagai anak
kandungnya apabila Zahid tidak
mempercayainya.

Kerjasama

Nilai Peristiwa
Nilai kerjasama untuk membantu orang lain Waheeda dan Ghazi membeli chalet
Iwana-Iwani daripada Pak Cik Aziz bagi
membebaskan lelaki tua itu daripada beban
hutang.
Nilai kerjasama untuk meringankan beban Ahli keluarga Raidah dan penduduk kampung
bergotong- royong bagi melakukan persiapan
menjelang hari persandingan Waheeda dan
Zahid.
Nilai kerjasama untuk menyelesaikan masalah Ghazi dan ibunya, Raidah membawa Waheeda
ke Pusrawi, Kuala Lumpur bagi mendapatkan
khidmat rundingan kesihatan akibat
kemurungan yang dialaminya.

24
Patriotisme

Nilai Peristiwa

Nilai patriotisme terhadap Waheeda menyuruh Fatimah mempersiapkan bilik yang akan
warisan bangsa diinap oleh cicit Raja Charles Brooke dengan hiasan Sarawak.
Nilai patriotisme terhadap Fadhil menyambut ketibaan Datuk Yasser yang datang ke majlis
barangan tempatan persandingan dengan menaiki kereta tempatan.
Nilai patriotisme terhadap Waheeda berbangga kerana Malaysia ialah negara termaju dalam
kemajuan negara kalangan negara membangun di dunia.

Pengajaran

1. Pengajaran ialah teladan, mesej dan peringatan yang disampaikan oleh pengarang
melalui peristiwa yang dipaparkan dalam karya.
2. Antara pengajaran yang terdapat dalam novel ini ialah:

Pengajaran Contoh
Kita hendaklah gigih berusaha supaya  Waheeda menubuhkan Syarikat Tajau
memperoleh kejayaan Emas di Matang, Sarawak dengan
mengusahakan inap desa.
 Datuk Yasser yang memiliki Syarikat Seri
Gading mendirikan pusat penginapan dan
hotel di Matang.
 Waheeda mengusahakan chalet
Aya-Sajinah di Cameron Highlands bagi
membina kehidupan baharu.
Kita haruslah menjaga penampilan diri agar  Waheeda mencari maklumat berkaitan
dapat meningkatkan imej pada mata orang dengan pembedahan plastik kerana telah
lain lama ingin tampil cantik sempurna.
 Waheeda melakukan pembedahan plastik
pada bahagian hidung dan matanya.
 Waheeda mengikuti kursus kecantikan
dan penampilan bagi menjaga imejnya
sebagai pengurus syarikat.
Kita mestilah tabah menghadapi dugaan  Waheeda sabar dengan ejekan rakan-
hidup supaya tidak mudah berputus asa rakannya yang sering mengejek
hidungnya yang pesek.
 Waheeda sabar menghadapi tuduhan
suaminya yang sering menyindirnya.
 Waheeda sabar menghadapi kerenah
suaminya, Zahid yang cemburu, kasar
dan sinis.
Kita mestilah melakukan perancangan  Waheeda merancang untuk membawa
dengan bijak untuk memperoleh kejayaan pulang idea sudut bacaan yang ada
yang diimpikan di Flamingo Resort untuk diguna pakai
di inap desanya.
 Ghazi merancang untuk menjadikan gua
sebagai tarikan terbaharu pelancongan
Tajau Emas.
 Waheeda merancang untuk mengambil
alih chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Aziz
yang bankrup setelah melihat potensinya.

25
Kita perlulah mempunyai semangat patriotik  Waheeda menyuruh Fatimah menghias
yang tinggi agar negara bertambah maju bilik dengan kain tenunan pua bagi
menunjukkan identiti Sarawak.
 Waheeda bercadang untuk memakai
pakaian etnik Sarawak sebagai kostum
bagi pertandingan Ratu Pelancongan
Antarabangsa yang disertainya.
 Datuk Yasser mengunakan kereta buatan
tempatan ketika hadir ke majlis
persandingan Waheeda dan anaknya.

Kita haruslah berpegang teguh pada adat  Raidah membuat ketupat lepas bagi
resam supaya tidak ditelan zaman memohon hajat agar pembedahan
Waheeda berjalan dengan lancar.
 Raidah dan Fadhil berbincang tentang
majlis bertekul dan mereya Waheeda
yang mesti mengikut adat.
 Mak andam menyuruh Waheeda
mengunyah sirih yang dijampi bagi
mengelakkan rasa gemuruh.
Kita perlulah bekerjasama dalam melakukan  Ahli keluarga Waheeda yang terdiri
sesuatu tugas agar kerja menjadi lebih daripada Raidah, Fadhil dan Ghazi
mudah dan cepat bekerjasama memajukan perusahaan
Syarikat Tajau Emas.
 Waheeda bekerjsama dengan bapa
mentuanya, Datuk Yasser dengan
membantunya mengurus Syarikat Seri
Gading.
 Penduduk kampung bergotong-royong
melakukan persiapan menjelang majlis
perkahwinan Waheeda.
Kita janganlah bertindak melulu dan tanpa  Zahid bersikap melulu dengan menuduh
usul periksa supaya tidak menyesal pada isterinya curang dengan lelaki lain
kemudian hari sedangkan isterinya sibuk bekerja.
 Zahid juga tidak mahu melihat keputusan
ujian DNA yang dilakukan oleh Waheeda
untuk membuktikan Izzati ialah anak
kandungnya.
 Bazilah dingin terhadap Waheeda
sedangkan tunangnya, Dr. Zahari yang
mula menyukai rakannya itu.
Kita tidak usah pecah amanah supaya tidak Perusahaan Pak Cik Aziz bankrup disebabkan
menjejaskan kepercayaan orang lain pengurus kewangannya yang menggunakan
terhadap diri duit tersebut. Pak Cik Aziz tidak
mengetahuinya sehinggalah tiba notis bankrup
daripada bank setelah enam bulan tidak
membayar pinjaman.
Kita usah berlaku curang terhadap pasangan Dr. Zahari yang telah bertunang dengan
agar hubungan yang dibina berkekalan Bazilah mula menyukai Waheeda yang cantik.
Kemesraan yang ditunjukkan oleh Waheeda
telah disalah tafsir oleh Dr. Zahari.

26

Anda mungkin juga menyukai