Anda di halaman 1dari 20

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja

Oleh, Lim Nyee Thoang & Eng Zhe Heng

Sinopsis
Pada zaman dahulu, raja memiliki
kuasa mutlak. Raja yang zalim akan
merampas dan menipu rakyat. Hal
inilah yang terjadi kepada Kaduk.
Tanahnya telah dirampas oleh raja.
Hakim merupakan cucu daripada
keturunan
Kaduk.
Hakim
mendapatkan bantuan Azam, iaitu
lulusan jurusan undang-undang
untuk mendapatkan hak datuknya
semula yang telah dirampas secara
tidak sah.

Di mahkamah, Azam mengatakan bahawa tanah itu telah


diambil oleh raja tanpa sebarang bukti. Kaduk takut
dituduh sebagai penderhaka. Setelah Si Kunani, ayam
Kaduk menang dalam persabungan, Kaduklah yang
sepatutnya menerima hadiah kemenangan itu. Berdasarkan
alasan itu, tanah Kaduk dikembalikan.

Hakim bercadang untuk menjalankan projek menternak


ayam di kawasan tanah tersebut untuk menyahut seruan
kerajaan yang mahu rakyat aktif dalam bidang pertanian.
Penternakan ayam secara kontrak itu dibuat dengan
sebuah syarikat besar, iaitu Global Chicken.
Cawangannya di Malayisia menggunakan nama
Rangkaian Jasa Agrikultur (RAJA). Banyak faedah akan
disalurkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru.

Hakim membina reban ayam tertutup yang menggunakan


teknik canggih. Kos tersebut menelan belajan dua ratus
ribu ringgit. Hakim sukar mendapatkan pinjaman bank.
Hasil bantuan seorang Yang Berhormat, akhirnya bank
meluluskan pinjamannya. Kontrak membekalkan ayam
ditandatangani dengan Syarikat RAJA.
Hakim banyak menghadapi masalah ketika berurusan dengan
syarikat besar ini. Masalah pertama ialah jalan masuk ke
kawasan penternakan itu tidak diturap. Seperkara lagi, Hakim
banyak berhutang dengan syarikat RAJA kerana syarikat ini
membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ubatan serta keperluan
lain. Syarikat RAJA menentukan harga barangan tersebut dan
membuat potongan hasil jualan ayam kepadanya. Akibatnya,
hutang Hakim semakin meningkat, sebaliknya syarikat RAJA
mengaut keuntungan.

Azam menasihati Hakim agar berurusan terus dengan Jabatan


Haiwan untuk mengelakkan penternak kecil terus
terperangkap dengan permainan syarikat besar. Azam
bersimpati dengan nasib yang menimpa Hakim. Hakim kini
dihimpit oleh masalah hutang yang tidak pernah habis.
Masalah akan bertambah rumit jika hasil pengeluaran
ayamnya berkurang.
Hakim meneruskan usaha menternak ayam. Kegagalannya
melunaskan hutang bank akan menyebabkan tanah pusakanya itu
dirampas. Tindakan ini disamakan dengan tindakan raja
merampas tanah datuknya dahulu. Hakim dan Kaduk sama-sama
membela ayam dan sama-sama menggadaikan tanah. Yang
membezakan mereka adalah dari segi nama dan jarak masa. Pada
zaman ini raja ialah orang yang memegang kuasa ekonomi.
Orang-orang bawahan terpaksa mengikut telunjuk mereka.

TEMA
Kesungguhan seorang anak
muda menceburi bidang
pertanian dan
keusahawanan.

Persoalan
Kegigihan
seorang anak
muda untuk
mengusahakan
penternakan ayam
secara moden.
Hakim menjadikan
tanah Kaduk
sebagai tanah
pertanian.

Usaha
membersihkan
nama dan maruah
keluarga. Hakim
berusaha
membersihkan
nama datuknya
yang menyerahkan
ayamnya kepada
raja tanpa kerelaan.

Kesusahan masyarakat yang


mengusahakan bidang pertanian.
Hakim berhadapan dengan banyak
masalah semasa mengusahakan
bidang pertanian.

Halangan yang
perlu ditempuhi
dalam dunia
perniagaan.
Hakim terpaksa
berhadapan
dengan Syarikat
RAJA yang
mengaut
keuntungan.

Usaha mengembalikan hak


yang telah diambil oleh orang
lain. Azam membantu Hakim
untuk mengembalikan hak tanah
pusaka Kaduk.

Syarikat besar.

Hakim

Menandatangani kontrak
dengan Hakim.

Menyediakan keperluan
Sahabat baik Hakim.
ayam dan lain-lain.
Lulusan jurusan undang-
Mengaut keuntunganundang.

maksimum.
Bijak, petah berhujah.

WATAK DAN
PERWATAKAN

Baik hati.

Bersimpati.

RAJA

Kaduk-Hassan-Hakim
Seorang yang terpelajar.
Guna saluran yang betul untuk
mendapatkan kembali tanah
pusaka.

Bercita-cita tinggi.
Berani.

Azam

Tidak bernasib baik.

Sebuah
kampung

Mahkamah

Latar
Tempat

Tanah
kosong di
tepi
belukar

Sebuah
kawasan
penternakan
ayam

Raja masuk ke
kampungkampung
mengajak rakyat
menyabung ayam.

Zaman Silam

Hakim cucu
Kaduk hidup pada
LATAR MASA
zaman merdeka
yang serba maju.

Zaman Moden

Waktu kerajaan
memperkenalk
an Dasar
Ekonomi Baru.

Latar
Masyarakat
Masyarakat rakyat
jelata yang menjadi
mangsa penipuan
raja

Masyarakat
generasi kini yang
sedar akan hak-hak
mereka

Masyarakat yang
dihimpit masalah
kewangan

Masyarakat yang
mengotakan janjijanjinya.
Masyarakat yang
tamak dan
menindas golongan
yang lemah.

Masyarakat
generasi muda yang
terpelajar

Masyarakat yang
ingin
membersihkan
nama keluarga

Pengarang mengimbas kembali kisah Kaduk.

Pengenalan

Hakim merupakan cucu daripada keturunan Kaduk.


Dia telah mendapatkan bantuan daripada sahabatnya, Azam, seorang
mahasiswa jurusan undang-undang.
Perkembangan Azam bijak berhujah. Akhirnya, tanah Kaduk dikembalikan semula.

Perumitan

Hakim menghadapi banyak masalah.


Jalan masuk ke kawasan penternakan tidak diturap dan mengakibatkan lori
tersangkut dalam lumpur.
Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA yang membekalkan
keperluannya. .

Hakim terpaksa meneruskan penternakan ayam.

Klimaks

Peleraian

Banyak persamaan antara dia dengan datuknya.


Perbezaan hanya adalah dari segi nama dan jarak
masa.
Raja ialah kalangan orang yang memegang kuasa
ekonomi manakala orang-orang bawahan menjadi
mangsa kerakusan mereka.

Pengarang
memerihalkan raja
mengambil tanah Kaduk
secara paksa dan
menggunakan tipu daya.

Teknik dialog
menunjukkan watak
dalam cerpen
berkomunikasi.

Teknik
dialog

Teknik
pemerian

Teknik
Plot

Pengarang
menggunakan teknik
imbas kembali untuk
menceritakan sesuatu
peristiwa.

Teknik
imbas
kembali

Hanya angin petang


sesekali datang menyapa

Membuka mata,
membakar semangat

Peribahasa

Personifikasi

Gaya
Bahasa

Hakim menjawab: Ya,


mereka hantar segalanya
dengan harga yang
mereka tentukan. Kini,
hidupku bergelumang
dengan hutang. Setiap
saat aku berhutang
dengan RAJABerhutang
dan berhutang.

Pengulangan
kata

Nilai
Nilai
kegigihan.
Hakim gigih
mengusahakan
penternakan
ayam.

Nilai rasional.
Hakim menuntut
hak datuknya
melalui proses
mahkamah.

Nilai ketabahan.
Hakim tabah
meneruskan usaha
menternak ayam
walaupun
menempuh pelbagai
rintangan.

Nilai
tanggungjawab.
Hakim berusaha
membersihkan
nama datuknya.

Nilai berdikari.
Hakim tidak
memohon
bantuan daripada
pihak kerajaan.

Nilai
kebijaksanaan.
Azam menggunakan
kepakarannya dalam
bidang guaman.

Kita tidak seharusnya


berputus asa tetapi gigih dan
berusaha dalam membuat
sesuatu hal atau pekerjaan.

Kita seharusnya
bertanggungjawab menjaga
nama dan maruah keturunan
kita.

Pengajaran
Kiita hendaklah bersikap baik
hati dengan membantu
orang yang memerlukan
bantuan.

Kita perlulah bersikap


rasional dengan
menggunakan saluran yang
betul untuk mengembalikan
hak-hak kita.

Kita harus berdikari


atau berjiwa perintis
dalam kehidupan kita.
Pengajaran
Kita harus berani
mencuba sesuatu
perkara yang baik demi
mencapai kejayaan.

Soalan
Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu
mengeluarkan makanan yang mencukupi?
Supaya keperluan rakyat dalam negara dapat
dipenuhi
Supaya tidak terlalu bergantung pada import
makanan dari luar
Supaya tidak terdedah dengan spekulasi turun
naik harga di pasaran
Supaya mampu berdikari

Pada pendapat anda, apakah kekangan-kekangan yang


harus ditempuh oleh penternak ayam?
Kemahiran menternak ayam yang lemah
Wabak penyakit yang tersebar dan mungkin menyebabkan ayam
mati
Kekurangan pekerja
Kekurangan modal
Kualiti ayam supaya terjamin
Mengalami persaingan daripada syarikat-syarikat besay yang lain.

Anda mungkin juga menyukai