Anda di halaman 1dari 11

SOALAN RAMALAN NOVEL SPM 2022

1. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa yang
dapat dijadikan panduan hidup. [6 markah]
Contoh Jawapan:

Jendela Menghadap Jalan

Novel yang saya kaji berjudul Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa yang dapat dijadikan panduan hidup dalam
dalam novel tersebut.
Peristiwa yang dapat dijadikan panduan hidup ialah Lili patuh akan
permintaan ibunya balik ke kampung datuk pada cuti sekolah. Walaupun Lili
mempunyai rancangan laindengan rakan-rakannya, untuk meraikan majlis persaraan
pengetuanya, namun dia akur dengan permintaan ibunya untuk bercuti di kampung
datuknya di Dungun, Terengganu. Peristiwa ini dapat dijadikan panduan hidup
kerana kepatuhan seorang anak terhadap ibu dengan mengutamakan permintaan ibu
dan mengabaikan perancangan sendiri ialah sifat yang mulia.
Peristiwa kedua ialah Danel menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafiq dan
Haziq di sebuah pondok di dalam hutan. Danel sanggup berkorban untuk
menyelamatkan nyawa rakannya yang diculik. Peristiwa ini dapat dijadikan
panduan hidup kerana semangat setiakawan dan berani menyelamatkan rakan
penting dalam menjalin persahabatan.

Songket Berbenang Emas

Novel yang saya kaji berjudul Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.
Terdapat beberapa peristiwa yang dapat dijadikan panduan hidup dalam dalam
novel tersebut.
Peristiwa yang pertama yang dapat dijadikan panduan hidup ialah peristiwa
Tauke Lim membenarkan Embong dan keluarganya membeli barangan runcit di
kedainya secara hutang. Tauke Lim tetap membenarkan Embong dan keluarganya
membeli barangan di kedainya secara hutang walaupun hutang lama belum dibayar
oleh Embong. Peristiwa ini dapat dijadikan panduan hidup kerana sikap baik hati
membantu orang yang dalam kesusahan dapat meringankan beban orang lain.
Peristiwa kedua ialah peristiwa Dahlia melayani neneknya Nek Kiah dengan
baik dan bersopan santun walaupun sering dilemparkan dengan kata-kata yang
mengecewakannya. Peristiwa ini dapat dijadikan panduan hidup kerana
menghormati dan melayani ahli keluarga dengan baik dan tidak menyimpan dendam
dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga.

1
2. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terdapat unsur saspens
yang membuatkan pembaca berdebar, Jelaskan sebab pembaca berasa
saspens.
[6 markah]
CONTOH JAWAPAN:

Jendela Menghadap Jalan

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin. Salah satu teknik plot yang terdapat dalam novel ini ialah
unsur saspens.
Unsur saspens yang pertama ialah peristiwa kehilangan kubah surau.
Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu dan tertanya-tanya
orang yang mencuri kubah tersebut. Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq
tetapi, sebenarnya Semanlah yang mencuri kubah tersebut.
Unsur saspens yang kedua ialah peristiwa penculikan Lili. Peristiwa ini
dikatakan saspens kerana pembaca ingin tahu perkara yang terjadi kepada Lili
setelah diculik oleh Haziq dan Rafiq.Pembaca juga tertanya-tanya sama ada Danel
berjaya menyelamatkan Lili.

Songket Berbenang Emas


Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas karya
Khairuddin Ayip. Salah satu teknik plot yang terdapat dalam novel ini ialah unsur
saspens.
Unsur saspens yang pertama ialah peristiwa Bakar menemukan bungkusan
yang mengandungi dua biji telur busuk,jarum peniti,cincin arked dan paku yang
tertanam di bawah rumah. Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca
tertanya-tanya orang yang meletakkan bungkusan tersebut dan tujuan bungkusan itu
diletakkan di bawah rumah Embong.

Unsur saspens yang kedua ialah peristiwa Embong membawa bangkai ular
sawa balik ke rumah. Peristiwa ini dikatakan saspens kerana pembaca tertanya-
tanya tentang tujuan Embong membawa balik bangkai ular sawa yang telah dibunuh
itu ke rumahnya. Embong membawa balik ular itu untuk membuktikan bahawa dia
mampu menewaskan ular tersebut serta kekuatannya kepada Dahlia.

2
3. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang
menunjukkan situasi berani.

Contoh jawapan

Novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 4 ialah Jendela Menghadap


Jalan karya Ruhaini Matdarin manakala novel yang saya kaji semasa di Tingkatan 5
ialah Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat situasi berani yang
dipaparkan oleh pengarang dalam kedua-kedua novel tersebut.

Sikap berani dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa


Danelberani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Haziq dan Rafiq seorang diri pada
waktu malam. Peristiwa ini menunjukkan keberanian kerana watak berani
melakukan apa-apa sahaja demi menyelamatkan sahabat yang dalam bahaya.

Sikap berani dalam novel Songket Berbenang Emas pula ialah


peristiwa Dahlia berani terjun ke dalam sungai berarus deras untuk menyelamatkan
Said yang lemas. Peristiwa ini menunjukkan keberanian kerana watak seorang
perempuan, dia sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan nyawa
orang lain.

4. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelas peristiwa yang


menyentuh perasaan anda. [6 markah]
CONTOH JAWAPAN:

Jendela Menghadap Jalan

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap


Jalan karya Ruhaini Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa yang menyentuh
perasaan saya yang terdapat dalam novel tersebut.
Peristiwa yang menyentuh perasaan yang pertama ialah peristiwa
Kak Mimah mencadangkan Che Jah membuat laporan polis. Che Jah bersetuju
membuat laporan polis tentang keganasan yang telah dilakukan oleh suaminya
Seman terhadap dirinya dan anak-anak. Akhirnya Seman ditangkap dan diserahkan
kepada pihak polis Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana Seman telah
melakukan pelbagai keganasan rumah tangga kepada Che Jah namun Che Jah tetap
menyayangi suaminya dan mahu Seman berubah dengan menyerahkannya kepada
pihak polis.
Peristiwa yang menyentuh perasaan yang kedua ialah peristiwa Lili
membantu datuk merawat luka Haziq dan Rafiq yang dibelasah oleh ayah mereka di
rumah datuk. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana Lili tetap membantu
Haziq dan Rafiq walaupun mereka pernah menculik Lili.

3
Songket Berbenang Emas
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang
Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa yang menyentuh
perasaan saya yang terdapat dalam novel tersebut.

Peristiwa yang menyentuh perasaan yang pertama ialah peristiwa


penduduk kampung bekerjasama mengumpulkan wang untuk Dahlia mengikuti
kursus Bahasa Jepun selama enam bulan di Universiti Malaya. Haji Sulaiman telah
menyerahkan sampul derma daripada orang kampung yang berjumlah RM500
kepada Dahlia. Peristiwa ini menyentuh perasaan saya kerana wujudnya
kerjasama penduduk kampung untuk mengurangkan beban kewangan masyarakat
yang susah.

peristiwa Dahliaterpaksa meninggalkan asrama dan juga terpaksa ponteng


sekolah untuk menjaga adik-adiknya semasa ibu dan ayahnya dirawat di
hospital. walaupun dalam
kesusahan dan menghadapi dugaan gadis tersebut tetap berusaha dalam
pelajaran dan akhirnya dapat melanjutkan pelajarannya di Jepun dalam jurusan
perniagaan.

5. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa


yang menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak utama. [6 markah]

Contoh jawapan:
Jendela Menghadap Jalan

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan
karya Ruhaini Matdarin. Terdapat banyak peristiwa yang boleh menyebabkan
pembaca berasa kagum akan watak utama.

Peristiwa yang boleh menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak


utama ialah peristiwa Lili tetap pulang ke kampung walaupun pada awalnya dia tidak
bersetuju dengan cadangan ibunya supaya menghabiskan cuti bersama-sama
neneknya di kampung. Peristiwa ini menyebabkan pembaca berasa kagum akan
watak Lili kerana dia taat kepada kehendak keluarga walaupun pada mulanya dia
tidak bersetuju.

Peristiwa yang kedua ialah Lili prihatin akan masalah yang menimpa
keluarga Che Jah dan berusaha membantu mereka sekeluarga agar tidak lagi didera
oleh suami Che Jah. Peristiwa ini menyebabkan pembaca berasa kagum akan
watak utama, iaitu Lili kerana dia begitu prihatin terhadap masalah yang menimpa
orang lain.

4
Songket Berbenang Emas
Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Terdapat banyak peristiwa yang boleh menyebabkan
pembaca berasa kagum akan watak utama.
Peristiwa yang boleh menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak
utama ialah peristiwa Dahlia gigih menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan.
Dahlia juga gigih memikul tanggungjawb menguruskan adik-adiknya terutama
Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan di hospital. Peristiwa
ini menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak Dahlia yang begitu tabah
dan cekal dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan.
Peristiwa yang kedua ialah Dahlia berani terjun ke dalam sungai yang deras
airnya semata-mata untuk menyelamatkan Said yang tenggelam ke dasar sungai.
Walaupun nyawanya menjadi taruhan, dia tetap ingin menyelamatkan nyawa anak
Aton, Said. Peristiwa ini menyebabkan pembaca berasa kagum akan watak
utama kerana dia tidak berdendam terhadap Aton yang selalu menyindirnya demi
menyelamatkan nyawa Said yang tidak bersalah

5
6
6. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa
yang menggambarkan kerjasama dalam menjayakan sesuatu perkara.

Jendela Menghadap Jalan

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Ruhaini Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa yang menggambarkan kerjasama
dalam menjayakan sesuatu perkara dalam novel tersebut.
Peristiwa yang pertama ialah orang kampung bekerjasama untuk menangkap
Haziq dan Rafiq yang mencuri harta benda orang kampung. Berkat kerjasama yang
baik tersebut akhirnya pencuri sebenar berjaya ditangkap. Peristiwa ini jelas
menunjukkan kerjasama antara penduduk kampung amat penting untuk
menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa datuk Lili, nenek Lili dan Abang Rashid
yang bekerjasama membantu menyelamatkan Haziq dan Rafiq yang menjadi mangsa
kemarahan orang kampung. Peristiwa ini menunjukkan kerjasama yang baik
dalam kalangan masyarakat dapat menyelesaikan sesuatu masalah.

Songket Berbenang Emas

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Songket Berbenang Emas
karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa peristiwa yang menggambarkan
kerjasama dalam menjayakan sesuatu perkara dalam novel tersebut.
Peristiwa yang pertama ialah Dahlia seorang murid tingkatan 6 yang
menguruskan hal keluarganya setelah ibunya Saleha dimasukkan ke hospitalaaaa
kerana menghadapi masalah kemurungan, manakala bapanya Embong dipatuk ular.
Peristiwa ini menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang anak dalam
membantu keluarga untuk menjaga adik-adiknya yang masih kecil.
Peristiwa yang kedua ialah Embong rajin bekerja di kebun getah dan kelapa
sawit Haji Sulaiman semata-mata untuk menyara kehidupan keluarganya. Peristiwa
ini menunjukkan sikap bertanggungjawab seorang bapa yang sanggup bekerja
siang malam demi menyara keluarganya.

7
7. Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang
tidak wajar dicontohi oleh pembaca. [6 markah]

Jendela Menghadap Jalan

Novel yang saya kaji berjudul Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin. Terdapat beberapa peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca
dalam novel tersebut.

Peristiwa pertama ialah peristiwa Seman yang sering memukul dan mendera
isteridan anak-anak. Dia seorang kaki pukul, kaki judi, kaki botol dan kaki perempuan.
Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana Seman tidak menunjukkan contoh yang
baik kepada anak-anak dan isteri.

Peristiwa kedua ialah peristiwa Haziq dan Rafiq menculik Lili semasa Lili dan
Danelpulang dari pekan. Rafiq dan Haziq ingin melepaskan diri kerana dikejar oleh
orang kampung. Mereka mengambil jalan mudah dengan menculik Lili untuk
dijadikan tebusan. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana perbuatan mereka
bertentangan dengan undang-undang negara.

Songket Berbenang Emas

Novel yang saya kaji berjudul Songket Berbenang Emas karya Khairuddin
Ayip.Terdapat beberapa peristiwa yang tidak wajar dicontohi oleh pembaca dalam
novel tersebut.
Peristiwa pertama yang tidak wajar dicontoh ialah peristiwa Aton yang
menyimpan dendam kepada keluarga Embong. Aton menuduh Embong sebagai
perancang kematian anaknya, Said. Peristiwa ini tidak wajar dicontohi kerana
menuduh tanpa usul periksa dan berdendam boleh menjatuhkan maruah orang
lain.Aton sepatutnya berterima kasih kepada Dahlia yang telah berusaha untuk
menyelamatkan nyawa anaknya.
Peristiwa kedua ialah peristiwa Abu Bakar yang sanggup mencuri kambing
ayahnya semata-mata hendak membelanja kawan-kawannya yang selalu
memerlinya kerana dia tidak pernah membelanja mereka. Peristiwa ini tidak wajar
dicontohi kerana mencuri merupakan perbuatan yang tidak baik.

8
8. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-
peristiwa yang tidakdapat dilupakan oleh pembaca. [6 markah]

Novel yang saya kaji berjudul Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin dan Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat beberapa
peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh pembaca dalam kedua-dua novel tersebut.
Peristiwa yang tidak dapat dilupakan yang terdapat dalam novel Jendela
Menghadap Jalan ialah peristiwa Lili bersama-sama rakannya dapat menyelesaikan
isu kubah di kampung datuknya kerana terdapat pelbagai pendapat yang
dikemukakan oleh penduduk kampung berkaitan isu kubah ini. Peristiwa ini tidak
dapat dilupakan kerana akhirnya penduduk kampung menerima pendapat mereka
supaya kubah itu diletakkan di atas masjid yang akan dibina nanti.
Peristiwa yang tidak dapat dilupakan yang terdapat dalam novel Songket
Berbenang Emas pula ialah peristiwa penduduk kampung bekerjasama membina
semula rumah Embong yang musnah dihanyutkan oleh banjir besar. Rumah Embong
telah dibina semula dengan kerjasama penduduk kampung. Peristiwa ini tidak dapat
dilupakan kerana sikap penduduk kampung telah berubah dengan membuang sikap
negative dan mementingkan diri kepada sikap yang lebih baik.

9. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-


peristiwa yang memberikan inspirasi dalam kehidupan anda. [6 markah]
Novel yang saya kaji berjudul Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini
Matdarin dan Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip. Terdapat
beberapa peristiwa yang memberikan inspirasi dalam kehidupan saya yang terdapat
dalam kedua-dua novel tersebut.
Peristiwa yang memberikan inspirasi dalam kehidupan saya dalam novel
Jendela Menghadap Jalan ialah peristiwa Lili yang pandai berbahasa mandarin
semasa dia dan Danel membeli herba di sebuah kedai ubat Cina di pekan. Peristiwa
ini memberi inspirasi kepada saya untuk mempelajari lebih daripada satu Bahasa
supaya saya dapat bergaul dengan lebih ramai rakan daripada bangsa lain.
Peristiwa yang memberikan inspirasi dalam kehidupan saya dalam novel
Songket Berbenang Emas pula ialah peristiwa Dahlia yang berjaya dalam
pelajaran dan ditawarkan melanjutkan mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan di
Jepun walaupun dia menghadapi plebagai dugaan dalam hidupnya. Peristiwa ini
memberi inspirasi kepada saya supaya belajar bersungguh-sungguh agar
memperoleh pekerjaan yang baik dan dapat membantu ibu bapanya kelua daripada
kemiskinan.

9
10. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab
kedua-dua novel tersebut wajar dibaca oleh remaja. [6 markah]

Jendela Menghadap Jalan

Novel yang saya pelajari ialah novel Jendela Menghadap Jalan karya
Khairuddin Ayip. Remaja wajar membaca novel ini kerana watak utamanya Lili
seorang murid tingkatan 5 yang sangat taat kepada arahan ibunya. Dia mengikut kata
ibunya supaya pulang ke rumah datuknya di Dungun, Terengganu pada cuti
persekolahan, walaupun dia telah berjanji dengan rakan-rakan untuk meraikan majlis
persaraan pengetuanya. Walaupun dia berat hati untuk pulang ke rumah datuk dan
neneknya tetapi sebagai seorang anak yang taat, dia mengikut kata ibunya supaya
bercuti di kampung halaman datuknya. Peristiwa ini memberi pengajaran supaya
taat akan kata ibu bapa demi menggembirakan merekan.

Songket Berbenang Emas

Novel yang saya pelajari berjudul Songket Berbenang Emas karya


Khairuddin Ayip. Novel Songket Berbenang Emas wajar dibaca oleh remaja
kerana memaparkan peristiwa yang wajar diteladani oleh remaja supaya membantu
mereka yang ditimpa masalah dengan jangan mementingkan diri sendiri. Tamsilnya,
Dahlia membantu mereka yang ditimba masalah dengan tidak mementingkan diri
dengan cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai. Walaupun Dahlia tidak
pandai berenang tetapi dia terjun ke sungai untuk membantu Said.

10
SEKIAN, TERIMA KASIH

11

Anda mungkin juga menyukai