Anda di halaman 1dari 3

Interlok Tingkatan 5 26 PENGAJARAN

Kita hendaklah mengenang jasa orang yang pernah membantu kita semasa kitamenghadapi masalah. Maniam berusaha mendapatkan kerja untuk Seman kerana Musa, ayah Seman, pernahmembantunya semasa dia dipukul oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.

Kita hendaklah adil dalam mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak sebagai ibubapa. Maniam tidak membenarkan isterinya membuat kerja rumah ketika isterinya saratmengandung kerana amat sayang akan isterinya.Kim Lock sangat menyayangi Cing Huat. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka. Ada orang yang mahu membeli Cing Huat tetapi dia tidak bersetuju.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Di Tanah Melayu, orang Cina dan India berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk memperbaiki kehidupan mereka. Contohnya, hasil kegigihannya, Kim Lock berjayamembuka kedai yang menjual pelbagai barangan.

Kita tidak seharusnya mudah putus asa terhadap sebarang kegagalan. Gagal di satu-satu tempat, tidak mematikan semangat Kim Lock, sebaliknya dia berpindahdari satu tempat ke satu tempat sehinggalah dia bertapak kukuh di Simpang Empat sebagai pekedai runcit dan menjual pelbagai barangan lain.

Kita hendaklah mencintai tanah air sendiri. Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggalmereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibundamereka.Kaum India yang diwakili oleh Cikgu Raman juga mendirikan sekolah Tamil agar anak-anak India tidak lupa akan asal-usulnya.

Kita hendaklah berusaha dalam membangunkan bangsa yang berpatriotik. Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggalmereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibundamereka.

Interlok Tingkatan 5 27 LATIHAN PENGUKUHAN Huraikan watak dan perwatakan Ching Huat dalam novel Interlok karya Abdullah Hussain. Novel yang telah saya kaji semasa di Tingkatan 5 ialan novel Interlok karya agungseniman negara Abdullah Hussain.Berdasarkan novel Interlok, Ching Huat juga dikenali sebagai Cina Panjang dalamkalangan penduduk Tanah Melayu. Ching Huat merupakan seorang yang sangat menghormatidan taat akan orang tuanya. Hal ini dapat dilihat menerusi cara Cing Huat melayan kerenahayahnya dengan sangat menghormatinya walaupun ayahnya seorang penagih candu yang tegar.Hal ini demikian kerana, Cing Huat amat memahami segala kesulitan dan kepayahan yangterpaksa diharungi oleh ayahnya semasa membawanya bersama untuk berhijrah ke TanahMelayu untuk berniaga. Selain itu, Cing Huat tidak membantah keputusan ayahnya untuk mengahwinkan dia dengan anak tiri Kim Sui iaitu Lim Tua Tao. Dia juga taat dengan ayahnyaapabila dia menolak peluang untuk berniaga di tempat lain kerana ingin sentiasa menjagaayahnya.Cing Huat juga bersifat suka berdaya bersaing. Sifat berani bersaing ini diwarisi olehayahnya, Kim Lock. Dia tidak pernah mengenal erti kalah dan letih dalam mengembangkan perniagaannya supaya lebih maju. Cing Huat juga tidak suka untuk bergantung dengan orang lainuntuk berjaya dan tidak pernah takut dengan persaingan yang terpaksa dihadapinya untuk memajukan perniagaanya. Sebagai contoh, Cing Huat berani untuk mengisi kedainya dengan pelbagai jenis barangan. Dia tidak takut akan risiko jualannya tidak dapat menampung kos belian barangan tersebut. Hal ini demikian kerana, dia sedar bahawa ramai orang akan berkunjung kekedainya kerana kedainya mempuya aneka barangan yang mungkin tidak dapat didapati daripadakedai lain.Akhir sekali Cing Huat juga bersikap prejudis terhadap kaum Melayu. Dia tidak membenarkan anaknya Ah Seng untuk bergaul dan bermain dengan kanak-kanak Melayu yanglain kerana takut anaknya akan bersikap malas seperti orang Melayu. Hal ini demikian kerana diatakut anaknya malas untuk mewarisi perniagaan kedai runcitnya.

Interlok Tingkatan 5 28 Nyatakan tiga persoalan serta contoh peristiwa yang boleh didapati daripada novel Interlok karyaSN Abdullah Hussain. Novel yang telah saya kaji semasa di Tingkatan 5 ialan novel Interlok

karya agung SNAbdullah Hussain.Persoalan pertama ialah kasih sayang seorang anak terhadap ibu bapanya. Hal ini dapatdilihat menerusi watak Seman, Malini dan Inspektor Ramakrisynan. Seman amat menyayangiibunya dan berusaha untuk menjaga ibunya selepas kematian ayahnya dengan baik sekali. Seman berasa amat sedih apabila mendapat berita ibunya Mak Limah ditangkap oleh Jepun. Seman terusmenyusul ibunya ke bandar. Seman tidak pernah berhenti berdoa agar ibunya selamat. Malinisangat menghormati cakap ayahnya, Perumal yang telah menjaganya sejak kecil lagi. Dia hanyamenurut perintah ayahnya untuk berpisah dengan suaminya Maniam walaupun amatmenyayanginya. Inspektor Ramakrisynan pula berusaha keras untuk menyelamatkan Maniamyang telah ditangkap oleh Jepun setelah mengetahui bahawa Maniam merupakan ayahnya yangdicari-cari sebelum ini.Persoalan yang kedua ialah kepentingan pendidikan dalam kehidupan tanpa mengira bangsadan agama.Musa dan Mak Limah tidak mahu menghantar Seman ke sekolah kerana berpendapat pendidikan di sekolah tidak penting memandangkan mereka sendiri tidak bersekolah. Mereka juga berpendapat bahawa pendidikan hanya penting untuk orang Cina yang perlu menulis danmengira dalam menjalankan perniagaan.Hal ini menyebabkanSeman berasa sangat rugi keranatidak bersekolah dan tidak dapat belajar membaca dan menulis sehingga menyebabkankesukaran kepadanya apabila Cina Panjang menunjukkan bukti surat hutang piutang ayahnyakepadanya. Persolan yang ketiga dan terakhir ialah s ikap rajin dan tidak mengenal erti putus asa yangditunjukkan menjadi tunjang kepada kejayaan seseorang .Sejak merantau ke kota, Kim Lock telahmelakukan perbagai pekerjaan. Setelah beberapa hari berada di kota, dia akhirnya dapat bekerjasebagai penarik lanca atas bantuan Paman Kok Leng. Namun, pekerjaan itu amat memenatkandan hasilnya juga tidak seberapa. Kim Lock kemudiannya bekerja sebagai kuli mengangkat najisyang lebih terjamin. Seterusnya, Kim Lock berjaya membeli sebuah kedai dan menjalankan perniagaan. Kebijaksanaannya dalam pekerjaan membolehkan dia dan anaknya memperolehhasil yang lebih banyak dan hidup lebih senang.

Anda mungkin juga menyukai