Anda di halaman 1dari 24

Kelas BM Dalam Talian

Calon SPM SeMeNang


TAHUN 2022
Tarikh : 24 Okt 2022
Hari : Isnin
Lokasi : Kediaman masing-masing
Masa : 8.00 malam
Fokus : Teknik Menjawab Soalan Novel

Pautan Google Meet

https://meet.google.com/gxi-mkzs-ypy
Isi – 4 m
Bahasa- 2m
Praktis 1

Walaupun ada sedikit perasaan gemuruh dalam dirinya tetapi Haiqal dapat mempersembahkan tarian zapinnya
dengan baik sekali. Setiap kali dia mengambil tempat di hadapan pentas itu, tepukan yang gemuruh bergema malah
ada beberapa orang tua yang menyaksikan Haiqal menari itu dengan linangan air mata.
Lazim turut hadir pada malam itu walaupun terpaksa dipapah oleh rakan-rakannya. Dia juga sentiasa bersorak
memberikan kata-kata perangsang kepada Haiqal dan See Hwa. Ketika lagu Anak Ayam dimainkan, Haiqal dan See
Hwa sekali lagi menari berpasangan atas permintaan YB Datuk Saiful Azizi sendiri. Beliau begitu terpesona melihat
kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal.
Ketika asyik menari, mata Haiqal terpandang tiga susuk manusia yang cukup dikenalinya. Mereka berdiri di
bahagian belakang balai tempat duduk penonton sambil tersenyum. Kehadiran tetamu istimewa itu langsung tidak
pernah diduganya. Dia berasa amat terharu apabila gadis kecil yag berdiri di tengah-tengah ibu bapanya
mengangkat kedua-dua tangan dan menunjukkan ibu jari ke atas.

Nyatakan bagaimanakah reaksi individu atau hadirin yang menyaksikan persembahan tarian zapin secara
berpasangan oleh Haiqal dan See Hwa?
Praktis 2

Beberapa buah buku disimpan rapi di dalam sebuah almari kaca yang berkunci. Haiqal hanya merenungnya lama. Dia
seakan-akan tidak percaya. Buku-buku yang terkurung di dalam almari itu dikarang oleh ayahnya. Dia benar-benar ingin
menyentuh buku-buku itu. Betapa hebatnya arwah ayahnya itu.
Bukan setakat buku-buku sahaja, malah sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Ada sebuah album besar
yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Dia menyelak lembaran demi lembaran album itu. Hatinya sangat tertarik
apabila melihat beberapa keping gambar ayahnya yang segak mengenakan baju Melayu teluk belangga bersama-sama
kumpulan zapin Seri Purnama.
“Ayahku benar-benar seorang penari zapin, Zim?” Kalimat itu meluncur dari bibirnya.
Lazim menepuk bahunya. “Bukan setakat tu saja, Qal. Dialah juga orang yang bertanggungjawab menghidupkan
kumpulan zapin D’Purnama yang telah lama berkubur. Maklumat yang aku dengar daripada ayahku, dia juga bersusah
payah memujuk ahli-ahli lama yang seolah-olah telah jauh hati akibat sengketa sesama mereka suatu masa dulu,’ jelas
Lazim.

Berdasarkan petikan, nyatakan watak dan perwatakan Abdullah bin Kayan.


Praktis 3
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Sebenarnya apabila teringat akan Ai Ling, aku akan teringat akan Aiman juga. Mereka seusia,
cuma Aiman tua sehari sahaja daripada Ai Ling. Melihatkan Ai Ling, terubat juga rinduku
terhadap Aiman. Telatah Al Ling terus bermain-main di mataku. Anak bongsu Tauke Lim itu
bukan sahaja periang, malah manja.
Kopi O yang telah kubancuh tadi kini kuhirup. Kebelakangan ini payah benar mataku
hendak lelap. Lantaran itu, aku hanya duduk di anjung rumah. Kadang-kadang aku menandai
pelbagai buku latihan anak-anak didikku ataupun aku juga menulis rancangan pelajaran dalam
buku rekod mengajarku. Kadang kadang aku akan bersembang dengan Tauke Lim. Kadang-
kadang pula aku menulis puisi atau cerpen. Malam yang hening benar-benar mendamaikan.
Ilham adakalanya datang seperti hujan lebat yang turun menyirami bumi. Namun, adakalanya
ilham seperti memerah kain kering Dipetik daripada
novel Silir Daksina
karya Nizar Parman
Kementerian Pendidikan Malaysia

Apakah perkara yang dilakukan oleh ‘aku’ apabila tidak dapat melelapkan mata?
Gariskan maklumat dalam petikan
Kopi O yang telah kubancuh tadi kini kuhirup. Kebelakangan ini payah benar mataku
hendak lelap. Lantaran itu, aku hanya duduk di anjung rumah. Kadang-kadang aku
menandai pelbagai buku latihan anak-anak didikku ataupun aku juga menulis rancangan
pelajaran dalam buku rekod mengajarku. Kadang kadang aku akan bersembang dengan
Tauke Lim. Kadang-kadang pula aku menulis puisi atau cerpen. Malam yang hening
benar-benar mendamaikan. Ilham adakalanya datang seperti hujan lebat yang turun
menyirami bumi. Namun, adakalanya ilham seperti memerah kain kering.

- Aku hanya duduk di anjung rumah


- Aku menanda pelbagai buku latihan anak-anak didikku
- Aku menulis rancangan pelajaran dalam buku rekod
mengajar
- Aku akan bersembang dengan Tauke Lim
- Aku menulis puisi atau cerpen
Perkara yang dilakukan oleh ‘aku’ apabila
tidak dapat melelapkan mata ialah aku
menanda pelbagai buku latihan anak-anak
didikku. Selain itu,aku menulis rancangan
pelajaran dalam buku rekod mengajar. Perkara
seterusnya yang aku lakukan ialah aku akan
bersembang dengan Tauke Lim dan menulis puisi
atau cerpen.

4 markah
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
f) Tirani karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tema yang


diketengahkan dalam novel tersebut.
[ 6 markah]
kuasai tema novel Di Sebalik Dinara

Tema
Ketaasuban
terhadap teknologi
hingga
menghilangkan
sifat kemanusiaan
Kuasai tema novel Silir Daksina
Umi,Walid dan adik tiri-
hadir malam persembahan
Zapin D’Purnama –Balai
raya – Haiqal menari.Umi
sedar Haiqal- minta
bidang sastera – ikut Abdullah Kayan – sastera.
Manuskrip Abdullah minat Abdullah bin Kayan Rafiqah –batik –Pasar
Payang. Bercerai –beza
bin Kayan – Haiqal minat – Haiqal ikut Umi –
baca. Manuskrip Terengganu. Abdullah
tentang kasih sayang
dan rindu ayahnya Tema Kayan –Kg Seri Purnama –
Haiqal terpisah daripada
terhadap Haiqal – ayahnya – Tidak kenal
tekad menjejaki kisah Kekeluargaan
hidup ayah
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
f) Tirani karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang
dapat dijadikan teladan oleh pembaca.
[ 6 markah]
P - Peristiwa kerjasama dan usaha yang dijalankan oleh Dr Maxi, Aqram dan
kakitangan Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara daripada musnah. Hal ini
disebabkan Karl yang merupakan pengasas Dinara terbaring lumpuh dan
mengharapkan mereka menyelamatkan Dinara.
H – Peristiwa ini dijadikan teladan kerana kita hendaklah bekerjasama dalam
menyelesaikan sesuatu masalah agar masalah tersebut dapat diselesaikan
dengan segera.

P - Peristiwa Azraai sebagai abang kepada Farisha bertindak memasang retinal


scanner di apartmen Farisha demi melindungi dirinya daripada sebarang
bahaya. Azraai juga berusaha menyelamatkan Farisha daripada diculik oleh
orang suruhan Medina iaitu Farid dan Amin.
H - Peristiwa ini dijadikan teladan kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan
sentiasa mengutamakan keselamatan mereka pada setiap masa.
P - Peristiwa Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan anak tunggalnya,
Haiqal Haqimi walaupun sudah tiga tahun berpisah. Dia amat merindui anaknya
itu sehinggakan kasih sayang tersebut dicurahkan kepada Ong See Hwa yang
sebaya dengan anaknya. Dia juga meninggalkan rumah, tanah, dan wang untuk
anaknya itu dengan mengamanahkan Tauke Ong untuk menguruskan hartanya.
H - Peristiwa ini dijadikan teladan kita hendaklah mengasihi dan sentiasa
menghubungi anak-anak walaupun terpisah jauh.

P - Haiqal Haqimi akan bercakap dengan menggunakan bahasa yang sopan. Dia
juga menghormati keputusan ibunya yang tidak mengizinkan dia menziarahi
jenazah ayahnya kerana dia menduduki peperiksaan UPSR pada ketika itu.
Sungguhpun dia terlalu berkeinginan melihat jenazah ayahnya untuk kali terakhir,
namun dia memilih untuk akur dengan permintaan ibunya.
H - Peristiwa ini dijadikan teladan kita hendaklah sentiasa menghormati permintaan
atau suruhan ibu bapa supaya tidak melukakan hati dan perasaan mereka.
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
f) Tirani karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa


yang dapat menimbulkan perasaan simpati pembaca.
[ 6 markah]
P -Peristiwa Karl yang sanggup menanam pelbagai cip dan implan ke dalam
tubuh Farisha kerana mahu memastikan Farisha menjadi genius. Karl juga
sanggup menghancurkan hubungan kekeluargaan akibat mengejar kemajuan
teknologi sehingga sanggup mengeksploitasi anak sendiri lantas membuang sifat
kemanusiaan.

H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana kanak-kanak dan ahli


keluarga dijadikan bahan uji kaji tanpa kerelaan.

P - Peristiwa Karl terbaring di atas katil serta aktiviti otaknya menurun dan
tidak mampu bertindak balas. Farisha berasa sedih kerana ini kali pertama dan
terakhir dia menatap wajah lelaki yang merupakan ayah kandungnya. Tepat pada
pukul jam 7.00 malam Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir.

H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana pertemuan tersebut


juga menjadi pertemuan terakhir seorang anak dengan ayahnya.
P - Peristiwa ibu Haiqal yang tidak membenarkannya untuk pergi ke Kampung
Seri Purnama bagi menjejaki peninggalan arwah ayahnya iaitu Abdullah bin Kayan.
Ummi atau Rafiqah tidak membenarkan Haiqal menjejaki kehidupan ayahnya
kerana dia tidak mahu mengingati kisah silamnya.
H - Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana seorang ibu yang
tidak memberikan sokongan dan semangat kepada anaknya untuk meneruskan hasrat
bagi mengetahui kehidupan sebenar arwah ayahnya.

P - Peristiwa Abdullah bin Kayan yang menghasilkan manuskrip berkaitan


perasaan rindu dan kasihnya terhadap anaknya yang terpisah lama, Haiqal. Abdullah
bin Kayan menggunakan watak seperti Cikgu Amirul Nizam, Ai Ling dan Ai Ching
lantas menggambarkan perasaan rindu akan anaknya di dalam manuskrip tersebut.
H – Peristiwa ini menimbulkan perasaan simpati kerana perasaan rindu yang
dipendam seorang ayah lantaran tidak dapat melihat anak kandungnya yang terpisah
jauh.
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
f) Tirani karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua cabaran yang
dihadapi oleh watak utama dan cara watak utama mengatasi cabaran
tersebut.
[ 6 markah]
P - Cabaran yang dihadapi oleh Farisha untuk membangunkan syarikat bersama-
sama dengan Rosman sehingga mendapat satu projek daripada Soft Lab yang
bernilai 1.5 juta. Tugasan itu diberikan kepadanya kerana kejayaan lalu Farisha
yang dapat melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dan mengambil masa
hanya sepuluh minit untuk menggodam pelayan data di Nusajaya.
H – Cara Farisha hadapi cabaran dengan dengan memikul tanggungjawab
dengan baik dan berusaha mengatasi masalah dalam Sistem Dinara.

P - Cabaran yang dihadapi oleh Farisha apabila Azraai memberitahu bahawa


Farisha diburu oleh ibu kandungnya dan keselamatannya sedang terancam. Azraai
segera membawa Farisha keluar dari hospital untuk menyembunyikan Farisha,
tetapi Farisha telah dilarikan oleh dua orang lelaki semasa mereka berhenti rehat di
Hentian Pagoh.
H - Cara Farisha hadapi cabaran dengan berusaha melawan kedua-dua
penculik namun gagal. Akhirnya dia bertemu dengan individu di sebalik
penculikan, iaitu ibunya Medina dan mendapat tahu status Karl sebagai ayah
kandungnya.
P - Cabaran yang dihadapi oleh Haiqal sejak kecil kerana dia tidak pernah
berjumpa dengan ayah kandungnya. Ketika berusia 12 tahun, bapanya meninggal
dunia. Umi dan bapa tirinya menziarahi jenazah ayahnya di kampung, tetapi tidak
membenarkan Haiqal ikut sama atas alasan dia sedang menduduki UPSR.
H - Cara Haiqal hadapi cabaran ialah akur akan permintaan ibunya dan
berdoa untuk ayahnya. Namun dia bertekad untuk menjejaki susur galur ayahnya
kelak.

P - Cabaran semasa Haiqal menerima sebuah manuskrip daripada seorang


gadis berbangsa Cina. Sejak itu, hati Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke
kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat. Walau bagaimanapun, Ummi
tidak bersetuju dengan permintaan Haiqal.
H - Haiqal hadapi cabaran tersebut dengan hati yang tabah tetap nekad untuk
menjejaki sejarah kehidupan ayahnya itu. Dengan bantuan Walid, Haiqal akhirnya
berjaya ke kampung ayahnya di Batu Pahat
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib


b) Di sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
f) Tirani karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua


peristiwa yang menunjukkan keberanian watak.
[ 6 markah]
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Silir Daksina karya Nizar Parman
Pernyataan: Pernyataan:
Peristiwa Azraai mengambil keputusan untuk Peristiwa Haiqal berani membuat keputusan
mengeluarkan Farisha dari hospital dan untuk mengambil bahagian dalam
melarikan Farisha setelah mendapat tahu persembahan tarian zapin di Balai Rayang
Marilyn dapat berhubung dengan Farisha. Kampung Seri Purnama. (1m)
(1m) Alasan:
Alasan: Peristiwa ini menunjukkan keberanian dalam
Peristiwa ini menunjukkan keberanian Azraai membuat keputusan (1m)
membuat keputusan demi keselamatan
adiknay Farisha.(1m)
Pernyataan: Pernyataan:
Peristiwa Karl memasukkan cip ke dalam Peristiwa Haiqal yang berani pergi ke
tubuh Farisha Ketika Farisha masih bayi 26 Kampung Seri Purnama seorang diri dari
tahun yang lalu demi menjadikan Farisha Terengganu demi menjejaki kisah hidup
seorang gadis yang genius. [1m] ayahnya. [1m]
Alasan: Alasan:
Peristiwa ini menunjukkan keberanian watak Peristiwa ini menunjukkan keberanian watak
melakukan kajian sains walaupun terhadap dalam menghadapi risiko [1m]
anak sendiri. [1m]
Pernyataan: Pernyataan:
Peristiwa Alia bertengkar dengan Mr Maxi di Peristiwa Haiqal berani menyatakan keinginan
Soft Lab kerana banyak data pengetahuan dan kepada ibunya untuk pergi ke kampung
perasaanya telah dipadamkan. [1m] ayahnya di Batu Pahat. [1m]
Alasan: Alasan:
Peristiwa ini menunjukkan keberanian Peristiwa ini menunjukkan keberanian dalam
mempertahankan diri daripada dipergunakan menyatakan keinginan walaupun mendapat
orang lain. [1m] tentangan.[1m]
TEKNIK ISAJALI (INGAT SATU JAWAB LIMA)
Peristiwa Azraai memberitahu Farisha perkara yang sebenar
bahawa dia hanya merupakan anak angkat dalam keluarganya. Azraai telah
menyimpan rahsia ini sekian lama seperti yang diamanahkan oleh ibu
bapanya. Rahsia ini hanya diberitahu kepada Farisha apabila Azraai
menghadapi masalah jantung dan bimbang akan berlaku sesuatu perkara
yang tidak dijangka.
Pembaca meneladani sifat
amanah dalam
Menarik Azraai pandai menyimpan rahsia Boleh diteladani menyimpan rahsia.

Pembaca tertanya-tanya respons Penyakit jantung yang


Saspens Farisha setelah mengetahui Menyentuh dihadapi oleh Azraai
perkara sebenar perasaan menyentuh perasaan
pembaca

Pembaca berasa
simpati simpati terhadap
nasib Farisha

Anda mungkin juga menyukai