Anda di halaman 1dari 8

Jawapan contoh soalan novel….

1.Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,huraikan tema novel tersebut .(7 markah)

Novel yang telah saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan ,karya Ruhaini
Mat Darin.

Tema novel ini adalah tentang kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai
kerenah masyarakat sepanjang percutiannya di kampung.

Lili cekal menghadapi kerenah sikap ibunya yang menyuruhnya menghabiskan


cuti persekolahan di kampung datuknya di Kampung
Sentosa,Dungun ,Terengganu.Lili mempunyai rancangannya tersendiri untuk
menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama kawan-kawannya tetapi perkara ini
tidak diketahui oleh ibunya.Lili cekal mematuhi suruhan ibunya dengan bercuti di
kampung datuknya.Berkat kecekalan lili,dia berjaya menggembirakan hati ibunya
walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan dirinya.

Lili juga cekal menghadapi kerenah Rafik dan Haziq.Rafik dan Haziq menjadikan
lili sebagai tebusan,menculik Lili dan mengurungnya di sebuah pondok usang.Lili
cekal menghadapi suasana cemas ini dengan tenang dan tidak berasa panik atau
takut.Lili juga cekal berfikir mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri sebelum
diselamatkan oleh Danel.,

2.Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,huraikan satu nilai murni yang anda
pelajari .

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan,karya Ruhaini Mat
Darin dan novel Songket Berbenang Emas….,karya Khairuddin Ayib

Satu nilai murni yang terdapat dalam novel JMJ ialah nilai kasih sayang.Nilai ini
dapat dilihat dengan jelas pada watak lili iaitu kasih sayang seorang anak terhadap
ibu.Hal ini demikian kerana Lili amat meyayangi ibunya.Lili tidak membantah
cadangan ibunya yang memintanya untuk pulang bercuti di kampung datuknya,di
Dungun,Terengganu walaupun hatinya begitu berat untuk berbuat demikian kerana
dia sudah mempunyai rancangan tersendiri bersama-sama rakan-rakannya.

1
Satu nilai murni yang terdapat dalam novel SBE ialah nilai keberanian.Nilai ini
dapat dilihat pada diri Dahlia.Hal ini demikian kerana Dahlia berani terjun ke dalam
sungai untuk menyelamatkan Said yang telah lemas di dalam sungai itu.Walaupun
aliran air sungai amat deras dan keadaan air sungai sangat berkeladak akibat hujan
lebat beberapa hari yang lalu namun Dahlia berani terjun ke dalam sungai
semata-mata menyelamatkan Said.Kesanggupan Dahlia mengetepikan keselamatan
dirinya semata-mata untuk menyelamatkan Said yang lemas dalam Sungai
menggambarkan keberanian Dahlia.

3.Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa menarik dalam
novel tersebut.
( 8 markah
)

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan,karya Ruhaini Mat
Darin dan novel Songket Berbenang Emas….,karya Khairuddin Ayib.

SAlah satu peristiwa menarik yang terdapat novel JMJ ialah peristiwa Lili
dijadikan tebusan dan diculik oleh Rafik untuk menyelamatkan dirinya daripada
ditangkap oleh penduduk kampung atas kesalahan mencuri.Peristiwa ini menarik
kerana peristiwa inilah yang mendorong Lili kemudiannya mengunjungi dan berbual
dengan Che Jah untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah keluarga Che
Jah.Sebagai tindakan susulan,Lili berjaya mendapatkan bantuan dua pegawai Jabatan
Kebajikan Masyarakat iaitu Puan Hamimah dan Nadia untuk menyelamatkan Rafik
dan Haziq sehingga dihantar ke pusat pemulihan akhlak dan pada waktu yang sama
menyelamatkan Che Jah daripada menjadi mengsa keganasan suaminya,Seman

Satu peristiwa menarik yang terdapat dalam novel SBE ialah peristiwa Keinsafan
Nek Kiah.Sebagai contoh Nek Kiah tidak merestui perkahwinan anaknya,Saleha
dengan Embong kerana Embong merupakan seorang yang miskin.Nek Kiah juga
tidak menyukai cucu-cucu hasil daripada perkahwinan Saleha dengan Embong.Nek
Kiah ingin menjual tanah yang didiami oleh oleh Embong sekeluarga setelah Saleha
dimasukkan ke hospital.Pada suatu hari ,Nek Kiah jatuh sakit,DAhlia segera
menelefon ambulans bagi membawa Nek Kiah ke hospital.Setelah Nek Kiah
sembuh,beliau sedar akan kesilapannya terhadap Embong sekeluarga dan mula
berbaik dengan mereka.Peristiwa ini menarik kerana selepas Nek Kiah insaf,mereka
berbaik semuladan Nek Kiah telah membenarkan anak,menantu dan cucu-cucunya
tinggal bersamanya di rumahnya selepas rumah menantunya dihanyutkan banjir.

2
4.Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,huraikan dua konflik antara watak dalam
novel tersebut
(7markah)

Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan,karya Ruhaini Mat
Darin.

Salah satu konflik antara watak dalam novel ini ialah konflik antara suami dengan
isteri. Hampir sepuluh tahun Che Jah dan anak-anaknya menjadi mangsa penderaan
suaminya, Seman yang pulang lewat malam. Akibat kesan alkohol dan kalah judi
mereka sering dibelasah oleh Seman.

Selain itu,terdapat juga Konflik antara masyarakat kampung.Penduduk Kampung


Sentosa menghadapi konflik tentang isu peletakan kubah yang baharu di masjid lama
atau di masjid baharu yang akan dibina.Konflik yang berlaku menyebabkan kampung
tersebut tidak mengalami sebarang pembangunan.

Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenang Emas ,karya Ruhaini Mat
Darin.

Konflik antara bapa dengan anak. Contohnya, Dahlia tidak bersetuju dengan
tindakan bapanya, Embong yang ingin menghantar ibunya, Saleha ke hospital bahagia
untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Konflik antara anak murid dengan guru.Cikgu Salwani tidak membenarkan


Dahlia keluar dari asrama untuk tinggal di rumah tetapi Dahlia berdegil dan terus
meninggalkan asrama tanpa kebenaran gurunya.Dahlia risau akan nasib adik-adiknya
terutamanya Anggerik apabila ibu mengalami penyakit kemurungan dan mendapat
rawatan di hospital.

5.Bedasarkan dua buah novel yang anda kaji,huraikan satu peristiwa yang
menggambarkan nilai keberanian dalam setiap novel.(8 markah)

3
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan,karya Ruhaini Mat
Darin dan novel Songket Berbenang Emas….,karya Khairuddin Ayib.

Satu peristiwa keberanian dalam novel JMJ ialah peristiwa keberanian Danel
menyelamatkan mangsa culik..Lili telah menjadi mangsa culik oleh Rafiq dan Haziq
dan disembunyikan di sebuah rumah usang. Danel yang mengetahui tempat
persembunyian mereka telah datang seorang diri untuk menyelamatkan Lili.

Selain itu peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian ialah peristiwa


keberanian Lili untuk membuat aduan tentang isu keganasan rumah tangga.Lili berani
menyuarakan permasalahan rumah tangga Cik Jah dan suaminya kepada Puan
Hamimah iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Satu peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam novel Songket


Berbenang Emas ialah peristiwa keberanian Dahlia berani untuk terjun ke dalam
sungai.Dahlia sanggup terjun ke dalam sungai yang deras untuk menyelamatkan
nyawa Said dengan mengetepikan keselamatan dirinya.
Selain itu,peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian ialah Peristiwa
keberanian Embong membunuh seekor ular. Embong berani melawan dan berjaya
membunuh ular sawa di ladang kelapa sawit. Ular sawa telah membelit badan
Embong ketika dia mencari buluh di kawasan kelapa sawit.

6.Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,huraikan dua latar tempat dalam novel
tersebut.

Novel yang kaji ialah novel JMJ,karya Ruhaini Mat Darin.

Salah satu latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Kedai Runcit
Letchumi.Kedai runcit ini terletak di Pekan Sentosa.Pada suatu hari ini ,nenek
membawa Lili ke Kedai Runcit Letchumi.Di kedai tersebut , Lili bertemu dengan
Geetha iaitu anak gadis India yang kali pertama bertemu dalam bas ekspres semasa
dalam perjalanan pulang ke kampung.Di situ juga , Lili mendapat tahu bahawa Geetha
ialah anak kepada Letchumi dan Letchumi pula merupakan pesakit kepada datuk LILI
yang mengamalkan perubatan tradisional untuk merawat penyakit kencing manis
Letchumi

Selain itu,latar tempatnya ialah Rumah datuk lili di Kampung Sentosa,Dun


gun.Danel bersama-sama bapanya William Ng datang ke rumah datuk Lili untuk

4
memaklumkan kepada datuk bahawa bapanya bercadang untuk berhenti menerima
rawatan perubatan tradisional daripada datuk kerana ingin mencuba perubatan moden
pula.Sewaktu berada di rumah datuk lili,Danel telah bertemu Lili kali kedua dan tidak
menyangka Lili ialah cucu kepada Haji Abdul Rahman.

*SBE-latar tempat :Sekolah Menengah Perempuan Temenggung Ibrahim,Batu


Pahat ,Johor.Suatu petang,Azhari datang mencari Dahlia ke sekolah Menengah
Temenggung Ibrahim,Kavitha iaitu kawan Dahlia telah meminta AZhari untuk
menunggu Dahlia di kantin sekolah.Azhari telah menemui Dahlia di kantin sekolah
dan turut menyatakan hasrat hatinya untuk berkahwin dengan Dahlia.

-latar tempat :Hospital Batu Pahat-Dahlia terserempak dengan Haji Sulaiman


(ketua kampung Kampung Parit Haji Rais)-Haji Sulaiman maklumkan bahawa ibunya
telah dipindahkan ke Hospital Permai,Johor Bahru.Dahlia terserempak dengan Cikgu
Hisyam dan Kavitha di Hospital Batu Pahat ketika melawat ayahnya yang dirawat
akibat dipatuk ulr tedung.

7.Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,huraikan dua peristiwa yang menyayat
hati anda.

Novel yang kaji ialah novel JMJ,karya Ruhaini Mat Darin.

Satu peristiwa yang menyayat hati saya ialah peristiwa Rafiq dan Haziq yang
dibelasah oleh penduduk kampung kerana dituduh mencuri kubah surau.HAl ini
demikian kerana Rafiq dan Haziq sebenarnya tidak bersalah kerana orang yang
bertanggungjawab mencuri kubah tersebut .Rafiq dan Haziq menjadi mangsa fitnah
bapa mereka sendiri.Saya amat berasa sedih melihat keadaan Haziq dan Rafiq yang
cedera dipukul.Walaupun mereka berulang kali merayu kepada penduduk kampung
supaya tidak dipukul namun penduduk kampung masih bersikap kasar.

Peristiwa seterusnya yang menyayat hati saya ialah peristiwa Danel membawa
bapanya William Ng ke rumah datuk Lili untuk memaklumkan kepada datuk bahawa
bapanya akan berhenti daripada menerima rawatan tradisional daripada datuk kerana
ingin mencuba perubatan moden.Saya berasa sedih kerana seorang demi seorang
pesakit meninggalkan datuk dan bilangan pesakit datuk semakin hari semakin
bekurangan.Malah, datuk sendiri mula mengalami tekanan lebih-lebih lagi William
Ng yang sudah lama berubat dengan datuk mengambil keputusan untuk berhenti

5
menerima rawatan.Tindakan datuk masuk seorang diri ke dalam hutan untuk mencari
akar dan herba pada waktu malam turut membuatkan hati saya pilu melihat keadaan
datuk yang nyata sekali mengalami tekanan.

8.Dua peristiwa pada bahagian peleraian yang memberi teladan kepada pembaca
dalam Novel
Jendela Menghadap Jalan:

A.Peristiwa Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah dengan
bantuan Puan Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Sebab:
- Seseorang yang berada dalam kesusahan perlu dibantu agar dapat meringankan
beban mereka.

B. Peristiwa Lili berasa sangat bahagia sewaktu melihat ibu berbual-bual mesra
dengan datuk semasa ibu pulang ke kampung untuk menjemput Lili pulang ke Kuala
Lumpur.
Sebab:
- Seseorang anak perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapanya
walaupun sudah berkeluarga dan memiliki kerjaya yang baik.

c. Peristiwa Rafik dan Haziq akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon
persendirian.
Sebab:
- Pelajaran amat penting dalam kehidupan

D. Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya mendapat pembelaan yang sewajarnya


apabila suaminya Seman berjaya dihadapkan ke muka pengadilan.
Sebab:
- Seseorang yang melakukan kesalahan perlu menerima hukuman yang setimpal
dengan kesalahannya.

6
Novel Songket Berbenang Emas
a. Peristiwa Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia dan bersikap pilih kasih
akhirnya insaf selepas dia dijaga dengan baik oleh Dahlia dan adik- beradiknya
semasa Nek Kiah sakit.

Sebab:
- Ahli keluarga tidak perlu mempunyai sikap pilih kasih terhadap anak cucu.

B.. Peristiwa Penduduk Kampung Haji Rais telah bermuafakat dan bekerjasama
membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita
bergotong-royong menyediakan makan.
Sebab:
- Permuafakatan amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

c. Peristiwa Masyarakat kampung telah berjaya memungut sumbangan sebanyak


RM500.00 dan sumbangan peribadi RM300 daripada Tauke Lim kepada Dahlia untuk
melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Sebab:
- Kepentingan budaya tolong menolong dalam kehidupan bermasyarakat
.

d. Peristiwa Dahlia terpilh melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan


perniagaan selama empat tahun di Jepun.
Sebab:
- Ketabahan dan kegigihan menempuh pelbagai cabaran membuahkan memperoleh
kejayaan.

e. Peristiwa Azhari menghadiahi sehelai songket berbenang kepada Dahlia sebagai


merainya kejayaan melanjutkan pelajaran dan simbol bahawa mereka orang Melayu.

Sebab:

7
- Kepentingan menjaga mempertahankan budaya Melayu

Anda mungkin juga menyukai