Anda di halaman 1dari 1

wSOALAN NOVEL

CONTOH SOALAN NOVEL

1. Setiap novel mempunyai watak utamanya. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel
Sejambak Bakti karya Rejab F.I.

Contoh jawapan:

Novel yang saya kaji di tingkatan 1 ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I. Watak
utama bagi novel ini ialah Razali. Perwatakan Razali ialah dia seorang yang rajin. Contohnya, sebagai
seorang pelajar, Razali sangat rajin dan belajar bersungguh-sungguh. Dia sering mengulangkaji di
pondok yang terletak di tengah sawah. Selain itu, Razali juga seorang yang bertanggungjawab.
Sebagai contoh, Razali sentiasa menjalankan tugasnya sebagai ahli lembaga pengarah koperasi
dengan bertanggungjawab dan berusaha untuk memajukan koperasi sekolahnya sehingga Sekolah
Menengah Teknik Seri Kayangan berjaya menjadi johan dalam pertandingan koperasi peringkat
daerah. Akhir sekali, Razali seorang yang pandai dalam pelajaran. Contohnya, Razali pandai dalam
mata pelajaran Perdagangan. Dia telah mengajar Ramlah, Saridevi, dan Rozita tentang Penyata
Wang Tunai sehingga rakan-rakannya benar-benar faham.

# mesti jawab 3 isi + 3 contoh peristiwa

#perwatakan mesti ada ‘seorang yang….’

**Isi dan contoh lain yang boleh diterima:

1. seorang yang suka membantu orang lain.


Contohnya
dia telah membantu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi dalam pelajaran.
Razali juga membantu Munir yang ketinggalan dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM

2. seorang yang menghormati orang tua.


Contohnya
walaupun sangat ingin mengetahui keadaan ayah kandungnya, Razali tidak sanggup menyakiti hati
ibunya semasa ibunya enggan memberitahukan ayahnya.

3. Seorang yang pemaaf


Contohnya
Razali segera bersalam dengan Munir dan memeluk badan Munir sebagai tanda memaafkan segala
kesalahan Munir terhadapnya.

4. seorang yang ikhlas.


Contohnya:
Dia sanggup menerima Munir sebagai sahabat walaupun Munir pernah memukulnya dan membuat
fitnah terhadapnya, malahan sanggup membantu Munir dalam pelajaran setelah Munir insaf akan
kesalahannya.

Anda mungkin juga menyukai