Anda di halaman 1dari 3

Cikgu Roslan Daud

PENGALAMAN BERAKIT MEREDAH JERAM

Standard Pembelajaran
3.3.1 Menulis untuk melengkapkan maklumat dengan membuat pertimbangan yang relevan dalam pelbagai bahan.

Memupuk
semangat
kerjasama
Rasai pengalaman meredah
jeram selama DUA jam

Meningkatkan
keyakinan dan
keberanian

Membina
kekuatan
fizikal

Selamat pagi saya ucapkan buat semua peserta yang bakal mengikuti aktiviti berakit meredah jeram pada hari ini. Terima
kasih kerana memilih Azam Travel Sendirian Berhad sebagai penyelaras aktiviti anda. Saya, Mohd Rafis Yahya selaku
pengurus syarikat akan menyampaikan sedikit taklimat ringkas tentang panduan keselamatan sebelum dan semasa aktiviti
ini dijalankan. Saya harap semua peserta dapat mendengarnya dengan teliti bagi mengelakkan kemalangan terjadi.
Setiap peserta perlulah mengenakan pakaian keselamatan, iaitu jaket dan topi keledar yang disediakan. Seandainya
terjatuh semasa melakukan aktiviti, peserta dapat mengurangkan risiko kecederaan. Selain itu, barangan berharga tidak
digalakkan dibawa bersama ketika menyertai ekspedisi ini kecuali jika menggunakan beg kalis air untuk menyimpan dompet,
telefon pintar dan sedikit makanan ringan serta sebotol air mineral sebagai bekalan di pertengahan jalan. Jika membawa
kamera, pastikannya tahan lasak, kecil dan kalis air.
Untuk pengetahuan peserta, anda akan melalui 24 buah jeram berarus deras dan ganas. Oleh itu, peserta mestilah
mendengar setiap arahan daripada jurumudi atau skipper yang bertauliah. Ekspedisi di Sungai Sedim sepanjang 16 kilometer
ini akan memakan masa selama tiga jam. Saya berharap kalian akan gembira menikmati pengembaraan penuh debaran ini dan
selamat sampai ke destinasi yang terakhir.

1
Cikgu Roslan Daud

LATIHAN
Tulis karangan yang lengkap berdasarkan maklumat yang anda baca dalam bahan. Bagi maklumat yang tiada dalam bahan, anda
perlulah menulis jawapan berdasarkan justifikasi yang sesuai.

Semua pihak digesa supaya memberikan tumpuan untuk mengembangkan sukan air di negara ini. Hal ini dikatakan demikian
kerana sukan air mempunyai potensi untuk dikembangkan memandangkan Malaysia mempunyai khazanah alam semula jadi
yang banyak dan menarik. Selain itu, aktiviti ini mampu melatih diri dari segi kesihatan, keterampilan dan disiplin. Kita harus
mencontohi Australia yang muncul sebagai negara sukan air kerana minat penduduknya terhadap sukan itu.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Beri tumpuan kepada sukan air - Anwar’
oleh Raja Noraina Raja Rahim,
Berita Harian Online, 10 November 2018
Sebagai respons kepada seruan kerajaan untuk menggalakkan rakyat menyertai sukan air, anda telah menyahutnya dengan
menyertai sukan air yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi dan Pelancongan sekolah anda. Pelbagai manfaat yang diperoleh
peserta daripada aktiviti tersebut.
Tulis laporan anda selengkapnya.

Laporan Aktiviti Berakit Meredah Jeram di Sungai Sedim, Kedah

Pada 3 April 2022 yang lalu, saya telah menyertai aktiviti (1)______________ yang bertempat di
(2)______________. Aktiviti yang disertai oleh (3)______________ ini telah dianjurkan oleh (4)______________
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin. Yuran yang dikenakan kepada kami ialah (5)______________ termasuklah
bayaran sewa bas, makanan, penginapan dan tiket masuk. Kami bertolak dari sekolah dengan menaiki sebuah
(6)______________ yang disewa pada hari sebelumnya dan menginap di sana. Kami bertolak dari tempat penginapan di pekan
Kulim ke destinasi pada seawal pukul 8.30 pagi dan tiba pada pukul 9.00 pagi. Kami bersarapan terlebih dahulu, kemudian
melakukan aktiviti (7)______________ sebelum memulakan ekspedisi ini bagi mengelakkan kekejangan otot.

Pada pukul 9.30 pagi, kami mendengar (8)______________ yang disampaikan oleh penyelaras aktiviti, Encik Mohd
Rafis Yahya. Hal ini bertujuan untuk (9)______________ kerana malang tidak berbau. Antara peringatan yang diberikan ialah
peserta perlu mendengar maklumat yang disampaikan dengan teliti dan dilarang membawa barangan berharga untuk
(10)______________. Ekspedisi ini ternyata dapat meningkatkan keyakinan dan keberanian peserta. Hal ini dikatakan
demikian kerana aktiviti sukan lasak ini memberikan cabaran untuk mengharungi jeram sungai yang berliku dan berarus deras
sebelum tiba pada garisan penamat destinasi. Impaknya, peserta dapat (11)_____________ di samping (12)_____________.

Selain itu, penyertaan seseorang dalam sukan lasak membolehkannya membina kekuatan fizikal. Hal ini disebabkan
oleh kekuatan otot dan tenaga amat diperlukan untuk (13)______________ daripada terbalik akibat dibawa oleh arus deras.
Contohnya, ketika menuruni jeram yang sempit, peserta hendaklah menggunakan sepenuh tenaga untuk melaluinya supaya
(14)______________. Implikasinya, peserta dapat menyihatkan tubuh badan kerana (15)______________ sekali gus
menjadikan otak lebih aktif. Hal ini dapat dikaitkan dengan kata bijak pandai, badan sihat otak cerdas. Tambahan pula, penyakit
kronik seperti strok, penyakit jantung dan diabetes dapat dikurangkan.

Kesimpulannya, sukan air yang disertai peserta ini mendatangkan pelbagai manfaat. Sehubungan dengan itu, semua
pihak perlulah berganding bahu untuk menggalakkan rakyat menyertai sukan air kerana berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Oleh itu, kerajaan perlulah menganjurkan pertandingan sukan air di media massa kerana sukan lasak ini dapat
(16)______________ melalui kehadiran pelancong dan pelawat ke tempat pertandingan sukan air. Hakikatnya, sukan ini amat
menyeronokkan namun langkah keselamatan perlulah sentiasa dititikberatkan dan diambil oleh peserta kerana tindakan ini
boleh (17)______________, antaranya peserta hendaklah memakai pakaian keselamatan yang disediakan dan mendengar
arahan jurumudi.

Laporan disediakan oleh, 16 April 2022.

Nurfaeeza
(NURFAEEZA OSMAN)
Setiausaha Kelab Rekreasi dan Pelancongan
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin

2
Cikgu Roslan Daud

JAWAPAN LATIHAN

Sebagai respons kepada seruan kerajaan untuk menggalakkan rakyat menyertai sukan air, anda telah menyahutnya dengan
menyertai sukan air yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi dan Pelancongan sekolah anda. Pelbagai manfaat yang diperoleh
peserta daripada aktiviti tersebut.
Tulis laporan anda selengkapnya.

Laporan Aktiviti Berakit Meredah Jeram di Sungai Sedim, Kedah

Pada 3 April 2022 yang lalu, saya telah menyertai aktiviti berakit meredah jeram yang bertempat di Sungai Sedim,
Kedah. Aktiviti yang disertai oleh 40 orang murid ini telah dianjurkan oleh Kelab Rekreasi dan Pelancongan Sekolah Menengah
Kebangsaan Sultan Alauddin. Yuran yang dikenakan kepada kami ialah RM300 termasuklah bayaran sewa bas, makanan,
penginapan dan tiket masuk. Kami bertolak dari sekolah dengan menaiki sebuah bas yang disewa pada hari sebelumnya dan
menginap di sana. Kami bertolak dari tempat penginapan di pekan Kulim ke destinasi pada seawal pukul 8.30 pagi dan tiba pada
pukul 9.00 pagi. Kami bersarapan terlebih dahulu, kemudian melakukan aktiviti regangan / pemanasan badan / senamrobik
sebelum memulakan ekspedisi ini bagi mengelakkan kekejangan otot.

Pada pukul 9.30 pagi, kami mendengar taklimat / penerangan yang disampaikan oleh penyelaras aktiviti, Encik Mohd
Rafis Yahya. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kemalangan / kejadian yang tidak diingini kerana malang tidak berbau. Antara
peringatan yang diberikan ialah peserta perlu mendengar maklumat yang disampaikan dengan teliti dan dilarang membawa
barangan berharga untuk mengelakkan kehilangan / kerosakan. Ekspedisi ini ternyata dapat meningkatkan keyakinan dan
keberanian peserta. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti sukan lasak ini memberikan cabaran untuk mengharungi jeram
sungai yang berliku dan berarus deras sebelum tiba pada garisan penamat destinasi. Impaknya, peserta dapat membina
keterampilan diri di samping mencabar keupayaan diri.

Selain itu, penyertaan seseorang dalam sukan lasak membolehkannya membina kekuatan fizikal. Hal ini disebabkan
oleh kekuatan otot dan tenaga amat diperlukan untuk menahan perahu getah / kayak / rakit daripada terbalik akibat dibawa
oleh arus deras. Contohnya, ketika menuruni jeram yang sempit, peserta hendaklah menggunakan sepenuh tenaga untuk
melaluinya supaya perahu yang dikemudi tidak terbalik. Implikasinya, peserta dapat menyihatkan tubuh badan kerana peluh
dikeluarkan / jantung dipam dengan laju / peredaran menjadi lebih lancar sekali gus menjadikan otak lebih aktif. Hal ini dapat
dikaitkan dengan kata bijak pandai, badan sihat otak cerdas. Tambahan pula, penyakit kronik seperti strok, penyakit jantung
dan diabetes dapat dikurangkan.

Seterusnya, sukan lasak yang disertai oleh peserta akan memupuk semangat kerjasama antara ahli. Seperti yang
kita ketahui, sukan air ini biasanya dijalankan secara berkumpulan di dalam satu perahu dan diketuai oleh seorang kapten.
Sebagai misalan, apabila kapten memberikan arahan atau membaca situasi seperti terlanggar batu yang timbul untuk mendayung
ke belakang semula, maka ahli perlulah mengikuti arahan ketua bersama-sama demi memastikan ahli tidak jatuh ke dalam sungai
atau perahu yang dinaiki tidak terbalik. Natijahnya, dengan adanya kerjasama antara ahli, kejayaan akan lebih mudah digapai
kerana bersatu teguh, bercerai roboh. Bukan itu sahaja, nilai murni ini juga akan memudahkan sesuatu tugasan terutamanya
apabila menghadapi keadaan yang sukar.

Kesimpulannya, sukan air yang disertai peserta ini mendatangkan pelbagai manfaat. Sehubungan dengan itu, semua
pihak perlulah berganding bahu untuk menggalakkan rakyat menyertai sukan air kerana berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing. Oleh itu, kerajaan perlulah menganjurkan pertandingan sukan air di media massa kerana sukan lasak ini dapat
meningkatkan sektor pelancongan negara / memajukan ekonomi negara melalui kehadiran pelancong dan pelawat ke tempat
pertandingan sukan air. Hakikatnya, sukan ini amat menyeronokkan namun langkah keselamatan perlulah sentiasa
dititikberatkan dan diambil oleh peserta kerana tindakan ini boleh menyelamatkan nyawa / mengelakkan kemalangan, antaranya
peserta hendaklah memakai pakaian keselamatan yang disediakan dan mendengar arahan jurumudi.

Laporan disediakan oleh, 16 APRIL 2022.

Nurfaeeza
(NURFAEEZA OSMAN)
Setiausaha Kelab Rekreasi dan Pelancongan
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin

Anda mungkin juga menyukai