Anda di halaman 1dari 2

NOVEL SILIR DAKSINA

(Nizar Parman)

SINOPSIS BAB 1

Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya manuskrip itu.
Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir kemalangan akibat sentiasa
memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama
Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu bahawa
orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar
ialah Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu, dia bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa.

SINOPSIS BAB 2

Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan
menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih
menari zapin. Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai
Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu. Setelah selesai
berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu
mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal). Semasa di rumah, Amirulnizam
berehat sambil memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat
peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula datang ke kampungnya. Asalnya
dia seorang yang susah dan datang berjumpa dengan arwah ayahnya
untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar
selama ini. Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik.
Dia seorang yang rajin sehingga mampu mengumpul duit untuk membeli
tanah kebun ayah. sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat
disenangi oleh penduduk kampung. Semasa arwah ayahnya masih hidup,
dia menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya.

Anda mungkin juga menyukai