Anda di halaman 1dari 5

CONTOH SOALAN SPM BERDASARKAN KBAT

SET 1
4a. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peristiwa yang menunjukkan
nilai ketabahan watak utama. (7
markah )
4b. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan konflik yang berlaku dalam
novel.
( 8 markah )
SKEMA:
4a. Ketabahan watak utama:
- Haiqal tabah menghadapi cabaran untuk menjejaki warisan arwah ayahnya.
- Huraian : Uminya tidak menyokong tindakan Haiqal untuk pulang ke Johor kerana di
Johor, Haiqal tidak mengenali sesiapa dan Haiqal juga tidak mempunyai tempat
bermalam. Uminya juga tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika
Haiqal ke Johor.
- Haiqal tabah meneruskan minatnya dalam bidang kesusasteraan.
- Huraian : Haiqal sentiasa menjadi johan dalam berbagai-bagai pertandingan menulis
tetapi kejayaannya itu tidak pernah mendapat pujian daripada umi. Pada masa yang
sama, Haiqal juga terpaksa berkeras dengan uminya untuk belajar dalam bidang
kesusasteraan di tingkatan enam sedangkan uminya mahu Haiqal meneruskan
pelajaran dalam bidang ekonomi.

4b. Konflik antara keluarga:


- Huraian : Umi tidak memberi keizinan kepada Haiqal yang mahu pulang ke Johor.
Umi juga tidak akan memberikan wang belanja ketika Haiqal di Johor.
Konflik antara suami isteri.
- Huraian : Cikgu Nizam terpaksa berpisah dengan isterinya kerana minatnya yang
mendalam dalam bidang seni budaya dan sastera. Cikgu Nizam juga dipisahkan
daripada anaknya; Aiman. Keluarga isterinya seakan-akan tidak suka Cikgu Nizam
datang ke Terengganu melawat anaknya itu.
Konflik antara masyarakat.
- Huraian : Golongan muda Kampung Seri Purnama tidak meminati tarian zapin.
Mereka hanya suka duduk melepak dan menunggang motosikal ke sana ke mari.
Walaupun Haiqal, Pak Cik Bakar dan Haji Salim sibuk berlatih dib alai raya lama,
tidak ada seorang generasi muda pun yang melihat latihan mereka.
===============================================================
=

SET 2

4a. Watak utama dalam sesebuah novel sering menghadapi cabaran dalam hidupnya.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan pernyataan di atas.
( 7 markah )

4b. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang
memberikan pengajaran kepada para pembaca.
( 8 markah )

SKEMA:
4a. Cabaran watak utama:
- Haiqal tabah menghadapi cabaran untuk menjejaki warisan arwah ayahnya.
- Huraian : Uminya tidak menyokong tindakan Haiqal untuk pulang ke Johor kerana di
Johor, Haiqal tidak mengenali sesiapa dan Haiqal juga tidak mempunyai tempat
bermalam. Uminya juga tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika
Haiqal ke Johor.
- Minat Haiqal dalam bidang kesusasteraan tidak disokong oleh ibunya.
- Huraian : Haiqal sentiasa menjadi johan dalam berbagai-bagai pertandingan menulis
tetapi kejayaannya itu tidak pernah mendapat pujian daripada umi. Pada masa yang
sama, Haiqal juga terpaksa berkeras dengan uminya untuk belajar dalam bidang
kesusasteraan di tingkatan enam sedangkan uminya mahu Haiqal meneruskan
pelajaran dalam bidang ekonomi.
4b. Peristiwa yang memberikan pengajaran kepada pembaca:
- Peristiwa Tauke Ong menyerahkan semua wang simpanan, hasil jualan kelapa
sawit dan kebun kelapa sawit kepada Haiqal ketika Haiqal pulang ke kampung
Seri Purnama.
o Huraian : Peristiwa ini memberi pengajaran bahawa kita hendaklah menunaikan
amanah yang telah dipertanggungjawabkan.
- Peristiwa Cikgu Nizam tidak memberitahu sesiapa pun tentang penyakitnya.
Walaupun sakit, dia tetap meneruskan tugasnya memperkembang seni budaya di
kampungnya.
o Huraian : Pengajaran dalam peristiwa ini ialah kita hendaklah tabah menghadapi
dugaan Tuhan.
- Peristiwa pemuda-pemuda kampung yang bersalaman dengan semua pelanggan di
Warung Wak Min sebelum duduk di meja masing-masing.
o Huraian : Pengajaran dalam peristiwa ini ialah kita hendaklah mengamalkan budi
bahasa dalam kehidupan seharian.

============================================================================
====
SET 3

4a. Watak utama dalam sesebuah novel turut menghadapi konflik dengan watak
sampingan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan pernyataan di atas.
( 7 markah )

SKEMA JAWAPAN
Konflik antara Haiqal dengan Umi.
- Uminya tidak menyokong tindakan Haiqal untuk pulang ke Johor kerana di Johor,
Haiqal tidak mengenali sesiapa dan Haiqal juga tidak mempunyai tempat bermalam.
Uminya juga tidak akan memberikan wang belanja kepada Haiqal jika Haiqal ke
Johor.

Konflik antara Haiqal dengan penduduk kampung.


- Haiqal pulang ke kampung hanyalah untuk menjejak warisan Abdullah bin Kayan
tetapi penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar begitu berharap agar Haiqal
menghidupkan semula kumpulan zapin DPurnama.

4b. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang
Menunjukkan nilai kasih sayang.
( 8 markah )

- Cikgu Nizam sering menatap potret wajah anaknya, Aiman pada setiap malam
kerana rindu akan anaknya itu. Cikgu Nizam kadang kala menangis akibat
terlalu rindu akan anaknya itu.
o Huraian : Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak yang
sudah lama tidak berjumpa.

- Peristiwa Haiqal sanggup ke Johor seorang diri untuk menjejak peninggalan


arwah Abdullah bin Kayan walaupun Haiqal tidak mengenali sesiapaun di sana.
o Huraian : Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang seorang anak terhadap ayah yang
sudah lama tidak berjumpa.

- Peristiwa Umi tidak mengizinkan Haiqal pulang ke Johor untuk mencari warisan
Abdullah bin Kayan.
o Huraian ; Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

============================================================================
=

SET 4

4a. Cerita dalam novel sememangnya memaparkan latar masyarakat sezaman.


Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, nyatakan tiga latar masyarakat yang
terdapat dalam novel yang telah anda
baca.
( 7 markah )
SKEMA
- Masyarakat yang berbudi bahasa
o Huraian: Pemuda di kampung Seri Purnama akan bersalaman dengan semua
pengunjung warung Wak Min ketika sampai di warung Wak Min pada waktu malam.
- Masyarakat yang mengamalkan kerjasama dalam melakukan aktiviti.
o Huraian : Haiqal juga bekerjasama dengan penduduk kampung untuk mengadakan
persembahan zapin DPurnama sebagai usaha untuk menghargai perjuangan ayahnya;
Abdullah bin Kayan.
- Masyarakat yang saling membantu.
o Huraian :Keluarga Abdullah bin Kayan sering membantu Tauke Ong ketika kali
pertama Tauke Ong berhijarah ke kampung Seri Purnama seperti menyewakan
kebun getah kepada Tauke Ong.

4b. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan persitiwa yang berlaku
dalam penamat novel.
( 8 markah )
SKEMA
Ketika hari persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan. Haiqal dan Ong
See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung
yang berasa terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid dan
Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi
juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya
memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam
tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal melanjutkan
pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak. Ratna pula telah
bertunang dengan usahawan muda. Haiqal telah mengirim pesanan ringkas kepada
Ong See Hwa bahawa dia akan berusaha menjejak watak Ai Ling seperti yang
diceritakan dalam manuskrip ayahnya.

Anda mungkin juga menyukai