Anda di halaman 1dari 2

BAB 4 DESAKAN HATI

Haiqal tidak dapat membuat keputusan sama ada ingin ke Johor atau tidak. Haiqal yakin bahawa
uminya pasti tidak akan mengizinkan. Haiqal tidak pernah membantah keputusan uminya kecuali
sekali. Manuskrip yang dibaca oleh Haiqal mempengaruhinya untuk ke Johor. Haiqal merasakan
bahawa manuskrip yang dibaca olehnya merupakan kisah benar. Haiqal yakin bahawa si penghantar
manuskrip itu mempunyai sebab yang tersendiri dengan menghantar manuskrip itu kepadanya.
Pada malam itu, Haiqal telah keluar untuk bertemu Ratna. Perkara itu menghairankan umi dan
walidnya. Ketika bertemu Ratna, Haiqal memberitahu bahawa dia sudah selesai membaca manuskrip
tersebut. Haiqal beranggapan bahawa manuskrip itu menceritakan kesunyian dan kesakitan yang
ditanggung oleh ayahnya. Kandungan manuskrip dalam manuskrip itu benar-benar merumitkan
fikiran Haiqal.
Dalam manuskrip itu, watak utamanya ialah seorang penulis. Ratna membuat persamaan antara watak
utama manuskrip itu dengan diri Haiqal yang merupakan pelajar yang hebat dalam bidang sastera.
Haiqal sering memenangi pertandingan deklamasi puisi peringkat sekolah, johan menulis sajak dan
cerpen peringkat negeri. Namun begitu, umi tidak pernah berbangga akan pencapaian Haiqal.
Kebencian umi terhadap ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayahnya. Haiqal berasa bingung.
Haiqal tidak tahu cara untuk dia berhadapan dengan umi dan walidnya. Ratna memberi sokongan
kepada Haiqal. Ratna memberitahu bahawa jika niat Haiqal betul, Allah akan menunjukkan jalan
penyelesaiannya.
Haiqal menyatakan bahawa uminya pernah kecewa dengan keputusan Haiqal yang memilih kelas
sastera apabila masuk ke tingkatan enam. Itulah kali pertama Haiqal berkeras dengan uminya. Ratna
menasihati Haiqal supaya memikirkan perkara tersebut masak-masak sebelum membuat keputusan.
Kemudian, Haiqal memohon diri untuk pulang kerana jam sudah menunjukkan jam 12.00 malam.
Haiqal tidak mahu umi dan walidnya bimbang.

Manuskrip yang dibaca oleh Haiqal mempengaruhinya untuk ke Johor. Haiqal merasakan bahawa
manuskrip yang dibaca olehnya merupakan kisah benar. Pada malam itu, Haiqal telah keluar untuk
bertemu Ratna di Pantai Batu Buruk. Haiqal beranggapan bahawa manuskrip itu menceritakan
kesunyian dan kesakitan yang ditanggung oleh ayahnya. Ratna memberi sokongan kepada Haiqal.
Ratna menasihati Haiqal supaya tabah dan memikirkan perkara tersebut masak-masak sebelum
membuat keputusan.

BAB 5 RINDU

Haiqal berasa terkilan kerana dia tidak mempunyai kenangan indah bersama dengan ayahnya. Haiqal
membelek-belek manuskrip itu sekali lagi. Haiqal ingin kepastian tentang watak Ai Ling yang
mungkin memiliki persamaan dengan individu yang bernama Ong See Hwa. Haiqal juga ingin
membuat andaian tentang watak Ai Ling yang mungkin watak rekaan ayahnya sahaja.
Suasana Kampung Seri Purnama terbayang-bayang di mata Haiqal. Bunyi kompang dan alunan irama
zapin seakan-akan kedengaran di telinga Haiqal. Zapin merupakan tarian terkenal di negeri Johor.
Haiqal hanya pernah menontonnya di televisyen sahaja. Haiqal tidak pernah memalu kompang apatah
lagi menari zapin. Berdasarkan manuskrip tersebut, Haiqal mendapat gambaran bahawa ayahnya
handal menari zapin. Perkara itu menyebabkan Haiqal berasa kagum akan kehebatan ayahnya. Jika
catatan dalam manuskrip tersebut benar, ayah Haiqal merupakan orang yang hebat.
Haiqal berasa rugi kerana dia tidak dapat hidup lama bersama-sama dengan ayahnya. Dunia umi dan
walidnya hanyalah butik dan kilang batiknya. Uminya mahu Haiqal mewarisi perniagaan keluarga
tetapi Haiqal tidak berminat. Haiqal hanya bekerja di kedai batik uminya di Pasar Payang untuk
memenuhi duit poket. Hanya adik tirinya, Nurul Aisyah yang menunjukkan minat dalam perniagaan.
Sewaktu ayahnya meninggal dunia tujuh tahun yang lepas, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan
walidnya menziarahi jenazah ayahnya. Ketika itu, Haiqal sedang menduduki UPSR. Haiqal terpaksa
ditenangkan oleh pengawas kerana dia menangis sepanjang masa menjawab soalan peperiksaan.
Haiqal berasa hairan kerana dia tidak tahu tentang masalah yang dihadapi oleh ayah dan uminya
sehingga menyebabkan mereka berpisah.
Haiqal berasa terkilan kerana dia tidak mempunyai kenangan indah bersama dengan ayahnya. Haiqal
berasa rugi kerana dia tidak dapat hidup lama bersama-sama dengan ayahnya. Uminya mahu Haiqal
mewarisi perniagaan keluarga tetapi Haiqal tidak berminat. Sewaktu ayahnya meninggal dunia tujuh
tahun yang lepas, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah ayahnya. Haiqal
terpaksa ditenangkan oleh pengawas kerana dia menangis sepanjang masa menjawab soalan
peperiksaan.

BAB 6: SATU KETENTUAN

Haikal bertekad untuk pulang ke kampung ayahnya. Walaupun berasa bimbang akan nasibnya di sana
Haikal tetap dengan keputusannya. Haikal tetap akan pergi walaupun uminya membantah keras.
Hasrat Haikal mencetuskan pertengkaran antara dia dengan umi pada malam itu, di ruang tamu
rumahnya apabila dia memberitahu umi dia akan ke kampung arwah ayahnya.

Pertengkaran menyebabkan umi membuka punca perpisahannya dengan Abdullah Kayan, Umi
menganggap ayah Haikal seorang yang mementingkan diri sendiri dan hanya hidup dalam dunianya
tanpa mempedulikan perasaan umi.Umi tidak mahu Haikal menjadi seperti Abdullah Kayan.
Sebaliknya Haikal berasa tindakan ayahnya pulang ke kampung halamannya kerana
tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Umi terkejut apabila Haikal mempertikaikan tindakan umi
menghalang ayahnya daripada bertemunya ketika ayahnya datang berziarah . Bagi Haikal umilah
punca perpisahan antara mereka. Akhirnya dengan penuh kemarahan umi membenarkan Haikal
pulang ke kampung ayahnya . Walid yang pada masa itu juga di ruang tamu telah memujuk Haikal
dan merestui keputusan Haikal. Walid berjanji memberi perbelanjaan untuk Haikal apabila tinggal di
sana nanti walaupun ibunya tidak akan memberinya sebarang wang perbelanjaan untuk ke Seri
Purnama iautu kampung arwah ayahnya. Sifat penyayang walid telah meredakan sedikit perasaan
sedih Haiqal pada malam itu.

Anda mungkin juga menyukai