Anda di halaman 1dari 3

Hazwan

BAB 9 DAN 10 Justin


Josiah
SINOPSIS Joey
BAB 9
Tepat pukul 11.30 pagi, Tauke Ong datang menjemput Haiqal untuk makan tengah hari di pekan. Tauke Ong datang bersama-sama anak
gadisnya. Haiqal yakin itulah Swee Hwa. Haiqal cuba mengawal kegelisahannya. Dalam perjalanan ke pekan, Tauke Ong memberitahu
Haiqal bahawa dia akan menyerahkan semua urusan berkaitan arwah ayahnya kepada Haiqal. Haiqal diberitahu oleh Tauke Lim bahawa
sepanjang peninggalan arwah ayahnya, Tauke Lim diberi amanah untuk menguruskan tanah di baruh, kelapa sawit, kebun getah dan buku
bank arwah ayahnya. Tauke Ong juga mengimbas kembali kebaikan arwah ayahnya kepada keluarganya. Dia berasa tidak terbalas
sehingga mati. Sesampai di pekan, Tauke Lim meninggalkan Swee Hwa dengan Haikal untuk makan tengah hari di sebuah restoran mamak.

Swee Hwa memecah kebungkaman dengan memberitahu Haiqal bahawa dia tidak pernah ke Terengganu. Swee Hwa hanya mendengar
kisah Terengganu melalui cerita Cikgu Abdullah. Haiqal menyambut perbualan Swee Hwa dengan memuji kebudayaan dan pejuang bangsa
yang lahir dari Johor. Swee Hwa juga fasih berbahasa Melayu. Melihat penampilan Swee Hwa, Haiqal teringat akan Ratna yang masih belum
dihubungi. Haiqal juga kagum melihat Swee Hwa tidak kekok makan dengan tangan. Selesai makan Swee Hwa memberitahu Haikal bahawa
arwah ayahnya pandai memasak.Haiqal terasa betapa bertuahnya Swee Hwa dapat merasai kasih sayang ayahnya berbanding dirinya.
Haiqal yakin Swee Hwa banyak menyimpan rahsia hidup ayahnya. Haiqal yakin Swee Hwa ialah watak yang dicipta oleh ayahnya dalam
manuskrip itu.

Selesai makan tengah hari, mereka ke kedai buku untuk membeli novel. Mereka meminati penulis dan sasterawan negara yang sama. Swee
Hwa terus menyatakan minat Haiqal diwarisi daripada arwah ayahnya. Haikal berasa bahawa dia amat mesra dengan Swee Hwa walaupun
baru berkenalan. Mungkin manuskrip itu telah member gambaran tentang Swee Hwa.

Petang itu, Haikal menerima pesanan SMS daripada NuruI Aisyah. Terbayang kesedihan dan kesunyian adiknya itu. Haikal terasa sebak
kerana dialah tempat adiknya mengadu jika ada masalah. Haiqal menjadi rindu akan adiknya juga rindu akan keluarga dan Ratna tetapi
itulah pengorbanan yang mesti dihadapi Haiqal.
BAB 10
Tauke Ong bermurah hati untuk meminjamkan Haiqal motorsikalnya itu. Haiqal berhajat untuk menziarahi kubur
ayahnya itu. Menurut kata Tauke Ong, kubur ayahnya mempunyai pohon kemboja yang paling besar dan mudah
untuk dicari. Dalam 10 minit, haiqal sampai di kawasan perkuburan. Haiqal mengusap-usap lembut batu nisan kubur
ayahnya. Dia menyedekahkan bacaan surah yasin dan berdoa. Setelah itu, dia mencabut rumput-rumput halus yang
tumbuh di kawasan kubur ayahnya. Daun-daun yang bertaburan juga dia kutip. Hatinya amat berat untuk
meninggalkan kubur arwah ayahnya itu.
Selepas itu, semasa dia menunggang motorsikal, dia terjumpa sekumpulan orang remaja yang sedang memancing
ikan di tepi parit. Dia memberikan senyuman kepada remaja-remaja itu. Kemudian, hatinya tergerak untuk menegur
lelaki-lelaki itu. Selepas itu, mereka pun berbual mengenai arwah ayahnya itu. Lelaki itu bernama Pak Cik Bakar. Pak
cik Bakar itu memuji-muji kebaikan arwah yang pernah arwah lakukan. Haiqal pun memohon diri untuk pulang kerana
hari sudah senja.
Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid, Haiqal pergi ke warung Wak Min. Haiqal berbual-bual
dengan Mak Senah isteri Wak Min. Kemudian, dating Pakcik Bakar dan berbual dengan Haiqal. Haiqal hanya
membiarkan PakcikBakar melayani fikirannya. Dua orang jemaah dari masjid dating menuju ke meja Haiqal dan
bertegur dengan mesra. Pak bakar memperkenalkan Wak Ariff dan Hj Salim kepada Haiqal. Hj Salim merupakan
pemain gambus manakala Wak Ariff penari Zapin.
Setelah berbual-bual di gerai, pak bakar mengajak Haiqal untuk pergi kerumahnya. Pak cik Bakar menceritakan
kisah hidup arwah ayah Haiqal. Sewaktu arwah hidup, arwah menganggap See Hwa sebagai anaknya. Hampir pukul
2.00 pagi mereka berbual. Oleh itu, Haiqal membuat keputusan untuk pulang ke rumah.

Anda mungkin juga menyukai