Anda di halaman 1dari 2

MASYARAKAT BERTANGGUNGJAWAB

Berdasarkan novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 iatu novel Silir Daksina. Terdapat beberapa
peristiwa yang dapat dikaitkan dengan.

Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Tauke Lim menyerahkan segala harta yang diamanahkan
oleh Abdullah bin Kayan kepada Haiqal Hakimi seperti buku bank dan segala urusan tanah pertanian.
Peristiwa ini menunjukkan bahawa Tauke Lim bertanggungjawab dalam menyampaikan amanah
yang diberikan kepadanya.

Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Tauke Lim yang tidak mahu membeli kereta baru walaupun
sering rosak kerana dia hendak menyimpan duit untuk keperluan persekolahan anak-anaknya.
Peristiwa ini menunjukkan Tauke Lim seorang yang bertanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Seterusnya, peristiwa yang dapat dikaitkan dengan masyarakat yang bertanggungjawab ialah
peristiwa Dr Raiha yang ingin meneruskan kandungannya walaupun suaminya Dr Sadiz meminta
supaya Dr Raiha menggugurkan kandungan tersebut setelah mendapati anak tersebut cacat. Dr
Raiha enggan menurut kemahuan suaminya dan tetap hendak meneruskan kandungan tersebut.
Peristiwa ini menunjukkan nilai tanggungjawab seorang ibu untuk memastikan anak yang
dikandungnya itu dapat dilahirkan tanpa mengira sebarang halangan yang ada .

MEMBANGGAKAN SAYA SEBAGAI SEORANG PEMBACA

Berdasarkan novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 iatu Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat
beberapa peristiwa yang membanggakan saya sebagai seorang pembaca.

Peristiwa pertama ialah peristiwa Haiqal Hakimi menjejaki tempat asal arwah ayahnya.
Haiqal telah pergi ke Kampung Seri Purnama yang terletak di Batu Pahat untuk menjejaki
peninggalan arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan WALAUPUN DITENTANG DAN DIUGUT OLEH
IBUNYA UNTUK TIDAK MEMBERIKANNYA WANG SAKU SEPANJANG DIA BERADA DI SANA NANTI.
Peristiwa ini membanggakan saya sebagai pembaca kerana saya dapat melihat kesungguhan dan
kecekalan Haiqal menjejaki kampung ayahnya seorang diri.

SETERUSNYA, Peristiwa yang menimbulkan perasaan bangga dalam diri pembaca yang
seterusnya ialah peristiwa Abdullah bin Kayan yang gigih berusaha mengembangkan tarian zapin dan
kesusteraan DIKAMPUNG SRI PURNAMA. USAHA BELIAU MENDAPAT SOKONGAN MASYARAKAT
KAMPUNG. Peristiwa ini menimbulkan perasaan bangga kepada pembaca kerana beliau sanggup
berkorban sehingga sanggup berpisah dengan isteri dan anaknya semata-mata kecintaannya
terhadap sastera dan budaya.

PERISTIWA YANG BOLEH MENARIK PERHATIAN PEMBACA DALAM NOVEL TERSEBUT

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa yang boleh menarik perhatian
pembaca dalam novel tersebut.

Selain itu, peristiwa menarik yang terdapat dalam novel Silir Daksina, ialah peristiwa dimana
Umi melihat persembahan tarian zapin. Haiqal bersedia untuk mempersembahkan tarian zapin
dengan See Hwa. Semasa persembahan dijalankan, Haiqal ternampak Uminya, Walid dan adik
tirinya, Nurul Aisyah sedang menyaksikan persembahannya di belakang balai kampung. Umi
sebelumnya tidak merestui langkah Haiqal untuk menghidupkan semula pejuangan ayahnya.
Peristiwa ini menunjukkan teladan kepada saya bahawa kita haruslah menyokong hasrat ahli
keluarga yang lain walaupun fikiran berbeza. Tambahan pula, peristiwa ini menarik kerana
menunjukkan keunikan kaum di Malaysia apabila See Hwa yang berbangsa Cina mengikuti Haiqal
dalam membuat persembahan Zapin.

Selain itu,ada juga peristiwa dimana Haiqal bertanya kepada uminya tentang rancangannya
ke Johor. Pada mulanya, uminya menggugat Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang
kepadanya...Namun begitu Haiqal tidak membatalkan keputusannya. Sebaliknya,dia meneruskan
rancangannya untuk pergi ke Johor. Peristiwa ini menarik kerana ia menunjukkan keberanian Haiqal
dalam membuat keputusan.

PERISTIWA YANG MENIMBULKAN KESEDARAN KEPADA PEMBACA.

Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan 5, iaitu novel Silir Daksina karya Nizar Parman,
terdapat beberapa peristiwa yang boleh dijadikan panduan hidup pembaca.

Peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam novel Silir Daksina ialah
peristiwa Tauke Ong dengan Ai Ling untuk membantu Haiqal ketika dia berada di Johor. Malahan,
Haiqal juga dibenarkan tinggal di rumah mereka. Haiqal banyak mengetahui berkenaan bapanya
melalui Tauke Ong dan Ai Ling. Ai Ling mengakui bahawa hubungannya dengan Abdullah bin Kayan
amat rapat tetapi dia tidak layak untuk menggantikan tempat Haiqal Haqimi sebagai anak kandung.
Haiqal Haqimi mengucapkan terima kasih kepada Ai Ling kerana telah membahagiakan ayahnya
hingga ke akhir hayat. Peristiwa ini memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa
membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.

Peristiwa yang menimbulkan kesedaran kepada pembaca dalam novel Silir Daksina ialah
peristiwa kebijaksanaan mengenal potensi murid. Abdullah bin Kayan bijak mengenal potensi yang
ada dalam diri See Hwa. Abdullah bin Kayan telah mengajar See Hwa cara mendeklamasikan puisi
yang betul. Cikgu Zam meminta See Hwa datang ke rumahnya bersama-sama kakaknya untuk belajar
cara mendeklamasikan puisi. See Hwa telah memenangi pertandingan mendeklamasi puisi di
sekolahnya. Cikgu Zam sudah menduga kejayaan See Hwa kerana persembahannya baik dan
mengesankan. Peristiwa ini memberikan kesadaran kepada pembaca bahawa setiap orang
mempunyai potensi yang boleh diketengahkan.

PERISTIWA YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN HIDUP OLEH PEMBACA.

Berdasarkan sebuah novel yang telah saya pelajari di tingkatan 5 iaitu novel Silir Daksina karya Nizar
Parman terdapat dua peristiwa yang boleh dijadikan panduan hidup oleh pembaca.

Peristiwa pertama adalah peristiwa dimana Abdullah Kayan menulis manuskrip pada waktu
malam di rumahnya untuk diserahkan kepada anaknya untuk menunjukkan bahawa dia sentiasa
mengingati anaknya walaupun telah lama terpisah.Peristiwa ini dianggap dapat menjadi panduan
pembaca kerana sebagai ahli keluarga kita perlulah saling menyayangi antara satu sama lain.

Selain itu,peristiwa kedua adalah peristiwa dimana Haiqal bertemu dengan Ratna di gerai
milik keluarga Ratna untuk berkongsi tentang masalah yang dihadapinya dan Ratna mendengar
luahan masalah daripada Haiqal.Perisitiwa ini dapat dijadikan panduan kepada kita untuk menjadi
seorang yang prihatin terhadap masalah orang lain.

Anda mungkin juga menyukai