Anda di halaman 1dari 16

MODUL PDP SPM PASCA PKP

NEGERI PERAK 2020

FIZIK Tingkatan 4
5.5: Pembelauan Gelombang

0
5.5 Pembelauan Gelombang

Standard Pembelajaran:
Murid boleh:
• menghuraikan pembelauan gelombang dari aspek:
(i) panjang gelombang, λ
(ii) frekuensi, f
(iii) laju, v
(iv) amplitud, A
(v) arah perambatan gelombang
• menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pembelauan gelombang.
• melukis gambar rajah untuk menunjukkan corak pembelauan gelombang air dan kesan
pembelauan cahaya.
• menjelaskan aplikasi pembelauan gelombang dalam kehidupan harian.

1
5.5 Pembelauan Gelombang

1. Gambar 1 menunjukkan benteng yang dibina di Marang, Terengganu.

Muka gelombang satah

Muka gelombang
membuat
Benteng

Gambar 1. Benteng di Marang, Terengganu

2. Gambar 1 menunjukkan gelombang air laut mengalami penyebaran semasa


merambat melalui celah pada benteng.

3. Fenomena ini berlaku di gambar 1 ialah pembelauan gelombang.

4. Pembelauan gelombang berlaku pada:


(i) Gelombang air
(ii) Gelombang cahaya
(iii) Gelombang bunyi

5. Definisi pembelauan gelombang: Penyebaran gelombang apabila gelombang itu


merambat melalui suatu celah/ tepi suatu penghalang.

6. Kesan pembelauan terhadap ciri-ciri gelombang:


(i) Jadual 1 menunjukkan kesan pembelauan ke atas ciri-ciri gelombang

2
(ii) Rajah-rajah di bawah menunjukkan corak pembelauan gelombang air,
gelombang cahaya dan bunyi.

Rajah 2. Corak belauan gelombang air Rajah 3. Corak belauan gelombang bunyi

Rajah 4. Corak belauan gelombang cahaya

3
7. Jadual 1 menunjukkan corak pembelauan gelombang air dalam simulasi tangki riak
dan lakaran muka gelombangnya.

Jadual 1. Kesan saiz celah dan panjang gelombang ke atas corak pembelauan
gelombang

4
8. Pembelauan gelombang dipengaruhi oleh saiz celah dan panjang gelombang seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 5.

Rajah 5. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelauan gelombang dan kesannya

9. Rajah 6 di bawah menunjukkan contoh pembelauan gelombang air, cahaya dan bunyi.

Rajah 6. Pembelauan gelombang air, cahaya dan bunyi

5
5.5 MIND MAP

6
5.5 FAQ

No Soalan dan Jawapan


1 S Apakah pembelauan gelombang?

J Pembelauan adalah penyebaran gelombang di sekitar halangan dan bukaan.


Kesan pembelauan meningkat dengan bertambahnya panjang gelombang.

2 S Adakah frekuensi berubah dalam pembelauan?

J Pembelauan adalah penyebaran gelombang dalam medium yang sama. Oleh


itu, tidak ada perubahan dalam medium, maka panjang gelombang,
frekuensi, kelajuan gelombang dan tempoh akan tetap sama.

3 S Bagaimana pembelauan mempengaruhi panjang gelombang?

J Kesan pembelauan meningkat dengan bertambahnya panjang gelombang


dan berkurang dengan penurunan panjang gelombang. Sebenarnya, apabila
panjang gelombang lebih kecil daripada saiz halangan, tidak berlaku
pembelauan yang ketara.

4 S Mengapakah bunyi lebih mudah dibelaukan berbanding daripada cahaya?

J Gelombang bunyi dibelaukan lebih banyak daripada gelombang cahaya


kerana panjang gelombang gelombang bunyi lebih panjang daripada
gelombang cahaya.

5 S Mengapa cahaya monokromatik digunakan dalam pembelauan gelombang


cahaya?
J
Cahaya monokromatik adalah cahaya yang mempunyai panjang gelombang
tunggal, atau sekurang-kurangnya lebar jalur yang sangat sempit.

6 S Bagaimana pembelauan digunakan dalam kehidupan seharian?

J Salah satu contoh pembelauan yang paling jelas adalah contoh yang
melibatkan cahaya; sebagai contoh, apabila anda melihat CD atau DVD
dengan teliti, trek jarak dekat pada CD atau DVD bertindak sebagai parutan
difraksi untuk membentuk corak pelangi yang biasa.

7
5.5 Latihan

BAHAGIAN A
1 Rajah menunjukkan satu susunan radas bagi eksperimen belauan cahaya.

Tabir

Celah tunggal

Penapis merah

Apakah corak belauan yang terbentuk pada tabir


[MENGETAHUI]

8
2 Rajah 2 menunjukkan gelombang-gelombang air yang melalui suatu bukaan, x, pada
suatu penghadang.

Rajah 2
Pernyataan yang manakah benar?
[MEMAHAMI]
A Gelombang air terbias.

B Amplitud gelombang akan meningkat selepas melalui bukaan itu.

C Penyebaran gelombang air akan meningkat apabila saiz bukaan x dikurangkan

D Pengubahan panjang gelombang tidak akan mempengaruhi penyebarannya

3 Rajah 3 menunjukkan gelombang-gelombang air yang melalui suatu halangan konkrit


dalam sebatang sungai.

Rajah 3
Fenomena yang manakah menjelaskan perubahan corak gelombang di X?
[MENGETAHUI]
A Pantulan
B Pembiasan
C Pembelauan
D Interferens

9
4 Siren kereta bomba mempunyai frekuensi yang rendah supaya gelombang bunyi dapat
[MEMAHAMI]
A be reflected easily.
dipantulkan dengan mudah
B be refracted easily.
dibiaskan dengan mudah.
C undergo total internal reflection easily.
mengalami pantulan dalam penuh dengan mudah.
D be diffracted easily.
dibelaukan dengan mudah

5 Antara rajah yang berikut, yang manakah menunjukkan pembelauan gelombang air ?
[MENGETAHUI]
A C

B D

10
BAHAGIAN B

6 Rajah 6.1 menunjukkan susunan radas hagi eksperimen untuk mengkaji satu fenomena
gelombang.

Rajah 6.1
Rajah 6.2 menunjukkan jalur terang dan jalur gelap bagi corak gelombang yang
terbentuk pada tabir apabila gelombang satah melalui celah kecil dan celah besar.

Rajah 6.2

a) Apakah maksud panjang gelombang?


[MENGETAHUI]

……………………………………………………………………………………
[1 markah]

b) Berdasarkan Rajah 6.2,


[MENGANALISIS]
i) Bandingkan corak gelombang sebelum dan selepas gelombang air itu
melalui celah itu

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………
[2 markah]

11
ii) Bandingkan panjang gelombang sebelum dan selepas gelombang air itu
melalui celah itu

……………………………………………………………………………………
[1 markah]
(iii) Nyatakan hubungan antara saiz celah dan corak gelombang.

……………………………………………………………………………………
[1 markah]
(iv) Namakan fenomena fizik yang terlibat.
[MENGETAHUI]

……………………………………………………………………………………
[1 markah]

7 Rajah 7.1 menunjukkan gelombang air bergerak melalui sebatang kayu balak yang
terapung di atas permukaan air.
Rajah 7.2 menunjukkan seorang pelajar berdiri pada satu sudut bangunan pada
kedudukan B yang masih dapat mendengar bunyi daripada pembesar suara di
kedudukan A.

Rajah 7.1 Rajah 7.2

a) Berdasarkan Rajah 7.1 dan 7.2,


(i) apakah yang terjadi kepada gelombang selepas melepasi kayu balak dan
sudut bangunan itu?
[MEMAHAMI]

……………………………………………………………………………………
[1 markah]

12
(ii) apakah yang terjadi kepada amplitud gelombang itu selepas melepasi
kayu balak dan sudut bangunan itu? Terangkan jawapan anda.
[MEMAHAMI]

……………………………………………………………………………………
[1 markah]

(iii) namakan fenomena gelombang yang berhubungkait dengan Rajah 7.1 dan
Rajah 7.2.
[MENGETAHUI]

……………………………………………………………………………………
[1 markah]

(iv) apakah akan terjadi kepada laju gelombang air selepas melalui kayu balak
itu?
[MEMAHAMI]

……………………………………………………………………………………
[1 markah]

(b) Merujuk kepada Rajah 7.1, apakah akan terjadi kepada satu objek terapung yang
diletakkan pada
[MEMAHAMI]
(i) P?

……………………………………………………………………………………
[1 markah]
(ii) Q

……………………………………………………………………………………
[1 markah]

(c) Namakan satu fenomena gelombang lain yang berlaku pada Rajah 7.1.
[MENGETAHUI]

……………………………………………………………………………………
[1 markah]

13
5.5 QR CODE

5.5 Pembelauan Gelombang

Title link QR CODE

Pembelauan https://youtu.be/vRIQu9XjMkw
Gelombang

Pembelauan https://youtu.be/TcLDxPwfvT0
Gelombang

Mengkaji belauan https://youtu.be/iJXjRslYzcM


gelombang
menggunakan
tangka riak

Latihan Pengukuhan https://drive.google.com/file/d/1pMKQr28-


W8ItwjzGJELJfJeeSFTlUIP2/view?usp=sharing

Jawapan Latihan https://drive.google.com/file/d/1Xs3XLLXmaZvzOC


Pengukuhan e2NKG8v8j0K3wyUyaY/view?usp=sharing

14
5.5 Jawapan

BAHAGIAN A
1. D
2. C
3. C
4. D
5. D

BAHAGIAN B

6 a) Jarak antara dua titik berturutan dalam fasa yang sama.

b)(i) Sebelum melalui celah yang kecil dan besar, muka gelombang satah dapat
diperhatikan.
Selepas melalui celah sempit, gelombang yang keluar dari celah mempunyai
muka gelombang yang bulat.

(ii) Panjang gelombang sebelum dan selepas gelombang melalui celah yang kecil
dan besar adalah sama

(iii) Semakin kecil saiz celah, semakin besar pembengkokan/lengkungan


gelombang
(iv) Pembelauan gelombang

7 a (i) Gelombang dibelau / tersebar ke kawasan yang lebih luas


(ii) Amplitud gelombang berkurang/Tenaga berkurang
(iii) Pembelauan
(iv) Tidak berubah/sama

b (i) Bergetar/berayun
(ii) Pegun

(c) Pantulan

15

Anda mungkin juga menyukai