Anda di halaman 1dari 4

Novel Erti Sebuah Pengorbanan (soalan & jawapan bahagian D)

Soalan 1 :
Watak utama memainkan peranan yang penting dalam sesebuah novel.
Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan watak utama dan 3 perwatakannya
.
Jawapan :
Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan 2 iaitu novel Erti Sebuah
Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin terdapat watak utama iaitu Iman
Zulaikha dan pelbagai perwatakannya .
Penyayang adalah perwatakan watak utama yang terdapat di dalam novel
ini . Perkara ini dapat dibuktikan kerana Iman amat menyayangi kedua-dua
ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai. Malahan Iman bercita-cita
untuk menyatukan mereka semula.
Selain itu, pemegang watak utama ini juga seorang yang pemaaf .
Buktinya , . Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya
sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum
pertandingan.

Soalan 2 :
Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan 3 persoalan beserta dengan
ccontoh yang sesuai bagi menggambarkan persoalan-persoalan tersebut .
Jawapan :
Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan 2 iaitu Novel Erti
Sebuah Perngorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin banyak memamparkan
persoalan yang dapat dijadikan rujukan.
Pengorbanan adalah salah satu persoalan yang terdapat di dalam novel
ini .Perkara ini dapat dibuktikan apabila Yusri, ayah Iman Zulaikha
sanggup melupakan hasratnya untuk berkahwin lain demi kebahagiaan
anaknya .
Selain itu, sikap pemaaf juga dapat dijadikan persoalan . Hal ini dapat
dikukuhkan lagi apabila Iman Zulaikha memaafkan Linda yang menjadi dalang
dalam kejadian menyembunyikan diari miliknya yang berisikan teks pidato .
Akhir sekali , tugas dan tanggungjawab sebagai guru .Contohnya , cikgu
Julia yang merupakan guru kelas satu dinamik sentiasa mengambil berat akan
kebajikan pelajar-pelajarnya.

Soalan 3.
Latar tempat yang berlakunya peristiwa yang digambar dalam suatu
cerita.Berdasarkan novel yang anda kaji,huraikan 3 latar tempat beserta
dengan peristiwa yang berlaku di tempat tersebut .
Jawapan :
Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan dua iaitu Novel Erti Sebuah
Pengorbanan karya Zaihanim Zainal Abidin telah diselitkan beberapa latar
tempat .
Latar tempat pertama ialah di rumah nenek . Buktinya , Iman Zulaikha yang
baru pulang dari sekolah , menceritakan hal PeiWei iaitu kawan karibnya
kepada nenek
Selain itu , Di tangga sekolah . Hal ini terbukti apabila Linda meminta
Iman Zulaikha menarik diri daripada menyertai pertandingan pidato .
Akhir sekali, Di kelas Tingkatan Satu Dinamik . Buktinya, Iman Zulaikha
dimalukan oleh Linda dengan menyatakan bahawa dia tidak mahu satu kumpulan
dengan Iman Zulaikha untuk Tugasan Kerja Kursus Seja

Soalan 4:
Huraikan latar masyarakat atau citra masyarakat yang digunakan oleh
pengarang dalam novel yang telah anda kaji.
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Erti Sebuah Pengorbanan, karya Zaihanim
Zainal Abidin. Latar masyarakat pertama ialah masyarakat kota. Masyarakat
ini terbahagi kepada dua jenis, yakni golongan biasa dan golongan kaya
raya. Buktinya, golongan biasa diwakili oleh keluarga Zulkifli dan
penduduk di taman perumahannya yang hidup harmoni. Namun begitu, Tan Sri
Shamsuddin yang dikategorikan sebagai golongan yang kaya raya tetap tidak
sombong. Malah, beliau sanggup membiayai kospembedahan Nadhirah.
Latar masyarakat kedua ialah masyarakat desa. Masyarakat ini diwakili oleh
ibu bapa Bushrah yang tinggal di Kuala Linggi dan ibu bapa Zulkifli yang
tinggal di Felda Ulu Tebrau. Masyarakat kampong dikatakan lebih
mengamalkan perpaduan terutamanya semasa menjayakan sesuatu majlis. Latar
masyarakat ketiga ialah golongan penulis dan wartawan. Buktinya, Zulkifli
bekerja sambilansebagai penulis skrip radio. Selain itu, Mohammad Yusuf
bekerja sebagai pemberita atau wartawan untuk akhbar Utusan Melayu.
Latar masyarakat keempat ialah golongan pendidik atau guru. Bushrah
digambarkan sebagai seorang guru yang sangat dedikasi. Dia bertugas di
Sekolah Bandar Tun Razak (2). Cikgu Khairani jugamemainkan peranan yang
penting dalam novel ini kerana beliaulah yang selalu datang ke
rumahNadhirah apabila Nadhirah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Jasa yang ditaburkan oleh golongan pendidik amat penting dalam

masyarakat.Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat pelbagai bangsa.


Latar masyarakat ini diwakili oleh pasangan yang berbangsa Sikh dan pemuda
Cina yang bernama Cheng Guan. Pasangan yang berbangsa Sikh inilah yang
terlibat dalam kemalangan jalan raya manakala pemuda Cina yang bernama
Cheng Guan membantu Zulkifli yang mengalami kerosakan kereta di Simpang
Renggam

Soalan 5:
Huraikan nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
Jawapan :
Novel yang saya kaji ialah novel Erti Sebuah Pengorbanan, karya
Zaihanim Zainal Abidin. Nilai pertama ialah hormat-menghormati. Iman amat
menghormati ibu, bapa, datuk dan neneknya. Dia tidak pernah meninggikan
suara terhadap mereka, malah berbicara dengan span dan tingkah lakunya
juga menyenangkan. Begitulah juga sikap Iman terhadap rakan-rakan dan
guru-gurunya.
Nilai kedua ialah saling membantu. Adif Danial, Zulkarnain, dan Pei
Wen sentiasa membantu Iman membuat rujukan mengenai tajuk pidato yang
bakal dipertandingkan. Mereka juga sering menjadi pengkritik ketika Iman
berlatih pidato demi mendapatkan hasil yang terbaik.
Nilai terakhir ialah kasih sayang. Sungguhpun ibu dan bapa Iman telah
berpisah, namun Imantidak pernah disisihkan. Ibu bapa Iman amat menyayangi
Iman dan mengambil berat akan keadaannyameskipun anak tunggal mereka itu
tinggal berjauhan

Soalan 6:
Huraikan pengajaran atau mesej yang terdapat dalam novel yang telah anda
kaji.
Jawapan
Novel yang saya kaji ialah novel Erti Sebuah Pengorbanan, karya
Zaihanim Zainal Abidin.Terdapat beberapa pengajaran dalam novel ini.
Pengajaran pertama ialah kita hendaklah bersemangat waja demi mencapai
impian. Contohnya, Iman telah bulat hati untuk berjaya dalam bidang
akademik mahupun kokurikulum, meskipun terlalu banyak perkara yang harus
dikorbankan.

Pengajaran kedua ialah kita hendaklah menyayangi kedua-dua orang tua.


Contohnya, Iman sangat menyayangi kedua-dua orang tuanya meskipun mereka
telah berpisah. Begitu juga dengan Yusri, bapa Iman. Yusri sering bertanya
khabar dan mengunjungi mertuanya meskipun dia sudah bercerai dengan
isterinya.
Pengajaran terakhir ialah kita janganlah menyimpan perasaan dendam
terhadap orang lain.Contohnya, Iman tidak berdendam terhadap Linda
meskipun Linda banyak melukakan hatinya selamaini. Malah, Iman bersedia
memaafkan Linda asalkan Linda bersedia mengubah sikapnya

Anda mungkin juga menyukai