Anda di halaman 1dari 3

Novel Silir Daksina 3

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH


Walaupun walid mahu menghantarnya namun ditolak oleh Haikal kerana khuatir tindakan
walid akan menaikkan kemarahan uminya. Ketika keluar dari rumah, hanya walid dan Nurul
Aisyah yang menghantarnya di muka pintu.. Uminya tidak kelihatan. Haikal berasa uminya
masih marah dan jengkel akan Abdullah Kayan. Haikal berharap agar segera sampai ke
destinasinya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG


SINOPSIS
Haikal tiba di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi. Dia mengambil keputusan untuk
menunaikan solat subuh.Selesai menunaikan solat subuh berjemaah di surau, Haikal
mendapatkan perkhidmatan teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi, Pak Cik
Salleh bersetuju membawa Haikal ke sana.

Nilai-bertanggungjawab

-kebersihan fizikal dan mental

Ketika Pak Cik Salleh memberitahu Haikal mereka sudah sampai ke pekan Parit Raja, hati
Haikal berdebar-debar. Debaran makin kencang apabila dia sampai ke kampung Seri Purnama.
Pak Cik Salleh pemandu teksi itu membantu Haikal untuk sama-sama mencari rumah ayahnya.
Haiqal diturunkan oleh pemandu teksi di sebuah warung. Apabila lelaki separuh umur yang
sedang menebar roti canai melihat Haikal masuk ke warung dia kehairanan. Sebaik sahaja
mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah, Haikal terus dipelawa makan roti canai
sementara menunggu Tauke Ong tiba untuk membawanya ke rumah arwah ayahnya. Lelaki
itu memperkenal diri sebagai Wak Min dan isterinya Mak Menah. Haikal tertanya-tanya sama
ada Tauke Ong ialah Tauke Lim seperti yang digambarkan oleh arwah ayahnya dalam
manuskripnya. Haikal terlihat banyak pelanggan yang masuk ke warung untuk bersarapan.
Mereka memandang-mandang wajah Haikal dan ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.
Ketika itu, seorang lelaki Cina masuk ke warung. Dia kelihatan amat mesra dengan
pelanggan-pelanggan yang lain. Sebaik sahaja mengetahui Haikal ialah anak Cikgu Abdullah,
Tauke Ong terus berjanji akan membawa Haikal ke rumah arwah ayahnya selepas sarapan.
Rumah itu telah diamanahkan oleh arwah ayahnya untuk dijaga oleh Tauke Lim sehingga
Haikal sampai ke kampung itu. Di rumah arwah ayahnya, Haikal mendapat tahu bahawa
manuskrip itu diberikan kepada Ong Swee Hwa dua hari sebelum ayahnya meninggal dunia.

Nilai-baik hati

-Hemah tinggi

-kejujuran

-kerjasama

BAB 9- Pertemuan

Tauke Ong mengajak Haiqal Haqimi makan tengah hari di Pekan Parit Raja . Tauke Ong membawa
anaknya, Ong See Hwa bersama-samanya. Dalam perjalanan, Tauke Ong memberitahu Haiqal
Haqimi bahawa dia diamanahkan oleh arwah ayah Haiqal Haqimi untuk mengerjakan tanah- tanahnya
yang ditanami kelapa sawit. Hasil kutipan jualan kelapa sawit itu disimpan dalam buku simpanan
bank yang dibuka atas nama Haiqal Haqimi. Apabila tiba di hadapan sebuah restoran yang terletak di
Pekan Parit Raja, hanya Haiqal Haqimi dan Ong See Hwa yang turun, manakala Tauke Ong
meninggalkan mereka kerana Tauke Ong mahu pergi ke bank. Haiqal Haqimi dan Ong See Hwa
makan sambil berkenal-kenalan. Sementara menunggu Tauke Ong menyelesaikan urusannya di bank,
Ong See Hwa mengajak Haiqal Haqimi berjalan-jalan di sekitar pekan itu. Mereka berdua cepat mesra
kerana Haiqal Haqimi telah mengetahui sebahagian perwatakan Ong See Hwa daripada manuskrip
tulisan tangan ayahnya. Di dalam rumah ayahnya itu, Haiqal Haqimi terkenang akan keluarganya dan
Ratna. Dia berasa rindu akan mereka.

Nilai – semangat bermasyarakat/kerjasama


-amanah
-bertanggungjawab
-baik hati
-hemah tinggi
-kerjasama

BAB 10 –Pusara-kubur

Pada suatu pagi, Tauke Ong bermurah hati untuk meminjamkan Haiqal motorsikalnya itu. Haiqal
berhajat untuk menziarahi pusara ayahnya itu. Menurut kata Tauke Ong, kubur ayahnya mempunyai
pohon kemboja yang paling besar dan mudah untuk dicari. Dalam 10 minit, Haiqal sampai di kawasan
perkuburan. Haiqal mengusap-usap lembut batu nisan kubur ayahnya. Dia menyedekahkan bacaan
surah yasin dan berdoa. Setelah itu, dia mencabut rumput-rumput halus yang tumbuh di kawasan
kubur ayahnya. Daun-daun yang bertaburan juga dia kutip. Hatinya amat berat untuk meninggalkan
kubur arwah ayahnya itu.
Nilai – baik hati
Nilai – kasih sayang

Kemudian, dia bersiar-siar di sekitar kampung itu dengan menaiki motosikal. Dia memberhentikan
motosikal yang dinaikinya berhampiran sekumpulan remaja yang sedang memancing ikan di tepi
parit. Dia menyapa seorang lelaki, yang kemudiannya dikenali dengan nama Pak Cik Bakar. Menurut
cerita Pak Cik Bakar, hubungannya dengan arwah ayah Haiqal Haqimi seperti saudara kandung. Dia
mempelawa Haiqal Haqimi datang ke rumahnya. Haiqal Haqimi sendiri memang berhasrat untuk
mengetahui banyak perkara tentang ayahnya. Pada malam itu, Haiqal Haqimi ke warung Wak Min.
Daripada perbualannya dengan Mak Menah, dia mendapat maklumat tentang anak muda di kampung
itu yang kebanyakannya bekerja di kilang, ada yang masih belajar, dan ada yang menganggur.
Pada waktu lapang mereka lebih gemar berkumpul di tepi jalan untuk berbual-bual. Berbanding ketika
ayahnya masih ada, anak muda sibuk dengan aktiviti kesenian seperti berzapin, berkompang, dan
aktiviti kemasyarakatan yang lain. Maklumat yang diperolehnya itu menyebabkan Haiqal Haqimi
semakin ingin mengenali ayahnya. Pak Cik Bakar memperkenalkan Haiqal Haqimi kepada Haji Salim
yang dahulunya pemain gambus kumpulan zapin yang sama serta pakar zapin jincat. Kini, mereka
tidak lagi menari kerana faktor usia. Namun, mereka amat kesal kerana anak muda kini tidak
menggemari muzik tradisional, sebaliknya menggemari hiburan lain. Haji Salim membayangkan
kemungkinan pewaris muzik zapin tidak dapat ditemukan pada masa akan datang. Menurut Pak Cik
Bakar, kira-kira enam hingga lapan tahun lamanya kumpulan zapin tidak aktif kerana beberapa orang
ahli kumpulan sudah meninggal dunia.

2.Haiqal Haqimi kemudiannya mengikut Pak Cik Bakar pulang ke rumahnya selepas makan
malam.Seperti arwah ayahnya, Haiqal Haqimi lebih selesa berbual-bual di anjung rumah Pak Cik
Bakar daripada masuk ke dalam rumah. Mereka berbual- bual tentang ayah Haiqal Haqimi. Cikgu
Abdullah pernah berusaha untuk membawa Haiqal Haqimi ke kampung itu kerana terlalu rindu dan
sayang akan Haiqal. tetapi tidak berjaya. Sungguhpun sedih dan kecewa, dia tetap tabah dan sabar.
Cikgu Abdullah tidak pernah bercerita tentang penderitaannya kepada sesiapa sehingga akhir
hayatnya.Dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Cikgu Abdullah pernah memberitahu kepada Pak
Cik Bakar bahawa dia menggantikan Haiqal Haqimi pada diri Ong See Hwa. Cikgu Abdullah
melayani Ong See Hwa seperti anaknya sendiri sehinggakan kadangkala orang kampung melihat
perhubungan itu agak aneh. Haiqal Haqimi mengakui ada sesuatu yang ditinggalkan oleh ayahnya
pada diri Ong See Hwa yang akan dirasai oleh Haiqal Haqimi sendiri kelak.

Nilai - kesabaran/ketabahan
Nilai – rasional
Ong Swee Hwa amat sayang akan manuskrip tersebut. Akan tetapi perlu memunaikan amanah
menyerahkannya kepada Haikal.apabila Haikal dewasa. Ketika ditinggalkan bersendirian oleh Tauke
Ong, Haikal tertarik dengan sijil-sijil yang bergantungan di dinding. Dilihatnya satu persatu. Ayahnya
seorang yang lebih hebat dari yang disangkakannya. Hati Haikal sebak mengenangkan sikap umi yang
tidak merestui perjuangan seni ayahnya. Matanya beralih melihat sekeping gambar di atas sebuah
almari perhiasan di ruang tamu. Gambar ayahnya sedang menerima anugerah daripada seorang
sasterawan negara. Setelah puas menatap gambar, Haikal mengalihkan pandangan ke rumah Tauke
Ong. Dia mencari-cari sesuatu.

Anda mungkin juga menyukai