Anda di halaman 1dari 3

Cikgu Roslan Daud

PENYAKIT BERJANGKIT

Standard Pembelajaran
2.1.1 Membaca pelbagai jenis teks untuk mengenal pasti dan membandingkan intonasi serta nada yang sesuai.

Baca bahan yang diberikan mengikut intonasi dan nada yang sesuai.

Bahan 1 – Rencana

Negara dalam keadaan dilema dengan kenaikan mendadak kes COVID-19. Kurangnya kesedaran kesihatan
menyebabkan COVID-19 yang sedang bermutasi menjangkiti orang awam dengan pantas tanpa memilih darjat dan pangkat.
Oleh itu, kandungan digital perlu diperbanyakkan dengan menyasarkan komuniti luar bandar di samping memberikan
kesedaran kesihatan lebih baik kepada masyarakat setempat.

Selain itu, ketua kampung dan imam masjid ataupun ketua agama bagi masyarakat
setempat perlu memberikan nasihat dan penerangan kepada komuniti secara lebih jelas
mengenai aspek penjagaan kesihatan yang asas. Kementerian Kesihatan perlu memberikan
taklimat kepada mereka sebelum menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat.
Komuniti luar bandar perlu sentiasa diingatkan untuk mengelakkan diri daripada
kawasan sempit, melaksanakan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, sentiasa
mencuci tangan, duduk di rumah jika tidak kepentingan untuk keluar, menjaga etika bersin
dan batuk serta menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengawal kesihatan kendiri.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tingkat literasi kesihatan rakyat di luar bandar,
Oleh Dr Shamsul Arrieya Ariffin, Berita Harian Online, 27 Oktober 2020

Bahan 2 – Pengumuman

Disebabkan oleh penularan wabak penyakit seperti COVID-19, Influenza A, dan H1N1, semua kakitangan syarikat dinasihati
mengambil langkah pencegahan. Antara langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut :

Pakai pelitup muka dan Dapatkan rawatan dengan


Tinggal di rumah hingga
cuci tangan dengan segeranya jika mengalami
penyakit sembuh jika
sabun atau gunakan demam, batuk dan sukar
diberikan cuti sakit.
pensanitasi tangan. bernafas.

Bersihkan permukaan Jangan hantar anak


Gunakan sapu tangan yang menghidap penyakit
lantai dan meja yang
atau tisu semasa batuk berjangkit ke pusat
terkena cecair hidung
dan bersin. jagaan kanak-kanak.
dan mulut.

Semoga para pekerja syarikat dapat memberikan kerjasama untuk mematuhi garis panduan yang diberikan ini.
Sekian, terima kasih.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

1
Cikgu Roslan Daud
LATIHAN
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

Bahan 1

Koloni buruh warga asing yang berselerakan di sekitar Lembah Klang, berisiko tinggi mencetuskan kluster baharu
jangkitan wabak COVID-19 di negara ini sekali gus merencatkan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengawal
penularan pandemik itu ketika ini. Risiko penularan jangkitan jangkitan dalam kalangan warga asing adalah tinggi berikutan
kebanyakan mereka tinggal di dalam petempatan yang kotor. Atas faktor itu, COVID-19 dapat merebak secara pantas dan
meluas dalam kalangan warga asing.
Pembukaan sektor ekonomi semula, khususnya industri pembinaan, menyebabkan warga asing termasuk yang sudah
disahkan negatif terdedah dengan kumpulan warga asing lain yang mungkin dijangkiti virus berkenaan. Faktor petempatan
yang sempit pula menyebabkan jangkitan itu mudah merebak kepada rakan serumah mereka, sekali gus menyebabkan
jangkitan dan kluster baharu. Rumah kongsi warga asing yang kebanyakannya disediakan majikan agak sempit serta dihuni
antara 10 hingga 20 orang.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘COVID-19 : Koloni warga asing berisiko cetus kluster baharu’
oleh Ahmad Suhael Adnan,
Berita Harian Online, 7 Mei 2020

Bahan 2

ALOR SETAR : Penularan wabak chikungunya di deretan rumah kedai di Jalan Tuanku Ibrahim, di sini tamat pada 10 Julai
lalu, manakala di Simpang Kuala, di sini tamat 11 Julai lalu selepas Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Setar tidak lagi
menerima kes terbaharu. Wabak yang berlaku seharusnya dijadikan pengajaran betapa pentingnya setiap premis sama ada
persendirian, agensi kerajaan dan swasta memastikan kawasan persekitaran bersih serta selamat daripada pembiakan
nyamuk aedes.
Kawasan persekitaran yang kotor menjadi tempat pembiakan nyamuk. Selagi terdapat tempat-tempat berpotensi
berlaku pembiakan nyamuk, maka selagi itulah risiko jangkitan penyakit bawaan nyamuk aedes akan berlaku. Selain itu,
antara punca pembiakan nyamuk aedes juga disebabkan oleh kawasan projek pembangunan yang sedang berjalan. Kon oren
serta pengadang atau pembahagi jalan yang digunakan boleh menakung air hujan dan jika dibiarkan akan menyebabkan
berlaku pembiakan nyamuk. Virus chikungunya boleh menyebabkan pesakit mengalami sakit sendi yang berpanjangan namun
tidak menyebabkan kematian.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Tiada lagi kes chikungunya di Alor Setar’
oleh Noorazura Abdul Rahman,
Berita Harian Online, 19 Julai 2019

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata merencatkan usaha. [2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor penularan wabak COVID-19 dan wabak
chikungunya. [3 markah]

(iii) Budaya menjaga kebersihan dapat mengekang penularan wabak penyakit berjangkit.
Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan ibu bapa dalam memupuk budaya menjaga kebersihan dalam diri anak-
anak? [3 markah]

(iv) Barang-barang keperluan di rumah anda sudah hampir habis. Ibu anda mahu membeli barangan tetapi dia bimbang akan
risiko dijangkiti wabak COVID-19. Tambahan pula, ibu anda mempunyai penyakit kronik, iaitu kencing manis. Anda
mencadangkan bahawa biarlah anda yang pergi berbelanja tetapi ibu anda menolaknya. Dia mahu berbelanja sendiri
terutamanya memilih bahan mentah segar seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran.
Sebagai anak yang prihatin, cadangkan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu anda untuk mengurangkan risiko
dijangkiti wabak COVID-19 semasa berbelanja. [4 markah]

2
Cikgu Roslan Daud
JAWAPAN LATIHAN

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata merencatkan usaha. [2 markah]

P1 membantutkan / menghalang tindakan / langkah / ikhtiar 2m


P2 membantutkan / menghalang usaha 1m
P3 merencatkan tindakan / langkah / ikhtiar 1m
[2 isi cukup]
[markah maksimum : 2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan faktor penularan wabak COVID-19 dan wabak
chikungunya. [3 markah]

Persamaan faktor penularan wabak COVID-19 dan wabak chikungunya :


P1 petempatan yang kotor 1m
P2 kawasan persekitaran yang kotor 1m
faktor penularan wabak COVID-19 :
P3 petempatan yang sempit 1m
Faktor penularan wabak chikungunya :
P4 kawasan projek pembangunan yang sedang berjalan 1m
[3 isi cukup]
[markah maksimum : 3 markah]

(iii) Budaya menjaga kebersihan dapat mengekang penularan wabak penyakit berjangkit.
Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan ibu bapa dalam memupuk budaya menjaga kebersihan dalam diri anak-
anak? [3 markah]

Peranan-peranan ibu bapa dalam memupuk budaya menjaga kebersihan dalam diri anak-anak :
P1 ibu bapa perlulah mendidik anak-anak tentang kepentingan kebersihan 1m
P2 ibu bapa hendaklah menjadi suri teladan / contoh dalam menjaga kebersihan diri dan rumah 1m
P3 ibu bapa haruslah mengajak anak-anak bergotong-royong membersihkan rumah 1m
P4 ibu bapa wajarlah membawa anak-anak berjumpa dengan doktor / pakar kesihatan 1m
P5 ibu bapa seharusnya membawa anak-anak ke pameran / ceramah / kempen kesihatan dan kebersihan 1m
[2 isi cukup]
[markah maksimum : 3 markah]

(iv) Barang-barang keperluan di rumah anda sudah hampir habis. Ibu anda mahu membeli barangan tetapi dia bimbang akan
risiko dijangkiti wabak COVID-19. Tambahan pula, ibu anda mempunyai penyakit kronik, iaitu kencing manis. Anda
mencadangkan bahawa biarlah anda yang pergi berbelanja tetapi ibu anda menolaknya. Dia mahu berbelanja sendiri
terutamanya memilih bahan mentah segar seperti ikan, ayam dan sayur-sayuran.
Sebagai anak yang prihatin, cadangkan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu anda untuk mengurangkan risiko
dijangkiti wabak COVID-19 semasa berbelanja. [4 markah]

Sebagai anak yang prihatin, cadangan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh ibu saya untuk mengurangkan
risiko dijangkiti wabak COVID-19 semasa berbelanja :
P1 ibu saya perlulah memakai pelitup muka + agar dapat mengelakkan virus daripada memasuki tubuh 1m
P2 ibu saya hendaklah mengamalkan penjarakan fizikal + supaya tidak bersentuhan dengan orang lain 1m
P3 ibu saya haruslah memilih tempat belanja yang kurang tumpuan + agar tidak bersesak-sesak 1m
P4 ibu saya wajarlah memakai cecair pensanitasi + supaya dapat membunuh virus 1m
P5 ibu saya seharusnya berbelanja dengan pantas + agar tidak mengambil masa yang lama 1m
P6 ibu saya perlulah mengambil troli yang telah disanitasi + supaya menjamin kebersihan dan keselamatan 1m
P7 ibu saya hendaklah menjauhi orang yang ada simptom penyakit + agar mengelakkan jangkitan 1m
[3 isi cukup atau 2 isi dengan huraian]
[markah maksimum : 4 markah]

Anda mungkin juga menyukai