Anda di halaman 1dari 4

NOVEL SILIR DAKSINA

NAMA : KELAS :
PENGENALAN
NAMA PENULIS
JUMLAH BAB
MAKSUD SILIR
MAKSUD DAKSINA

BAB 1 : TERSINGKAP RAHSIA


( Halaman 1-7 )

PERENGGAN

Haiqal meletakkan kembali manuskrip setebal lima puluh lapan muka surat itu di atas meja
kecil di sisi katilnya. Sudah seminggu dia membelek-belek manuskrip yang berkulit biru muda
itu. Kertas kandungannya sudah berwarna kekuning-kuningan lantaran telah dimamah masa.
Sejak kehadiran manuskrip itu, seolah-olah itulah dunia baharunya. Bagai tidak lengkap jika
dia tidak membaca sehelai dua kandungan manuskrip itu pada setiap hari sejak sampai ke
tangannya.

Manuskrip itu seperti ada kuasa magnet. Kuat benar menarik-narik hati, perasaan dan
fikirannya. Oleh sebab dia terkocoh-kocoh mahu sampai ke rumah sore tadi, dia hampir
terlanggar seorang budak kecil yang tiba-tiba sahaja berlari melintasi jalan yang saban hari
dilaluinya. Barangkali budak kecil itu seperti dia juga, mahu segera untuk pulang.
Kebiasaannya dia pasti akan berhati-hati apabila menunggang motosikal di hadapan taman
permainan kanak-kanak itu. Namun, manuskrip itu benar-benar mengacau benaknya. Mujur
dia sempat juga membrek skuternya berkuasa 250cc dan mengelak daripada merempuh
bocah itu. Skuternya terbabas dan nyaris-nyaris masuk ke dalam parit kecil.

Jam besar yang terletak di tengah ruang tamu rumahnya berdenting tiga kali. Bunyinya
bergema. Peristiwa petang tadi lenyap. Haiqal bangun sambil menyandarkan badannya di
kepala katil. Manuskrip berkulit biru muda diambilnya kembali. Kedua-dua belah lututnya
dinaikkan, dirapatkan dan dijadikan alas untuk mengampu manuskrip itu. Direnungnya
manuskrip itu dengan agak lama. Perlahan-lahan manuskrip itu diselaknya, sehelai demi
sehelai. Bunyi selakan itu mengisi ruang kamarnya yang hanya diterangi lampu tidur.

Manuskrip yang berkulit biru muda itu hanya disudahkan menggunakan mesin taip.
Namun, cara taipannya kemas dan teratur. Huruf-huruf yang tercetak juga jelas. Selesa mata
Haiqal membacanya. Betapa dia mengakui, hatinya semakin tersentuh. Adakalanya, dirasakan
bahawa dirinya benar-benar berada di alam lain, alam Abdullah bin Kayan. Nama yang
pernah terbit dari mulut uminya, tetapi tidak diketahui sejarah hidupnya. Umi seolah-olah
ingin menutup terus sejarah hidup Abdullah bin Kayan itu. Dia percaya, mungkin umi
mempunyai alasannya yang tersendiri. Dia amat menghormati pendirian uminya, apatah lagi
umi tidak pernah berbohong kepadanya.

Seawal usianya menginjak enam tahun, barulah dia diberitahu oleh uminya bahawa lelaki

1
yang selama ini yang dipanggilnya Walid bukanlah ayah kandungnya. Abdul Fatah
ialah bapa tirinya. Namun hingga ke hari ini, dia tidak pernah sedikit pun
mendendami uminya. Begitu juga dengan walid. Bagaimana pula dia boleh membenci
walid yang selama ini telah meladeninya dengan baik. Langsung tidak dibezakan antara
dia dengan Nurul Asiyah, adik tirinya.

Peristiwa itu masih basah di layar mindanya. Pada suatu malam, seminggu sebelum dia
masuk ke sekolah tadika, umi masuk ke kamar tidurnya. Umi melabuhkan punggung di birai
katilnya. Dia pun duduk di birai katil, rapat dengan uminya. Wajah umi kelihatan amat jernih
malam itu. Dengan perlahan umi mengusap-usap rambutnya.

“Along sayang umi?” tanya umi dengan suara yang lembut.


“Sayang,” jawabnya sepatah tetapi penuh yakin.
“Along sayang walid?”
Dia angguk. "Kenapa umi tanya?”
Umi merenung tepat wajahnya. Tiba-tiba ada titis-titis jernih menuruni cerun pipi umi
yang mulus. Tentu sahaja keadaan itu membuat dirinya dihambat kebingungan. Selama ini
uminya tidak pernah begini. Melihatkan umi menangis, rasa seb ak mula menyelimuti
dadanya.

" Kalau umi cakap, along jangan marah umi, ya. Jangan benci akan walid juga,” ujar umi
berbaur dengan esakannya.
“Along janji, along tak akan marah umi dan tak akan benci walid,” balasnya.
Umi terus memegang kedua-dua pundaknya. Barangkali juga umi sedang mengumpul
kekuatan dengan berbuat begitu. Pandangan mereka bersatu. Umi menghela nafas. Dapat
dirasakan belah tangan umi bergetar.

“Along sebenarnya walid bukan ayah kandung along ...,” jelas umi. Esakan umi semakin
jelas. Ketika itu, dia dapat merasakan dakapan umi yang erat. Terlalu erat. Kasih sayang umi
benar-benar dapat dirasai.
Umi melonggarkan pelukannva. Kemudian, umi menyeka air matanya dengan hujung
lengan baju tidurnya. Namun, dia tetap meletakkan di dada umi, seperti ulat melekat di daun.
Dia ingin terus merasakan kehangatan itu.

"Ayah di mana, umi?” Dia bertanya dengan suara yang perlahan. Kemudian, dia
memejamkan matanva rapat-rapat. Umi hanya diam, terus-terusan mengelus-elus rambutnya
.
Agak lama, barulah umi menjawab,” Ayah along ada tetapi jauh dari sini. Kalau along dah
besar nanti, along akan tahu semuanya.”
Belaian lembut umi akhirnya telah membuatkan dia terlena. Selepas itu, segala persoalan
tentang manusia bernama Abdullah bin Kayan itu hanya dipendamkannya sahaja.

Semenjak uminya berkata begitu, dia pun tidak bertanyanya lagi. Cuma, dia mengumpalkan
tekad dalam hatinya, dia akan mencari Abdullah bin Kay an apabila sampai masanya

2
nanti.
Lampu tidur dipadamkan. Gelap. Dia ingin tidur lena di ruang sepi dalam kedinginan
dinihari, namun cukup mendamaikan.
Aku telah besar kini, bisik hati kecilnya.
Perlahan-lahan Haiqal melorotkan badannya. Bahagian kakinya hingga ke paras lutut kini
dimasukkan ke dalam selimut. Manuskrip itu diletakkan di dada dan didakapnya erat.
Beberapa ketika kemudian, dunia Abdullah bin Kayan turut hilang daripada ingatannya
ditelan kedinginan dinihari yang kian menggigit.

SOALAN PENGUKUHAN :

BIL. SOALAN JAWAPAN


1. Berapakah ketebalan manuskrip yang
dipegang oleh Haiqal ?
2. Apakah warna kulit manuskrip tersebut ?

3. Apakah yang berlaku apabila Haiqal


tergesa-gesa hendak pulang ke rumah
pada waktu petang ?
4. Apakah kenderaan yang dinaiki oleh
Haiqal ketika pulang ke rumah ?
5. Selepas tiba di rumah, di manakah Haiqal
membaca manuskrip tersebut ?
6. Siapakah Abdul Fatah ?

7. Siapakah nama adik tiri Haiqal ?

8. Bilakah Umi memberitahu Haiqal


kedudukan sebenar Walid ?
9. Siapakah individu yang ingin diketahui
dengan lanjut oleh Haiqal ?
10. Apakah yang berlaku kepada umi apabila
merenung wajah Haiqal ?

3
PERISTIWA PENTING

1.

2.

3.

4.

PANITIA BM STFJB 2021 4

Anda mungkin juga menyukai