Anda di halaman 1dari 13

PENDAHULUAN

Dua teks telah dipilih untuk dibuat analisis dari segi struktur keseluruhan novel.

Antara teks tersebut Jalan Ke Puncah karya Juri Durabi (2015) dan Darah Titis Di Semantan

karya Arman Sani (2011). Kedua-dua teks tersebut akan di analisis dari segi struktur iaitu dari

segi luaran dan dalaman karya ini. Dalam hal ini, kritikan melihat karya sastera sebagai satu

bulat makna kerana gabungan penglihatan dan penggunaan bahasa sebagai alat. Dengan kata

lain, analisis ini dilihat dan meneliti kesusasteraan dari segi intrinsik membina karya sastera,

iaitu tema, plot, watak, latar, dan gaya bahasa. Gabungan bentuk dan kandungan harmoni

adalah kemungkinan yang kuat untuk menghasilkan kesusasteraan yang berkualiti.

Dari pernyataan di atas menjelaskn bahawa unsur-unsur intrinsik adalah unsur-unsur

yang membina karya-karya sastera dan dapat dijumpai dalam teks karya sastera itu sendiri. Ini

berdasarkan pandangan bahawa karya sastera mencipta dunia sendiri yang berbezakannya dari

dunia nyata. Unsur-unsur yang membentuk karya sastera adalah tema, plot, watak, latar, dan

juga dari aspek karya sastera itu sendiri.

Penulis pertama dikenali sebagai Si Oyong atau kini dikenali dengan nama Juri

Durabi, seorang penulis yang telah menghasilkan banyak karya seperti novel Susuk

Tingkayu,Jalan Ke Puncak,Misteru Gua Gumantong, Gadis Atlit, Benih Harapan,Dia Yang

Dilupakan,Jaguh, Pahitnya Bak Hempedu, cerpen Kumpulan Cerpen Daerah Patung-Patung,

Perjalanan Ke Negeri Satu Antologi Cerpen Bersama, Bagai Camar Di Lautan, Fenomena,

sajak, drama radio dan esei kritikan. Juri Durabi juga tercatat sebagai salah seorang penulis

yang sering memenangi Hadiah Sastera Sabah. Beliau telah menerbitkan kumpulan cerpen

Perjalanan ke Negeri satu yang merupakan kumpulan cerpennya yang kedua.

Manakala pengarang novel kedua Darah Titik Di Semantan merupakan anak

kelahiran negeri Pahang ini setahu saya antara pengarang yang sangat prolifik dan banyak

karyanya yang telah diterbitkan oleh pelbagai penerbit, termasuk oleh Dewan bahasa dan

1
Pustaka  (DBP). Di sepanjang masa hidupnya, walau Arman Sani didakwa pernah bersama

menggerakkan sebuah persatuan penulis oleh seseorang yang kegemarannya mendakwa

penulis itu dan ini telah dilahirkan oleh persatuannya, namun seingat penulis, tiada bukti sahih

beliau benar-benar menyertai persatuan penulis tersebut selepas itu. 

Tanpa peduli dirinya disukai atau tidak kerana tidak bersebokkan dirinya dengan

persatuan penulis, Arman Sani tetap menulis dan terus menulis hingga ke akhir hayatnya.

Sementara seorang yang sebok mendabik dada dan mendakwa ke mana-mana betapa jika

tanpa persatuan yang dia menjadi orang kuatnya maka si penulis anu dan itu tidak akan lahir,

hingga ke akhir hayat hidupnya tidak pun memiliki sebarang buku yang benar-benar bererti

atas nama dirinya peribadi.

ANALISIS

Novel Jalan Ke Puncak

Novel Jalan ke Puncak mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Laiman yang

berkelulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan tetapi enggan bekerja makan gaji. Laiman

lebih suka bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai. Pada mulanya hasrat

bekerja sendiri ditentang oleh ayahnya kerana keluarga mereka telah banyak berkorban demi

kejayaan Laiman dalam pengajiannya. Setelah usaha berkebun menampakkan hasil, ayah

Laiman mulai menyokong usahanya. Laiman turut mengusahakan kolam ternakan ikan air

tawar, udang harimau di samping berniaga kedai makan dan memborong hasil pertanian.

Laiman dibantu oleh sepupunya Milan.

Usaha gigih Laiman bukan sekadar untuk dirinya malah dia turut membantu anak-anak

muda lain dengan membuka peluang pekerjaan dan mengubah mentaliti mereka. Laiman

mahu bangsanya tidak hanya bergantung kepada kerajaan atau bekerja makan gaji, sebaliknya

mereka perlu gigih berusaha dan berdikari jika mereka ingin hidup mewah. Laiman akhirnya

2
menjadi usahawan tani berjaya dan contoh kepada penduduk kampung. Usahanya turut

mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.

Novel ini membawa tema kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan

kerjaya masa depannya dengan cara berdikari. Contohnya, Laiman yang berkelulusan ijazah

kejuruteraan enggan bekerja makan gaji, sebaliknya dia memilih untuk bekerja sendiri dengan

mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman turut mengusahakan kolam ikan air

tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil pertanian di

kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang

diceburinya dan mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.

Pelbagai persoalan yang boleh dilihat dalam novel Jalan Ke puncak anataranya ialah

ketabahan menghadapi dugaan hidup. Contohnya Laiman tabah menghadapi segala rintangan

terutama daripada keluarganya yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.

Sikap keberanian untuk menceburi bidang pertanian yang berisiko tinggi sebagai contohnya

Laiman berani menolak tawaran bekerja di jabatan kerajaan sebaliknya mengambil keputusan

untuk mengusahakan ladang tembikai dan menternak ikan air tawar serta udang harimau.

Di samping itu,pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga dan membela nasib keluarga.

Contohnya abang dan nenek Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi membiayai

pengajian Laiman di universiti. Semangat setia kawan dan kasih sayang antara sahabat.

Contohnya Milan yang merupakan kawan dan sepupu kepada Laiman sentiasa menyokong

usaha Laiman untuk menjayakan projek pertanian walaupun mendapat tentangan daripada

keluarganya sendiri.

Selain itu juga, semangat cinta akan negara dan tanah air. Contohnya Laiman sentiasa

menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat dengan memilih

untuk berdikari dan bekerja sendiri. Dan keyakinan terhadap usaha yang dijalankan

Contohnya Laiman yakin usahanya menjadi petani moden akan membuahkan kejayaan

3
walaupun pada peringkat awal ayahnya menentang sikapnya yang menolak tawaran kerja di

Jabatan Pertanian, namun akhirnya dia berjaya menjadi petani moden sehingga kejayaannya

diiktiraf oleh pihak kerajaan.

Akhir sekali persoalan tentang sikap dengki lahir kerana perasaan cemburu.

Contohnya Laiman yang begitu akrab dengan Soniah telah menimbul perasaan cemburu di

hati Muluk. Hal ini demikian kerana Muluk menaruh hati terhadap Soniah, namun Soniah

tidak melayannya. Kes kebakaran loji minyak di Miri pada anggapan Laiman ialah hasil

perbuatan Muluk.

Berdasarkan novel Jalan Ke Puncak oleh Juri Durabi, terdapat banyak watak

sampingan. Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah Pak Kiassim. Beliau

merupakan ayah kepada Laiman dan merupakan seorang yang pemaaf. Sebagi contoh, Pak

Kassim memaafkan Laiman yang tidak mendengar nasihatnya. Selain itu, watak sampingan

yang lain ialah Milan. Milan merupakan seorang yang setia kawan. Misalnya, dia sentiasa

membantu Laiman menjayakan projeknya. Akhir sekali, watak sampingan yang membantu

perkembangan cerita ini ialah Pak Sahok. Sebagai contoh, Pak Sahok membenarkan Laiman

menjalankan penternakan ikan di tanah paya berdekatan dengan rumahnya walaupun pada

awalnya dia menentang untuk memberikan tanah paya itu kepada Laiman.

Terdapat banyak watak sampingan. Antara watak sampingan yang terdapat dalam

novel ini ialah Pak Kiassim. Beliau merupakan ayah kepada Laiman dan merupakan seorang

yang pemaaf. Sebagi contoh, Pak Kiassim memaafkan Laiman yang tidak mendengar

nasihatnya. Selain itu, watak sampingan yang lain ialah Milan. Milan merupakan seorang

yang setia kawan. Misalnya, dia sentiasa membantu Laiman menjayakan projeknya. Akhir

sekali, watak sampingan yang membantu perkembangan cerita ini ialah Pak Sahok. Sebagai

contoh, Pak Sahok membenarkan Laiman menjalankan penternakan ikan di tanah paya

4
berdekatan dengan rumahnya walaupun pada awalnya dia menentang untuk memberikan

tanah paya itu kepada Laiman.

Novel Jalan Ke Puncak juga mempunyai tiga nilai murni yang terdapat dalam novel

tersebut. Antaranya adalah nilai bertanggungjawab. Hal ini dapat dibuktikan ketika Sukri

membimbing Laiman untuk menghabiskan pembelajarannya sebagai jurutera di sebuah

syarikat minyak di Sarawak. Selain itu, adalah nilai kasih sayang. Contohnya, nenek, Milan

dan abang Laiman, Mail amat menyayangi Laiman. Nenek Laiman sanggup mengeluarkan

sejumlah wang bagi membiayai pendidikan Laiman di universiti manakala abang Laiman,

Mail masih belum berkeluarga kerana wangnya disalurkan kepada Laiman sehingga Laiman

tamat pengajian.

Seterusnnya, Milan pula sentiasa setia bersama Laiman bagi menjalankan segala

projek yang dirancang. Akhir sekali, adalah nilai ketabahan. Contohnya, Laiman tetap dengan

pendiriannya untuk menjalankan projek yang dirancang walaupun pada awalnya mendapat

tentangan daripada pelbagai pihak. Namun begitu, projek yang dijalankan itu berjaya

menunjukkan hasil sekali gus membuka mata penduduk kampung.

Terdapat pelbagai latar masyarakat yang positif yang terdapat dalam novel ini.

Antaranya ialah masyarakat yang berdikari. Contohnya, Laiman yang menolak tawaran kerja

makan gaji sebaliknya, menyimpan hasrat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya

dalam projek yang dirancanganya seperti projek ternakan ikan air tawar, menternak lebah

madu, menjual kelapa dan menjadi peraih pisang.

Selain itu, novel ini memaparkan latar masyarakat yang taat dan patuh akan perintah

agama. Sebagai contoh, Laiman dan Milan yang rajin menunaikan solat di surau kendatipun

mereka berdua sibuk dan penat untuk melaksanakn projek-projek yang dirancang oleh mereka

kerana mereka mengetahui bahawa sebaik-baik perancangan adalah perancangan Dia yang

Esa.

5
Berdasarkan novel Jalan ke Puncak, terdapat banyak peristiwa yang dapat memberkan

impak yang positif kepada pemabaca. Antaranya ialah peristiwa ketika Laiman yang

menunjukkan akaun simpanan projeknya kepada Milan untuk membuktikan hasil titik peluh

mereka berdua selama ini yang telah membuahkan hasil. Jelaslah di sini, para pembaca

seharusnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu impian kerana kejayaan

datangnya daripada usaha yang berterusan.

Selain itu, kronologi yang memaparkan tentang Pak Kassim yang insaf akan

tindakannya yang menghalang Laiman daripada menjalankan projek. Dia insaf dan sedar

setelah dia mengetahui bahawa anaknya, Laiman bercita-cita tinggi dan tahu melaksanakan

kerja yang diimpi-impikannya. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, para pembaca haruslah

bersikap insaf atas perbuatan yang telah dilakukan dan tidak menilai seseorang melalui

tanggapan yang pertama. Hal ini kerana kita haruslah berprasangka positif dan tidak

merendahkan kebolehan orang lain kerana kebolehan merupakan keistimewaan diri setiap

individu.

Novel Darah Titik Di Semantan

Karya Darah Titik Di Semantan mengisahkan perjuangan Datuk Bahaman menentang

penjajahan Inggeris di Semantan. Perjuangan Datuk Bahaman turut dibantu oleh Datuk

Panglima Raja Awang Ishak, Imam Perang Weh dan Mat Lela. Mereka merupakan pahlawan-

pahlawan yang sering bersama Datuk Bahaman di Semantan. Disamping itu, Mat Kilau dan

Tok Gajah juga adalah penggerak kebangkitan rakyat Pahang menentang Inggeris.

Kemunculan Tuan Owen, Desborough dan Rodge adalah watak-watak penjajah yang sering

menggugat keamanan bumi Semantan.

6
Perjuangan mengembalikan kedaulatan bangsa pasti akan nada cabaran dan dugaan.

Ada kalangan yang menangguk di air yang keruh, menjadi talam dua muka, mengkianati

bangsa sendiri demi kepentingan peribadi. Hal ini menjadikan perjuangan menjadi semakin

sukar. Pihak Inggeris mempunyai pelbagai cara untuk mendapatkan apa yang dimahukan.

Termasuklah sanggup menggugut sultan untuk mencapai apa yang dihajati oleh mereka.

Penglibatan sultan menimbulkan rasa serba salah buat penggerak kebangkitan rakyat, Datuk

Bahaman. Perjuangan yang bersejarah ini akan meninggalkan kesan yang nyata untuk seluruh

generasi yang akan datang.

Novel ini bertemakan semangat patriotisme dalam kalangan anak watan untuk

membebaskan tanah air daripada penjajah. Datuk Bahaman dan orang-orangnya telah

berjuang menentang Inggeris. Datuk Bahaman serta orang-orangnya telah menyusun strategi

dan serangan melawan Inggeris yang mula bertapak di daerah Semantan. Mereka terpaksa

melalui pelbagai cabaran dan saingan sehingga peringkat menggadaikan nyawa.

Novel Darah Titik Di Semantan memaparkan persoalan tentang budaya bekerjasama

dalam melakukan sesuatu pekerjaan contohnya Zahid, Samad, Rahman, dan Awang

Muhammad bersama-sama membina kubu di Teluk Sengarat. Apabila tempat itu siap, Datuk

Bahaman, Mat Lela dan Tuk Selampit mengawal tempat tersebut. Datuk Bahaman juga

menyampaikan amanat bahawa pertempuran ini akan lebih sulit dan besar kerana bakal

menghadapi 50 orang mata-mata Sikh yang diketuai oleh Desborough manakala satu lagi

pasukan terdiri daripada 300 askar-askar sultan yang diketuai oleh Tengku Ali.

7
Selain itu, keberanian untuk menegakkan keadilan contohnya Datuk Bahaman berani

menentang penjajah Inggeris walaupun tahu dirinya dalam keadaan terancam. Tindakan yang

dilakukan oleh Datuk Bahaman ialah menyusun strategi perang terhadap Inggeris. Apabila

Desborough datang dengan membawa 50 orang mata-rnata Inggeris, Datuk Bahaman

menyerang dan menewaskan mereka.

Di samping itu juga pengarang mengambarkan semangat cinta akan negara dalam

karyanya. contohnya Datuk Bahaman dan orang-orangnya sanggup melakukan apa-apa sahaja

demi menyelamatkan tanah air tercinta. Buktinya, apabila dia membunuh 50 orang mata-mata

Inggeris yang dibawa oleh Desborough kerana menganggap golongan penjajah tidak boleh

diberi muka di bumi Semantan.

Latar tempat novel Darah Titik Di Semantan berkisah di daerah Semantan, Pahang .

Contohnya , Datuk Bahaman merupakan pemerintah di daerah Semantan . Di samping itu

juga Lubuk Terua menjadi salah satu latar dalam novel ini. Contohnya , Syres selalu datang

ke Lubuk Terua bertujuan untuk mencari rahsia tentang Datuk Bahaman . Manakala di rumah

Datuk Bahaman contohnya Zahid, Samad, Awang Muhammad, Pak Long Abas dan Datuk

Panglima Raja berbincang dengan Datuk Bahaman tentang kubu yang sedang dibina di Lubuk

Sengarat.

Latar Masa pula berkisah pada zaman penjajahan Inggeris di Pahang. Contohnya,

cerita ini berlaku ketika zaman penjajahan inggeris di pahang iaitu sewaktu datuk bahaman .

Pada pagi hari contohnya setiap pagi Rahmad dan rakannya berlatih membaling bambu

runcing di sebuah dusun durian yg terletak berhampiran dengan Mempahit. Pada waktu

tengah malam pula Datuk Bahaman dan beberapa orang pengikutnya sampai di Kuala

Semantan.

8
Manakala latar masyarakat berlatar belakangkan masyarakat kampung contohnya

Datuk Bahaman dan seluruh penduduk semantan merupakan masyarakat kampung. Selain itu

juga masyarakat yang mempunyai semangat pejuang contohnya, Datuk Bahaman dan

pengikutnya merupakan masyarakat pejuang yang ingin membebaskan tanah air mereka

daripada belenggu penjajahan Di samping itu juga masyarakat kampung juga merupakan

masyarakat yang bekerjasama, contohnya pihak Zahid , Samad , Rahman dan Awang

Muhammad bekerjasama membina kubu di Lubuk Sengarat .

Pengarang juga mengelitkan pelbagai nilai dan pengajaran dalam karya ini. Antaranya

kita hendaklah bekerjasama ketika melakukan sesuatu, contoh Lajis bekerjasama dengan Pak

Uda Ismail untuk mendirikan bengkel senjata dekat rumah Pak Uda Ismail. Kita hendaklah

hendaklah sentiasa menghormati ketua dalam organisasi contohnya Tuk Muda Bidin dan

Imam Perang Weh sentiasa menghoormati Datuk Bahaman sebagai ketua mereka. Kita juga

haruslah berani menempuh cabaran dan halangan dalam kehidupan contohnya Datuk

Bahaman terjun ke dalam air dan mengejar musuh-musuhnya.

Di samping itu kita mestilah mempunyai semangat berjuang untuk mempertahankan

tanah air kita daripada dijajah contonya semangat Datuk Bahaman menyeru rakyatnya supaya

mempertahankan tanah air mereka. Kita juga hendaklah patuh kepada ajaran agama kita iaitu

agama Islam sebagai contoh yang ditunjukkan oleh watak Zahid dan kawan-kawannya tidak

pernah meninggalkan solat dan sentiasa berdoa kepada tuhan supaya diberi pertolongan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya karya sastera adalah cerita dalam bentuk penafsiran atau imaginasi

penulis yang berlaku dalam fantasi sahaja, tetapi sastera mengandungi unsur-unsur kehidupan

yang menimbulkan kesenangan, keseronokan, belas kasihan, menarik perhatian dan

9
menyegarkan perasaan penonton. Selain itu, kesusasteraan juga berguna untuk manusia,

budaya, dan masa kerana dalam karya sastera menggambarkan keadaan dan kehidupan sosial

masyarakat, peristiwa, idea dan nilai yang dimandatkan oleh pencipta melalui watak-watak

cerita.

Karya-karya sastera sebagai produk kreatif mempunyai nilai imaginatif, khayalan,

estetik, dan penggunaan bahasa tersendiri. Kenyataan ini adalah sejajar dengan pendapat Semi

(1993: 81) bahawa kesusasteraan adalah bentuk dan hasil kerja seni kreatif dan objeknya

adalah manusia serta kehidupannya dengan menggunakan bahasa sebagai mediumnya.

Kualiti kesusasteraan sangat dipengaruhi oleh watak atau tokoh cerita kerana kualiti

karya sastera yang baik ditentukan oleh kemahiran orang yang menghidupkan karakter

wataknya. Selain itu, aspek watak dalam fiksyen adalah aspek yang lebih menarik. Dalam

membaca atau menganalisis karya fiksyen, kita sering tidak memerlukan persoalan tentang

apa yang kemudian berlaku, tetapi kita sering bertanya apa yang berlaku kemudian, untuk

atau lebih dari sesiapa. Dalam memahami karya fiksyen, watak utama adalah sangat penting

kerana orang dapat mengesan cerita dengan mengikuti tingkah laku watak utama cerita.

Dalam penciptaan karya sastera, penulis ingin menyampaikan nilai-nilai kehidupan

kepada pembaca kerana pada dasarnya pengarang mempunyai mesej yang akan disampaikan

kepada pembaca. Untuk mengetahui mesej yang akan disampaikan oleh penulis, adalah perlu

untuk mempunyai proses membaca dan memahami makna yang terkandung dalam karya

sastera secara eksplisit atau secara tersirat. Karya-karya sastera yang telah ditulis tentang

cinta, sejak pertama kali manusia dapat mengekspresikan pemikiran dan perasaan mereka ke

dalam lembaran kertas, para penyair di seluruh dunia telah mengukir ayat-ayat pujian tentang

kebahagiaan dan kesedihan akibat cinta.

10
Penilisan-penulisan sastera boleh dianggap sebagai usaha untuk mewujudkan semula

dunia sosial, hubungan manusia dengan keluarga mereka, persekitaran mereka, politik Negara

dan sebagainya. Ini juga salah satu sebab mengapa kerja-kerja sastera tidak boleh

dipertimbangkan sebagai refleksi kehidupan sebenar. Namun, penulisan sastera juga boleh

dianggap representasi realiti kehidupan, kerana melalui kesusasteraan kita dapat mengetahui

dan memahami fenomena yang terjadi dalam kehidupan manusia di suatu tempat dan masa

tertentu. Selain itu, Alan Swingewood berkata karya sastera adalah dokumen sosio-budaya.

Kemudian beliau juga mengatakan bahawa status sosial seorang penulis akan memberi kesan

kepada proses kreativiti penulis dalam mencipta karya sasteranya. Jantina, umur, pendidikan,

pendudukan, dan latar belakang sosial pengarang juga akan memberi kesan dalam

menafsirkan peristiwa yang menjadi asas cerita (Umar Jonas, 1986: 40).

Dalam keadaannya karya sastera adalah replika kehidupan sebenar. Walaupun dalam

bentuk fiksyen, seperti cerita pendek dan drama, masalah yang ditawarkan oleh penulis tidak

dapat dipisahkan dari pengalaman kehidupan sehari-hari. Hanya dalam penyampaiannya,

penulis sering membungkusnya dengan gaya dan syarat yang berbeza untuk mesej moral

untuk kehidupan manusia.

11
RUJUKAN

Arman Sani. 2011. Darah Titik Di Semantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Juri Durabi. 2015. Jalan Ke Puncak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ali Ahmad. 1987. Karya-karya bercorak sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Andaya B.W. dan Andaya L.Y. 1982. A history of Malaysia. London: Macmillan

Educ.Ltd.

Barthes. Roland. 1987. Death of the author. Dalam P. Barry (peny.). Issues in

contemporary critical theories. London: Macmillan.

Dictionary of world literature. 1960. Shipley, Joseph Twadell (Ed.). Littlefield, Adam

&Co.

Maniyamin Ibrahim. (2009). Konteks Sastera & Budaya Melayu. Selangor: Karisma

Publications Sdn. Bhd

Muhammad Haji Salleh. (2005). Pengalaman Puisi, Edisi Kedua. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamus dewan edisi keempat. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

12
Laurenson, Diana and Swingewood, Alan. 1972. The sociology of literature. New

York:

Schocken Books

13

Anda mungkin juga menyukai