Anda di halaman 1dari 4

BAB 11:

Sudah seminggu Haiqal berada di Johor. Tauke Ong banyak membantunya, terutama tentang
duit simpanan arwah ayahnya dan juga hasil jualan kelapa sawit. Haiqal memberitahu Tauke Ong
bahawa dia lebih selesa jika tauke ong yang menguruskan harta kebun-kebun itu kerana dia tidak
mempunyai pengalaman tentang kebun-kebun. Hal ini ditolak oleh tauke ong kerana tauke ong
menganggap bahawa inilah masa yang sesuai untuk Haiqal menguruskan kebun-kebun ini. Abang
Bidin dan Salleh mengambil upah memotong kelapa sawit. Mereka pun sudah menerangkan kerja-
kerja mengenai kebun-kebun itu kepada Haiqal. Mulai dari sekarang, Haiqal harus belajar serba
sedikit mengenai kebun kelapa sawit. Sekurang-kurangnya, dapat juga menimba pengalaman.

Nilai- baik hati


Nilai- berdikari
- rasional

Dalam masa seminggu itu, Haiqal sempat berkenalan dengan remaja yang sebaya dengannya
antaranya ialah Lazim anak Hj Salim. Lazim juga menunggu keputusan STPM tetapi dia mengambil
aliran ekonomi. Suatu hari, Lazim meminta izin kepada Haiqal untuk tidur di rumahnya. Mereka
berbual-bual lagi mengenai ayahnya itu. Ayahnya itu dulu mengajar subjek Bahasa Melayu dan
Pendidikan Jasmani. Dalam banyak-banyak murid, ayahnya rapat dengan See Hwa berbanding murid-
muridnya yang lain.
Setelah selesai Haiqal mengerjakan solat maghrib, dia pergi ke gerai untuk membeli dua
bungkus mi goreng kerana dia tidak mahu Lazim kelaparan. Sampai sahaja di rumah Haiqal, Lazim
mengusik Haiqal kerana Haiqal sedang melihat rumah Tauke Ong. Kemudian, Lazim mengajak
Haiqal untuk pergi ke Balai Raya kerana di Balai Rayalah banyak maklumat tentang ayah Haiqal.
Haiqal bertanya kepada Lazim sama ada dia pandai menari zapin ataupun tidak. Lazim pandai menari
zapin sewaktu usianya masih kecil.

Ketika laungan azan solat subuh, Lazim terus bangun dan mengejutkan Haiqal dan terus
mendapatkan motosikalnya. Setelah menunaikan solat subuh, Haiqal duduk di anak tangga. Tiba-tiba
See Hwa datang ke rumahnya dan melemparkan senyuman. See Hwa mengajak Haiqal untuk
bersarapan di Pekan. Setelah sampai di gerai, Tauke Ong ingin pergi ke kedai Tauke Leong untuk
mengambil duit. Kemudian, Haiqal mengambil kesempatan untuk bertanyakan tentang ayahnya
kepada See Hwa.

Nilai - baik hati


- semangat bermasyarakat
- hemah tinggi

BAB 12 :

Petang minggu Haiqal pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim.Balai raya itu kurang terurus
tetapi ada bahagian yang dijaga rapi.Satu bilik bacaan dan satu lagi galeri pameran.Bilik bacaan
terdapat terdapat banyak buku dan majalah yang tersusun rapi .Bilik bacaan itu merupakan idea ayah
Haiqal.Dia yang banyak menyumbang buku dalam bilik tersebut.See Hwa yang menguruskan bilik itu
sekarang.

Nilai - kerajinan
- bertanggungjawab

Selepas itu,mereka pergi melihat galeri pameran.Haiqal terpempan melihat buku-buku yang dikarang
oleh ayahnya tersusun di almari berkunci.Sejarah hidup ayahnya juga di tampal di bilik itu.Ada juga
album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.Dia tertarik dengan gambar ayahnya bersama
kumpulan zapin D'Purnama.Lazim menceritakan sedikit tentang kebolehan ayahnya dan jasanya
terhadap kampung itu.Dia bertanya kepada Lazim tentang zapin di kampung itu .Kemudian See Hwa
dan Haiqal pergi warung Wak Min .Lazim pulang awal.Haiqal tanya See Hwa tentang aksara yang
merupakan satu perkara yang tidak dapat dilaksanakan oleh ayahnya.See Hwa juga memberitahu
Haiqal bahawa arwah ayahnya mahu seseorang untuk menghabiskan manuskripnya itu iaitu
Haiqal.Malam itu,Haiqal menyelak catatan arwah ayahnya yang berkisarkan peralatan dan jenis
zapin .Dia mahu menyaksikan tarian zapin itu.Kemudian dia terus ke warung Wak Min untuk
berjumpa Pak Cik Bakar.Haiqal mengajukan cadangannya untuk menghidupkan tarian zapin kepada
Pak Bakar.Pak Bakar setuju tetapi dia perlu berbincang dengan ketua kampung .Penduduk kampung
bersyukur dengan kepulangan Haiqal ke kampung kerana dia seperti arwah ayahnya .

Nilai - keberanian
- rasional
- bertanggungjawab

Dia teringat akan uminya di pantai timur dan dia tidak terlintas untuk melukakan hati
uminya.Namun,dia ada hak untuk sayang arwah ayahnya .Sebulan lebih dia di Kampung Seri
Purnama,dia mula mendapat keserasian di situ.Dia mendapat layanan yang baik.Dia juga berterima
kasih kepada See Hwa kerana banyak membantunya mengenali arwah ayahnya.

Bab 13 Sinar Harapan

Haiqal Haqimi berasa lega apabila Haji Jamil, Ketua Kampung Seri Purnama bersetuju untuk
mengadakan satu pertemuan dengan semua ahli JKKK berkenaan hal itu. Dia dan Ong See Hwa turut
diundang ke mesyuarat tersebut. Haiqal Haqimi kini telah selesai membaca kesemua buku antologi
cerpen tulisan ayahnya yang diberikan oleh Ong See Hwa. Melalui cerpen-cerpen ayahnya itu, Haiqal
Haqimi dapat menyelami jiwa ayahnya berkisar tentang dunia perguruan, kehidupan masyarakat
setempat, dan kebudayaan di situ. Ayahnya begitu peka terhadap sesuatu yang berlaku di
sekelilingnya.

Nilai – semangat bermasyarakat

Dia amat mengagumi bakat kepengarangan yang dimiliki oleh ayahnya itu. Keputusan peperiksaan
STPM akan diumumkan tidak lama lagi. Sekiranya dia mendapat keputusan yang baik, ibunya
bercadang menghantarnya melanjutkan pelajaran di luar negara kerana ibunya mengharapkan dia
mewarisi empayar perniagaan batiknya pada suatu hari nanti. Haiqal Haqimi tidak meminati bidang
perniagaan, sebaliknya ingin menjadi guru seperti ayahnya. Pada suatu malam, dalam pertemuan Haji
Salim dengan ahli JKKK di balai raya, Haiqal Haqimi, dan Ong See Hwa, mereka sebulat suara
menerima cadangan Haiqal Haqimi untuk menghidupkan kembali kumpulan zapin D'Purnama
semula. Oleh itu, ketua kampung mengharapkan mereka bekerjasama, seterusnya mengundang Yang
Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu sebagai tetamu kehormat dalam persembahan
zapin itu nanti. Selesai perbincangan itu, pembahagian tugas dijalankan.

Nilai - bekerjasama
-bertanggungjawab

Bab 14 Mencari Keserasian

Setiap malam latihan zapin diadakan di balai raya. Haiqal Haqimi bermain tamborin setelah diajar
beberapa kali oleh Pak Cik Bakar dan Haji Salim. Tauke Ong pula meminta Haiqal Haqimi mencuba
tarian zapin tetapi ditolak oleh Haiqal Haqimi kerana berasa malu. Namun, akhirnya Haiqal Haqimi
akur apabila tangannya ditarik oleh Pak Cik Bakar untuk menari. Pak Cik Bakar mengarahkan Haiqal
Haqimi mengikut langkah kaki dan lenggok badannya. Selesai latihan, Haiqal Haqimi diajarkan tarian
zapin secara teori di warung Wak Min.

Nilai – keberanian
Setelah beberapa malam membuat latihan, beberapa orang anak muda kampung itu mula hadir untuk
memberikan sokongan kepada kumpulan zapin D'Purnama. Ong See Hwa dan ibunya, Puan Khei juga
hadir. Lazim turut berlatih dan memberikan tunjuk ajar kepada Haiqal Haqimi.

Nilai – semangat bermasyarakat

Haiqal Haqimi berasa hairan apabila mendapati Ong See Hwa belum pernah menari zapin selama
mereka membuat latihan sedangkan watak Ai Ling yang ditulis dalam manuskrip ayahnya itu pandai
menari zapin. Pada suatu hari, Ong See Hwa mengajak Haiqal Haqimi ke tepi pantai yang sering
dikunjungi oleh Cikgu Abdullah sewaktu hayatnya dahulu. Di tepi pantai itu, Haiqal Haqimi teringat
akan Ratna yang kini menyepi diri. Ong See Hwa memuji Haiqal Haqimi kerana pandai menari zapin
lalu meminta Haiqal Haqimi menari zapin pada malam persembahan nanti. Apabila Ong See Hwa
diminta oleh Haiqal Haqimi supaya menari juga seperti yang ditulis oleh Cikgu Abdullah bahawa dia
pandai menari zapin, Ong See Hwa tidak memberikan keputusan dan tidak mengakui kemahirannya
itu.

Nilai - kesederhanaan

Bab 15 Tetamu Istimewa

Seminggu sebelum majlis persembahan, Haiqal Haqimi memaklumkan perkara tersebut kepada ayah
tirinya dan meminta keluarganya mendoakan dia dapat membuat persembahannya dengan baik. Pada
petang hari tersebut, kumpulan zapin D'Purnama menerima berita yang mengejutkan apabila Lazim
ditimpa kemalangan di jalan raya sewaktu pulang dari tempat kerja. Kejadian tersebut menyebabkan
Lazim tidak dapat membuat persembahan walaupun kecederaan yang dialaminya tidak begitu serius.
Haji Salim meminta Haiqal Haqimi memujuk Ong See Hwa agar menggantikan tempat Lazim. Petang
itu, Haiqal ke rumah Tauke Ong, Haiqal mendapati rupa-rupanya Ong See Hwa sedang menggosok
pakaian zapin. Menerusi rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim, Ong See Hwa dan Lazim
sebenarnya ingin membuat kejutan dengan menari zapin bersama-sama untuk ditunjukkan kepada
Haiqal Haqimi. Namun, rancangan tersebut tidak menjadi kenyataan disebabkan kemalangan yang
menimpa Lazim. Haiqal Haqimi memujuk Ong See Hwa menari bersama- samanya untuk ditunjukkan
kepada ayah tirinya dan tetamu yang hadir. Ong See Hwa bersetuju. Persembahan D'Purnama berjalan
dengan baik dan lancar, termasuk Haiqal Haqimi yang dapat menari dengan baik.

Nilai – berhemah tinggi


Nilai – hormat-menghormati

Ketika asyik menari, Haiqal Haqimi terpandang ibu, ayah tiri, dan adik tirinya yang berdiri sambil
tersenyum di bahagian belakang balai tempat duduk penonton. Dia terkejut dan amat terharu apabila
adik tirinya itu menunjukkan isyarat bagus dengan kedua-dua ibu jarinya.Haiqal mengharapkan muzik
zapin yang mengiringan tariannya segera tamat supaya dia dapat memeluk ahli keluarganya yang
amat dirindui itu.

Nilai- hormat-menghormati
Nilai – hemah tinggi
Nilai – kasih sayang
Niali - kebebasan

Bab 16 Bermulalah Episod

Haiqal Haqimi melanjutkan pelajarannya di sebuah universiti di Sarawak. Haiqal Haqimi yakin dan
bersyukur dendam ibunya terhadap ayahnya kini berakhir apabila menyaksikan dia menari zapin
jincat. Uminya juga telah ke kubur arwah ayahnya dan menangis di situ. Umi Haiqal telah sedar
bahawa darah merah yang mengalir dalam setiap pelosok tubuh Haiqal merupakan darah Abdullah bin
Kayan yang tidak boleh dinafikan.

Nilai- kesyukuran
Nilai – hemah tinggi
Nilai - keadilan

Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda dan akan berkahwin pada hujung tahun ini.
Haiqal Haqimi berusaha untuk mengenali Ong See Hwa dengan lebih rapat seperti yang dipesan oleh
Tauke Ong dan Pak Cik Bakar, namun dia menyerahkan urusannya dengan Ong See Hwa kepada
takdir. Haiqal Haqimi sedar bahawa dia mesti menjadi seperti ayahnya sebelum mewujudkan Aksara
kerana dia masih muda dan belum mampu menyaingi kehebatan ayahnya. Dia belum menambah apa-
apa dalam manuskrip ayahnya.

Anda mungkin juga menyukai